BH Online - Terkini |
- Wanita Palestin maut dibaling batu oleh pendatang Yahudi
- Maradona kecam Messi
- Paderi bebas, Trump harap hubungan baik dengan Turki
- Paderi bebas, Trump harap hubungan baik dengan Turki
- BAM kaji punca kegagalan skuad badminton para
- Britain juara Piala Sultan Johor
- 'Saya tidak akan khianati amanah'
- SPR akan perhalusi peraturan pilihan raya
- Anwar menang besar
- 'Kemenangan luar jangkaan'
- Aktiviti berkelah bertukar tragedi
- Jumlah korban banjir Sumatera meningkat 21 orang
- 1 kritikal, 2 stabil insiden panah petir
- Kejayaan raih 17 emas luar biasa
- Sejarah tercipta, 3 beranak di Dewan Rakyat
- Sultan Mizan sertai kejohanan kuda lasak
- Habuan 'rahsia' nanti TFC
- Isa belum fikir untuk bersara
- Saiful terima kekalahan sebagai kemenangan peribadi
- Keputusan tidak rasmi: Anwar menang
- Kelantan bingung tak dapat lesen
- Anwar angkat sumpah Isnin ini
- Afiq Afify hadiah pingat emas ke-17
- Peratusan keluar mengundi meningkat
- Hairi sedia ganti Kumar
- Tak cedera biarpun rempuh kereta
- Lelaki 'kantoi' curi beg tangan penumpang bas dicekup polis
- Thierry Henry mahu ubah nasib Monaco
- Turki tukar nama jalan kepada 'Malcolm X Street'
- Arab Saudi berhadapan hukuman berat jika terbabit - Trump
| Wanita Palestin maut dibaling batu oleh pendatang Yahudi Posted: 13 Oct 2018 09:04 AM PDT RAMALLAH: Seorang wanita Palestin maut akibat kecederaan, selepas pendatang haram Yahudi di tebing Barat membaling batu ke arah kereta dipandu mangsa, kata sumber keselamatan dan perubatan Palestin, semalam. |
| Posted: 13 Oct 2018 09:22 AM PDT LONDON: Legenda Argentina, Diego Maradona mengecam pemain senegara, Lionel Messi dengan menyatakan penyerang itu bukan ketua di dalam padang dan tidak seharusnya dianggap sebagai tuhan bola sepak. |
| Paderi bebas, Trump harap hubungan baik dengan Turki Posted: 13 Oct 2018 09:08 AM PDT WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau berharap dengan pembebasan paderi Andrew Brunson di Turki akan membawa kepada hubungan lebih baik dengan Ankara. |
| Paderi bebas, Trump harap hubungan baik dengan Turki Posted: 13 Oct 2018 08:34 AM PDT WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau berharap dengan pembebasan paderi Andrew Brunson di Turki akan membawa kepada hubungan lebih baik dengan Ankara. |
| BAM kaji punca kegagalan skuad badminton para Posted: 13 Oct 2018 08:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan melakukan 'post-mortem' bagi mengenal pasti punca utama pemain negara gagal meraih sebarang pingat emas pada Sukan Para Asia Jakarta 2018 berakhir hari ini. |
| Britain juara Piala Sultan Johor Posted: 13 Oct 2018 08:15 AM PDT JOHOR BAHRU: Britain muncul juara Piala Sultan Johor selepas menewaskan India 3-1 pada aksi final di Stadium Hoki Taman Daya, sebentar tadi. |
| 'Saya tidak akan khianati amanah' Posted: 13 Oct 2018 08:10 AM PDT PORT DICKSON: Bakal Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi jaminan tidak akan sesekali mengkhianati amanah yang diberikan. |
| SPR akan perhalusi peraturan pilihan raya Posted: 13 Oct 2018 07:40 AM PDT PORT DICKSON: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperhalusi peraturan pilihan raya bagi memastikan perjalanan setiap pilihan raya selepas ini lebih lancar. |
| Posted: 13 Oct 2018 06:50 AM PDT PORT DICKSON: Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson dengan majoriti 23,560 undi. |
| 'Kemenangan luar jangkaan' Posted: 13 Oct 2018 07:25 AM PDT PORT DICKSON: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kemenangan beliau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson hari ini sebagai di luar jangkaan. |
| Aktiviti berkelah bertukar tragedi Posted: 13 Oct 2018 06:34 AM PDT PADANG BESAR: Kegembiraan 15 sekeluarga berkelah di Empangan Timah Tasoh di sini, berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka lemas selepas bot dinaiki terbalik dipukul gelombang ketika cuaca buruk petang tadi. |
| Jumlah korban banjir Sumatera meningkat 21 orang Posted: 13 Oct 2018 07:46 AM PDT JAKARTA: Banjir kilat dan tanah runtuh susulan hujan lebat di Indonesia mengorbankan sekurang-kurangnya 21 orang, termasuk 11 kanak-kanak sekolah dengan 15 mangsa lain hilang. |
| 1 kritikal, 2 stabil insiden panah petir Posted: 13 Oct 2018 07:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang pemain futsal Sabah kritikal manakala seorang lagi rakan sepasukannya serta seorang wanita stabil selepas dipanah petir ketika perlawanan Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS), di Bukit Jalil, di sini, petang tadi. |
| Kejayaan raih 17 emas luar biasa Posted: 13 Oct 2018 07:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Kejayaan Malaysia melepasi sasaran dan mengumpul keseluruhan 17 emas di Sukan Para Asia Jakarta 2018 adalah hasil usaha luar biasa dan tidak pernah mengenal putus asa. |
| Sejarah tercipta, 3 beranak di Dewan Rakyat Posted: 13 Oct 2018 07:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat mencatat sejarah tersendiri apabila tiga beranak, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak mereka, Nurul Izzah akan berada serentak dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen ke-14 bermula Isnin ini. |
| Sultan Mizan sertai kejohanan kuda lasak Posted: 13 Oct 2018 07:12 AM PDT KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyertai kejohanan kuda lasak antarabangsa Piala Sultan Mizan 2018 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di Lembah Bidong petang tadi. |
| Habuan 'rahsia' nanti TFC Posted: 13 Oct 2018 07:00 AM PDT KUALA TERENGGANU: Habuan 'rahsia' bakal menanti pemain Terengganu FC (TFC) jika pasukan bimbingan Irfan Bakti Abu Salim layak ke final Piala Malaysia musim ini. |
| Posted: 13 Oct 2018 06:56 AM PDT PORT DICKSON: Tenang menghadapi kekalahan pertamanya selepas bertanding dalam 10 pilihan raya, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad, belum memutuskan sama ada mahu bersara daripada politik atau sebaliknya. |
| Saiful terima kekalahan sebagai kemenangan peribadi Posted: 13 Oct 2018 06:53 AM PDT PORT DICKSON: Mohd Saiful Bukhari Azlan menerima kekalahannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson sebagai kemenangan peribadi. |
| Keputusan tidak rasmi: Anwar menang Posted: 13 Oct 2018 04:58 AM PDT PORT DICKSON: Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh majoriti 21,932 undi melebihi jumlah yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). |
| Kelantan bingung tak dapat lesen Posted: 13 Oct 2018 06:43 AM PDT KOTA BHARU: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) akan menyemak semula segala keperluan bagi memastikan lesen kebangsaan dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) diluluskan oleh Badan Pelesenan Kelab Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). |
| Posted: 13 Oct 2018 05:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson hari ini, akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pada Isnin ini yang juga hari pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen ke-14 bersidang. |
| Afiq Afify hadiah pingat emas ke-17 Posted: 13 Oct 2018 06:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelumba basikal cacat penglihatan, Afiq Afify Rizan dan jurumudi Khairul Adha Rasol menghadiahkan pingat emas ke-17 Malaysia menerusi acara ujian masa satu kilometer (1KM) tandem lelaki B di Velodrom Antarabangsa Jakarta, Indonesia, hari ini. |
| Peratusan keluar mengundi meningkat Posted: 13 Oct 2018 06:18 AM PDT PORT DICKSON: Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson hari ini, mencatat 58.3 peratus, sekali gus lebih tinggi berbanding tiga PRK terdahulu. |
| Posted: 13 Oct 2018 06:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Hairi Abdul Rahman sedia untuk menggalas tanggungjawab selaku penjaga gol utama skuad hoki negara pada Trofi Juara-Juara Asia di Muscat, Oman bermula 18 Oktober ini seandainya S Kumar masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan tangan kanan. |
| Tak cedera biarpun rempuh kereta Posted: 13 Oct 2018 06:08 AM PDT BENTONG: Seorang penunggang motosikal tidak mengalami sebarang kecederaan biarpun melanggar kereta Honda City yang melintang di Kilometer 42 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, dekat susur Bukit Tinggi pagi tadi. |
| Lelaki 'kantoi' curi beg tangan penumpang bas dicekup polis Posted: 13 Oct 2018 06:05 AM PDT SHAH ALAM: Tindakan pengawal keselamatan mencuri dompet penumpang wanita di dalam sebuah bas di sekitar daerah ini, Ahad lalu memakan diri apabila dia akhirnya dicekup polis pagi tadi. |
| Thierry Henry mahu ubah nasib Monaco Posted: 13 Oct 2018 05:45 AM PDT MONACO: Bekas bintang Arsenal, Thierry Henry hari ini diumumkan selaku jurulatih baharu kelab Ligue 1, Monaco. |
| Turki tukar nama jalan kepada 'Malcolm X Street' Posted: 13 Oct 2018 05:44 AM PDT ANKARA: Turki menamakan semula jalan yang menempatkan kedutaan baru Amerika Syarikat di negara itu sempena pejuang hak sivil kulit hitam AS, Malcolm X. |
| Arab Saudi berhadapan hukuman berat jika terbabit - Trump Posted: 13 Oct 2018 05:27 AM PDT WASHINGTON: Presiden Donald Trump memberi amaran Arab Saudi akan berhadapan 'hukuman berat' jika negara itu mendalangi kehilangan wartawan Jamal Khashoggi. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment