Wednesday, September 5, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


4 maut helikopter terhempas

Posted: 05 Sep 2018 10:41 AM PDT

PRAGUE: Sebuah helikopter kecil terhempas di bangunan dalam zon industri di bandar Plzen, Republik Czech, semalam mengorbankan semua empat mangsa di dalamnya, kata polis.

Penumpang jatuh sakit, pesawat Emirates dikuarantin di JFK

Posted: 05 Sep 2018 10:02 AM PDT

NEW YORK: Sebuah pesawat Emiriah Arab Bersatu (UAE) (Emirates) dari Dubai dikuarantin di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy (JFK) di sini pagi ini selepas penumpang dilaporkan jatuh sakit ketika dalam penerbangan, kata syarikat itu dan media tempatan.

Southgate tolak 'kuda tua'

Posted: 05 Sep 2018 10:04 AM PDT

LONDON: Pengurus England, Gareth Southgate tampak sudah 'menutup pintu' buat pemain-pemain yang boleh dianggap senior selepas mengharungi kempen Piala Dunia yang mengagumkan di Russia.

Masyarakat global gesa elak malapetaka di Idlib

Posted: 05 Sep 2018 09:58 AM PDT

BEIRUT: Gesaan antarabangsa meningkat hari ini bagi mengelak 'pembunuhan beramai-ramai' tentera rejim Syria di wilayah terakhir ditawan pemberontak di Idlib, dua hari sebelum pertemuan antara kuasa besar yang menyokong kerajaan dan pembangkang.

Kerajaan tahu semua 'money trail' 1MDB - Daim

Posted: 05 Sep 2018 09:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin berkata, semua individu yang terbabit dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak akan dapat melarikan diri daripada proses pendakwaan.

Pogba sentiasa dialu-alukan di Barca

Posted: 05 Sep 2018 09:44 AM PDT

BARCELONA: Penyerang Luis Suarez percaya Paul Pogba sepatutnya mencabar lebih banyak trofi kerana dia berada di Manchester United dan sentiasa dialu-alukan di Barcelona.

Pendedahan Daim mengenai strategi PH

Posted: 05 Sep 2018 09:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menghampiri 120 hari Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, baru kali ini, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin, 'membuka mulut' untuk berkongsi cerita mengenai rentetan kejayaan PH menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) 9 Mei lalu.

Daim dedah rahsia PH tewaskan BN

Posted: 05 Sep 2018 09:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin, mendedahkan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) adalah hasil manipulasi terhadap laporan dalaman daripada kumpulan pemikir UMNO serta pengorbanan komponen PH demi negara.

Malaysia tak mampu jadi negara maju 2020 - Daim

Posted: 05 Sep 2018 09:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin, berkata hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang 2020 tidak akan tercapai.

Jho Low hubungi saya - Daim

Posted: 05 Sep 2018 09:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin, mendedahkan ahli perniagaan kontroversi dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, ada menghubunginya beberapa kali bagi membincangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Manifesto PH berdasarkan laporan kerajaan terdahulu

Posted: 05 Sep 2018 09:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, (MPK) Tun Daim Zainuddin menyifatkan harapan rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam melaksanakan janji yang terkandung dalam manifesto parti itu amat tinggi, walaupun gagal ditunaikan dalam tempoh 100 hari.

TERKINI: Korban letupan di Kabul meningkat 20 orang

Posted: 05 Sep 2018 09:22 AM PDT

KABUL: Jumlah kematian daripada dua letupan di sebuah pusat sukan di kawasan Syiah di ibu negara Afghanistan, semalam meningkat kepada sekurang-kurangnya 20 orang, kata pihak berkuasa.

Belgium sisih Mignolet, Fellaini, Benteke

Posted: 05 Sep 2018 09:08 AM PDT

LONDON: Penjaga gol, Simon Mignolet, pemain tengah Marouane Fellaini dan penyerang Christian Benteke terpaksa diketepikan Belgium ketika menentang Scotland dan Iceland susulan kecederaan, kata Persatuan Bolasepak Belgium (RBFA), hari ini.

Kaji semula pelantikan Dr Maszlee - Sivarasa

Posted: 05 Sep 2018 09:12 AM PDT

SHAH ALAM: Pelantikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang baharu perlu dikaji semula.

Apa Kes: 'Zip' mulut lebih selamat

Posted: 05 Sep 2018 09:00 AM PDT

MEMBUANG jauh cerita hitam, Syafiq Kyle mahu fokus kepada karier lakonan dan terus mencari rezeki.

Inter Miami francais milik Beckham

Posted: 05 Sep 2018 08:24 AM PDT

LONDON: Bekas kapten England, David Beckham mendedahkan kelab Liga Bolasepak Major (MLS) miliknya diberi nama Kelab Bolasepak Antarabangsa Miami, atau Inter Miami.

Dadah bernilai RM8.8 juta dirampas

Posted: 05 Sep 2018 12:29 AM PDT

GEORGETOWN: Polis narkotik Bukit Aman dan negeri ini merampas pelbagai dadah bernilai RM8.8 juta dalam lima serbuan berasingan di sekitar daerah Timur Laut dan Barat Daya, Isnin lalu.

Qatar mansuh sistem visa keluar pekerja asing

Posted: 05 Sep 2018 07:31 AM PDT

DUBAI: Qatar meminda undang-undang permastautinnya semalam bagi membolehkan majoriti pekerja asing meninggalkan negara itu tanpa permit keluar daripada majikan mereka, peruntukan dikatakan kumpulan hak asasi buruh perlu dihapuskan sekian lama.

Suarez kritik penggunaan VAR

Posted: 05 Sep 2018 06:15 AM PDT

BARCELONA: Penyerang Barcelona, Luis Suarez mengkritik pengenalan Video Bantuan Pengadil (VAR) di Sepanyol musim ini dengan menyifatkannya sebagai mengganggu kelancaran semulajadi permainan.

'Kami tak hutang pemain'

Posted: 05 Sep 2018 08:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menafikan tuduhan yang mendakwa badan induk itu menyimpan hadiah wang kemenangan malah menyatakan tugas mereka lebih kepada 'posmen' dengan menghantarnya kepada pemain.

BAM harap kepulangan Chong Wei

Posted: 05 Sep 2018 07:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berharap bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akan kembali ke arena kompetitif tidak lama lagi.

4 maut, 18 cedera, pengebom serang kelab sukan

Posted: 05 Sep 2018 07:43 AM PDT

KABUL: Seorang pengebom berani mati meletupkan diri dalam sebuah kelab sukan di ibu kota Afghanistan di sini hari ini, mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan 18 lain, kata pihak berkuasa.

Hanya RM450 juta, bukan RM42 bilion

Posted: 05 Sep 2018 07:25 AM PDT

KUCHING: Dakwaan RM42 bilion ditinggalkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Kerajaan Malaysia di bawah kepemimpinan baharu disifatkan sebagai tidak tepat dan mengelirukan.

Musa Aman angkat sumpah, tegaskan beliau bukan pelarian

Posted: 05 Sep 2018 01:08 AM PDT

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, menegaskan beliau bukan seorang pelarian dan tidak pernah terniat untuk lari daripada pihak berkuasa Malaysia.

Musa balik semula ke Kuala Lumpur

Posted: 05 Sep 2018 07:11 AM PDT

KOTA KINABALU: Selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga petang tadi, bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, bergegas balik ke Kuala Lumpur dengan pesawat khas malam ini.

Mahkamah Israel lulus robohkan kampung Palestin

Posted: 05 Sep 2018 07:02 AM PDT

BAITULMAQDIS: Mahkamah tertinggi Israel, hari ini mengekalkan perintah untuk merobohkan sebuah perkampungan Badawi Palestin di Tebing Barat untuk membolehkan kerja-kerja pemusnahan dijalankan walaupun wujud tekanan antarabangsa.

Griezmann tak puas hati

Posted: 05 Sep 2018 06:48 AM PDT

PARIS: Bintang Perancis, Antoine Griezmann berkata, dia sepatutnya tersenarai tiga calon penerima Anugerah Ballon d'Or selepas menjuarai Piala Dunia dan merangkul trofi utama bersama Atletico Madrid.

Musa Aman tiba di Sabah

Posted: 04 Sep 2018 10:42 PM PDT

KOTA KINABALU: Selepas meninggalkan Sabah kira-kira empat bulan, bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, pulang ke negeri ini.

Azmin hebat tapi Rafizi ada banyak kelebihan

Posted: 05 Sep 2018 06:43 AM PDT

KANGAR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kangar menyifatkan calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan kumpulannya mempunyai kelebihan di Perlis berbanding pencabarnya yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam pemilihan parti itu pada 14 September ini.

Impak ekonomi krisis Rohingya luar jangkaan - pegawai Myanmar

Posted: 05 Sep 2018 06:40 AM PDT

SINGAPURA: Seorang pegawai pelaburan asing Myanmar memaklumkan beliau tidak menjangka kesan ekonomi krisis Rohingya sambil menambah hukuman penjara dua wartawan Reuters turut mendatangkan kesan kepada reputasi negara beliau.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template