BH Online - Terkini |
- Bekas model dakwa dirogol Ronaldo
- UNRWA keluarkan kakitangan asing dari Gaza
- 4 maut taufan Trami di Jepun
- Penyampaian amaran tsunami gagal di peringkat akhir
- Saya masih seperti dulu - Dr M
- MRA hantar makanan, ubat kepada mangsa Tsunami
- 17 kontraktor ditahan terbabit buat tuntutan palsu
- Usia 93 tahun cabaran utama Dr Mahathir
- Prestasi pemain Man United terlalu buruk: Shaw
- Aguero mampu robek rekod gol EPL
- Vettel belum sedia kibar bendera putih
- Luiz 'keliru' dengan Conte: Sarri
- Malaysia adakan rundingan pasca Brexit
- Malaysia tidak yakin dengan pakatan pertahanan
- Jumlah korban tsunami Palu meningkat 1,200 orang
- Saman wakil rakyat keluar parti tidak wajar - Veteran UMNO
- Tragedi Palu
- Indonesia senaraikan bantuan antarabangsa diperlukan
- TMJ 'kritik' pujian melampau
- Buat laporan polis jika ada bukti - KPN
- Suasana kelam-kabut, mayat tidak dituntut di Palu
- Sudah-sudahlah fitnah saya - Anwar
- 190,000 penduduk perlukan bantuan segera di Sulawesi
- Nyaris maut ditimpa pokok tumbang
- Berita kemangkatan Sultan Pahang tidak benar
- Permatang Pauh tetap di hati - Anwar
- MAHB naik taraf tiga landasan di KLIA dalam lima tahun
- Anak syarikat Bioalpha ambil alih kepentingan dalam North West
- Notis Merah Jho Low 'rahsia'
- TMJ mahu pusat latihan setaraf Real Madrid
| Bekas model dakwa dirogol Ronaldo Posted: 01 Oct 2018 11:04 AM PDT LOS ANGELES: Cristiano Ronaldo kini berdepan beberapa tuduhan rogol oleh seorang bekas model yang mendakwa bintang bola sepak Portugal itu menyerang beliau dalam sebuah bilik hotel di Las Vegas pada 2009. |
| UNRWA keluarkan kakitangan asing dari Gaza Posted: 01 Oct 2018 11:01 AM PDT GAZA: Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin semalam berkata, ia terpaksa menarik balik kakitangan asing dari Semenanjung Gaza susulan kebimbangan keselamatan berikutan pengurangan pekerja di wilayah itu. |
| Posted: 01 Oct 2018 10:56 AM PDT TOKYO: Empat orang maut akibat taufan Trami di Jepun, sepanjang hujung minggu lalu, lapor media tempatan, semalam, ketika kesan ribut itu menimbulkan kekacauan perjalanan ke Tokyo. |
| Penyampaian amaran tsunami gagal di peringkat akhir Posted: 01 Oct 2018 10:09 AM PDT BERLIN: Amaran tsunami kepada penduduk tempatan di pulau Sulawesi gagal pada peringkat akhir komunikasi sehingga menyebabkan ramai terkejut dengan ombak setinggi enam meter, menurut pusat penyelidikan Jerman yang membangunkan sistem amaran digunakan Indonesia. |
| Saya masih seperti dulu - Dr M Posted: 01 Oct 2018 09:31 AM PDT LONDON: Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau masih seperti dahulu dan caranya bekerja adalah mengikut gaya beliau seperti sebelum ini. |
| MRA hantar makanan, ubat kepada mangsa Tsunami Posted: 01 Oct 2018 09:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysian Relief Agency (MRA) akan menghantar bantuan kecemasan berupa makanan asas dan ubat-ubatan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah, Indonesia, Rabu ini. |
| 17 kontraktor ditahan terbabit buat tuntutan palsu Posted: 01 Oct 2018 09:28 AM PDT JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan 17 kontraktor bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu. |
| Usia 93 tahun cabaran utama Dr Mahathir Posted: 01 Oct 2018 06:53 AM PDT LONDON: Tun Dr Mahathir Mohamad yang muncul semula dalam arena politik sehingga sekali lagi diangkat sebagai Perdana Menteri mengakui bahawa mewarisi kerajaan berhadapan pelbagai masalah memberi tekanan terhadapnya kerana faktor usia yang sudah tua. |
| Prestasi pemain Man United terlalu buruk: Shaw Posted: 01 Oct 2018 07:28 AM PDT LONDON: Barisan pemain bintang Manchester United perlu bertanggungjawab atas persembahan 'amat buruk' ketika menentang West Ham yang menyaksikan kelab itu terjerumus ke tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris, kata pertahanan Luke Shaw. |
| Aguero mampu robek rekod gol EPL Posted: 01 Oct 2018 07:15 AM PDT LONDON: Sergio Aguero berupaya memecahkan rekod Alan Shearer yang menyumbat 260 gol dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL), menurut rakan sepasukannya di Manchester City, Bernardo Silva. |
| Vettel belum sedia kibar bendera putih Posted: 01 Oct 2018 07:07 AM PDT SOCHI, Russia: Sebastian Vettel menyatakan dengan jelas dia masih mampu menjulang kejuaraan dunia Formula Satu (F1) musim ini sekali pun ketinggalan 50 mata di belakang Lewis Hamilton selepas Grand Prix (GP) Russia, semalam. |
| Luiz 'keliru' dengan Conte: Sarri Posted: 01 Oct 2018 07:05 AM PDT LONDON: David Luiz bingung dengan layanan yang diterimanya daripada bekas pengurus Chelsea, Antonio Conte, menurut bos baharu kelab itu, Maurizio Sarri. |
| Malaysia adakan rundingan pasca Brexit Posted: 01 Oct 2018 07:03 AM PDT LONDON: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia akan mengadakan rundingan perdagangan dengan United Kingdom (UK) secara berasingan pasca Brexit. |
| Malaysia tidak yakin dengan pakatan pertahanan Posted: 01 Oct 2018 06:58 AM PDT LONDON: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia tidak begitu yakin dengan pakatan pertahanan. |
| Jumlah korban tsunami Palu meningkat 1,200 orang Posted: 01 Oct 2018 06:51 AM PDT JAKARTA: Sekurang-kurangnya 1,200 orang terkorban akibat gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah, setakat petang tadi, lapor laman berita Jakarta Post. |
| Saman wakil rakyat keluar parti tidak wajar - Veteran UMNO Posted: 01 Oct 2018 06:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Tindakan UMNO untuk menyaman wakil rakyatnya yang keluar parti adalah tidak wajar sekiranya tiada peruntukan undang-undang bagi membenarkan perkara itu dilaksanakan. |
| Posted: 01 Oct 2018 01:00 AM PDT PEGAWAI membawa beg mayat sebelum pengebumian mangsa gempa di Palu, di Sulawesi. - Foto AFP |
| Indonesia senaraikan bantuan antarabangsa diperlukan Posted: 01 Oct 2018 06:41 AM PDT JAKARTA: Kerajaan Indonesia sedang dalam proses menyenaraikan bantuan yang diperlukan wilayah Sulawesi Tengah daripada negara lain, kata pegawai Kementerian Luar negara itu. |
| TMJ 'kritik' pujian melampau Posted: 01 Oct 2018 06:28 AM PDT JOHOR BARU: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak bersetuju dengan pandangan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang 'sempurna dalam segala-galanya'. |
| Buat laporan polis jika ada bukti - KPN Posted: 01 Oct 2018 06:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Mereka yang mempunyai maklumat atau bukti kukuh berhubung dakwaan wang tunai RM43.3 juta lesap daripada keseluruhan nilai rampasan berkaitan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diminta membuat laporan polis. |
| Suasana kelam-kabut, mayat tidak dituntut di Palu Posted: 01 Oct 2018 06:12 AM PDT PALU: Suasana agak kelam-kabut di sini dengan polis mengawal bank, penduduk pula ada yang cuba keluar ke tempat lain untuk mencari makanan, air dan bahan api manakala puluhan mayat belum dituntut di sebuah hospital, tiga hari selepas gempa berlaku disusuli tsunami. |
| Sudah-sudahlah fitnah saya - Anwar Posted: 01 Oct 2018 06:09 AM PDT PORT DICKSON: Calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, enggan melayan tuduhan liwat terbaru yang dilemparkan terhadapnya. |
| 190,000 penduduk perlukan bantuan segera di Sulawesi Posted: 01 Oct 2018 06:03 AM PDT PALU: Seramai 190,000 penduduk di Sulawesi memerlukan bantuan kemanusiaan dengan segera, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika memberi amaran mengenai keadaan di kawasan yang dilanda gempa dan tsunami. |
| Nyaris maut ditimpa pokok tumbang Posted: 01 Oct 2018 03:42 AM PDT KLANG: Pemandu sebuah kereta nyaris maut apabila dahan sebatang pokok tumbang menghempap kenderaannya di Jalan Pekan Baru, di sini, petang tadi. |
| Berita kemangkatan Sultan Pahang tidak benar Posted: 01 Oct 2018 05:43 AM PDT KUANTAN: Istana Pahang menafikan berita mengenai kemangkatan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang tersebar hari ini. |
| Permatang Pauh tetap di hati - Anwar Posted: 01 Oct 2018 05:40 AM PDT PORT DICKSON: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji untuk terus menjaga kawasan lamanya Permatang Pauh, jika menjadi Perdana Menteri. |
| MAHB naik taraf tiga landasan di KLIA dalam lima tahun Posted: 01 Oct 2018 05:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mrancang untuk menaik taraf ketiga-tiga landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam tempoh lima tahun akan datang bagi meningkatkan tahap keselamatan dan perkhidmatan. |
| Anak syarikat Bioalpha ambil alih kepentingan dalam North West Posted: 01 Oct 2018 05:37 AM PDT bioalpha// |
| Notis Merah Jho Low 'rahsia' Posted: 01 Oct 2018 05:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Teka teki mengapa Notis Merah oleh Polis Antarabangsa (INTERPOL) terhadap ahli perniagaan, Low Taek Jho tidak dipamer di laman sesawang umum badan penguatkuasa itu adalah kerana wujud arahan supaya mereka tidak berbuat begitu. |
| TMJ mahu pusat latihan setaraf Real Madrid Posted: 01 Oct 2018 05:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Pusat latihan setaraf kelab juara Eropah, Real Madrid menjadi projek seterusnya akan dilaksanakan Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment