Thursday, September 6, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Jom Tanya Ustaz - Hukum wanita bergaul mesra dengan lelaki lembut

Posted: 06 Sep 2018 09:18 AM PDT

PERGAULAN dengan golongan lelaki lembut khususnya bagi Muslimah perlu dititikberatkan.

Gempa magnitud 7.8 landa Fiji

Posted: 06 Sep 2018 09:53 AM PDT

SUVA: Satu gempa bumi berkekuatan magnitud 7.8 menggegarkan kawasan timur-tenggara Fiji di bandar ini sejauh 105 kilometer pada kedalaman 608 kilometer, kata Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) hari ini.

Anwar tiru aksi MGR

Posted: 06 Sep 2018 09:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menonjolkan bakat tarian yang dimilikinya semasa menghadiri Majlis Malam Komuniti India di Desa Menteri, hari ini.

3 maut ditembak di bank AS

Posted: 06 Sep 2018 09:42 AM PDT

CINCINNATI: Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan dalam sebuah bank di pinggir bandar Cincinnati, semalam sehingga mengorbankan tiga orang dan mencederakan beberapa mangsa lain, sebelum ditembak mati polis, kata pihak berkuasa.

Terengganu City juara Piala FAM

Posted: 06 Sep 2018 08:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Terengganu City FC muncul juara Piala Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas menundukkan Selangor United 2-0 pada aksi final di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.

Pasangan tunai haji bawa balik anak kucing

Posted: 06 Sep 2018 07:53 AM PDT

MADINAH: Kehidupan seekor anak kucing yang sakit dan tidak boleh berjalan di Madinah berubah sekelip mata apabila satu pasangan dari Kanada, Don dan Amany Trim menemui haiwan itu ketika mengerjakan haji sebelum membawanya pulang ke negara asal mereka.

ICC boleh siasat pengusiran Rohingya dari Rakhine

Posted: 06 Sep 2018 08:56 AM PDT

THE HAGUE: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berkata hari ini, ia memiliki bidang kuasa untuk menyiasat perpindahan beramai-ramai secara paksa Muslim Rohingya dari Myanmar sebagai jenayah mungkin ke atas kemanusiaan.

Umno sah hadiri Muktamar Tahunan PAS

Posted: 06 Sep 2018 08:55 AM PDT

PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan akan menghadiri Muktamar Tahunan PAS Pusat di Terengganu pada 14 hingga 16 September ini sebagai sokongan moral kepada parti itu.

Anwar pernah tolak jawatan Presiden UIAM

Posted: 06 Sep 2018 08:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau pernah menolak tawaran jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Anwar dapat bukti Shafee terima wang RM9.5 juta

Posted: 06 Sep 2018 08:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pasukan peguamnya sudah menyerahkan afidavit yang ditandatangani oleh pegawai Jabatan Peguam Negara mengesahkan dakwaan pembayaran dibuat kepada peguam Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah, kepadanya.

Daesh hilang jajahan Syria menjelang 2019: Perancis

Posted: 06 Sep 2018 08:27 AM PDT

PARIS: Kumpulan Daesh akan diusir dari semua wilayah yang satu ketika dulu diisytiharkan sebagai 'khalifah' sebelum akhir tahun ini, kata ketua tentera Perancis, Francois Lecointre hari ini.

Rokok naik harga

Posted: 06 Sep 2018 08:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Harga jualan runcit beberapa jenama rokok meningkat di pasaran susulan penguatkuasaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September lalu.

Beri peluang negeri laksana hukum syarak - PAS

Posted: 06 Sep 2018 08:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: PAS meminta kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) memberi peluang kepada negeri melaksanakan hukum syarak yang berada di bawah bidang kuasa negeri.

Musa dikejarkan ke IJN

Posted: 06 Sep 2018 08:17 AM PDT

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman terpaksa meninggalkan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lebih awal petang tadi kerana masalah kesihatan.

Merusuh tidak puas hati perniagaan permaidani

Posted: 06 Sep 2018 03:42 AM PDT

JOHOR BAHRU: Lima lelaki warga Pakistan ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung satu kejadian merusuh menggunakan senjata berdekatan restoran dekat Jalan Gaya 27, Taman Gaya, Ulu Tiram di sini.

Skandal baharu badminton negara

Posted: 27 Aug 2018 09:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Arena badminton negara sekali lagi digemparkan apabila seorang jurulatih kebangsaan mendakwa beberapa pemain utama terbabit dengan aktiviti pertaruhan ketika sesi latihan.

Pemeriksaan ketat laluan VIP - Anthony Loke

Posted: 03 Sep 2018 11:10 PM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) diarah mengetatkan pemeriksaan di laluan khas orang kenamaan (VIP) di semua lapangan terbang.

Rossi buru trofi pertama di laman sendiri

Posted: 06 Sep 2018 07:21 AM PDT

MILAN: Penunggang Itali, Valentino Rossi memburu kemenangan pertamanya musim ini sekali gus meneruskan kembali persaingan dengan musuh ketatnya yang juga juara dunia, Marc Marquez di laman sendiri di MotoGP San Marino apabila siri kejuaraan dunia motosikal itu bersambung hujung minggu ini, selepas saingan GP Britain dibatalkan.

Dana ada kaitan 1MDB dipercayai di luar negara

Posted: 01 Sep 2018 08:41 PM PDT

KUALA LUMPUR: Wang ratusan juta ringgit yang disyaki mempunyai kaitan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipercayai masih disimpan di luar negara, terutama di Asia Barat.

Israel bina tembok di sempadan Lubnan, halang Hizbullah

Posted: 06 Sep 2018 07:20 AM PDT

ROSH HANIQRA: Israel terus membina tembok konkrit baharu di sepanjang sempadan utaranya dengan Lubnan minggu ini sambil diperhatikan tentera Lubnan dari menara di bahagian bertentangan.

Pelajar Malaysia cemas rasai gempa

Posted: 06 Sep 2018 06:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia di pulau Hokkaido, utara Jepun menempuh pengalaman gempa bumi menakutkan apabila rumah sewa didiami di tingkat atas bangunan empat tingkat bergegar kuat pada jam 3 pagi tadi.

Kerajaan khianati B40 - MTUC

Posted: 06 Sep 2018 07:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menzahirkan kekecewaan dengan kadar gaji minimum baharu sebanyak RM1,050 atau RM5.05 sejam bagi seluruh negara, yang diumumkan kerajaan, hari ini.

42 dipenjara setahun, 14 mengaku tidak bersalah, seorang lepas

Posted: 06 Sep 2018 06:32 AM PDT

KAJANG: Seramai 57 lelaki yang didakwa menganggotai ahli kumpulan jenayah terancang Geng 360 Devan dibawa ke Penjara Kajang hari ini bagi menghadapi pertuduhan pindaan mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Syed Saddiq kongsi petua kekal cergas

Posted: 06 Sep 2018 04:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Di sebalik kesibukan tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan memastikan beliau melakukan 300 kali tekan tubi dan 300 kali duduk tubi setiap hari bagi menjaga tahap kecergasannya.

Beri layanan adil kanak-kanak pelarian - Tuanku Zara

Posted: 05 Sep 2018 10:45 PM PDT

IPOH: Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, bertitah anak golongan pelarian harus diberikan layanan secara adil dan saksama seperti kanak-kanak lain di negara ini, khususnya dalam mendapatkan peluang pendidikan dan rawatan kemudahan kesihatan.

Musa selesai beri keterangan kepada SPRM

Posted: 06 Sep 2018 12:33 AM PDT

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman beredar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 2.10 petang tadi selepas lebih dua jam memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Feri Pulau Pinang akan dikekalkan - Menteri Pengangkutan

Posted: 06 Sep 2018 12:37 AM PDT

GEORGETOWN: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memberi komitmen bahawa Feri Pulau Pinang yang juga ikon negeri itu akan dikekalkan.

Turun majoriti pun dah beri kemenangan moral - Zahid

Posted: 06 Sep 2018 06:30 AM PDT

BALAKONG: UMNO memberi bayangan rakan sekutunya MCA sukar memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, sebaliknya melihat usaha mengurangkan majoriti undi sebagai 'kemenangan' kepada pembangkang.

India, AS adakan latihan tentera 2019

Posted: 06 Sep 2018 06:25 AM PDT

NEW DELHI: Tentera Amerika Syarikat (AS) dan India akan menjalankan satu latihan ketenteraan skala besar di luar perairan negara itu tahun depan, kata pegawai atasan hari ini.

Sebat wanita tidak cerminkan keadilan Islam - Kabinet

Posted: 05 Sep 2018 10:21 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kabinet memutuskan hukuman sebat terhadap dua pesalah wanita di Terengganu, baru-baru ini tidak mencerminkan keadilan dan timbang rasa oleh agama Islam.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template