Monday, September 10, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Agensi pelarian Palestin hadapi krisis terburuk, rayu sumbangan

Posted: 10 Sep 2018 11:08 AM PDT

KAHERAH: Ketua agensi pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam merayu dana untuk menangani krisis kewangan luar jangkaan disebabkan tindakan Amerika Syarikat (AS) membatalkan sumbangan.

Hafidz penyelamat Perak

Posted: 10 Sep 2018 09:10 AM PDT

SERI MANJUNG: Jaringan Muhammad Hafidz Ahmad Kamaruddin enam minit sebelum tamat permainan menyelamatkan tuan rumah, Perak daripada tersingkir awal daripada acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 apabila berjaya mengikat Perlis 1-1, sebentar tadi.

Imam Uzbekistan dipecat desak batal pengharaman bertudung

Posted: 10 Sep 2018 04:42 AM PDT

TASHKENT: Seorang imam di Uzbekistan dipecat selepas mendesak Presiden Shavkat Mirziyoyev membatalkan pengharaman simbol keagamaan pada individu seperti pemakaian tudung untuk wanita dan membela janggut untuk lelaki.

Penjara Brazil diserang, 100 banduan lari

Posted: 10 Sep 2018 10:39 AM PDT

SAO PAULO: Sekumpulan lelaki bersenjata berat menyerang pintu depan penjara keselamatan maksimum di timur laut Brazil, semalam sehingga menyebabkan lebih 100 banduan melarikan diri, kata pihak berkuasa.

'Kita buat benda baik, tak payah boikot'

Posted: 10 Sep 2018 02:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengarah One Two Jaga, Namron menegaskan subjek gejala rasuah dalam kalangan anggota penguat kuasa yang diangkat dalam filem kontroversi itu bukan dibuat untuk mencalar imej mana-mana pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Barang kemas RM3.86 juta hilang di Paris

Posted: 10 Sep 2018 09:28 AM PDT

PARIS: Puteri raja Arab Saudi mendakwa barang kemas miliknya bernilai AS$$930,000 (RM3.86 juta) hilang daripada biliknya penginapannya di sebuah hotel, di sini.

Trump selar buku Woodward sebagai 'jenaka'

Posted: 10 Sep 2018 09:13 AM PDT

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyelar buku Bob Woodward sebagai 'jenaka', semalam, sehari sebelum pembaca dapat mengetahui sendiri bahawa Rumah Putih dalam keadaan huru-hara.

Pejabat PLO di Washington, sah ditutup

Posted: 10 Sep 2018 09:06 AM PDT

WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat hari ini, mengesahkan pihaknya mengeluarkan arahan penutupan pejabat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di sini, dan mendakwa Palestin tidak menyokong proses rundingan damai dengan Israel.

Cheng Hoe mahu Harimau Malaya terus garang

Posted: 10 Sep 2018 09:06 AM PDT

KETUA jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menegaskan bahawa kemenangan ke atas Kemboja 3-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa malam tadi tidak akan memberi sebarang makna andai pemain mempamerkan prestasi tidak konsisten di tempat lawan.

Jauhi pecah belah dan fitnah

Posted: 10 Sep 2018 07:26 AM PDT

SEREMBAN: Umat Islam di negeri ini diseru untuk menjauhi segala tindakan yang boleh memburukkan agama Islam dan menimbulkan permusuhan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Edwards salahkan pengadil pemain bergaduh

Posted: 10 Sep 2018 07:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Alistair Edwards mengkritik mutu pengadilan di Sukan Malaysia (SUKMA) Perak.

Dua maut van bertembung lori

Posted: 10 Sep 2018 07:56 AM PDT

PASIR MAS: Dua lelaki maut apabila van dinaiki bertembung dengan lori di Jalan Kampung Binjai, Bunut Susu di sini, petang tadi.

11 militan maut di Mesir

Posted: 10 Sep 2018 07:50 AM PDT

KAHERAH: Pasukan keselamatan Mesir berjaya membunuh 11 individu disyaki militan dalam pertempuran bersenjata di bandar al-Arish, utara Sinai, hari ini.

Harimau Malaya mengaum di Phnom Penh

Posted: 10 Sep 2018 07:29 AM PDT

PHNOM PENH: Skuad Harimau Malaya melakukan kebangkitan untuk menafikan pesta Kemboja bersama jurulatih baharu, Keisuke Honda apabila meraih kemenangan 3-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Olimpik Nasional Phnom Penh sebentar tadi.

PKR sudah jadi kongsi gelap?

Posted: 10 Sep 2018 06:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Tian Chua kecewa dengan calon Timbalan Presiden, Rafizi Ramli kerana mengenepikannya dalam perbincangan berhubung keputusan mengosongkan kerusi Parlimen untuk membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

1,000 orang sertai sambutan Maal Hijrah di Melaka

Posted: 10 Sep 2018 07:23 AM PDT

MELAKA: Kira-kira 1,000 umat Islam menyertai majlis kesyukuran sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Melaka2018/1440 Hijrah di Masjid Al Ehsan, Bukit Baru, di sini, malam ini.

Siddiq Fadzil diumum Tokoh Maal Hijrah

Posted: 10 Sep 2018 06:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden Kolej Dar al-Hikmah, Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1440H/2018M.

SDARA edar makanan kepada jemaah haji

Posted: 10 Sep 2018 07:16 AM PDT

MAKKAH: Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Dato' Abdul Razak (SDARA) hari ini memberikan sumbangan makanan kepada jemaah haji yang kurang berkemampuan di sekitar Masjidil Haram.

Sambutan Maal Hijrah 1440 Hijrah/2018 Masihi

Posted: 10 Sep 2018 07:12 AM PDT

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menunaikan solat Magrib yang diimamkan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Datuk Abd Manaf Mat ketika sambutan Ma'al Hijrah peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. - Foto Asyraf Hamzah

'ABPBH tak lupa deejay radio'

Posted: 10 Sep 2018 03:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Empat calon Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 31 dari stesen radio Suria FM menganggap kejayaan disaring dalam kalangan 20 pesaing kategori itu sebagai suatu pengiktirafan kerjaya mereka dinilai media.

Najib dedah dokumen perjanjian pembiayaan Raja Abdullah

Posted: 10 Sep 2018 06:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mendedahkan beberapa dokumen membabitkan perjanjian pembiayaan kewangan daripada bekas Raja Arab Saudi yang mangkat, Raja Abdullah Abdulaziz bagi mengesahkan bahawa dana RM2.6 bilion dimilikinya adalah derma dari keluarga Diraja Arab Saudi.

Ambrin sedia jadi saksi 1MDB

Posted: 10 Sep 2018 06:40 AM PDT

SHAH ALAM: Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, bersedia menjadi saksi berhubung siasatan semula penyelewengan dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ban Ki-moon, Bill Gates ketuai suruhanjaya perubahan iklim

Posted: 10 Sep 2018 06:36 AM PDT

THE HAGUE: Bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan pengasas Microsoft Corporation, Bill Gates dilantik mengetuai suruhanjaya antarabangsa mengenai perubahan iklim.

Ambrin Buang diumum Tokoh Maal Hijrah Selangor

Posted: 10 Sep 2018 06:06 AM PDT

SHAH ALAM: Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, diumum sebagai

Perak sandar penerjun muda

Posted: 10 Sep 2018 06:24 AM PDT

IPOH: Tuan rumah terpaksa mengambil pendekatan berani dengan menampilkan atlet muda dalam acara terjun pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) kali ini.

PKR ada alasan kosongkan kerusi untuk Anwar - Rafizi

Posted: 09 Sep 2018 08:48 PM PDT

KUANTAN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mengambil kira pelbagai faktor sebelum mengambil keputusan mengosongkan kerusi Parlimen untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditemui selepas 45 jam hilang

Posted: 10 Sep 2018 03:05 AM PDT

KLUANG: Mohamad Nizam Ahmad Ansar, 29, yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Gua Rimau di Kluang, ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira jam 2.45 petang tadi.

Sang Bedal gemparkan pengunjung pantai

Posted: 09 Sep 2018 07:33 PM PDT

MIRI: Kemunculan seekor buaya besar yang berjemur di kawasan Pantai Batu 1, Kuala Baram, di sini petang kelmarin mencetuskan gempar dalam kalangan pengunjung lokasi perkelahan popular itu.

UNCHR kutuk tindakan terhadap golongan minoriti, pendatang

Posted: 10 Sep 2018 06:05 AM PDT

GENEVA: Ketua Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hak Asasi Manusia (UNCHR) yang baru, Michelle Bachelet, mengkritik tindakan keras terhadap penduduk minoriti di beberapa negara, seperti Myanmar dan China.

NS, Sarawak sama tumpul, Johor tersingkir

Posted: 10 Sep 2018 05:53 AM PDT

SERI MANJUNG: Negeri Sembilan dan Sarawak berkongsi mata apabila seri 0-0 dalam perlawanan bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19  di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM), petang tadi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template