BH Online - Terkini |
- Man City, Spurs, Arsenal cipta kemenangan
- Pengesan tsunami 'terlepas' gelombang besar
- Mourinho pertahan keputusan senarai Martial
- Kempen tanpa umum peruntukan
- Dua gol Safawi kecewakan Pahang
- Menang dulu baru fikir pasal parti - Isa
- PM akhiri lawatan ke New York, berlepas ke London
- Percikan api disyaki punca 20 rumah hangus
- Pelajar tingkatan empat maut digilis lori
- UMNO kekal parti Melayu, Bumiputera - Zahid
- Malaysia diuji dengan 'bencana sosial' - TPM
- BN dijenamakan semula babitkan parti politik, NGO - Zahid
- Jangan menipu, gol saya lebih baik - Ronaldo
- Sabah singkir Kelantan
- Bottas isi petak utama GP Russia
- UMNO hadkan jawatan presiden 2 penggal
- Jet pejuang RM400j milik AS terhempas
- Saman 'katak' dalam UMNO - Zahid
- Noorkhiriah tegur cara dakwah PU
- United tumbang di West Ham
- Tun M harap kelantangannya sedarkan kuasa besar
- Had umur mengundi 18 tahun matangkan belia
- Perak mudahkan pengkarya filem buat penggambaran
- 'UMNO bukan parti rasis, berat sebelah, prejudis'
- Osman pemangku Pengerusi PH Johor
- Calon Ketua Cabang Sabak Bernam tarik diri
- 22 maut keracunan alkohol di Iran
- Pasangan Jepun sekat Kah Ming-Juan Shen
- China lapor selesema burung H5N6 di Guizhou
- JAIS galakkan hotel patuh syariah
| Man City, Spurs, Arsenal cipta kemenangan Posted: 29 Sep 2018 09:54 AM PDT LONDON: Manchester City mengambil peluang untuk menghuni tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menewaskan Brighton 2-0 tatkala dua seteru tetangga London, Tottenham dan Arsenal turut melakar kemenangan, malam tadi. |
| Pengesan tsunami 'terlepas' gelombang besar Posted: 29 Sep 2018 09:29 AM PDT JAKARTA: Agensi Meteorologi, Kaji Cuaca dan Geofizik Pusat (BMKG), Indonesia menarik balik amaran tsunami, 34 minit selepas kali pertama ia dikeluarkan berikutan gempa bumi kuat yang menyebabkan ombak besar membadai pantai laut pulau Sulawesi sehingga mengorbankan ratusan nyawa manakala ribuan lagi kehilangan tempat tinggal, semalam. |
| Mourinho pertahan keputusan senarai Martial Posted: 29 Sep 2018 09:12 AM PDT LONDON: Jose Mourinho mempertahan keputusannya menyenaraikan Anthony Martial berbanding Alexis Sanchez selepas Manchester United tumbang 1-3 kepada West Ham dalam aksi Liga Perdana Inggeris, malam tadi. |
| Posted: 29 Sep 2018 09:02 AM PDT PORT DICKSON: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan mengumumkan peruntukan lebih awal seperti diamalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini bagi meraih sokongan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson. |
| Dua gol Safawi kecewakan Pahang Posted: 29 Sep 2018 08:59 AM PDT JOHOR BAHRU: Safawi Rasid muncul wira Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila meledak dua gol untuk menewaskan Pahang 2-0 pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi. |
| Menang dulu baru fikir pasal parti - Isa Posted: 29 Sep 2018 08:55 AM PDT PORT DICKSON: "Saya mahu pastikan menang terlebih dahulu sebelum pikir nak sertai parti mana," kata Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. |
| PM akhiri lawatan ke New York, berlepas ke London Posted: 29 Sep 2018 08:46 AM PDT NEW YORK: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakhiri lawatan kerjanya selama lima hari ke New York hari ini dan berlepas ke London untuk meneruskan bahagian kedua lawatan kerjanya ke United Kingdom. |
| Percikan api disyaki punca 20 rumah hangus Posted: 29 Sep 2018 08:32 AM PDT KOTA BHARU: Sebanyak 20 rumah setinggan hangus dalam kebakaran di Kampung Dusun Raja, Jalan Sri Cemerlang, di sini, malam ini. |
| Pelajar tingkatan empat maut digilis lori Posted: 29 Sep 2018 08:29 AM PDT PARIT BUNTAR: Remaja lelaki maut digilis lori, manakala rakannya cedera selepas motosikal ditunggang mereka bergesel dengan kenderaan berat itu, di Kilometer 118.7, Jalan Ipoh - Butterworth, berhampiran stesen minyak PETRONAS Simpang Lima, di sini, petang tadi. |
| UMNO kekal parti Melayu, Bumiputera - Zahid Posted: 29 Sep 2018 07:11 AM PDT KUALA LUMPUR: UMNO akan kekal menjadi parti orang Melayu dan Bumiputera kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. |
| Malaysia diuji dengan 'bencana sosial' - TPM Posted: 29 Sep 2018 08:17 AM PDT SHAH ALAM: Malaysia kini tidak diuji dengan bencana alam namun lebih kepada 'bencana sosial' yang perlu diberikan perhatian khusus untuk ditangani secara berterusan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. |
| BN dijenamakan semula babitkan parti politik, NGO - Zahid Posted: 29 Sep 2018 08:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan dijenamakan semula menjadi satu gabungan baharu membabitkan penyertaan bukan saja parti politik, tetapi badan bukan kerajaan (NGO). |
| Jangan menipu, gol saya lebih baik - Ronaldo Posted: 29 Sep 2018 08:08 AM PDT MILAN: Cristiano Ronaldo percaya sepakan guntingnya ketika meledak gol bersama Real Madrid menentang Juventus musim lalu lebih berkualiti berbanding jaringan Mohamed Salah yang memenangi anugerah Puskas 2018. |
| Posted: 29 Sep 2018 08:05 AM PDT KOTA KINABALU: Sabah layak ke separuh akhir Piala Malaysia buat kali pertama selepas 11 tahun apabila menewaskan Kelantan 1-0 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Likas, di sini, malam tadi. |
| Bottas isi petak utama GP Russia Posted: 29 Sep 2018 08:04 AM PDT SOCHI, Russia: Pelumba Finland, Valtteri Bottas mengungguli sesi kelayakan Grand Prix (GP) Russia, hari ini meninggalkan rakan sepasukannya di Mercedes, Lewis Hamilton terpaksa berpuas hati di petak kedua. |
| UMNO hadkan jawatan presiden 2 penggal Posted: 29 Sep 2018 08:03 AM PDT KUALA LUMPUR: UMNO akan mengehadkan jawatan presiden parti itu hanya untuk dua penggal saja. |
| Jet pejuang RM400j milik AS terhempas Posted: 29 Sep 2018 07:45 AM PDT WASHINGTON: Sebuah jet pejuang yang dilaporkan bernilai AS$100 juta (RM400 juta) terhempas di Carolina Selatan, hari ini. |
| Saman 'katak' dalam UMNO - Zahid Posted: 29 Sep 2018 07:42 AM PDT KUALA LUMPUR: UMNO sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap ahlinya yang 'lompat' parti dan menjadi wakil rakyat bebas, pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. |
| Noorkhiriah tegur cara dakwah PU Posted: 29 Sep 2018 03:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon Noorkhiriah geram apabila melihat semakin ramai personaliti yang dikenali menerusi program dakwah, Pencetus Ummah (PU), seolah-olah sengaja mencari kesalahan selebriti. |
| Posted: 29 Sep 2018 06:51 AM PDT LONDON: Segala-galanya bagai serba tidak menjadi buat Jose Mourinho selepas Manchester United tumbang 3-1 di tangan West Ham United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London, sebentar tadi. |
| Tun M harap kelantangannya sedarkan kuasa besar Posted: 28 Sep 2018 08:56 PM PDT NEW YORK: Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kelantangannya dapat menyedarkan negara kuasa besar untuk bersetuju mengubah sistem veto tidak adil yang diguna pakai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). |
| Had umur mengundi 18 tahun matangkan belia Posted: 29 Sep 2018 05:05 AM PDT PASIR GUDANG: Cadangan menurunkan had umur layak mengundi kepada 18 tahun diyakini akan meningkatkan pendidikan politik dalam kalangan anak muda, sekali gus bakal menyaksikan landskap politik negara ke arah pro anak muda. |
| Perak mudahkan pengkarya filem buat penggambaran Posted: 29 Sep 2018 07:17 AM PDT TANJONG MALIM: Kerajaan negeri Perak sedia berbincang dengan penerbit dan pengkarya drama serta filem bagi memudahkan urusan permit penggambaran di negeri ini. |
| 'UMNO bukan parti rasis, berat sebelah, prejudis' Posted: 29 Sep 2018 07:16 AM PDT KUALA LUMPUR: UMNO bukanlah sebuah parti rasis, berat sebelah dan prejudis atau menjadi ancaman kepada kaum lain. |
| Osman pemangku Pengerusi PH Johor Posted: 29 Sep 2018 07:00 AM PDT JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dilantik memangku jawatan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Johor bagi menggantikan sementara Tan Sri Muhyiddin Yassin. |
| Calon Ketua Cabang Sabak Bernam tarik diri Posted: 29 Sep 2018 07:02 AM PDT SABAK BERNAM: Calon Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabak Bernam, Awaluddin Atimin mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan itu pada pemilihan parti 21 Oktober ini. |
| 22 maut keracunan alkohol di Iran Posted: 29 Sep 2018 06:53 AM PDT TEHRAN: Sekurang-kurangnya 22 orang maut dalam tiga kejadian berasingan keracunan alkohol haram, lapor agensi berita ISNA, hari ini. |
| Pasangan Jepun sekat Kah Ming-Juan Shen Posted: 29 Sep 2018 06:44 AM PDT KUALA LUMPUR: Pasangan beregu profesional badminton negara, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen sedia menghadapi segala rintangan mendatang dengan sasaran menghuni ranking 30 terbaik dunia pada penghujung tahun ini. |
| China lapor selesema burung H5N6 di Guizhou Posted: 29 Sep 2018 06:41 AM PDT BEIJING: China melaporkan kes selesema burung H5N6 di ladang ternakan di wilayah barat daya Guizhou, kata kementerian pertanian negara itu, hari ini. |
| JAIS galakkan hotel patuh syariah Posted: 29 Sep 2018 06:34 AM PDT SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menggalakkan hotel di negeri ini mengenakan amalan patuh syariah selaras tuntutan agama Islam. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment