Sunday, September 9, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Trump puji Jong Un perarakan tanpa peluru berpandu nuklear

Posted: 09 Sep 2018 10:19 AM PDT

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memuji pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, semalam kerana menganjurkan perarakan ketenteraan besar-besaran tanpa mempamerkan peluru berpandu nuklear untuk sambutan ulang tahun ke-70 negara itu.

Zionis tembak mati lelaki Palestin di sempadan Gaza

Posted: 09 Sep 2018 10:05 AM PDT

BAITULMAQDIS: Tentera Israel menembak mati seorang lelaki Palestin yang cuba merosakkan pagar sempadan Israel-Gaza, kata jurucakapnya, semalam.

Jangan leka, ulangi kesilapan

Posted: 09 Sep 2018 09:36 AM PDT

GEMAS: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menasihati pemimpin PKR supaya tidak leka dan mengulangi kesilapan pemimpin parti kerajaan terdahulu.

84 maut selepas rundingan damai Yaman gagal

Posted: 09 Sep 2018 09:32 AM PDT

KHOKHA: Pertempuran dan serangan udara mengakibatkan 84 orang terkorban di sekitar bandar pelabuhan Hodeida, Yaman, sejak rundingan damai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gagal, kata sumber hospital, semalam.

Kerajaan Itali rancang sekat beli-belah pada Ahad

Posted: 09 Sep 2018 08:54 AM PDT

ROME: Kerajaan baharu Itali akan melaksanakan larangan membeli-belah pada setiap hari Ahad di semua pusat membeli-belah utama negara itu, sebelum akhir tahun ini.

Muzium Istana imbau kegemilangan Kesultanan Melaka

Posted: 08 Sep 2018 08:09 PM PDT

Keindahan kota Melaka memang tidak disangkal, berbekalkan tinggalan sejarah silam dengan peninggalan bandar kesan penjajahan, tempat itu yang kini diisytihar sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage).

Morbidelli rampas takhta muka baharu terbaik daripada Hafizh

Posted: 09 Sep 2018 06:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) San Marino di luar kelompok kutipan mata sekali gus menyaksikan status pendahulu dalam kedudukan muka baharu terbaik MotoGP kini dirampas pencabar terdekatnya, Franco Morbidelli.

Beg plastik beras, bangunan tanpa strata dikecualikan SST

Posted: 09 Sep 2018 04:46 AM PDT

ALOR SETAR: Dua lagi senarai barangan dan perkhidmatan termasuk beg plastik beras yang digunakan dalam industri, dikecualikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 10 peratus berkuatkuasa serta-merta.

Dovizioso takluk San Marino

Posted: 09 Sep 2018 07:48 AM PDT

MISANO ADRIATICO, ItalI: Pelumba Itali, Andrea Dovizioso muncul juara Grand Prix (GP) San Marino untuk Ducati hari ini, manakala penyandang juara dunia Marc Marquez menamatkan perlumbaan di tempat kedua sekali gus meningkatkan kutipan mata keseluruhan untuk mempertahankan gelaran juara MotoGP dengan 67 mata.

Azis Jamman pecat pegawai rakam bahagian bawah skirt wanita

Posted: 09 Sep 2018 07:32 AM PDT

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman, memecat seorang pegawainya susulan lelaki terbabit didakwa merakam video melalui bawah skirt seorang petugas wanita di kedai cermin mata.

Korban pesawat terhempas Sudan Selatan meningkat 19 orang

Posted: 09 Sep 2018 07:11 AM PDT

JUBA: Seramai 19 orang terbunuh, hari ini, selepas sebuah pesawat kecil terhempas di sebuah tasik di tengah Sudan Selatan, sementara empat mangsa lain terselamat, kata pegawai wilayah kepada AFP.

Pakistan cari jalan elak mohon bantuan IMF

Posted: 09 Sep 2018 07:02 AM PDT

ISLAMABAD: Pakistan sedang mencari jalan untuk tidak perlu memohon bantuan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan antara langkah dibincangkan termasuk berhenti mengimport kereta mewah, telefon bimbit dan keju, kata seorang penasihat kanan.

Sudah pukul dibakar pula

Posted: 09 Sep 2018 06:44 AM PDT

ARAU: Seorang peniaga dalam talian bukan saja dipukul, malah dibakar pada bahagian muka serta kiri badan dalam satu kejadian di Jejawi, di sini, petang tadi.

150 penunjuk perasaan ditahan bantah had umur persaraan

Posted: 09 Sep 2018 06:58 AM PDT

MOSCOW: Ribuan penyokong pemimpin pembangkang yang dipenjarakan, Alexei Navalny mengadakan tunjuk perasaan di seluruh Russia, hari ini untuk membantah peningkatan had umur persaraan.

35 rumah papan hangus

Posted: 08 Sep 2018 05:41 PM PDT

SANDAKAN: Sebanyak 35 rumah papan di Kampung Gelam, berhampiran bandar Sandakan, di sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 1.40 awal pagi tadi.

Kami diperhatikan - TMJ

Posted: 09 Sep 2018 02:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mendakwa laman media sosial beliau dan ayahandanya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, diperhatikan individu tertentu menggunakan teknologi Israel.

SPR perlu pertimbang kaedah berkesan - Hanipa Maidin

Posted: 09 Sep 2018 06:19 AM PDT

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mempertimbangkan pelbagai kaedah menarik lagi berkesan bagi menyedarkan rakyat supaya menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

Adam raih empat mata di Misano

Posted: 09 Sep 2018 06:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas tiga pusingan tanpa mengutip sebarang mata, kini pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin kembali berada dalam kelompok 15 terbaik apabila menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) San Marino di tangga ke-12, hari ini.

Leicester ikat Maguire lima tahun lagi

Posted: 09 Sep 2018 06:09 AM PDT

LONDON: Pertahanan England Harry Maguire menandatangani kontrak baharu untuk tempoh lima tahun bersama Leicester City, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Utara, tengah, selatan beri laluan kepada Anwar

Posted: 09 Sep 2018 05:07 AM PDT

TAMPIN: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedang mempertimbangkan tiga kerusi Parlimen yang memberi laluan kepadanya iaitu di negeri di utara, tengah dan selatan.

Amaran kesihatan susulan 150 kes pneumonia

Posted: 09 Sep 2018 06:04 AM PDT

ROME: Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kesihatan selepas 150 kes pneumonia direkodkan dalam tempoh seminggu terutamanya di beberapa kawasan berhampiran bandar Brescia, utara Itali.

Belum ada laporan dari Istana Johor - KP Johor

Posted: 09 Sep 2018 05:51 AM PDT

JOHOR BAHRU: Polis Johor sehingga kini belum menerima laporan daripada pihak Istana Johor berhubung dakwaan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengenai laman media sosial beliau diperhatikan individu tertentu menggunakan teknologi Israel.

Melaka resah tonggak cedera

Posted: 09 Sep 2018 04:58 AM PDT

MELAKA: Kecederaan beberapa atlet utama Melaka menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) Perak mencemaskan kontinjen negeri terbabit dalam misi merangkul 28 pingat emas yang menjadi sasaran kali ini.

Semua calon ada kelebihan tersendiri

Posted: 08 Sep 2018 07:54 PM PDT

DATUK Saifuddin Nasution Ismail antara penggerak utama PKR pada awal penubuhan parti itu 1999 dan disifatkan sebagai 'soldadu setia' dalam perjuangan PKR.

Wanita hamil maut selepas 15 jam bertarung nyawa

Posted: 09 Sep 2018 04:53 AM PDT

PEKAN: Selepas hampir 15 jam bertarung nyawa, wanita hamil sembilan bulan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 53 Jalan Pekan-Nenasi, dekat sini, petang semalam, disahkan meninggal dunia.

3 penumpang maut tercampak keluar dari bas

Posted: 09 Sep 2018 02:24 AM PDT

MUAR: Tiga penumpang maut, 14 cedera selepas bas ekspres dinaiki bergesel dengan sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 138 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, dekat Pagoh, 2.30 pagi tadi.

Lelaki ditahan tendang bomba padam kebakaran

Posted: 09 Sep 2018 05:03 AM PDT

SANDAKAN: Ketika sibuk menjalankan tugas, seorang anggota bomba tiba-tiba ditendang dan dipukul seorang lelaki tidak berbaju dalam operasi memadam kebakaran di Kampung Gelam, di sini, awal pagi tadi.

Kerjasama PAS-UMNO belum diterima ahli sepenuhnya

Posted: 09 Sep 2018 04:36 AM PDT

KUALA NERUS: Kerjasama antara PAS dan UMNO belum mendapat penerimaan secara menyeluruh oleh anggota kedua-dua parti.

3 beranak menjuarai Piala Seri Endon

Posted: 09 Sep 2018 04:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Percubaan pertama tiga beranak menyertai pertandingan rekaan batik Piala Seri Endon (PSE) 2018 berbaloi apabila dinobatkan juara kategori fesyen dan membawa pulang RM30,000 serta piala.

MCA masih disokong pengundi Cina

Posted: 09 Sep 2018 03:00 AM PDT

SEREMBAN: MCA sudah menjangkakan kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong semalam.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template