Thursday, September 20, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Bebaskan wartawan Myanmar segera - Guterres

Posted: 20 Sep 2018 10:41 AM PDT

WASHINGTON: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa kerajaan Myanmar supaya mengampunkan dan membebaskan dua wartawan Reuters yang dipenjarakan secepat mungkin, semalam.

Anak Hosni Mubarak dibebaskan mahkamah Mesir

Posted: 20 Sep 2018 10:39 AM PDT

KAHERAH: Dua anak lelaki bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan dengan ikat jamin, semalam, beberapa hari selepas di atas tuduhan manipulasi pasaran saham, menurut sumber kehakiman dan peguam.

Draf akta perkahwinan kanak-kanak siap akhir tahun ini

Posted: 20 Sep 2018 09:57 AM PDT

GOMBAK: Draf akta perkahwinan kanak-kanak bawah umur dijangka siap selewat-lewatnya akhir tahun ini sebelum dikemukakan kepada Parlimen.

SLIM inisiatif masjid wujud generasi imam berilmu <img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus@2x.png 2x" alt="BHPLUS">

Posted: 20 Sep 2018 09:47 AM PDT

KAJANG: Masjid Teras Jernang di Bangi, di sini, memperkenalkan Skim Latihan Imam Muda (SLIM) kepada orang awam berminat sebagai inisiatif khusus melahirkan generasi imam berilmu, profesional dan berketrampilan.

ROSE atasi malu buat pap smear

Posted: 17 Sep 2018 07:25 PM PDT

KUALA LUMPUR: Takut, tiada masa dan malu kerana membabitkan organ intim menjadikan sebilangan wanita tidak sanggup menjalani pemeriksaan pap smear meskipun tahu kepentingan untuk pencegahan awal mengelak berdepan risiko kanser.

Bincang gerak kerja PRK hari ini

Posted: 20 Sep 2018 09:42 AM PDT

TAMPIN: PKR akan mengadakan perbincangan mengenai gerak kerja Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson di ibu negara hari ini.

TMJ malu lihat fasiliti pasukan Liga M

Posted: 20 Sep 2018 09:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui malu melihat kemudahan fasiliti yang dimiliki pasukan Liga Malaysia (Liga M) ketika ini.

Bayern temui pengganti Matthaeus

Posted: 20 Sep 2018 09:22 AM PDT

LISBON: Jurulatih Bayern Munich Niko Kovac percaya juara Jerman itu telah menemui pengganti Lothar Matthaeus selepas Renato Sanches mempamerkan sentuhan penyudah cemerlang di Benfica.

Rachel ke separuh akhir, Nafiizwan terkandas

Posted: 20 Sep 2018 08:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Nasib berbeza buat dua pemain skuasy negara di Kejohanan Antarabangsa HKFC di Hong Kong apabila Rachel Arnold berjaya mara ke separuh akhir esok, manakala Nafiizwan Adnan pula terkandas di suku akhir hari ini di Pusat Skuash Hong Kong.

Pochettino enggan tanggung risiko turunkan Alli

Posted: 20 Sep 2018 08:29 AM PDT

LONDON: Pemain Tottenham Hotspur, Dele Alli kembali berlatih menjelang pertembungan menentang Brighton and Hove Albion dalam aksi Liga Perdana tetapi pengurus Mauricio Pochettino enggan menanggung risiko dengan menurunkannya beraksi melainkan dia benar-benar sudah pulih.

Mustapa bantu siasatan polis

Posted: 20 Sep 2018 06:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengesahkan beliau hadir membantu siasatan polis berhubung dana yang disyaki mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Annuar kecewa pemimpin keluar UMNO

Posted: 19 Sep 2018 11:31 PM PDT

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa akhirnya meluahkan perasaan kecewanya terhadap pemimpin yang keluar parti selepas UMNO tidak lagi menjadi kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Harimau Malaya kekal posisi ke-171 dunia

Posted: 20 Sep 2018 07:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya kekal di kedudukan ke-171 dunia dalam ranking terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), hari ini.

Ahli Parlimen UMNO tak diumpan keluar parti - Azmin

Posted: 20 Sep 2018 08:15 AM PDT

JASIN: PKR menyangkal dakwaan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa bahawa Ahli Parlimen UMNO yang keluar parti, baru-baru ini ditawarkan dengan habuan tertentu untuk menyertai Pakatan Harapan (PH).

Rosmah didakwa esok hanya khabar angin - Peguam

Posted: 20 Sep 2018 07:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Peguam kepada Datin Seri Rosmah Mansor menyifatkan dakwaan anak guamnya akan ditahan pihak berkuasa malam ini sekali gus didakwa di mahkamah esok adalah khabar angin.

Kajian semakan barangan SST diumum sebelum bajet

Posted: 20 Sep 2018 07:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hasil kajian semakan semula senarai barangan di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dijangka diumumkan sebelum pembentangan Bajet 2019 pada November ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Najib mengaku tidak bersalah 25 tuduhan

Posted: 20 Sep 2018 12:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan salah guna kedudukan dan 21 pertuduhan membabitkan aktiviti penggubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion.

2 maut dirempuh lori rosak brek

Posted: 20 Sep 2018 07:25 AM PDT

JOHOR BAHRU: Dua lelaki maut selepas kenderaan dinaiki dirempuh lori 30 tan membawa muatan batu dan pasir yang terbabas akibat kerosakan brek ketika menuruni Gunung Pulai di Batu 4, Simpang Pulai petang ini.

Tren rempuh kereta sorong bawa budak

Posted: 20 Sep 2018 06:36 AM PDT

THE HAGUE: Empat kanak-kanak berusia antara empat dan 11 tahun maut selepas kereta sorong elektrik membawa mereka ke pusat penjagaan dirempuh kereta api di atas landasan dalam kejadian disifatkan mimpi ngeri ibu bapa.

Marine Le Pen kena buat ujian psikiatrik

Posted: 20 Sep 2018 06:32 AM PDT

PARIS: Mahkamah Perancis mengarahkan Marine Le Pen melakukan pemeriksaan psikiatrik untuk siasatannya berhubung keputusan ahli politik itu memuat naik pembunuhan dilaksanakan Daesh di Twitter, kata pemimpin kanan melampau itu yang menyelar perintah berkenaan.

Peniaga ditahan susulan keracunan metanol

Posted: 20 Sep 2018 07:15 AM PDT

IPOH: Polis Perak menahan peniaga kedai runcit serta merampas 25 tin minuman keras jenama 'KingFisher Extra Strong' dalam serbuan di Kanthan Bharu, Chemor, dekat sini, petang tadi.

SST bukan punca utama kenaikan harga barang

Posted: 20 Sep 2018 07:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Elemen percukaian seperti Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bukanlah satu-satunya penyebab kenaikan kos harga barangan, sebaliknya turut dipengaruhi faktor termasuk pergerakan harga produk terbabit.

Dua rekod lama acara renang SUKMA lebur

Posted: 20 Sep 2018 07:08 AM PDT

IPOH :Dua rekod kejohanan berjaya dipecahkan pada hari keempat acara renang Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-19 di Pusat Akuatik Tuanku Zara hari ini.

Camila akhiri penguasaan Caroline

Posted: 20 Sep 2018 07:02 AM PDT

TOKYO: Pemain Itali, Camila Giorgi memusnahkan harapan Caroline Wozniacki memenangi kejuaraan tenis Terbuka Pan Pasifik kali ketiga berturut-turut apabila menyingkirkan pilihan utama itu, hari ini.

Terbuka China: Tiga beregu negara tersungkur

Posted: 20 Sep 2018 06:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Cabaran pemain badminton negara pada Terbuka China berakhir hari ini selepas tiga beregu yang beraksi pada pusingan kedua tewas di tangan lawan masing-masing.

&#039;Calon Timbalan Presiden PKR pintar, cerdas, rekod baik&#039;

Posted: 20 Sep 2018 06:22 AM PDT

SINGAPURA: Kedua-dua calon bagi jawatan timbalan presiden PKR adalah 'pintar', cerdas dan mempunyai rekod yang baik, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tajikistan tak jangka kena taji

Posted: 20 Sep 2018 06:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Skuad bawah 16 tahun (B-16) Tajikistan mendapat pengajaran berguna pada Kejuaraan B-16 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2018 selepas 'ditaji' Malaysia 6-2 pada aksi pertama Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Tanpa Sikh tiada masalah

Posted: 20 Sep 2018 06:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketiadaan penjaga gol utama skuad Bawah 16 tahun negara (B-16) Sikh Izhan Nazrel untuk aksi kedua Kejuaraan B-16 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2018 bertemu Thailand dilihat tidak menggusarkan jurulatihnya, Lim Teong Kim.

Rosmah mungkin didakwa - SPRM

Posted: 20 Sep 2018 05:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan Datin Seri Rosmah Mansor akan didakwa dalam masa terdekat.

Tukar kategori, Nur Afiqah pecah rekod kebangsaan

Posted: 20 Sep 2018 05:51 AM PDT

TAPAH: Percaturan untuk menukar ke kategori lebih berat ternyata berbaloi buat atlet angkat berat Selangor, Nur Afiqah Nadrah Mohammed Borhan yang berjaya mencipta rekod kebangsaan dalam acara 90 kilogram snatch wanita di Dewan Merdeka, Tapah hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template