Sunday, October 14, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


4 pasukan rebut kejuaraan DeTIK 2018

Posted: 14 Oct 2018 04:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Empat pasukan debat mewakili institusi pendidikan tinggi mara ke peringkat akhir Pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK ) 2018 yang berlangsung di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas, Cheras, di sini, esok.

4 maut insiden tembakan di Texas

Posted: 14 Oct 2018 10:09 AM PDT

WASHINGTON: Perselisihan faham antara dua anggota keluarga semasa sambutan hari lahir kali pertama seorang kanak-kanak bertukar tragedi apabila empat lelaki maut manakala seorang cedera dalam insiden tembak-menembak.

Mayat remaja, bayi dalam bilik air

Posted: 14 Oct 2018 05:07 AM PDT

PARIT BUNTAR: Mayat seorang remaja perempuan bersama bayi ditemui dalam bilik air sebuah rumah di Taman Seri Tenggara, di sini petang tadi.

England belum setanding Sepanyol: Kane

Posted: 14 Oct 2018 09:37 AM PDT

LONDON: Harry Kane mengakui England belum dapat menyaingi kehebatan penguasaan bola Sepanyol menjelang pertembungan Liga Negara-Negara Eropah esok ketika dia masih bergelut untuk membuktikan potensinya sejak memenangi anugerah Kasut Emas Piala Dunia Julai lalu.

Kubur besar 35 mayat ditemui di Libya

Posted: 14 Oct 2018 09:22 AM PDT

TRIPOLI: Anggota pekerja kecemasan hari ini berjaya menemui 35 lagi mayat dalam sebuah kubur besar terletak berhampiran Sirte, Libya, kata pihak berkuasa sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan mayat dibawa keluar ialah 110.

Ini entah kali ke berapa kena pindah - mangsa banjir

Posted: 14 Oct 2018 09:13 AM PDT

BAGAN SERAI: Seorang mangsa banjir di sini, Abu Bakar Mat, 60 mengakui sudah tidak ingat entah kali ke berapa terpaksa berpindah apabila kampungnya kerap di naiki air bah.

Amaran Djokovic

Posted: 14 Oct 2018 08:09 AM PDT

SHANGHAI: Novak Djokovic memberi amaran dia sudah bersedia merampas gelaran pemain nombor satu dunia daripada Rafael Nadal selepas memenangi saingan Shanghai Masters menewaskan Borna Coric  6-3, 6-4, hari ini.

Khairy masih ambil berat perkembangan atlet paralimpik negara

Posted: 14 Oct 2018 08:26 AM PDT

SEPANG: Walaupun tidak bergelar Menteri Belia dan Sukan tetapi Khairy Jamaluddin mengakui beliau masih mengambil berat mengenai perkembangan semasa atlet paralimpik negara.

Yayasan Eco World terima derma RM6.5 juta

Posted: 14 Oct 2018 01:39 AM PDT

PETALING JAYA: Yayasan Eco World menerima RM6.5 juta sumbangan pelbagai pihak bagi membolehkan yayasan itu melaksanakan tanggungjawab sosial membantu golongan kurang bernasib baik.

Lapan pendaki terkandas di Gunung Irau

Posted: 14 Oct 2018 08:07 AM PDT

KUANTAN: Sekumpulan lapan pendaki terdiri daripada lima wanita dan tiga lelaki terkandas ketika dalam perjalanan turun dari Gunung Irau di Cameron Highlands, petang tadi.

Dik Wan sasar 2 emas di Tokyo  

Posted: 14 Oct 2018 08:00 AM PDT

SEPANG: Selepas meraih tiga emas dan satu gangsa di Sukan Para Asia Jakarta berakhir semalam, Ridzuan Puzi memasang impian mempertahankan pingat dan memperbaharui rekod dunia miliknya dalam acara olahraga 100 meter T36 (Cerebral Palsy) di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

BH menang 2 anugerah media CIDB

Posted: 14 Oct 2018 07:32 AM PDT

KOTA KINABALU: Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) menerusi akhbar BH memenangi dua Anugerah Media Pembinaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi wilayah Sabah sempena Malam Media Kementerian Kerja Raya, malam ini.

Nak tukar nama, tukarlah - Najib

Posted: 14 Oct 2018 07:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) antara 'buah tangan' terbaik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk rakyat sepanjang memegang tampuk pentadbiran negara.

18 tentera Afghanistan maut serangan pemberontak Taliban

Posted: 14 Oct 2018 06:38 AM PDT

HERAT: Sekurang-kurangnya 18 tentera maut semasa serbuan pemberontak Taliban ke atas dua pos kawalan tentera yang terletak di barat Afghanistan, hari ini.

Hutang 1MDB dengan IPIC mungkin lebih dua kali ganda jumlah awal

Posted: 14 Oct 2018 06:51 AM PDT

PETALING JAYA: Hutang dana pelaburan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan International Petroleum Investment Co (IPIC) mungkin'lebih dua kali ganda' daripada jumlah awal yang dipercayai dipinjam daripada syarikat milik Abu Dhabi itu.

KBS cari tajaan korporat bantu atlet para  

Posted: 14 Oct 2018 06:44 AM PDT

SEPANG: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) merancang untuk mendapatkan penajaan pihak korporat bagi membantu program pembangunan atlet para negara.

Jenazah bekas CEO Cradle Fund dikebumi semula esok

Posted: 14 Oct 2018 06:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan akan dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara, dekat sini esok.

SPRM tahan kakitangan Jabatan Perhutanan Terengganu

Posted: 14 Oct 2018 06:19 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat kakitangan dan bekas kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) selepas disyaki meminta rasuah daripada kontraktor balak beberapa tahun lalu.

Kejutan manis Mariah Carey

Posted: 14 Oct 2018 06:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Foto berlatarkan Menara Berkembar Petronas atau KLCC yang dikongsi penyanyi antarabangsa, Mariah Carey, pagi tadi menerusi laman Instagram mengujakan peminat yang tidak sabar melihatnya kembali beraksi.

Bekalan kru ISS cukup sehingga enam bulan

Posted: 14 Oct 2018 06:16 AM PDT

MOSCOW: Kru di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) mempunyai bekalan bahan api, oksigen, air dan makanan sekurang-kurangnya sehingga enam bulan lagi, kata pengarah penerbangan unit Russia ISS, Vladimir Solovyov, yang dipetik agensi berita negara itu hari ini.

Azmin bermula dengan langkah kanan di Selangor

Posted: 14 Oct 2018 05:36 AM PDT

SHAH ALAM: Pengerusi PKR Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memulakan persaingan jawatan timbalan presiden parti dengan langkah kanan di negeri itu, apabila mendahului pencabarnya Mohd Rafizi Ramli pada fasa pertama pemilihan PKR yang berlangsung di sembilan cabang di Selangor hari ini.

2 sepupu lemas dalam parit ketika pergi mengaji

Posted: 14 Oct 2018 06:08 AM PDT

PEKAN: Dua kanak-kanak lelaki bersepupu berusia enam tahun ditemui lemas di dalam parit berhampiran rumah mereka di Permatang Cengkheroh, Kampung Merchong dekat sini hari ini.

15 orang awam maut bas mini dibedil

Posted: 14 Oct 2018 06:01 AM PDT

SANAA: Sekurang-kurangnya 15 orang awam terbunuh dalam serangan ke atas sebuah bas mini di wilayah Hodeida, Yaman, semalam.

Jangan lakukan kesilapan bodoh - Tengku Hazman

Posted: 14 Oct 2018 05:50 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Pengendali Terengganu FC II (TFC II), Tengku Hazman Raja Hassan tidak menganggap Piala Cabaran sebagai trofi 'tiada kelas' atau sampingan.

Kami tidak akan berdiam diri - Arab Saudi

Posted: 14 Oct 2018 05:45 AM PDT

DUBAI: Arab Saudi, hari ini memberi amaran akan bertindak balas terhadap sebarang sekatan yang dikenakan ke atas negara itu berhubung kehilangan wartawan Jamal Khashoggi, ketika pasaran saham Riyadh menjunam ke paras paling teruk dalam masa beberapa tahun.

PFA jumpa pemain, jurulatih Rabu ini

Posted: 14 Oct 2018 05:40 AM PDT

KANGAR: Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) akan mengadakan pertemuan dengan 37 pemain dan pegawainya selepas Mesyuarat EXCO PFA yang pertama diadakan Rabu ini.

Penjara minimum 30 tahun ganti hukuman mati

Posted: 14 Oct 2018 05:21 AM PDT

SANDAKAN: Individu disabitkan kesalahan yang membawa hukuman mati akan dikenakan penjara minimum 30 tahun bagi menggantikan hukuman berkenaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong.

Trio negara buat kejutan di Fuji

Posted: 14 Oct 2018 05:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hari Sukan Negara semalam disambut dengan kemenangan oleh trio negara apabila mereka mencipta sejarah pada Perlumbaan Enam Jam Fuji dalam Kejuaraan Endurance Dunia (WEC), sebentar tadi.

22 pendatang maut nahas jalan raya

Posted: 14 Oct 2018 05:24 AM PDT

ISTANBUL: Dua puluh dua orang maut, termasuk kanak-kanak apabila kenderaan membawa pendatang yang dilaporkan menuju ke Greece terbabas terjunam ke dalam laluan air di barat Turki.

Beri Dr Mahathir peluang bersihkan kerajaan

Posted: 14 Oct 2018 05:13 AM PDT

ALOR SETAR: Tun Dr Mahathir Mohamad perlu diberi tempoh untuk mentadbir dan membersihkan sistem kerajaan terlebih dahulu sebelum menyerahkan jawatannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template