BH Online - Terkini |
- Pasukan gabungan akui serangan tempat awam satu kesilapan
- Amaran Klopp buat Alisson
- Chelsea ikut jejak Liverpool
- Pemimpin pemisah Ukraine pro-Moscow maut dalam letupan
- Selangor sekat hajat Pahang
- Anwar timbang 'dua atau tiga kerusi'
- 'Berahsia bukan sebab takut dirampas'
- 20 saat musnahkan impian hoki
- Annuar kata UMNO tak perlukan Anwar
- Liverpool kekal rekod kemenangan
- Karnival GegaRia di Putrajaya
- Konsert GegaRia suntik semangat patriotisme penonton
- OKU parah diserang samseng jalanan
- PKNS mara kecewakan Melaka United
- Jangan beri perubahan palsu kepada rakyat - TPM
- 30 askar Nigeria dibunuh Boko Haram
- Trump batal hadir sidang kemuncak di Asia
- China pertikai laporan PBB isu diskriminasi Uighur
- Dhabitah tebus kecewa semalam
- Skuasy tuai emas ketujuh
- MARA akan terus perkasakan agenda Bumiputera
- `Doa Buat Kekasih' bantu pesakit kanser
- Sami Buddha ditahan cabul 15 budak lelaki
- Vettel terpantas di Monza
- Banteras dari awal: Rashid
- Indonesia mahu bida Sukan Olimpik 2032
- Turunkan bendera Union Jack simbolik 'bebas dijajah'
- Saya akan buktikan tohmahan itu silap - Fatin
- Pegawai wanita jatuh siling kejar pekerja asing
- Isu kemasukan warga China dalam Forest City - Azmin
| Pasukan gabungan akui serangan tempat awam satu kesilapan Posted: 01 Sep 2018 10:53 AM PDT RIYADH : Pasukan gabungan diketuai Arab Saudi mengaku melakukan kesilapan dalam serangan udara bulan lalu yang mengorbankan 40 kanak-kanak di Yaman. |
| Posted: 01 Sep 2018 09:43 AM PDT LONDON: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp sudah menjangka kesilapan daripada penjaga gawang, Alisson Becker, namun berharap bintang Brazil itu dan pemain lain mendapat pengajaran ketika meraih kemenangan 2-1 di Leicester, hari ini. |
| Posted: 01 Sep 2018 09:26 AM PDT LONDON: Chelsea melebarkan rekod cemerlang dalam Liga Perdana Inggeris selepas jaringan pada babak kedua daripada Pedro Rodriguez dan Eden Hazard memberikan kemenangan 2-0 ke atas Bournemouth, sebentar tadi. |
| Pemimpin pemisah Ukraine pro-Moscow maut dalam letupan Posted: 01 Sep 2018 09:25 AM PDT DONETSK: Pemimpin pemisah utama di timur Ukraine terbunuh dalam satu letupan di sebuah kafe di pusat kawasan pemberontak di sini hari ini, mangsa terbaru pro-Moscow yang terkorban dalam konflik empat tahun di wilayah itu. |
| Posted: 01 Sep 2018 08:29 AM PDT KUANTAN: Skuad Pahang tewas 1-3 kepada Selangor dalam aksi Kumpulan D saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. |
| Anwar timbang 'dua atau tiga kerusi' Posted: 01 Sep 2018 08:55 AM PDT PERMATANG PAUH: Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menimbang 'dua atau tiga kerusi' sebagai tempat untuk bertanding pada pilihan raya kecil bagi membolehkannya kembali ke Parlimen. |
| 'Berahsia bukan sebab takut dirampas' Posted: 01 Sep 2018 03:57 AM PDT PUTRAJAYA : Pelakon, Ruhainies menepis dakwaan dia sengaja menyembunyikan identiti kekasihnya kerana bimbang jejaka itu dirampas wanita lain. |
| Posted: 01 Sep 2018 08:23 AM PDT JAKARTA: Malaysia seharusnya menyalahkan diri sendiri selepas gagal mempertahankan kelebihan gol apabila tumbang 1-3 kepada Jepun menerusi penentuan shoot-out. |
| Annuar kata UMNO tak perlukan Anwar Posted: 01 Sep 2018 08:58 AM PDT KAMPUNG GAJAH: UMNO tidak pernah memerlukan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kelangsungan politik parti itu, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa. |
| Liverpool kekal rekod kemenangan Posted: 01 Sep 2018 07:28 AM PDT LONDON: Liverpool meneruskan rekod cemerlang dalam Liga Perdana Inggeris selepas menundukkan Leicester City 2-1 di Stadium King Power, sebentar tadi. |
| Posted: 01 Sep 2018 05:42 AM PDT KARNIVAL GegaRia siri kelapan yang berlangsung selama dua hari memberi peluang kepada orang ramai untuk memanfaatkan cuti umum dengan pelbagai aktiviti. Cuti hujung minggu sempena Hari Kemerdekaan memberi kunjungan ke Putrajaya kali ini lebih bermakna. |
| Konsert GegaRia suntik semangat patriotisme penonton Posted: 01 Sep 2018 08:18 AM PDT PUTRAJAYA: Himpunan lagu patriotik yang melatari acara kemuncak, Konsert GegaRia menyuntik semangat cintakan negara, sekali gus menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan 2018. |
| OKU parah diserang samseng jalanan Posted: 01 Sep 2018 08:07 AM PDT KUALA SELANGOR: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) cedera parah dipercayai diserang sekumpulan samseng jalanan di sebuah kedai makan di Taman Permai, di sini, semalam. |
| PKNS mara kecewakan Melaka United Posted: 01 Sep 2018 08:32 AM PDT SHAH ALAM: PKNS FC mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Melaka United 2-1 dalam saingan Kumpulan B di Stadium Shah Alam malam tadi. |
| Jangan beri perubahan palsu kepada rakyat - TPM Posted: 01 Sep 2018 08:11 AM PDT SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) diingatkan supaya berusaha memenuhi harapan rakyat yang mahukan negara yang lebih baik, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. |
| 30 askar Nigeria dibunuh Boko Haram Posted: 01 Sep 2018 07:57 AM PDT KANO: Sekurang-kurangnya 30 askar Nigeria maut dalam pertempuran dengan militan Boko Haram yang menyerbu sebuah pangkalan tentera di timur laut berhampiran sempadan dengan Niger, kata dua sumber tentera kepada AFP hari ini. |
| Trump batal hadir sidang kemuncak di Asia Posted: 01 Sep 2018 07:45 AM PDT WASHINGTON : Presiden Donald Trump memutuskan untuk tidak menghadiri sidang kemuncak bersama pemimpin Asia di Singapura dan Papua New Guinea November nanti dan menghantar Naib Presiden Mike Pence sebagai ganti, kata Rumah Putih dalam satu pengumuman semalam. |
| China pertikai laporan PBB isu diskriminasi Uighur Posted: 01 Sep 2018 07:43 AM PDT BEIJING: China membidas laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa Beijing membebaskan etnik Uighur yang ditahan atas alasan keganasan, mengatakan penemuan itu 'tiada asas dari segi fakta.' |
| Posted: 01 Sep 2018 07:14 AM PDT JAKARTA: Nur Dhabitah Sabri membalas kekecewaan dalam acara 1 meter papan anjal semalam untuk meraih gangsa dalam acara 3m papan anjal di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno, sebentar tadi. |
| Posted: 01 Sep 2018 07:11 AM PDT JAKARTA: Semangat kemerdekaan ternyata memacu skuad skuasy lelaki untuk memastikan sasaran tujuh emas kontinjen Malaysia tercapai dengan melakar kejutan menumbangkan Hong Kong 2-1 dalam aksi final sebentar tadi. |
| MARA akan terus perkasakan agenda Bumiputera Posted: 01 Sep 2018 06:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Keputusan mengekalkan MARA di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan terus memperkasakan agenda Bumiputera. |
| `Doa Buat Kekasih' bantu pesakit kanser Posted: 01 Sep 2018 06:50 AM PDT JOHOR BAHRU: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke Program Konsert Amal 'Doa Buat Kekasih' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor (PERSADA), malam ini. |
| Sami Buddha ditahan cabul 15 budak lelaki Posted: 01 Sep 2018 06:48 AM PDT NEW DELHI : Seorang sami Buddha ditahan polis India atas tuduhan mencabul 12 budak lelaki di pusat meditasi miliknya di pekan warisan UNESCO, Bodh Gaya. |
| Posted: 01 Sep 2018 06:47 AM PDT MONZA, Itali: Sebastian Vettel mencatat masa terpantas pada sesi ujian terakhir Grand Prix Itali, hari ini, tetapi pendahulu Formula Satu dari Mercedes, Lewis Hamilton mengekori rapat dengan berada di tengah-tengah dua pelumba Ferrari. |
| Posted: 01 Sep 2018 06:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas jurulatih perseorangan lelaki negara Rashid Sidek percaya budaya bertaruh dalam kalangan pemain badminton negara perlu dibanteras sejak peringkat akar umbi. |
| Indonesia mahu bida Sukan Olimpik 2032 Posted: 01 Sep 2018 06:41 AM PDT JAKARTA: Indonesia membuat perancangan mengejut untuk membida penganjuran Sukan Olimpik 2032 selepas kejayaan menganjurkan Sukan Asia 2018. |
| Turunkan bendera Union Jack simbolik 'bebas dijajah' Posted: 01 Sep 2018 06:39 AM PDT GOPENG: Menurunkan bendera Union Jack sebagai simbolik meluahkan ekspresi 'bebas dijajah', antara gimik sempena Program 'Sayangi Malaysia Dekat Di Hati': Nostalgia Merdeka di Kolej Matrikulasi Perak di sini. |
| Saya akan buktikan tohmahan itu silap - Fatin Posted: 01 Sep 2018 06:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Kecaman hebat netizen terhadap prestasi buruk di Sukan Asia Jakarta-Palembang, sesekali tidak akan membunuh semangat atlet wanita papan selaju negara, Fatin Syahirah Roszizi untuk mencapai kejayaan lebih bermakna dalam sukan berkenaan. |
| Pegawai wanita jatuh siling kejar pekerja asing Posted: 01 Sep 2018 06:03 AM PDT SEPANG: Seorang pegawai penguat kuasa wanita Jabatan Imigresen Negeri Sembilan terjatuh dari siling ketika mengejar seorang pekerja asing dalam satu operasi khas di sebuah kuarters kilang pembuatan sarung tangan di Bandar Baru Salak Tinggi, di sini. |
| Isu kemasukan warga China dalam Forest City - Azmin Posted: 01 Sep 2018 05:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Pembangunan Forest City akan diteliti semula kerana terma penjualan unit kediamannya didapati tidak memberi sebarang keuntungan kepada negara. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment