BH Online - Terkini |
- Saya sudah keluar UMNO - Isa
- Persahabatan dengan Xi Jinping mungkin berakhir - Trump
- Abbas gesa Trump kembalikan bantuan Palestin
- Malaysia jumpa Thailand di separuh akhir quadrant
- Vettel enggan guna pakar psikologi
- Spurs terpaksa ketepikan Eriksen
- 3 lagi maut akibat metanol
- Mohd Nazari pilihan PAS bagi PRK PD
- Diploma Sains Kebombaan kursus mandatori kadet bomba
- Basquets kekal bersama Barcelona hingga 2023
- Jerman dipilih tuan rumah Euro 2024
- Darell puji kecanggihan Proton X70
- Anwar tidak bimbang Isa bertanding
- Isa mungkin dipecat daripada UMNO
- 'Shafee tidak baca Billion Dollar Whale dengan teliti'
- Wang ceriakan penyokong tuan rumah
- NFDP belanja RM80 juta sejak 2014
- Boleh kritik tetapi bukan memfitnah
- Mengamuk tak dapat masuk rumah
- Isa Samad tanding Bebas
- Bot berlanggar: 1 maut, 2 hilang
- VAR untuk Liga Juara-Juara 2019/2020
- Christian Didier mara ke final di Beijing
- Ashleigh mara separuh akhir Terbuka Wuhan
- Ringgit ditutup tinggi
- PH tolak kerajaan perpaduan dengan UMNO - Anwar
- Harap tiada penyakit serius - Ibu Aiman Tino
- Bekas wartawan sambilan NSTP meninggal dunia
- Sultanah Terengganu mahu saman Clare
- Arul Kanda dipanggil JSJK
| Posted: 27 Sep 2018 10:50 AM PDT PORT DICKSON: Bekas Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sudah menghantar surat keluar dari parti itu dua hari lalu kerana mahu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson. |
| Persahabatan dengan Xi Jinping mungkin berakhir - Trump Posted: 27 Sep 2018 10:42 AM PDT NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengakui persahabatannya dan rakan sejawatan dari China, Xi Jinping mungkin berakhir, semalam, selepas menuduh Beijing memandang rendah kepada kemungkinan beliau menang dalam pilihan raya akan datang. |
| Abbas gesa Trump kembalikan bantuan Palestin Posted: 27 Sep 2018 10:41 AM PDT NEW YORK: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, semalam menggesa Amerika Syarikat (AS) menarik balik pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan mengembalikan bantuan kepada penduduk Palestin kerana keputusan terbabit menjejaskan penyelesaian dua negara dalam konflik berkenaan. |
| Malaysia jumpa Thailand di separuh akhir quadrant Posted: 27 Sep 2018 09:31 AM PDT BANGI: Malaysia berpeluang menebus kekalahan kepada Thailand dalam acara regu berpasukan di Sukan Asia Jakarta Palembang baru-baru ini selepas skuad sepak takraw kebangsaan dijadual bertemu tuan rumah di peringkat separuh akhir acara Quadrant Piala Raja Thailand di Bangkok, jam 9 pagi esok. |
| Vettel enggan guna pakar psikologi Posted: 27 Sep 2018 09:23 AM PDT SOCHI, Russia: Sebastian Vettel menolak idea untuk menggunakan pakar psikologi sukan bagi membantunya bersaing dengan Lewis Hamilton dalam usaha merebut gelaran juara dunia perlumbaan Formula Satu (F1). |
| Spurs terpaksa ketepikan Eriksen Posted: 27 Sep 2018 09:21 AM PDT LONDON: Christian Eriksen belum pasti diturunkan menjelang pertembungan antara Tottenham Hotspur dengan Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara selepas dia sah diketepikan untuk aksi bertemu Huddersfield, Sabtu ini. |
| Posted: 27 Sep 2018 08:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Tiga lagi dilaporkan maut akibat keracunan metanol masing-masing di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut sebanyak 40 kes. |
| Mohd Nazari pilihan PAS bagi PRK PD Posted: 27 Sep 2018 07:52 AM PDT PORT DICKSON: Yang Dipertua PAS Kawasan Tenggara, Johor, Leftenan Kololonel (B) Mohd Nazari Mokhtar, diumumkan sebagai calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson. |
| Diploma Sains Kebombaan kursus mandatori kadet bomba Posted: 27 Sep 2018 07:34 AM PDT KUALA KUBU BHARU: Pengajian Diploma Sains Kebombaan yang dijadikan sebagai kursus mandatori dalam kalangan kadet penolong penguasa bomba bagi memastikan pembentukan ketahanan mental dan fizikal yang utuh dalam diri masing-masing. |
| Basquets kekal bersama Barcelona hingga 2023 Posted: 27 Sep 2018 07:33 AM PDT BARCELONA: Pemain tengah Barcelona, Sergio Busquets memperbaharui kontraknya bersama kelab itu sehingga 2023, umum juara Liga Sepanyol itu, hari ini. |
| Jerman dipilih tuan rumah Euro 2024 Posted: 27 Sep 2018 07:29 AM PDT NYON, Switzerland: Jerman dipilih tuan rumah Euro 2024, mengatasi Turki yang turut menjadi calon bagi menganjurkan kejohanan berprestij Eropah itu, hari ini. |
| Darell puji kecanggihan Proton X70 Posted: 27 Sep 2018 06:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking, menjadi menteri pertama diberi peluang untuk memandu uji Proton X70. |
| Anwar tidak bimbang Isa bertanding Posted: 27 Sep 2018 07:12 AM PDT SEREMBAN: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang mahu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, bukan cabaran buat beliau. |
| Isa mungkin dipecat daripada UMNO Posted: 27 Sep 2018 06:51 AM PDT KUALA LUMPUR: Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berdepan dengan tindakan dipecat daripada UMNO jika meneruskan keputusan bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Port Dickson. |
| 'Shafee tidak baca Billion Dollar Whale dengan teliti' Posted: 25 Sep 2018 12:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Penulis buku Billion Dollar Whale, Tom Wright, menepis dakwaan peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahawa buku itu membersihkan anak guamnya, Datuk Seri Najib Razak daripada pertuduhan. |
| Wang ceriakan penyokong tuan rumah Posted: 27 Sep 2018 06:36 AM PDT WUHAN, China: Bintang baru Wang Qiang menceriakan penyokong tuan rumah apabila mara ke separuh akhir Terbuka Wuhan selepas menewaskan juara Olimpik Monica Puig 6-3, 6-1. |
| NFDP belanja RM80 juta sejak 2014 Posted: 27 Sep 2018 06:31 AM PDT PUTRAJAYA: Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) secara keseluruhannya sudah membelanjakan kira-kira RM80 juta sejak mula ditubuhkan pada 2014. |
| Boleh kritik tetapi bukan memfitnah Posted: 27 Sep 2018 06:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Penjawat awam dan kerajaan seharusnya berhak mengemukakan saman fitnah terhadap individu jika kebebasan bersuara dan memberi pendapat digunakan untuk mencipta persepsi jahat yang tidak benar. |
| Mengamuk tak dapat masuk rumah Posted: 27 Sep 2018 06:04 AM PDT KLUANG: Hanya kerana tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah oleh isterinya, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an mengamuk sambil memegang sebilah parang serta sebutir bom mortar. |
| Posted: 27 Sep 2018 04:20 AM PDT PORT DICKSON: Bekas Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson 13 Oktober ini. |
| Bot berlanggar: 1 maut, 2 hilang Posted: 27 Sep 2018 03:05 AM PDT LIMBANG: Seorang warga Brunei maut manakala dua rakyat tempatan masih hilang selepas bot yang mereka naiki berlanggar di Sungai Simpang Tiga, Kampung Limpa Ku Pinang, di sini, hari ini. |
| VAR untuk Liga Juara-Juara 2019/2020 Posted: 27 Sep 2018 05:33 AM PDT NYON, Switzerland: Sistem video bantuan pengadil (VAR) akan digunakan untuk saingan Liga Juara-Juara bermula musim 2019/2020, umum Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), hari ini. |
| Christian Didier mara ke final di Beijing Posted: 27 Sep 2018 05:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Bintang muda meningkat naik, Christian Didier Chin hanya dipisahkan satu perlawanan lagi untuk merangkul gelaran kedua sirkit remaja Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) dalam tempoh tiga minggu selepas mempamerkan prestasi cemerlang dalam aksi separuh akhir kejohanan remaja China (kejohanan tahap 2 ITF), hari ini. |
| Ashleigh mara separuh akhir Terbuka Wuhan Posted: 27 Sep 2018 05:32 AM PDT WUHAN: Pemain Australia Ashleigh Barty terpaksa bekerja keras sebelum mengatasi cabaran Anastasia Pavlyuchenkova dari Russia 6-2, 5-7, 6-4 di Terbuka Wuhan hari ini sekali gus mara ke separuh akhir. |
| Posted: 27 Sep 2018 05:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan beberapa mata wang baharu muncul hari ini, susulan momentum pembelian positif, seiring dengan harga minyak global yang lebih tinggi, kata peniaga. |
| PH tolak kerajaan perpaduan dengan UMNO - Anwar Posted: 27 Sep 2018 04:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) menolak sebarang cadangan atau usaha mewujudkan kerajaan perpaduan bersama pembangkang khasnya UMNO. |
| Harap tiada penyakit serius - Ibu Aiman Tino Posted: 27 Sep 2018 02:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Ibu Aiman Tino, Hazelina Mat Jalil masih menanti keputusan penuh pemeriksaan kesihatan penyanyi itu, namun berharap anaknya tidak menghidap penyakit serius. |
| Bekas wartawan sambilan NSTP meninggal dunia Posted: 27 Sep 2018 05:12 AM PDT PUTRAJAYA: Bekas wartawan sambilan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) Putrajaya, Noorsila Abd Majid, 48, meninggal dunia di Hospital Serdang kira-kira jam 4 petang hari ini akibat kanser usus. |
| Sultanah Terengganu mahu saman Clare Posted: 27 Sep 2018 05:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah akan mengemukakan saman terhadap pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown berhubung dakwaan fitnah konspirasi membabitkan Jho Low dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB). |
| Posted: 27 Sep 2018 04:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengambil keterangan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, semalam, berhubung kandungan ceramahnya mengenai syarikat itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment