Tuesday, September 11, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Tun M 'bersama' pembangkang kalau Anwar bertanding?

Posted: 11 Sep 2018 09:30 AM PDT

SHAH ALAM: Blok pembangkang melahirkan keyakinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan 'bersama' mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen yang bakal ditandingi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim nanti.

Fenati hilang lesen lumba, digantung

Posted: 11 Sep 2018 09:35 AM PDT

MILAN: Lesen penunggang Moto2 Itali, Romano Fenati dibatalkan selain digantung daripada bersaing dalam sebarang perlumbaan oleh Persekutuan Motosikal Itali (FMI) susulan kontroversi di Grand Prix (GP) San Marino, minggu lalu.

Krisis Itali berlarutan

Posted: 11 Sep 2018 09:23 AM PDT

MILAN: Rasa optimis susulan pelantikan Roberto Mancini selaku pengendali Itali kian menyusut susulan kekalahan 0-1 kepada Portugal, semalam dalam kempen Liga Negara-Negara Eropah.

Datuk Bandar Washington isytihar darurat

Posted: 11 Sep 2018 09:11 AM PDT

WASHINGTON: Datuk Bandar Washington, Muriel Bowser mengisytiharkan perintah darurat, menjelang ketibaan taufan Florence di kawasan pesisiran pantai timur Amerika Syarikat.

Hanoi gesa penduduk henti makan anjing, kucing

Posted: 11 Sep 2018 09:04 AM PDT

HANOI: Pihak berkuasa perbandaran ibu negara Vietnam menggesa penduduk supaya berhenti makan daging anjing, semalam kerana 'kegemaran' itu menjejaskan imej bandar terbabit selain meningkatkan wabak anjing gila.

Ajal selepas hilang

Posted: 11 Sep 2018 08:58 AM PDT

DUNGUN: Risau seorang anak selepas tiga hari kehilangan bapa tersayang terjawab, selepas warga emas itu ditemui mati di dalam longkang di Felda Kerteh 5, di sini, petang tadi.

Sukan mampu satukan masyarakat - Syed Saddiq

Posted: 11 Sep 2018 08:44 AM PDT

IPOH: Sukan bukan hanya untuk tontonan dan hiburan tetapi ia juga adalah ejen perpaduan dalam menyatukan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

NS raih kemenangan ketiga

Posted: 11 Sep 2018 08:22 AM PDT

SEREMBAN: Negeri Sembilan meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan UKM FC, 2-1, dalam saingan Kumpulan A Piala Cabaran 2018, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

Pembukaan Sukan Malaysia Ke-19 meriah

Posted: 11 Sep 2018 06:36 AM PDT

IPOH: Temasya sukan berprestij negara, Sukan Malaysia Ke-19 (SUKMA XIX) Perak 2018 membuka tirai secara rasmi dengan penuh gilang gemilang di Stadium Perak, di sini malam tadi.

TFCII mara separuh akhir Piala Cabaran

Posted: 11 Sep 2018 07:42 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC II (TFCII) mara ke separuh akhir Piala Cabaran selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Sarawak dalam aksi Kumpulan A di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebentar tadi.

Moriyasu mula langkah kanan

Posted: 11 Sep 2018 07:27 AM PDT

OSAKA: Jepun membenam Costa Rica 3-0 pada aksi persahabatan antarabangsa, hari ini sekali gus menghadiahkan Hajime Moriyasu kemenangan sulungnya selaku ketua jurulatih Samurai Biru.

'Saya datang bukan makan angin' - Maradona

Posted: 11 Sep 2018 07:24 AM PDT

CULIACAN, Mexico: Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona mula menjalankan tugas sebagai pengurus baru kelab divisyen dua Mexico.

Malaysia selesa atasi Afrika Selatan

Posted: 11 Sep 2018 07:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia memulakan kempen Kejuaraan Dunia Berpasukan Skuasy 2018 dengan nota positif selepas melakar kemenangan mudah 3-0 ke atas Afrika Selatan pada aksi pembukaan di Dalian, China, hari ini.

Palestin dakwa Trump ancam undang-undang antarabangsa

Posted: 11 Sep 2018 07:12 AM PDT

KAHERAH: Menteri Luar Palestin, Riyad Al-Maliki mendakwa tindakan Presiden Donald Trump menamatkan penyaluran dana kepada Agensi Kerja dan Bantuan bagi Pelarian Palestin, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), adalah satu bentuk serangan terhadap undang-undang antarabangsa.

Culik untuk wang tebusan - Polis Sabah

Posted: 10 Sep 2018 11:27 PM PDT

KOTA KINABALU: Kes culik dua nelayan warga Indonesia yang bertugas di atas kapal nelayan tempatan di perairan Semporna, awal pagi tadi, dipercayai didalangi oleh ahli kumpulan culik untuk wang tebusan (KFR).

Anwar bertanding bukan di Pandan - Saifuddin

Posted: 10 Sep 2018 11:28 PM PDT

BANDAR BAHARU: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak akan bertanding di kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal diadakan bagi membolehkan beliau kembali ke Parlimen.

TMJ turut kecam pengadil

Posted: 11 Sep 2018 01:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempertikaikan kredibiliti pengadil tempatan yang dianggapnya 'lemah' berbanding pengadil dari negara lain.

Anggota TUDM parah nahas di lorong kecemasan

Posted: 11 Sep 2018 06:54 AM PDT

TEMERLOH: Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) parah selepas motosikal ditungganginya terlanggar belakang sebuah kereta di Kilometer 96.2, Lebuhraya Pantai Timur, Lanchang, di sini, petang tadi.

Badrul akui sukar raih gelaran raja pecut

Posted: 11 Sep 2018 05:12 AM PDT

IPOH: Pelari pecut Melaka, Badrul Hisyam Abdul Manap akur dia tetap berdepan laluan sukar untuk bergelar jaguh pecut Sukan Malaysia (SUKMA) Perak kali, walaupun tanpa kelibat raja pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan.

Pengerusi MARA baharu bukan seperti Annuar Musa

Posted: 11 Sep 2018 06:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan memastikan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) baharu yang bakal dilantik, bukan seperti penyandangnya sebelum ini.

RM6 juta hanya 'cukup makan'

Posted: 10 Sep 2018 11:50 PM PDT

KUALA LUMPUR: Jangan sampai tragedi Kuantan FA berulang kembali!

'Perpecahan Melayu membimbangkan'

Posted: 11 Sep 2018 12:00 AM PDT

IPOH: Penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Perak 1440 Hijrah, Ahmad Awang, menyuarakan kebimbangan terhadap gejala perpecahan yang mulai ketara dalam kalangan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Buktikan Malaysia memang jaguh Asia

Posted: 11 Sep 2018 02:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mesti kalahkan Thailand. Hanya itu saja caranya untuk membuktikan Malaysia memang jaguh Asia dan menutup mulut pengkritik apabila skuad sepak takraw negara menyertai kejohanan Piala Raja Thai, akhir bulan ini.

Jong-un minta pertemuan kedua dengan Trump

Posted: 10 Sep 2018 11:56 PM PDT

WASHINGTON: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, menulis surat kepada Presiden Donald Trump meminta pertemuan kedua diadakan dan Rumah Putih sedang menyusun jadual untuk tujuan itu, kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sarah Sanders, semalam.

Isteri Nawaz Sharif meninggal dunia di London

Posted: 11 Sep 2018 06:32 AM PDT

ISLAMABAD: Isteri bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif yang sedang menjalani hukuman penjara, dilaporkan meninggal dunia di London, hari ini, akibat kanser.

Percutian bertukar tragedi ketika main bola pantai

Posted: 11 Sep 2018 01:33 AM PDT

KOTA TINGGI: Percutian enam sekeluarga dan tujuh sekawan di Pantai Batu Layar dekat Bandar Penawar di sini, bertukar tragedi apabila dua daripada lapan orang yang bermain bola pantai, hilang sebelum ditemui lemas, hari ini.

Pemandu lori parah, 3 pemandu dan penumpang bas cedera

Posted: 11 Sep 2018 06:17 AM PDT

TAPAH: Empat cedera termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan sebuah bas ekspres di Kilometer 328.1, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara, dekat sini, petang tadi.

50 maut nahas bas di India

Posted: 11 Sep 2018 06:14 AM PDT

NEW DELHI: Seramai 50 orang maut apabila bas yang membawa penganut agama Hindu dilaporkan terjunam dalam sebuah lembah di selatan India, hari ini.

2 beranak cedera dilanggar bot penambang

Posted: 11 Sep 2018 06:12 AM PDT

LANGKAWI: Dua beranak yang juga nelayan cedera selepas bot dinaiki mereka dilanggar bot penambang di perairan Tanjung Tirai, Kuah, dekat sini, petang tadi.

Daim cadang bina 'muzium beg tangan Rosmah'

Posted: 11 Sep 2018 05:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tun Daim Zainuddin hari ini mencadangkan kerajaan membina satu muzium khas untuk mempamerkan semua beg tangan yang didakwa milik isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang dirampas pihak berkuasa pada Mei lalu.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template