Wednesday, August 19, 2009

Jutawan Klik

Sejak kebelakangan ini, kita sentiasa dihujani oleh pelbagai jenis program perniagaan yang kononnya boleh menjadikan anda seorang jutawan dalam masa yang singkat. Saranan saya agar anda sentiasa berhati-hati dengan pelbagai jenis program yang dicanangkan oleh insan yang suka mengambil kesempatan di atas kenaifan orang-orang lain.


Ok, kali ini saya ingin berkongsi satu kajian telah dibuat oleh seorang sahabat saya mengenai program terbaru JUTAWAN KLIK. Beliau telah memberi komen dengan janji-janji manis dalam iklan jutawan klik.


Ok, seterusnya, anda boleh baca posting sahabat saya mengenai jutawan klik.


Kepada semua yang budiman lagi prihatin,


Terima kasih atas info ini. Anggaplah e-mel ini SPAM tapi saya nak bongkarkan sesuatu…


Saya bukan dengki atau bertujuan sabotaj. Tapi saja muskyil dan nak kongsi sedikit apa yang saya tahu…


1. TAK SPAM?


Kononnya emel ni tak SPAM, tapi sedar tak sedar dah masuk dlm kategori SPAM. Cuba lihat maksud SPAM kat sini.


Spam ; the use of mailing lists to blanket Usenet groups or private e-mail boxes with indiscrimination, unsolicited messages of a promotional nature. Very bad netiquette. Even worse, it's bad business. The future of marketing online is about customizing products and information for individual users. Anyone who tries to use old mass-market techniques in the new media environment is bound to fail.


Ringkasnya maksud SPAM lebih kurang cam ni, junk mail atau mel sampah yang dituju kepada sekumpulan penerima dan masuk ke inbox kita tanpa kebenaran empunya account.


2. ORANG TERAWAL?


"Sekiranya anda membaca ARTIKEL ini…anda memang bertuah kerana anda adalah antara orang yang terawal yang akan dapat menjana duit melalui klik-klik jer… memang MUDAH Sangat"


Setelah saya buat sedikit domain serach, sememangnya kita 'BERTUAH' kerana menjadi 'ORANG YANG TERAWAL' dpt info ini. Cuba lihat sendiri tarikh website ini didaftar… Creation date: 07 Jun 2009 14:13:15


Whois Record


Registration Service Provided By: Infrenion.com


Contact:


Domain name: jutawanklik.com


Registrant Contact:


Schemata Multimedia


Admin Registrant ()


Fax:


Level 40, Tower 2, Petronas Twin Towers


Kuala Lumpur City Centre, KUALA LUMPUR 50088


MY


Administrative Contact:


Schemata Multimedia


Admin Manager


Fax:


Level 40, Tower 2, Petronas Twin Towers


Kuala Lumpur City Centre, KUALA LUMPUR 50088


MY


Technical Contact:


Schemata Multimedia


Techincal Support ()


Fax:


Level 40, Tower 2, Petronas Twin Towers


Kuala Lumpur City Centre, KUALA LUMPUR 50088


MY


Status: Locked


Name Servers:


ns15.infrenion.com


ns16.infrenion.com


Creation date: 07 Jun 2009 14:13:15


Expiration date: 07 Jun 2010 14:13:15


Adakah kita sememangnya bertuah jika menjadi orang terawal? Program ini baru je sebulan. Dah terbukti ke keberkesanannya? Kalau gagal, bertuahkah kita? Siap ada testimoni lagi…


RM10,000 dlm 30hari


Nama : Amir Bukhari Embee


K/P : 800729075185


Email : bangsar01@yahoo.com


Nombor tel : 0133991458


Tanyalah si Amir tu sendiri. Saya cuba, tapi tak ada berjawab. SMS, juga tak berjawab. Sabar je lah. Mungkin sedang klik-klik kot?


3. JOIN KE TAK JOIN?


Nak join kena bayar RM100 sebagai pendaftaran, lepas tu promote kat mangsa kawan anda. Maknanya kita kena bayar dulu kat tauke yang buat bisnes ni. Silap hari bulan, tauke dapat 10,000 ahli baru, dia dah jadi jutawan. Kita yang baru masuk ni, terkial2 nak dapatkan pulangan. Kena klik 1,000 atau cari 10 orang downline. Baru pulang modal. Apa akan terjadi jika tauke lari berhentikan program ini, terbanglah RM100 kita sebelum pulang modal.


*Bayaran RM100 ini dikenakan hanya sekali seumur hidup untuk anda menerima username, password, link jutawanklik khas anda, platform jutawanklik, panduan dan juga latihan untuk anda mula menjana pendapatan lumayan secara automatik melalui klik.


4. BAYAR DULU


Program ini menjanjikan RM0.10/klik. Jika klik 1,000 kali = RM100. Tapi kita kena bayar dulu sebelum masuk program ini. Tak boleh ke diberi secara PERCUMA macam program Google AdSense, Nuffnang atau sewaktu dengannya? Atau kita klik dulu sampai 1,000 kali (bernilai RM100), klik yang selebihnya kita untung. Kan ke adil cam tu???!!! Secara teorinya, memang boleh. Tapi ia tak diamalkan, sebab tauke Jutawanklik nak duit masuk poket dia dulu. Hehehe… baikkkk punya business plan… untuk tauke Jutawanklik. Gua respek sama lu bro! Kita sama-sama jadikan dia jutawan! Jom pulau join!


5. TALIAN KHIDMAT PELANGGAN


Syarikat mempunyai alasan yang lapuk kukuh tidak menyediakan talian telefon untuk dihubungi. Sebab apa…? Senang je. Nak kurangkan kos operasi. Tahu tak berapa satu kompeni kena labur nak sediakan perkhidmatan telefonis untuk jawab pelbagai kerenah pelanggan? Emmm… saya tak tahu. Tapi logiknya, memang tak sedikit. Kena bayar itu ini. Jadi, dengan modal operasi yang kecil, senanglah kompeni nak buat duit. Kalau kita sanggup, sama2lah kita join untuk mengkayakan kompeni. Itu pun kalau kita ada duit lebih RM100, dan tak tahu nak buat apa dengan RM100 tu!


Kesimpulannya…


Sama ada Jutawanklik.com ni


SPAM atau SCAM…


Terpulang Kepada Anda Untuk Memberi Jawapan


Salam Ceria dari Saya,

1 comments:

sabree hussin on November 22, 2010 at 10:48 AM said...

bagus share macam ni

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template