Wednesday, September 12, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Erdogan ketuai dana pelaburan Turki

Posted: 12 Sep 2018 09:05 AM PDT

ANKARA: Presiden Recep Tayyip Erdogan semalam, mengumumkan pelantikannya sebagai pengerusi dana pelaburan milik kerajaan, selain menantunya, yang juga Menteri Kewangan, Berat Albayrak, sebagai timbalan pengerusi.

Kelantan akui beli kereta Mercedes Benz

Posted: 12 Sep 2018 12:01 AM PDT

KOTA BHARU: Kerajaan negeri mengakui membeli kereta Mercedes Benz untuk pegawai tinggi kerajaan dengan alasan tahap keselamatan lebih terjamin selain pembelian dilakukan mengikut keperluan.

Perak mara suku akhir

Posted: 12 Sep 2018 10:00 AM PDT

SERI MANJUNG: Jaringan Muhammad Adib Abdul Raob 10 minit sebelum tamat permainan mencukupi buat tuan rumah, Perak meraih kemenangan 1-0 ke atas Negeri Sembilan sekaligus layak ke suku akhir bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19.

Luahkan kebimbangan dalam muktamar esok

Posted: 12 Sep 2018 04:42 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan kerjasama politik yang terjalin antara parti itu dan UMNO ketika ini hanyalah bersifat 'taawun siyasi' dan tidak perlu dibimbangi peringkat akar umbi.

UMNO tak perlu bertanding PRK Port Dickson

Posted: 12 Sep 2018 09:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu meletakkan calon bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson kerana tindakan itu membuang masa.

V Shem-Wee Kiong tersungkur lagi

Posted: 12 Sep 2018 05:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jika berdasarkan prestasi semasa, pasangan negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong, tidak layak berada dalam Program Podium.

'Big 5' Eropah pecah rekod perbelanjaan

Posted: 12 Sep 2018 09:09 AM PDT

PARIS: Lima liga utama Eropah berbelanja memecah rekod dunia $4.21 bilion (RM17.43 bilion) pada jendela perpindahan musim panas lalu, menurut kajian yang diterbitkan hari ini oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Rumah hangus disambar petir

Posted: 12 Sep 2018 08:58 AM PDT

RUMAH milik bekas Penyelia Hal Ehwal Murid Jabatan Pendidikan daerah Dungun di Kampung Gong Pasir, Dungun, hangus terbakar akibat dipanah petir, 8.30 malam, tadi.

3 maut, 43 cedera kereta rempuh pengunjung dataran

Posted: 12 Sep 2018 08:46 AM PDT

BEIJING: Tiga maut, manakala 43 lagi cedera, apabila sebuah kereta merempuh sebuah dataran yang dipenuhi pengunjung di selatan China, hari ini.

Mercedes waspada ancaman Ferrari

Posted: 12 Sep 2018 08:13 AM PDT

SINGAPURA: Lewis Hamilton sudah mengukuhkan cengkaman untuk gelaran kelima juara dunia apabila meraih kejayaan mengejutkan di Monza dua minggu lalu namun Mercedes mengambil sikap berwaspada terhadap peluang pelumba Britain untuk terus menggegar di Singapura.

Pembangunan pelancongan terus diberi perhatian - Wan Azizah

Posted: 12 Sep 2018 08:12 AM PDT

LANGKAWI: Pembangunan pelancongan akan terus diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) memandangkan sumbangan penting industri itu kepada ekonomi negara, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Monreal bincang kontrak dengan Arsenal

Posted: 12 Sep 2018 08:09 AM PDT

LONDON: Pertahanan Nacho Monreal yang memiliki baki kontrak selama setahun bersama Arsenal sedang berbincang mengenai lanjutan kontraknya di Emirates.

Penyata hutang peneroka dikeluarkan sejak 2016 - FELDA

Posted: 12 Sep 2018 07:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) hari ini menjelaskan bahawa usaha untuk mengeluarkan penyata hutang peneroka yang dimuktamadkan bermula sejak Disember 2016 lagi.

Pinjaman tak dapat, rugi RM12,300

Posted: 12 Sep 2018 04:35 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Hajat seorang kerani membuat pinjaman RM100,000 tidak kesampaian selepas ditipu sebuah syarikat pinjaman sehingga menanggung kerugian RM12,300 dalam kejadian di bandar raya ini.

Anwar bertanding PRK untuk kembali aktif politik - TPM

Posted: 12 Sep 2018 06:04 AM PDT

LANGKAWI: Keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson akan membolehkannya kembali aktif dalam politik, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Mahathir sudah dimaklumkan - Anwar

Posted: 12 Sep 2018 07:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah dimaklumkan mengenai percaturan keputusan untuk bertanding di Parlimen Port Dickson, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khidmat Zakaria sebagai Pengarah FGV ditamatkan

Posted: 12 Sep 2018 07:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Khidmat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan FGV Holdings Bhd, Datuk Zakaria Arshad, sebagai pengarah syarikat itu ditamatkan, berkuat kuasa hari ini.

Maszlee tak layan

Posted: 12 Sep 2018 06:59 AM PDT

KUALA LUMPUR : Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, enggan melayan desakan Gabungan Pembebasan Akademik IPT untuk berundur dalam masa tujuh hari sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Jutaan penduduk Filipina terdedah taufan Mangkhut

Posted: 12 Sep 2018 07:13 AM PDT

MANILA: Puluhan juta penduduk dijangka berdepan risiko Taufan Mangkhut yang bakal melanda utara Filipina minggu ini.

SMK Za'ba rampas kedudukan pendahulu Liga KPM

Posted: 12 Sep 2018 07:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) terpaksa berputih mata selepas hilang kedudukan selaku pendahulu Liga Super bawah 14 tahun Liga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 2018 susulan tewas 2-0 di tangan wakil Sarawak, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tabuan Jaya.

Bangladesh mahu Rohingya segera dihantar pulang

Posted: 12 Sep 2018 07:04 AM PDT

HANOI: Setiausaha Luar Bangladesh, Shahidul Haque, berkata negaranya tidak mempunyai rancangan untuk menempatkan pelarian Islam Rohingya secara kekal di negara itu, kerana pada dasarnya mereka adalah rakyat Myanmar.

Hadiah hari jadi terbaik Kuzain

Posted: 12 Sep 2018 07:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sambutan ulang tahun ke-20 buat pemain berdarah Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal nyata bertambah manis apabila jaringannya dipilih sebagai Gol Terbaik Ogos oleh United Soccer League (USL).

Keita perlu masa sesuaikan diri

Posted: 12 Sep 2018 06:57 AM PDT

LONDON: Pemain tengah Liverpool, Naby Keita mengakui masih memerlukan masa untuk membuktikan pelaburan kelab sebanyak £52 juta (RM281 juta) bagi mendapatkan khidmatnya berbaloi.

Akta Antiberita Tidak Benar masih terpakai, sah

Posted: 12 Sep 2018 06:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Akta Antiberita Tidak Benar 2018 ketika ini masih terpakai untuk sebarang kes pendakwaan dan saman di mahkamah susulan keputusan Dewan Negara menolak pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) bagi memansuhkan akta berkenaan.

Atlet SUKMA gaduh lagi

Posted: 12 Sep 2018 05:03 AM PDT

IPOH: Selang beberapa hari selepas isu pergaduhan membabitkan pasukan bola Johor tercetus, satu lagi insiden pergaduhan berlaku di Sukan Malaysia (SUKMA) yang sedang berlangsung di Perak.

Peruntukan khas baiki ban pantai

Posted: 12 Sep 2018 06:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan peruntukan bagi menangani masalah fenomena air pasang besar di beberapa lokasi kritikal di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Najib dakwa Kit Siang tidak jujur

Posted: 12 Sep 2018 04:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini terus 'menyerang' Lim Kit Siang dengan menuduh veteran DAP itu seorang yang tidak jujur dalam soal isu wang derma RM2.6 bilion diterima daripada Arab Saudi.

Fatin hadiahkan emas pertama Perak

Posted: 12 Sep 2018 06:19 AM PDT

KERIAN: Memasuki hari kedua Sukan Malaysia (SUKMA), tuan rumah Perak akhirnya berjaya merangkul pingat emas sulung menerusi atlet judo wanita, Fatin Izzati Ahmad Rosdi yang muncul juara kategori bawah 63 kilogram di Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Krian, di sini hari ini.

Fobia setiap kali fenomena air pasang besar

Posted: 12 Sep 2018 06:18 AM PDT

SABAK BERNAM: "Setiap kali hujan, saya terbayang air yang datang tanpa diundang masuk dan melimpah ke kawasan rumah.

MAHB catat pertumbuhan penumpang 2.9 peratus pada Ogos

Posted: 12 Sep 2018 06:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan angka penumpang sebanyak 11.8 juta orang pada Ogos 2018, naik 2.9 peratus dari tahun ke tahun.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template