BH Online - Terkini |
- Russia, Turki setuju wujud zon bebas tentera
- Lemas ketika selamatkan anak
- Wartawan sambilan NSTP Pahang meninggal dunia
- Perak jumpa Kedah di final
- Pahang calar rekod Sabah
- Perak cerahkan laluan ke suku akhir
- Pakistan beri kerakyatan kepada pelarian Afghanistan, Bengali
- Kurang aksi Liga Juara-Juara punca England longlai
- Pembangkang sokong pulih MA63
- Peluru berpandu tembak MH17 milik Ukraine: Russia
- Griezmann belum boleh terima hakikat
- 65 maut akibat taufan Mangkhut di Filipina
- Percaturan Melaka makan diri
- Pertarungan 3 penjuru rebut Raja Pecut SUKMA
- Ulama tersohor meninggal dunia
- Bahirah, Greanie kongsi emas
- Bangkai anak ikan lumba-lumba terdampar
- Badang Wilayah Persekutuan 'angkat' semua 4 emas
- Ariff kuasai JPKL di Tasik Danau Kota
- 20 kediaman musnah terbakar di Hanoi
- Jarum dalam strawberi di dua lagi negeri Australia
- Faang Der lebur rekod kebangsaan
- Penulis buku dedah maklumat mengejutkan mengenai Jho Low
- Saya letak jawatan bila Anwar jadi PM - Dr Wan Azizah
- Real kini lebih bersatu - Bale
- Bukan tandatangan Putera Abdulaziz Al-Saud
- 'Tak sanggup pisahkan mereka'
- 48 wanita terpedaya janji 'kekasih di talian'
- Rezeki ikan patin 150 kg
- Safawi tak gentar jumpa Pahang
| Russia, Turki setuju wujud zon bebas tentera Posted: 17 Sep 2018 10:00 AM PDT SOCHI: Pemimpin Turki dan Russia dilaporkan bersetuju untuk mewujudkan zon bebas tentera di wilayah Idlib, Syria bagi memisahkan tentera pemberontak dan kerajaan. |
| Posted: 17 Sep 2018 09:56 AM PDT DUNGUN: Percutian sebuah keluarga di Pantai Teluk Tanjung Jara, dekat sini, berakhir tragedi apabila seorang bapa lemas selepas cuba menyelamatkan anaknya ketika mereka mandi di situ. |
| Wartawan sambilan NSTP Pahang meninggal dunia Posted: 17 Sep 2018 08:29 AM PDT KUANTAN: Wartawan sambilan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) Pahang, Shahrul Nizam Mohamad, 37, ditemui meninggal dunia di hadapan rumah sewanya, di Indera Mahkota di sini, petang tadi. |
| Posted: 17 Sep 2018 08:59 AM PDT SERI MANJUNG: Perak berpeluang mempertahankan ibu segala pingat buat kali keempat berturut-turut apabila layak ke final acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 sebentar tadi. |
| Posted: 17 Sep 2018 08:52 AM PDT KOTA KINABALU: Rekod bersih Sabah dalam saingan Piala Malaysia tercalar apabila tumbang 0-4 kepada Pahang dalam aksi terakhir kumpulan D di Stadium Likas, di sini, malam ini. |
| Perak cerahkan laluan ke suku akhir Posted: 17 Sep 2018 08:49 AM PDT IPOH: Perak meraih dua kemenangan hari ini untuk mencerahkan peluang ke suku akhir acara antara regu sepak takraw lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 di Institut Latihan Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Tanjong Rambutan. |
| Pakistan beri kerakyatan kepada pelarian Afghanistan, Bengali Posted: 17 Sep 2018 08:45 AM PDT KARACHI: Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan berjanji untuk menganugerah taraf kerakyatan kepada pelarian Afghanistan dan Bengali, sekali gus mengiktiraf hak kepada mereka yang sudah tinggal di negara itu selama puluhan tahun. |
| Kurang aksi Liga Juara-Juara punca England longlai Posted: 17 Sep 2018 08:39 AM PDT PARIS: Kurangnya kejayaan dicipta England pada pentas antarabangsa boleh dikaitkan dengan kekurangan pemain dalam skuad kebangsaan negara itu beraksi pada kancah Liga Juara-Juara, menurut satu kajian, hari ini. |
| Posted: 17 Sep 2018 08:39 AM PDT KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman, akan membantu memperoleh sokongan daripada Ahli Parlimen pembangkang sekiranya kerajaan Persekutuan bersetuju memulihkan status Sabah dan Sarawak mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). |
| Peluru berpandu tembak MH17 milik Ukraine: Russia Posted: 17 Sep 2018 08:38 AM PDT MOSCOW: Tentera Russia berkata hari ini, peluru berpandu yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17, mengorbankan kesemua 298 penumpang di dalamnya, datang daripada senjata milik tentera Ukraine, bukan Moscow. |
| Griezmann belum boleh terima hakikat Posted: 17 Sep 2018 08:36 AM PDT MADRID: Bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmann menjelaskan dia masih tidak mengerti kenapa tidak disenaraikan sebagai seorang daripada tiga pemain terbaik dunia oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). |
| 65 maut akibat taufan Mangkhut di Filipina Posted: 17 Sep 2018 07:29 AM PDT ITOGON: Angka kematian akibat taufan Mangkhut di Filipina dilaporkan meningkat kepada 65 orang dan ia diramalkan terus bertambah, apabila ramai penduduk dipercayai hilang, termasuk ditimbus tanah runtuh. |
| Posted: 17 Sep 2018 07:24 AM PDT IPOH: Percaturan saat akhir kontinjen olahraga Melaka memakan diri sendiri apabila pelari harapan Badrul Hisyam Abdul Manap gagal melayakkan diri ke saingan akhir acara 400 meter (m) di Sukan Malaysia (SUKMA) kali ini. |
| Pertarungan 3 penjuru rebut Raja Pecut SUKMA Posted: 17 Sep 2018 07:21 AM PDT IPOH: Siapakah Raja Pecut Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 selepas ketiadaan juara bertahan Khairul Hafiz Jantan akan terjawab di Stadium Perak Ipoh esok. |
| Ulama tersohor meninggal dunia Posted: 17 Sep 2018 07:11 AM PDT SEREMBAN: Murshid Tarbiah Ruhiyyah, Tarekat dan Tasawwuf Ahmadiah Idrisiyyah, Syeikh Mohd Paiz Sheikh Ahmad, 79, meninggal dunia di rumah ibunya di Kampung Pondok Rasah, di sini, hari ini. |
| Posted: 17 Sep 2018 06:39 AM PDT IPOH: Gimnas Pahang, Siti Nur Bahirah Husniah Ahmad dan Greanie Ng dari Wilayah Persekutuan berkongsi pingat emas dalam acara gimnastik wanita keseluruhan pada hari pertama acara gimnastik artistik dipertandingkan, hari ini. |
| Bangkai anak ikan lumba-lumba terdampar Posted: 17 Sep 2018 07:03 AM PDT MELAKA: Bangkai seekor anak ikan lumba-lumba jantan seberat 35 kilogram ditemui terdampar di pantai Tanah Merah Jaya, Pantai Puteri di sini, petang tadi. |
| Badang Wilayah Persekutuan 'angkat' semua 4 emas Posted: 17 Sep 2018 06:40 AM PDT TAPAH: Atlet angkat berat Wilayah Persekutuan memperagakan kekuatan mereka apabila menyapu bersih empat pingat emas yang ditawarkan pada hari keempat acara itu dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Dewan Merdeka, di sini hari ini. |
| Ariff kuasai JPKL di Tasik Danau Kota Posted: 17 Sep 2018 06:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Ariff Johari membawa pulang wang tunai berjumlah RM7,000 selepas muncul juara dan naib juara pada Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) siri 6/2018 di Tasik Danau Kota, Setapak, di sini, semalam. |
| 20 kediaman musnah terbakar di Hanoi Posted: 17 Sep 2018 06:33 AM PDT HANOI: Kira-kira 20 kediaman di kawasan padat dengan penduduk berhampiran hospital kanak-kanak di sini, musnah dalam kebakaran, hari ini. |
| Jarum dalam strawberi di dua lagi negeri Australia Posted: 17 Sep 2018 06:22 AM PDT MELBOURNE: Jarum dalam strawberi ditemui di dua lagi negeri Australia, kata polis hari ini, meluaskan lagi ketakutan berkaitan kesihatan yang menjurus pasar raya memanggil semula jenama dan petani supaya membuang buah itu di tengah kemuncak musim. |
| Faang Der lebur rekod kebangsaan Posted: 17 Sep 2018 06:16 AM PDT IPOH: Renang menjadi sukan pertama yang berjaya meleburkan rekod kebangsaan pada Sukan Malaysia (SUKMA) apabila Tia'A Faang Der melakar rekod baharu kebangsaan acara 400 meter rampaian individu lelaki di Pusat Akuatik Tuanku Zara, hari ini. |
| Penulis buku dedah maklumat mengejutkan mengenai Jho Low Posted: 17 Sep 2018 06:12 AM PDT GEORGETOWN: Dua wartawan Amerika Syarikat mendakwa bahawa jutawan Low Taek Jho atau Jho Low, yang kini menjadi buruan pihak berkuasa, memiliki wang tunai lebih banyak pada satu-satu masa berbanding individu lain, dalam sejarah. |
| Saya letak jawatan bila Anwar jadi PM - Dr Wan Azizah Posted: 17 Sep 2018 05:34 AM PDT KENINGAU: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan beliau sedia melepaskan jawatan dalam Kabinet apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri. |
| Real kini lebih bersatu - Bale Posted: 17 Sep 2018 05:26 AM PDT MADRID: Gareth Bale berkata Real Madrid lebih bekerjasama sebagai satu unit tanpa bekas tonggak Cristiano Ronaldo, selepas penyerang Portugal itu berhijrah ke Juventus pada penamat musim. |
| Bukan tandatangan Putera Abdulaziz Al-Saud Posted: 17 Sep 2018 03:34 AM PDT KUALA LUMPUR: Beberapa dokumen yang didedahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengenai pemilikan dana diterima beliau daripada keluarga Diraja Arab Saudi tidak ditandatangani Putera Abdulaziz Al-Saud. |
| 'Tak sanggup pisahkan mereka' Posted: 17 Sep 2018 05:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon, Zarina Zainuddin memohon orang ramai supaya memberi ruang dan membantu anaknya, Muhammah Raizal Azrai atau Azal yang menghidap autisme menjalani kehidupan sama seperti insan lain. |
| 48 wanita terpedaya janji 'kekasih di talian' Posted: 17 Sep 2018 04:49 AM PDT BANGKOK: Pasukan keselamatan Thailand berjaya menumpaskan lapan kumpulan sindiket penipuan 'talian cinta' selepas menahan 17 orang, lima daripadanya rakyat Nigeria dan selebihnya warga tempatan. |
| Posted: 17 Sep 2018 03:01 AM PDT PASIR MAS: Penduduk Kampung Tok Sangkut, Meranti, di sini gempar apabila seekor ikan patin gergasi seberat 150 kilogram (kg) ditangkap di Sungai Lubok Jong, awal pagi tadi. |
| Safawi tak gentar jumpa Pahang Posted: 17 Sep 2018 04:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid menegaskan tiada masalah untuk berdepan Pahang di suku akhir Piala Malaysia walaupun Harimau Selatan dilihat memiliki rekod kurang baik dengan skuad Tok Gajah. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment