BH Online - Terkini |
- Eropah julang Piala Ryder
- India tembak helikopter Perdana Menteri Kashmir
- Real hilang khidmat Bale
- Azmin dahului Rafizi di Johor
- RON97 naik 14 sen
- Jangan salahkan Mourinho: Neville
- Luiz bawa Perak ke separuh akhir
- Maxis gantung pekerja herdik wanita hamil
- Hukuman sebat bagi pesalah rasuah
- Khairy pertahan gaji Teong Kim
- Dr Mahathir saksikan koleksi dunia Islam Muzium British
- Hamilton takluk GP Russia
- Darurat 14 hari diisytihar di tengah Sulawesi
- Jokowi minta mangsa tsunami bersabar
- 27 maut minum arak buatan di Iran
- Bekas ADUN Tahan meninggal dunia di Sri Lanka
- Oltmans akui pertimbang tawaran Malaysia
- Munafik 2 cemerlang di Indonesia
- Halep mulai dihantui kebimbangan
- Zii Jia sasar kebangkitan di Taiwan
- Anak Kelantan di perantauan kacau 'sugho'
- UMNO ibarat pokok rendang dibaling batu - Mohamad Hasan
- Risiko dipecat jika terus kritik secara terbuka
- Anak singa Afrika lahir hasil permanian berhadas
- Kenyataan berbaur perkauman Raja Petra ditegur
- Bapa, anak diiktiraf The Malaysia Book of Records selepas berjalan 1,400km
- 2 lemas di lagun Boardwalk Setiu
- Ada had nak asak saya ke dinding - Ahmad Zahid
- UMNO selesa dalam gagasan politik pembangkang, tingkatkan undi rakyat
- Tiada tindakan ke atas pengkritik membina dalam UMNO
| Posted: 30 Sep 2018 10:48 AM PDT SAINT-QUENTIN-EN-YVELINES, Perancis: Pasukan Eropah yang dibarisi pemain terbaiknya merampas kembali Piala Ryder sekali gus menafikan kebangkitan dramatik Amerika Syarikat (AS), semalam dengan keputusan 17.5-10.5. |
| India tembak helikopter Perdana Menteri Kashmir Posted: 30 Sep 2018 09:57 AM PDT ISLAMABAD: Helikopter pemimpin wilayah Kashmir yang dikuasai Pakistan ditembak tentera India, semalam, berhampiran sempadan dalam tindakan yang dijangka memburukkan lagi hubungan antara kedua-dua negara. |
| Posted: 30 Sep 2018 09:42 AM PDT MADRID: Gareth Bale terpaksa diketepikan Real Madrid bagi perlawanan Liga Juara-Juara menentang CSKA Moscow, awal pagi Khamis ini. |
| Posted: 30 Sep 2018 09:30 AM PDT JOHOR BAHRU: Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, setakat ini mendahului pemilihan parti itu di Johor dengan memperoleh 4,503 undi. |
| Posted: 30 Sep 2018 09:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Harga runcit minyak petrol RON97 naik 14 sen seliter daripada RM2.65 pada bulan September kepada RM2.79 bagi tempoh 1 Oktober 2018 hingga 31 Oktober ini. |
| Jangan salahkan Mourinho: Neville Posted: 30 Sep 2018 08:20 AM PDT LONDON: Bekas kapten Manchester United, Gary Neville mempertahankan Jose Mourinho dengan menuduh pengurusan lebih tinggi tidak mempunyai pelan jangka panjang bagi mengembalikan kegemilangan Red Devils. |
| Luiz bawa Perak ke separuh akhir Posted: 30 Sep 2018 08:17 AM PDT SHAH ALAM: Pemain import, Wander Luiz muncul wira Perak apabila dua jaringannya membawa skuad Bos Gaurus ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menumpaskan PKNS FC 2-0 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Shah Alam, sebentar tadi. |
| Maxis gantung pekerja herdik wanita hamil Posted: 30 Sep 2018 08:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan syarikat telekomunikasi Maxis digantung tugas selepas video memaparkan tindakannya yang tidak beretika mengherdik dua pekerja termasuk seorang wanita hamil, menjadi viral. |
| Hukuman sebat bagi pesalah rasuah Posted: 30 Sep 2018 07:57 AM PDT PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta kerajaan memandang serius cadangan untuk mengenakan hukuman sebat kepada pesalah jenayah rasuah. |
| Khairy pertahan gaji Teong Kim Posted: 30 Sep 2018 03:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mempertahankan keputusan kementeriannya membayar gaji sehingga RM175,000 sebulan kepada Jurulatih skuad bawah 16 (B-16) tahun negara, Lim Teong Kim. |
| Dr Mahathir saksikan koleksi dunia Islam Muzium British Posted: 30 Sep 2018 07:25 AM PDT LONDON: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpeluang menyaksikan koleksi eksklusif Galeri Dunia Islam Yayasan Albukhary di Muzium British hari ini. |
| Posted: 30 Sep 2018 07:25 AM PDT SOCHI, Russia: Lewis Hamilton menjarakkan kedudukan di puncak kejuaraan dunia Formula Satu (F1) kepada 50 mata apabila menjuarai Grand Prix (GP) Russia yang dibantu taktik Mercedes, hari ini. |
| Darurat 14 hari diisytihar di tengah Sulawesi Posted: 30 Sep 2018 07:22 AM PDT JAKARTA: Pihak berkuasa di tengah Sulawesi mengisytiharkan darurat selama 14 hari, hari ini, susulan gempa bumi dan tsunami yang melanda wilayah itu, semalam, kata Agensi Mitigasi Bencana Nasional (BNPB). |
| Jokowi minta mangsa tsunami bersabar Posted: 30 Sep 2018 07:21 AM PDT PALU: Presiden Indonesia, Joko 'Jokowi' Widodo meminta mangsa gempa bumi dan tsunami yang terselamat supaya bersabar, ketika tiba di ibu negeri tengah Sulawesi. |
| 27 maut minum arak buatan di Iran Posted: 30 Sep 2018 07:16 AM PDT DUBAI: Sekurang-kurangnya 27 orang maut dan lebih 300 lain mengalami keracunan selepas minum arak buatan di Iran, kata perkhidmatan kecemasan negara hari ini. |
| Bekas ADUN Tahan meninggal dunia di Sri Lanka Posted: 30 Sep 2018 06:46 AM PDT JERANTUT: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak, 46, meninggal dunia di Sri Lanka lewat petang tadi. |
| Oltmans akui pertimbang tawaran Malaysia Posted: 30 Sep 2018 04:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas pengendali Pakistan, Roelant Oltmans mengesahkan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) ada menghubunginya, tetapi beliau masih belum membuat sebarang keputusan sambil menafikan khabar angin mengaitkannya berada di ibu negara. |
| Munafik 2 cemerlang di Indonesia Posted: 30 Sep 2018 05:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Filem Munafik 2 yang meluaskan penguasaan di Indonesia bermula 26 September lalu mampu berbangga apabila meraih RM1 juta dalam tempoh empat hari tayangan. |
| Halep mulai dihantui kebimbangan Posted: 30 Sep 2018 06:56 AM PDT BEIJING: Pemain tenis nombor satu dunia, Simona Halep mengakui dia 'kini bimbang' selepas kecederaan belakang berterusan memaksanya mengucapkan selamat tinggal kepada Terbuka China, hari ini. |
| Zii Jia sasar kebangkitan di Taiwan Posted: 30 Sep 2018 06:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Selepas terpaksa menggantung raket hampir sebulan susulan kecederaan belakang, pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia kini bersedia untuk kembali beraksi bermula di Terbuka Taiwan, minggu depan. |
| Anak Kelantan di perantauan kacau 'sugho' Posted: 30 Sep 2018 06:43 AM PDT JEMPOL: Lebih 300 anak Kelantan yang merantau di negeri ini, memeriahkan program Kacha Sugho Anak-Anak Perantauan Kelantan-Negeri Sembilan di Bandar Seri Jempol, hari ini. |
| UMNO ibarat pokok rendang dibaling batu - Mohamad Hasan Posted: 30 Sep 2018 06:34 AM PDT KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamad Hasan mahu ahli UMNO menjadikan parti seperti pohon yang rendang dengan sentiasa mencurah bakti kepada segenap lapisan rakyat. |
| Risiko dipecat jika terus kritik secara terbuka Posted: 30 Sep 2018 06:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Tindakan mengkritik pemimpin parti secara keras dan terbuka, bakal mengundang nasib sama seperti dialami dua pemimpin kanan UMNO yang dipecat sebelum ini. |
| Anak singa Afrika lahir hasil permanian berhadas Posted: 30 Sep 2018 06:18 AM PDT BRITS: Memerhatikan dua ekor anak singa kecil bermain antara satu sama lain di sebuah pusat pemuliharaan di luar ibu kota Afrika Selatan di Pretoria, agak sukar melihat apa-apa yang luar biasa. Namun anak singa itu agak unik. |
| Kenyataan berbaur perkauman Raja Petra ditegur Posted: 30 Sep 2018 06:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, mengutuk kenyataan penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang berbaur perkauman terhadap serban yang dipakai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh. |
| Bapa, anak diiktiraf The Malaysia Book of Records selepas berjalan 1,400km Posted: 30 Sep 2018 06:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Pernah digelar 'orang gila' malah dibaling sampah ketika berjalan, semangat R Ragu, 43, dan anaknya Surya Ragu, 13, tetap teguh untuk meneruskan perjalanan sejauh 1,400 kilometer. |
| 2 lemas di lagun Boardwalk Setiu Posted: 30 Sep 2018 01:32 AM PDT PERMAISURI: Dua murid Tahun Enam ditemui lemas, manakala dua lagi terselamat selepas mandi di lagun Boardwalk Setiu, di sini, hari ini. |
| Ada had nak asak saya ke dinding - Ahmad Zahid Posted: 30 Sep 2018 06:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi ingatan keras kepada pengkritik parti supaya tidak melampaui had walaupun beliau meraikan perbezaan pendapat. |
| UMNO selesa dalam gagasan politik pembangkang, tingkatkan undi rakyat Posted: 30 Sep 2018 05:16 AM PDT KUALA LUMPUR: UMNO lebih selesa berada dalam gagasan politik pembangkang dan tidak sama sekali menggunakan 'pintu belakang' untuk menjadi kerajaan. |
| Tiada tindakan ke atas pengkritik membina dalam UMNO Posted: 30 Sep 2018 05:57 AM PDT KUALA LUMPUR: UMNO tidak akan mengenakan tindakan disiplin terhadap pemimpinnya yang menyuarakan kritikan secara terbuka jika tujuannya untuk membina semula parti. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment