BH Online - Terkini |
- Trump ancam tarif semua barang import dari China
- ICC tiada bidang kuasa dalam krisis Rohingya - Myanmar
- Remaja Palestin maut ditembak Zionis
- Padang becak punca Harimau Malaya tenggelam
- Sane terlepas aksi Jerman menentang Peru
- 1 kerusi Parlimen untuk Anwar minggu depan - Rafizi
- Petisyen desak Ferrari kekal Raikkonen
- Fiji, Maldives bakal tenggelam akibat peningkatan air laut
- Jangan remehkan PRK Seri Setia
- Jangan ketinggalan sertai acara senam ceria
- Polis buka kertas siasatan himpunan kecoh, haram
- Nurul Izzah curi tumpuan kempen PRK Seri Setia
- Perhimpunan aman bertukar kecoh
- Saintis guna teknik baharu DNA cam mangsa 9/11
- Lelaki dilanggar ketika ke hospital melawat ibu
- CJ WOW SHOP capai 1 juta pelanggan
- Ardern dikritik hebat isu peletakan jawatan menteri
- Maghribi gagalkan 54,000 cubaan pelarian masuk ke Eropah
- Bil IWK bersama bila air menjelang akhir tahun
- Jika tiada apa nak dikata, baik diam - Elfira
- Naza taja pakaian rasmi kontinjen Sukan Para Asia
- Perancis mahu curi mata dari Belanda
- Musa dirawat pakar kardiologi IJN
- Perbincangan beli air Perak, Pulau Pinang dimulakan
- Harimau Malaya terperangkap di Taiwan
- Turki tidak mampu tampung pelarian Syria: Erdogan
- Jangan gelojoh beri pandangan isu sebatan syariah
- Bola sepak singkap tirai SUKMA Ke-19
- 'Rahmatan Lil Alamin' bukan berlembut dengan perbuatan mungkar
- Bekas suami kepada isteri CEO Cradle Fund dibebaskan
| Trump ancam tarif semua barang import dari China Posted: 07 Sep 2018 10:58 AM PDT FARGO: Presiden Donald Trump hari ini mengancam mengenakan tarif ke atas semua barangan China yang diimport ke Amerika Syarikat (AS), memburukkan lagi hubungan dagangan yang sedia tegang dengan Beijing. |
| ICC tiada bidang kuasa dalam krisis Rohingya - Myanmar Posted: 07 Sep 2018 10:10 AM PDT YANGON: Kerajaan Myanmar berkata hari ini ia 'menolak dengan tegas' keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengatakan mereka memiliki bidang kuasa berkaitan dakwaan pengusiran Muslim Rohingya ke Bangladesh sebagai jenayah mungkin ke atas kemanusiaan. |
| Remaja Palestin maut ditembak Zionis Posted: 07 Sep 2018 10:16 AM PDT BANDAR GAZA: Seorang remaja Palestin ditembak mati tentera Israel ketika pertempuran terbaharu di sempadan Gaza hari ini, kata Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza. |
| Padang becak punca Harimau Malaya tenggelam Posted: 07 Sep 2018 10:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Permukaan padang yang teruk dianggap sebagai punca Harimau Malaya gagal mempamerkan aksi lebih garang ketika tewas 0-2 kepada Taiwan dalam aksi persahabatan di Tapei City, hari ini. |
| Sane terlepas aksi Jerman menentang Peru Posted: 07 Sep 2018 10:32 AM PDT BERLIN: Pemain sayap Jerman, Leroy Sane meninggalkan rakan sepasukan dan tidak akan bersama skuad kebangsaan dalam aksi persahabatan antarabangsa menentang Peru, Ahad ini. |
| 1 kerusi Parlimen untuk Anwar minggu depan - Rafizi Posted: 07 Sep 2018 09:20 AM PDT KOTA BHARU: Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan parti itu akan mengosongkan satu kerusi Parlimen minggu hadapan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding. |
| Petisyen desak Ferrari kekal Raikkonen Posted: 07 Sep 2018 07:48 AM PDT LONDON: Lebih 20,000 peminat Kimi Raikkonen menandatangani petisyen online bagi mendesak Ferrari mengekalkan pemandu Formula Satu (F1) dari Finland itu setahun lagi daripada menggantikannya dengan pelumba 'rookie' Charles Leclerc. |
| Fiji, Maldives bakal tenggelam akibat peningkatan air laut Posted: 07 Sep 2018 09:05 AM PDT BANGKOK: Negara kepulauan seperti Fiji dan Maldives hampir berada pada 'titik tidak kembali' kerana peningkatan paras air laut, seorang perunding iklim terkemuka memberi amaran hari ini. |
| Jangan remehkan PRK Seri Setia Posted: 07 Sep 2018 09:27 AM PDT PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa pengundi di Seri Setia keluar beramai-ramai mengundi dan tidak meremehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu. |
| Jangan ketinggalan sertai acara senam ceria Posted: 07 Sep 2018 08:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Orang ramai dialu-alukan menyertai acara senam ceria sempena Bulan Alzheimer 2018 bagi memupuk kesedaran gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. |
| Polis buka kertas siasatan himpunan kecoh, haram Posted: 07 Sep 2018 08:58 AM PDT KUALA LUMPUR: Peserta satu perhimpunan dianggap mencabar undang-undang apabila cuba berarak dari hadapan Kompleks Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi malam ini. |
| Nurul Izzah curi tumpuan kempen PRK Seri Setia Posted: 07 Sep 2018 08:49 AM PDT PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, mencuri tumpuan apabila memakai cermin mata hitam ketika berceramah pada kempen terakhir Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia di Kelana Jaya di sini, malam ini. |
| Perhimpunan aman bertukar kecoh Posted: 07 Sep 2018 07:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Perhimpunan aman Majlis Pengebumian Institusi Peguam Negara di hadapan Kompleks Sogo anjuran Pemantau Malaysia Baharu (PMB) bertukar kecoh selepas cubaan mereka berarak ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi dihalang oleh polis. |
| Saintis guna teknik baharu DNA cam mangsa 9/11 Posted: 07 Sep 2018 07:36 AM PDT NEW YORK: Teknik analisis baharu DNA (asid deoksiribonukleik) membantu mengenal pasti lebih ramai mangsa tragedi serangan World Trade Center (WTC) 11 September 2001, kata saintis pejabat ketua pemeriksa perubatan bandaraya ini semalam. |
| Lelaki dilanggar ketika ke hospital melawat ibu Posted: 07 Sep 2018 07:28 AM PDT PETALING JAYA: Seorang lelaki parah selepas menjadi mangsa langgar lari di Jalan Dato Mahmud 11/4 berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, Ahad lalu. |
| CJ WOW SHOP capai 1 juta pelanggan Posted: 07 Sep 2018 06:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Rangkaian beli-belah di rumah inovatif, CJ WOW SHOP hari ini berjaya mencapai sasaran melepasi sejuta pelanggan sejak mula beroperasi pada April 2016. |
| Ardern dikritik hebat isu peletakan jawatan menteri Posted: 07 Sep 2018 07:15 AM PDT WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berdepan krisis besar pertamanya ketika berdepan peletakan jawatan menteri yang bermasalah. |
| Maghribi gagalkan 54,000 cubaan pelarian masuk ke Eropah Posted: 07 Sep 2018 07:03 AM PDT RABAT: Pihak berkuasa Maghribi setakat ini menggagalkan 54,000 cubaan pendatang haram untuk menyeberang ke Eropah, lapor agensi berita rasmi MAP hari ini. |
| Bil IWK bersama bila air menjelang akhir tahun Posted: 07 Sep 2018 06:42 AM PDT SHAH ALAM: Sistem bil bekalan air bersama bil pembetungan Indah Water Konsortium (IWK) mungkin dilaksanakan di Selangor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur menjelang akhir tahun ini, susulan kejayaan di Labuan dua tahun lalu. |
| Jika tiada apa nak dikata, baik diam - Elfira Posted: 07 Sep 2018 06:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Selepas cerita mengenai pertunangannya heboh diperkatakan, Ahad lalu, pelakon dan pengacara, Elfira Loy, akhirnya bersuara di Instagram. |
| Naza taja pakaian rasmi kontinjen Sukan Para Asia Posted: 07 Sep 2018 05:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Naza Corporation Holdings Sdn Bhd (Kumpulan Naza) hari ini, mengumumkan akan menaja pakaian rasmi yang bakal dipakai kontinjen Malaysia ketika menyertai perbarisan sempena upacara pembukaan rasmi Sukan Para Asia Jakarta 2018 nanti. |
| Perancis mahu curi mata dari Belanda Posted: 07 Sep 2018 04:08 AM PDT MUNICH: Keputusan seri tanpa jaringan menentang Jerman meresahkan pengurus Perancis, Didier Deschamp dan dia percaya mereka perlu mempertajamkan jentera serangan apabila Les Bleus menjadi tuan rumah buat pertama kali dalam aksi menentang Belanda selepas memenangi Piala Dunia pada Julai lalu. |
| Musa dirawat pakar kardiologi IJN Posted: 07 Sep 2018 06:35 AM PDT KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, yang dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam, kini menjalani pemeriksaan perubatan dan rawatan lanjut oleh pakar kardiologi. |
| Perbincangan beli air Perak, Pulau Pinang dimulakan Posted: 07 Sep 2018 06:27 AM PDT SHAH ALAM: Perbincangan untuk kerajaan Perak menjual airnya kepada Pulau Pinang sudah dimulakan. |
| Harimau Malaya terperangkap di Taiwan Posted: 07 Sep 2018 06:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dalam skuad kebangsaan jika mahu melangkah jauh dalam Kejohanan Piala AFF yang bermula November ini. |
| Turki tidak mampu tampung pelarian Syria: Erdogan Posted: 07 Sep 2018 06:19 AM PDT ISTANBUL: Turki tidak mampu lagi mengambil lebih ramai pelarian dari Syria, kata Presidennya, Recep Tayyip Erdogan ketika sidang kemuncak bersama pemimpin Russia dan Iran di Tehran hari ini. |
| Jangan gelojoh beri pandangan isu sebatan syariah Posted: 07 Sep 2018 04:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Pihak yang tidak arif mengenai hukum Islam tidak sepatutnya 'gelojoh' dalam memberi pandangan mengenai pelaksanaan hukuman sebatan yang dijalankan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu terhadap dua wanita baru-baru ini. |
| Bola sepak singkap tirai SUKMA Ke-19 Posted: 07 Sep 2018 05:41 AM PDT IPOH: Tirai Sukan Malaysia Perak 2018 (SUKMA Perak XIX) mula disingkap menerusi acara bola sepak esok. Perlawanan antara Negeri Sembilan dan Perlis di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) petang esok menjadi pembuka gelanggang temasya dwitahunan edisi ke-19 itu. |
| 'Rahmatan Lil Alamin' bukan berlembut dengan perbuatan mungkar Posted: 07 Sep 2018 05:33 AM PDT CYBERJAYA: Pengenalan konsep Rahmatan Lil Alamin dalam pelaksanaan Islam di negara ini tidak membawa maksud kerajaan akan berlembut dengan perbuatan mungkar atau bertentangan dengan ajaran Islam. |
| Bekas suami kepada isteri CEO Cradle Fund dibebaskan Posted: 07 Sep 2018 05:28 AM PDT SHAH ALAM: Bekas suami kepada isteri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan, sudah dibebaskan petang tadi. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment