Saturday, September 15, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


'Terima kasih, Perdana Menteri'

Posted: 14 Sep 2018 08:10 PM PDT

KUALA NERUS: PAS menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan khususnya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, atas persetujuan mengembalikan royalti petroleum kepada Kelantan dan Terengganu.

Si cilik viral, Fatimah kuasai tiga bahasa

Posted: 14 Sep 2018 07:11 PM PDT

KUALA LUMPUR: Populariti diraih si comel, Fatimah Omar Mukhlis, 4, di laman sosial memang cukup hebat apabila Instagram yang sering menampilkan keletah kanak-kanak perempuan itu dan adik-beradiknya diikuti hampir 600,000 orang.

Ayam...ayam 3 kupang sekoq

Posted: 14 Sep 2018 10:35 PM PDT

ALOR SETAR: Orang ramai berebut membeli ayam yang ditawarkan pada harga 30 sen seekor oleh sebuah syarikat di Simpang Empat Kangkong di sini hari ini.

Jumpa sekali lagi

Posted: 15 Sep 2018 12:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mempunyai tempoh tiga hari bagi membuat persiapan sebelum kembali bertarung dengan juara badminton dunia dan pemenang pingat emas Sukan Asia 2018 dari China, Zheng Siwei-Huang Yaqiong.

6 bulan sediakan kaedah pembayaran royalti minyak - Azmin

Posted: 15 Sep 2018 12:28 AM PDT

PENAMPANG: Jawatankuasa Kabinet yang ditubuhkan untuk memperhalusi kaedah pembayaran tuntutan royalti minyak kepada negeri pengeluar minyak diberi masa enam bulan untuk berbincang dan membuat keputusan.

'Dr Mahathir sekarang lebih baik'

Posted: 15 Sep 2018 12:37 AM PDT

KUALA NERUS: Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, banyak berubah dan jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

Ahli PAS sumbang RM2.1j biaya kes saman Hadi

Posted: 15 Sep 2018 06:43 AM PDT

KUALA NERUS: Sejumlah RM2.1 juta sudah dibayar sebagai kos guaman kes saman Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, terhadap pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

DBKL gempur pusat hiburan haram

Posted: 15 Sep 2018 08:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan elit dan mewah di Jalan Kampung Pandan di sini, yang beroperasi secara haram sejak lapan bulan lalu, diserbu tengah malam semalam.

Terengganu, Perak mara separuh akhir

Posted: 15 Sep 2018 10:01 AM PDT

SERI MANJUNG : Juara bertahan Perak terpaksa mengerah segala kudrat sebelum mengatasi Wilayah Persekutuan 4-3 untuk mara ke separuh akhir acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19, Isnin ini.

TUDM terbangkan pesakit dari Tawau ke Subang

Posted: 15 Sep 2018 09:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini, melakukan penerbangan ihsan membawa pesakit yang mengalami kegagalan hati dan kandungan gula tinggi dalam darah dari Hospital Tawau ke Pangkalan Udara (PU) Subang, Subang.

PKR Selangor tidak bimbang amaran BERSATU PD

Posted: 15 Sep 2018 04:19 AM PDT

SHAH ALAM: PKR Selangor tidak bimbang dengan amaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Port Dickson terhadap dua pemimpinnya supaya tidak turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Perwakilan PAS beri 'lampu hijau'

Posted: 15 Sep 2018 05:35 AM PDT

KUALA NERUS: Jika nada beberapa perwakilan PAS dijadikan ukuran awal terhadap momentum penerimaan kerjasama parti itu bersama UMNO, maka isyaratnya cenderung kepada menjadikan episod baharu itu satu kenyataan.

Sane menyinar ketika City benam Fulham

Posted: 15 Sep 2018 10:04 AM PDT

MANCHESTER, United Kingdom: Leroy Sane diberikan permulaan pertama buat Manchester City pada musim ini dan menampilkan kekuatan dalam skuad kendalian Pep Guardiola dengan kehadirannya apabila juara bertahan Liga Perdana itu menang selesa 3-0 mengatasi Fulham di Etihad sebentar tadi.

Hatrik Hazard bawa Chelsea ke persada

Posted: 15 Sep 2018 09:50 AM PDT

LONDON: Eden Hazard menjaringkan hatrik ketika Chelsea meneruskan permulaan sempurna di bawah kendalian Maurizio Sarri seterusnya ke persada Liga Perdana dengan kemenangan 4-1 mengatasi Cardiff di Stamford Bridge sebentar tadi.

Zaha wira Palace

Posted: 15 Sep 2018 09:43 AM PDT

LONDON: Wilfried Zaha menunjukkan kepentingannya kepada Crystal Palace apabila menjaringkan gol tunggal kemenangan 1-0 ke atas Huddersfield Town sebentar tadi sekali gus menamatkan tiga kekalahan berturut-turut dalam Liga Perdana.

Arsenal menang tipis atasi Newcastle

Posted: 15 Sep 2018 09:39 AM PDT

LONDON: Sepakan percuma hebat pemain tengah, Granit Xhaka dan satu gol dari Mesut Ozil memberikan Arsenal kemenangan 2-1 mengatasi Newcastle walaupun kelab London itu menampilkan persembahan kurang meyakinkan pada babak pertama pertembungan Liga Perdana sebentar tadi.

Lapan maut, dua serangan di Burkina Faso

Posted: 15 Sep 2018 09:38 AM PDT

OUAGADOUGOU: Sekurang-kurangnya lapan orang awam terbunuh dalam dua serangan berasingan di timur Burkina Faso, semalam.

PM Singapura ucap 'Selamat Berjaya' kepada Anwar

Posted: 15 Sep 2018 08:48 AM PDT

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong hari ini mengucapkan 'Selamat Berjaya' kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Tingkat usaha bantu pemain bukan negara - TPM

Posted: 15 Sep 2018 09:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa pengamal perubatan swasta meningkatkan usaha dalam membantu pemain bukan negara yang menjadi tunjang ketiga negara dengan menyediakan perkhidmatan mereka kepada golongan yang memerlukan dan terpinggir.

Keputusan Liga Perdana Inggeris (EPL)

Posted: 15 Sep 2018 09:14 AM PDT

LONDON: Berikut keputusan EPL berakhir sebentar tadi: 

Ratusan kakitangan lapangan terbang Turki ditahan

Posted: 15 Sep 2018 07:10 AM PDT

ISTANBUL: Polis Turki menahan ratusan pekerja yang mengadakan bantahan terhadap keadaan di lapangan terbang Istanbul yang sedang dalam pembinaan, di sini.

Hamilton rebut petak depan GP Singapura

Posted: 15 Sep 2018 09:04 AM PDT

SINGAPURA: Lewis Hamilton mengukuhkan cengkaman untuk memastikan gelaran dunia kelima Formula Satu (F1) apabila merebut kedudukan petak pendahulu Grand Prix Singapura bersama jentera Mercedes sebentar tadi.

Persembahan terbaik Liverpool - Klopp

Posted: 15 Sep 2018 08:56 AM PDT

LONDON: Pengurus Liverpool Jurgen Klopp berkata, pasukannya mempamerkan persembahan terbaik mereka selepas menang 2-1 ke atas Tottenham Hotspur, hari ini sekali gus melanjutkan permulaan sempurna musim ini.

TFC tewas namun tak tergugat

Posted: 15 Sep 2018 08:53 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) tewas 2-3 kepada Kuala Lumpur dalam aksi terakhir Kumpulan A kempen Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

MU pesta gol atasi FELDA

Posted: 15 Sep 2018 08:50 AM PDT

MELAKA: Melaka United (MU) beraksi garang menutup tirai saingan Piala Malaysia selepas menewaskan FELDA United 6-1 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam tadi.

Perak tersungkur di Cheras

Posted: 15 Sep 2018 08:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perak bakal membuat perhitungan dengan PKNS FC pada suku akhir Piala Malaysia selepas tewas 1-2 kepada FELCRA FC dalam aksi terakhir Kumpulan A malam tadi.

PKNS FC juara Kumpulan B

Posted: 15 Sep 2018 08:45 AM PDT

SHAH ALAM: PKNS FC muncul selaku juara Kumpulan B selepas cemerlang membelasah PDRM 5-0 pada aksi terakhir peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Kes culik tidak jejas industri pelancongan Sabah

Posted: 15 Sep 2018 08:33 AM PDT

KOTA KINABALU: Kes penculikan di Semporna baru-baru ini tidak menjejaskan industri pelancongan Sabah, kata Menteri Pelancongan, Seni, dan Budaya, Mohammaddin Ketapi.

MITI pelawa kemuka cadangan kereta nasional ketiga

Posted: 15 Sep 2018 08:30 AM PDT

KOTA KINABALU: Penggiat dalam industri automotif dipelawa untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan mengenai projek kereta nasional ketiga.

Anak berang bapa tidak beri wang beli dadah

Posted: 15 Sep 2018 08:05 AM PDT

ALOR SETAR: Seorang anak tergamak memecahkan semua cermin tingkap rumahnya setelah permintaannya bagi diberikan wang dipercayai untuk membeli dadah tidak ditunaikan bapanya.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template