BH Online - Terkini |
- Liverpool teruskan kemenangan, City dapat rentak
- Serangan perbarisan, Khamenei salahkan negara Teluk
- Lorenzo sambar petak depan
- United cicir lagi mata
- Juarai SUKMA, Terengganu cuti 30 September
- Keputusan Liga Perdana Inggeris (EPL)
- Farah Ayuni sah ke England
- TERKINI: Pemilihan PKR Kedah batal
- Kelantan menang di laman sendiri
- Beri penjelasan kepada ahli parti
- Suspek liwat 9 pelajar tahfiz sudah didakwa
- TERKINI: Keputusan pemilihan PKR Kedah batal
- PM di London tingkat pelaburan, hubungan kerjasama
- Tanah runtuh, laluan ke Kundasang ditutup
- SUKMA Perak labuh tirai
- Sukan pupuk integrasi nasional - TPM
- 'Kurangkan caj perkhidmatan'
- Adam sambar petak ke-10 GP Aragon
- Hafizh petak ke-19 GP Aragon
- 9 cabang PKR di Kedah tangguh pemilihan
- Gol Mitrovic selamatkan Fulham
- Eugenius, Azreen dinobat Olahragawan, Olahragawati SUKMA
- Pemilihan PKR Perlis ditangguh
- Ajal di Gunung Berembun
- Adam sambar petak ke-10 GP Aragon
- 8 kanak-kanak maut main bom mortar
- Pemilihan PKR Perak esok ditangguh
- Kastam rampas haiwan eksotik bernilai jutaan ringgit
- #FANtastik: Sitizone, KBE menang besar
- Kerjasama UMNO, PAS bentuk pembangkang efektif
| Liverpool teruskan kemenangan, City dapat rentak Posted: 22 Sep 2018 10:13 AM PDT LONDON: Liverpool meneruskan permulaan baik mereka dalam sebarang musim apabila meraih kemenangan keenam berturut-turut dalam Liga Perdana menerusi kemenangan 3-0 mengatasi Southampton ketika Manchester City kembali mendapatkan rentak dengan kemenangan 5-0 di Cardiff City sebentar tadi. |
| Serangan perbarisan, Khamenei salahkan negara Teluk Posted: 22 Sep 2018 10:03 AM PDT DUBAI: Pemimpin agung Iran, Ayatolaah Ali Khamenei menuduh negara Arab yang disokong Amerika Syarikat (AS) melakukan serangan terhadap perbarisan tentera yang mengorbankan 25 orang dengan separuh daripada mereka adalah anggota elit Pengawal Revolusi. |
| Posted: 22 Sep 2018 09:59 AM PDT MADRID: Pelumba Sepanyol, Jorge Lorenzo menyambar petak utama keempat musim ini selepas mengatasi Andrea Dovizioso dalam aksi kelayakan MotoGP Sepanyol di Aragon, hari ini. |
| Posted: 22 Sep 2018 09:58 AM PDT MANCHESTER: Manchester United keciciran mata buat kali kedua berturut-turut dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri tatkala mereka diikat 1-1 oleh pendatang baharu Wolves, sebentar tadi. |
| Juarai SUKMA, Terengganu cuti 30 September Posted: 22 Sep 2018 09:16 AM PDT KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengisytiharkan cuti peristiwa bagi negeri itu pada 30 September ini susulan kejayaan kontinjen negeri bergelar juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-19 di Perak yang melabuhkan tirainya sebentar tadi. |
| Keputusan Liga Perdana Inggeris (EPL) Posted: 22 Sep 2018 09:14 AM PDT LONDON: Berikut keputusan EPL berakhir sebentar tadi: |
| Posted: 22 Sep 2018 09:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Penjaga gol hoki wanita nombor satu negara, Farah Ayuni Yahya akhirnya sah menyertai pasukan East Grinstead HC, di liga utama England selepas mendapat pelepasan daripada majikannya, Polis Diraja Malaysia (PDRM). |
| TERKINI: Pemilihan PKR Kedah batal Posted: 22 Sep 2018 08:56 AM PDT SEBERANG JAYA: Keputusan rasmi pemilihan PKR di Kedah dibatalkan selepas hanya enam daripada 15 cabang di negeri itu dapat menjalankan proses pengundian. |
| Kelantan menang di laman sendiri Posted: 22 Sep 2018 08:56 AM PDT KOTA BHARU: Kelantan berjaya meraih kemenangan tipis apabila menewaskan Sabah 2-1 dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Sultan Mohamad Ke IV, sebentar tadi. |
| Beri penjelasan kepada ahli parti Posted: 22 Sep 2018 08:44 AM PDT ALOR SETAR: PKR Kedah memahami kesukaran dilalui Jawatankuasa Pemilihan Pusat JPP) parti itu sehingga terpaksa membatalkan keputusan pemilihan parti di negeri ini hari ini. |
| Suspek liwat 9 pelajar tahfiz sudah didakwa Posted: 22 Sep 2018 08:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Suspek kes liwat sembilan pelajar tahfiz di Kepong, di sini, sudah didakwa dengan 11 pertuduhan di Mahkamah Seksyen Putrajaya, Rabu lalu. |
| TERKINI: Keputusan pemilihan PKR Kedah batal Posted: 22 Sep 2018 07:57 AM PDT SEBERANG JAYA: Keputusan pemilihan PKR yang berlangsung di Kedah hari ini dibatalkan. |
| PM di London tingkat pelaburan, hubungan kerjasama Posted: 22 Sep 2018 05:00 AM PDT LONDON: Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di United Kingdom (UK) pagi tadi (waktu tempatan) untuk siri pertama lawatan kerjanya ke negara itu. |
| Tanah runtuh, laluan ke Kundasang ditutup Posted: 22 Sep 2018 07:16 AM PDT RANAU: Jalan Kota Kinabalu - Kundasang berhampiran Kampung Kinasaraban, di sini, ditutup susulan tanah runtuh, malam ini |
| Posted: 22 Sep 2018 06:50 AM PDT IPOH: Obor temasya sukan berprestij negara, Sukan Malaysia Ke-19 (SUKMA XIX) Perak 2018 yang marak menyala di persada Stadium Perak sejak 11 hari lalu dipadamkan malam tadi, menandakan tirai kejohanan itu dilabuhkan secara rasmi. |
| Sukan pupuk integrasi nasional - TPM Posted: 22 Sep 2018 07:29 AM PDT IPOH: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata sukan adalah satu wadah yang boleh digunakan untuk memupuk integrasi nasional dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, agama dan latar belakang yang menjadi asas penting bagi masa depan negara. |
| 'Kurangkan caj perkhidmatan' Posted: 22 Sep 2018 07:20 AM PDT GEORGETOWN: Kementerian Kewangan hari ini meminta pengendali restoran dan kedai makanan untuk mengurangkan caj perkhidmatan supaya tidak membebankan rakyat. |
| Adam sambar petak ke-10 GP Aragon Posted: 22 Sep 2018 07:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Perlumbaan Grand Prix (GP) Aragon esok bakal menyaksikan pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin bermula dari petak ke-10 selepas mencatat 1 minit 58.388 saat pada sesi kelayakan sebentar tadi. |
| Posted: 22 Sep 2018 07:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah bakal memulakan perlumbaan 23 pusingan di Grand Prix (GP) Aragon dari petak ke-19, esok. |
| 9 cabang PKR di Kedah tangguh pemilihan Posted: 22 Sep 2018 07:08 AM PDT ALOR SETAR: Pemilihan PKR di sembilan cabang di Kedah terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain susulan beberapa isu terutamanya masalah teknikal dan kelemahan petugas pusat mengundi hari ini. |
| Gol Mitrovic selamatkan Fulham Posted: 22 Sep 2018 07:04 AM PDT LONDON: Aleksandar Mitrovic menyelamatkan Fulham ketika penyerang Serbia itu menjaringkan gol lewat bagi memberikan keputusan seri 1-1 dan menafikan Watford kemenangan kelima dari enam perlawanan Liga Perdana, sebentar tadi. |
| Eugenius, Azreen dinobat Olahragawan, Olahragawati SUKMA Posted: 22 Sep 2018 06:46 AM PDT IPOH: Tiga emas, satu perak, dua rekod temasya dan satu menyamai rekod kebangsaan membolehkan atlet kelahiran Sabah, Eugenius Lo dinobatkan sebagai Olahragawan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 di Perak. |
| Pemilihan PKR Perlis ditangguh Posted: 22 Sep 2018 06:42 AM PDT KANGAR: Pemilihan PKR di Perlis yang dijadualkan berlangsung esok ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. |
| Posted: 22 Sep 2018 05:55 AM PDT SEREMBAN: Pegawai kastam dari Putrajaya meninggal dunia ketika menyertai ekspedisi mendaki Gunung Berembun dekat Jelebu, hari ini. |
| Adam sambar petak ke-10 GP Aragon Posted: 22 Sep 2018 06:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Perlumbaan Grand Prix (GP) Aragon esok bakal menyaksikan pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin bermula dari petak ke-10 selepas mencatat 1 minit 58.388 saat pada sesi kelayakan sebentar tadi. |
| 8 kanak-kanak maut main bom mortar Posted: 22 Sep 2018 06:23 AM PDT MAZAR-I-SHARIF: Lapan kanak-kanak, termasuk empat bersaudara terbunuh di Afghanistan ketika bermain dengan peluru mortar yang tiba-tiba meletup, kata saudara mara mangsa hari ini. |
| Pemilihan PKR Perak esok ditangguh Posted: 22 Sep 2018 06:12 AM PDT IPOH: Pemilihan PKR peringkat Perak membabitkan 24 cabang yang dijadualkan esok, dibatalkan dan ditangguh ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak. |
| Kastam rampas haiwan eksotik bernilai jutaan ringgit Posted: 22 Sep 2018 05:10 AM PDT KANGAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis merampas 435 haiwan eksotik termasuk sepasang anak orang utan yang cuba diseludup di kawasan perairan Kuala Perlis-Langkawi dekat sini, semalam. |
| #FANtastik: Sitizone, KBE menang besar Posted: 22 Sep 2018 05:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Latihan keras selama empat hari membuahkan hasil buat kelab peminat (FC) Datuk Seri Siti Nurhaliza, Sitizone, apabila mereka diumumkan sebagai juara pertandingan zumba sempena acara santai #FANtastik di perkarangan Istana Budaya, di sini hari ini. |
| Kerjasama UMNO, PAS bentuk pembangkang efektif Posted: 22 Sep 2018 05:45 AM PDT KOTA BHARU: UMNO Kelantan menjelaskan kerjasama dengan PAS di negeri ini adalah sebagai ikatan pembangkang bagi menegur Kerajaan Persekutuan dalam isu tertentu. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment