Wednesday, September 26, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


PKR bukan parti warisan UMNO - Anwar

Posted: 26 Sep 2018 08:28 AM PDT

KOTA BHARU: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan PKR bukan parti warisan UMNO atau parti politik biasa yang hanya mahukan kuasa ketika pilihan raya.

Jardim masih sayangkan Monaco

Posted: 26 Sep 2018 09:52 AM PDT

MONACO: Pengendali Monaco, Leonardo Jardim menegaskan beliau tidak akan meninggalkan kelab itu selepas terus dihimpit permulaan buruk pada musim ini.

Loew dihalang berjumpa Ozil

Posted: 26 Sep 2018 06:25 AM PDT

BERLIN: Ketua jurulatih Jerman, Joachim Loew dilaporkan dihalang daripada bertemu Mesut Ozil di pusat latihan Arsenal, Isnin lalu untuk membincangkan persaraan mengejut pemain tengah itu daripada tugasan antarabangsa.

Sudah 12 jam Rosmah di SPRM

Posted: 26 Sep 2018 04:00 AM PDT

PUTRAJAYA: Sudah 12 jam isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berada di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk diambil keterangannya oleh pasukan penyiasat agensi itu.

Jangan jadi 'pak turut' kerana diancam AS: Macron

Posted: 26 Sep 2018 12:16 AM PDT

NEW YORK: Presiden Perancis, Emmanuel Macron, hari ini menggesa pemimpin dunia menolak 'undang-undang kuasa besar' ketika membidas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang menggunakan pendekatan sesuka hati ketika menghadapi cabaran global.

Dipenjara 15 bulan, aib kehormatan kanak-kanak perempuan

Posted: 26 Sep 2018 06:48 AM PDT

AMPANG: Bekas pengasas pusat kebajikan berusia 56 tahun dipenjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengaibkan kehormatan kanak-kanak berusia 10 tahun 3 bulan.

Penjenamaan baharu Dunkin' Donuts tahun depan

Posted: 26 Sep 2018 09:25 AM PDT

CANTON: Rangkaian francais makanan segera, Dunkin' Donuts berkata hari ini bahawa pihaknya merancang untuk menjenamakan semula syarikat itu sebagai 'Dunkin'.

SHL 2018 lebih berkualiti

Posted: 26 Sep 2018 09:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kehadiran pemain berstatus Piala Razak dalam kancah divisyen dua Liga Hoki Selangor 2018 nyata membawa impak positif terhadap kualiti liga paling utama di Lembah Klang itu.

Pusat tahfiz di KL perlu daftar sebelum 31 Disember - Menteri

Posted: 26 Sep 2018 09:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah memberi tempoh sehingga 31 Disember ini kepada pusat tahfiz yang beroperasi di sekitar ibu negara untuk mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

WARISAN mampu bawa perubahan

Posted: 26 Sep 2018 09:14 AM PDT

Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, buat kali pertama mendedahkan kepada umum, bagaimana beliau mula menubuhkan WARISAN serta sejauh mana layanan yang diterima ketika beliau dipecat daripada kerajaan terdahulu. Ikuti temubual beliau bersama Soal Rakyat, yang disiarkan di TV3, malam tadi.

Kulit jeruk limau dikesan ada kandungan plumbum

Posted: 26 Sep 2018 07:14 AM PDT

GUANGDONG: Kulit limau jeruk keluaran Jiabao jiuzhi chenpi, dari China yang popular di beberapa negara, termasuk Malaysia dan Singapura dikesan mengandungi kandungan plumbum yang tinggi.

Saya jumpa Dr Mahathir dua kali - Ahmad Zahid

Posted: 26 Sep 2018 03:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama membisu dan berdiam diri, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akhirnya mengakui yang beliau menemui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebanyak dua kali selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Saya ok - Rosmah

Posted: 26 Sep 2018 08:16 AM PDT

PUTRAJAYA: "Syukur... saya ok. Alhamdulillah," kata Datin Seri Rosmah Mansor selepas hampir 13 jam diambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Limpahan air di laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands

Posted: 26 Sep 2018 04:28 AM PDT

IPOH: Hujan lebat selama beberapa jam menyebabkan limpahan air di Kilometer 42, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dekat sempadan Perak-Pahang selepas terowong sehingga mengakibatkan tembok batu penghadang air di laluan berkenaan runtuh.

Aksi Malaysia-Jepun, Thailand-Tajikistan ditangguh esok

Posted: 26 Sep 2018 03:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dua aksi terakhir peringkat Kumpulan A Kejohanan Bawah 16 Tahun (B-16) Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2018 terpaksa ditangguhkan jam 11 pagi esok.

Banjir kilat di ibu negara

Posted: 26 Sep 2018 03:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di pusat bandar dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak jam 4 petang tadi.

Masuk percuma esok

Posted: 26 Sep 2018 04:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penangguhan perlawanan antara Malaysia dan Jepun dalam Kejohanan Bawah 16 Tahun (B-16) Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2018 di Stadium Nasional akibat cuaca buruk, petang ini jelas memberi rahmat kepada penyokong negara.

Harimau Sumatera ditemui mati di Indonesia

Posted: 26 Sep 2018 08:56 AM PDT

PEKANBARU: Seekor harimau Sumatera, antara spesies terancam ditemui mati selepas terperangkap dalam perangkap seorang pemburu di wilayah Riau, kata pegawai hari ini.

PAS letak calon di PRK Port Dickson

Posted: 26 Sep 2018 07:39 AM PDT

MARANG: PAS akan meletakkan calonnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, 13 Oktober ini.

'Perlu pemimpin pelapis pasca era Tun M - Anwar'

Posted: 26 Sep 2018 08:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu bersedia berdepan cabaran masa depan pasca kepemimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rosman enggan letak tekanan

Posted: 26 Sep 2018 08:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Biarpun dibantu tuah yang baik, ketua jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak berkata masih terlalu awal untuknya bercakap mengenai peluang anak-anak buahnya di Terbuka Korea.

Rosmah beri keterangan lebih 13 jam

Posted: 26 Sep 2018 08:02 AM PDT

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini selepas hampir 13 jam memberi keterangan.

Libya umum gencatan senjata di Tripoli

Posted: 26 Sep 2018 07:45 AM PDT

TRIPOLI: Kerajaan Libya hari ini, mengumumkan gencatan senjata bagi menamatkan pertempuran selama sebulan antara dua puak bertelagah di selatan Tripoli, yang sudah mengorbankan lebih 100 mangsa.

Henti adu domba saya dan Tun M - Anwar

Posted: 26 Sep 2018 07:35 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa rakyat menolak sebarang andaian dan persepsi negatif berhubung hubungannya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

3 rumah terjejas akibat tanah runtuh

Posted: 26 Sep 2018 07:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tiga rumah teres terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Lorong Pisang 1, Avantas Residence, Jalan Klang Lama, di sini, kira-kira jam 5.30 petang tadi.

Lapan tentera maut kenderaan langgar periuk api

Posted: 26 Sep 2018 06:56 AM PDT

BURKINA FASO: Lapan tentera maut dalam insiden letupan di utara Burkina Faso, kata Presidennya, Roch Marc Christian Kabore, hari ini.

Facebook, Google bersetuju tangani berita palsu

Posted: 26 Sep 2018 06:27 AM PDT

BRUSSELS: Rangkaian media sosial seperti Facebook, Google dan lain-lain secara sukarela bersetuju mengambil langkah menangani berita palsu disebabkan kebimbangan bahawa perkara itu boleh mempengaruhi keputusan pilihan raya, kata Suruhanjaya Eropah hari ini.

Cari waris Nur Qaisara

Posted: 26 Sep 2018 05:55 AM PDT

SEREMBAN: Suami isteri resah memikirkan masa depan anak angkatnya jika usaha menjejaki waris kanak-kanak berusia enam tahun itu tidak berhasil, sekali gus menyukarkan proses membuat dokumen pengenalan diri.

Kena tindakan disiplin suka buat komen seksual

Posted: 26 Sep 2018 05:50 AM PDT

CALIFORNIA: Ketua pembangunan korporat Uber, Cameron Poetzscher, dikenakan tindakan disiplin selepas siasatan mendapati beliau suka membuat ulasan berunsurkan seksual mengenai rakan sekerjanya, lapor akhbar Wall Street Journal (WSJ) hari ini.

Siti rindu gurauan Pak Ngah

Posted: 26 Sep 2018 03:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan lagu Cindai ciptaan Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah sebagai antara karya yang meninggalkan impak tersendiri dalam perjalanan kerjaya nyanyiannya.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template