BH Online - Terkini |
- 7 maut kereta api tergelincir di Maghribi
- 2 juruterbang tentera Ukraine maut pesawat terhempas
- 1MDB: Najib bakal hadapi lebih banyak pertuduhan
- Peng Soon-Liu Ying cemas sebelum menang
- Malaysia tewas tipis
- Putera Mahkota arah bunuh Khashoggi - Senator AS
- Ops Mega Sarang jerat 313 pesalah dadah
- Dulu nafi, kini kerajaan China akui kem di Xinjiang
- Russel bakal pacu Williams
- Meru dilanda banjir kilat
- Jepun kejutkan Uruguay
- Pengusaha laksa kebok hairan siasatan lambat
- Eksklusif: Nasib bekas pelajar Sekolah Sukan - Kurang tempat sambung pengajian
- AKJ iktiraf kolaborasi SKK, UA
- MCA berkeras kekal di Kinrara Oval
- Kim Jong-un dipelawa lawat Mongolia
- GoCar kini boleh didapati di 100 stesen Shell
- Bank Islam bantu mangsa tsunami Palu
- Kerajaan bina semula jambatan bengkok
- Pindaan AUKU akan dibentangkan di Dewan Rakyat
- Bincang bulan depan - Shapawi
- Perak enggan sia-siakan kelebihan
- Remaja hamil luar nikah diminta dapatkan bantuan
- Misbun belum sedia lawat Chong Wei
- <img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus@2x.png 2x" alt="BHPLUS"> Nako Nambua di Kedah, bukan Afrika
- Israel sudah tidak tahan tunjuk perasaan Gaza
- Pekerja kontrak mengaku tidak bersalah 'panggang' kucing
- Perlu ujian DNA sahkan mayat Amir - Polis
- Bayi perempuan bertali pusat ditemui di tangga rumah pangsa
- Azizul cari jalan layak basikal dunia dan Asia
| 7 maut kereta api tergelincir di Maghribi Posted: 16 Oct 2018 10:57 AM PDT RABAT: Sebuah kereta api penumpang tergelincir di ibu negara Maghribi, semalam, sehingga mengorbankan tujuh orang dan mencederakan 80 mangsa lain, kata pihak berkuasa. |
| 2 juruterbang tentera Ukraine maut pesawat terhempas Posted: 16 Oct 2018 10:17 AM PDT KIEV: Dua juruterbang Ukraine maut, semalam, selepas sebuah jet pejuang Sukhoi terhempas, ketika latihan ketenteraan dengan Amerika Syarikat (AS) dan negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) lain. |
| 1MDB: Najib bakal hadapi lebih banyak pertuduhan Posted: 16 Oct 2018 08:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka berhadapan dengan lebih banyak pertuduhan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam tempoh terdekat ini. |
| Peng Soon-Liu Ying cemas sebelum menang Posted: 16 Oct 2018 08:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying nyaris dimalukan sebelum bangkit bagi melakar kemenangan seterusnya mara ke pusingan kedua Terbuka Denmark, sebentar tadi. |
| Posted: 16 Oct 2018 08:22 AM PDT MELAKA: Kyrgyzstan berjaya menewaskan Malaysia 1-0 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi. |
| Putera Mahkota arah bunuh Khashoggi - Senator AS Posted: 16 Oct 2018 08:01 AM PDT WASHINGTON: Senator Amerika Syarikat (AS), Lindsey Graham yang juga seorang Republikan rapat dengan Presiden Donald Trump, hari ini, menuduh Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman mengarahkan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi. |
| Ops Mega Sarang jerat 313 pesalah dadah Posted: 16 Oct 2018 04:50 AM PDT KLANG: Ops Mega Sarang oleh polis Selangor hari ini berjaya menahan 313 individu termasuk 11 warga asing di seluruh negeri itu kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952. |
| Dulu nafi, kini kerajaan China akui kem di Xinjiang Posted: 16 Oct 2018 07:19 AM PDT BEIJING: China mempertahankan tuduhan kewujudan kem minoriti wilayah Xinjiang, hari ini dengan pegawai wilayah itu menegaskan bahawa pihak berkuasa hanya cuba mencegah keganasan menerusi 'pendidikan vokasional'. |
| Posted: 16 Oct 2018 07:18 AM PDT AUSTIN: Penolong ketua Williams, Claire Williams berpendapat George Russel bakal membantu memacu pasukan British itu pada musim depan yang dilihat akan kembali kompetitif. |
| Posted: 16 Oct 2018 07:08 AM PDT KLANG: Sebanyak 30 keluarga terjejas selepas kediaman mereka di beberapa kawasan sekitar Meru dilanda banjir kilat susulan hujan lebat kira-kira empat jam sejak jam 2 petang tadi. |
| Posted: 16 Oct 2018 07:06 AM PDT SAITAMA, Jepun: Jepun mengejutkan Uruguay 4-3 pada perlawanan persahabatan hari ini sekali gus melengkapkan rekod hambar pasukan Amerika Selatan itu. |
| Pengusaha laksa kebok hairan siasatan lambat Posted: 16 Oct 2018 06:31 AM PDT BALING: Pengusaha laksa kebok hairan dengan tindakan Pejabat Kesihatan Daerah Baling (PKDB) apabila membuat pemeriksaan untuk kali keenam di sekitar rumahnya di Kampung Landak, di sini hari ini. |
| Eksklusif: Nasib bekas pelajar Sekolah Sukan - Kurang tempat sambung pengajian Posted: 16 Oct 2018 06:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Selain mengikuti pengajian di peringkat universiti awam dalam bidang Sains Sukan dan Pengurusan Sukan, tiada laluan 'ekstra' dalam sistem pendidikan sukan negara yang akhirnya menyaksikan kebanyakan alumni Sekolah Sukan Malaysia (SSM) atau Sekolah Sukan Negeri (SSN) terbiar tanpa pembelaan. |
| AKJ iktiraf kolaborasi SKK, UA Posted: 16 Oct 2018 04:01 AM PDT PUTRAJAYA: Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) (P) Alawiyah, Kangar, Perlis dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) masing-masing dipilih menerima Anugerah Perdana Anugerah Kecemerlangan Jalinan (AKJ) Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)-Universiti Awam (UA) 2018. |
| MCA berkeras kekal di Kinrara Oval Posted: 16 Oct 2018 05:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Kriket Malaysia (MCA) tidak bercadang menggunakan pelan B dalam menyelamatkan gelanggang mereka - Kinrara Oval di Puchong. |
| Kim Jong-un dipelawa lawat Mongolia Posted: 16 Oct 2018 05:44 AM PDT ULAANBAATAR: Mongolia dilaporkan sudah menghantar jemputan kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un untuk melawat negara itu, ketika Pyongyang dan Washington dilapor bakal mengadakan pertemuan kedua dalam masa terdekat. |
| GoCar kini boleh didapati di 100 stesen Shell Posted: 16 Oct 2018 02:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Shell Malaysia Trading Sdn Bhd (Shell Malaysia) meraikan kerjasama dengan GoCar Malaysia melalui penyediaan lokasi ke-100 untuk perkhidmatan aplikasi perkongsian kereta itu di negara ini. |
| Bank Islam bantu mangsa tsunami Palu Posted: 16 Oct 2018 05:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menjadi badan korporat terbaru menghulurkan sumbangan bagi bantu meringankan penderitaan mangsa gempa bumi dan tsunami yang melanda Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia. |
| Kerajaan bina semula jambatan bengkok Posted: 16 Oct 2018 04:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk meneruskan semula projek pembinaan jambatan bengkok, yang diilhamkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum bersara pada tahun 2003. |
| Pindaan AUKU akan dibentangkan di Dewan Rakyat Posted: 16 Oct 2018 05:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Pindaan beberapa perkara dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat Disember ini. |
| Posted: 16 Oct 2018 03:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) masih belum mengadakan perbincangan dengan Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) mengenai jurulatih baru renang negara bagi menggantikan Paul Birmingham yang meletak jawatan Jun lalu. |
| Perak enggan sia-siakan kelebihan Posted: 16 Oct 2018 05:02 AM PDT IPOH: "Kami tak rela dikalahkan." Begitu kata jurulatih Perak, Mehmet Durakovic menjelang separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Sabah di Stadium Likas, Ahad ini. |
| Remaja hamil luar nikah diminta dapatkan bantuan Posted: 16 Oct 2018 12:39 AM PDT KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan remaja perempuan yang terlanjur dan hamil luar nikah, membuang rasa takut untuk tampil mendapatkan bantuan. |
| Misbun belum sedia lawat Chong Wei Posted: 16 Oct 2018 04:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Lebih seminggu selepas kepulangan Datuk Lee Chong Wei ke tanah air selepas rawatan kanser hidung tahap pertama di Taiwan, ketua jurulatih perseorangan Datuk Misbun Sidek mengakui masih belum bersedia bertemu anak didiknya itu. |
| Posted: 16 Oct 2018 04:57 AM PDT Menjadi bahan jenaka serta ejekan dianggap biasa bagi penduduk Nako Nambua di Kuala Nerang, Kedah. Menyusuri susur galur, beberapa teori diceritakan di sebalik asal usul nama unik itu, termasuk mengaitkannya dengan kisah pengembara dari Pattani. |
| Israel sudah tidak tahan tunjuk perasaan Gaza Posted: 16 Oct 2018 04:55 AM PDT REIM: Menteri Pertahanan Israel mendedahkan tunjuk perasaan selama berbulan-bulan di sempadan Gaza tidak boleh dibiarkan berterusan, hari ini, sambil menggesa kabinet negara itu menyokong langkah lebih kejam. |
| Pekerja kontrak mengaku tidak bersalah 'panggang' kucing Posted: 15 Oct 2018 09:24 PM PDT SELAYANG: Seorang lelaki yang dipercayai sebelum ini bersama dua lain memasukkan kucing ke dalam mesin pengering pakaian didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan menyebabkan penderitaan terhadap haiwan itu, bulan lalu. |
| Perlu ujian DNA sahkan mayat Amir - Polis Posted: 16 Oct 2018 04:39 AM PDT SHAH ALAM: Pihak polis perlu menjalankan proses bedah siasat dan ujian DNA bagi mengesahkan mayat yang ditemui di Sungai Kandis, di sini, semalam adalah Amir Hamzah Mohd Rozali. |
| Bayi perempuan bertali pusat ditemui di tangga rumah pangsa Posted: 16 Oct 2018 04:32 AM PDT AMPANG JAYA: Penghuni rumah pangsa Desa Permai di sini gempar apabila menemui seorang bayi perempuan yang diletakkan di dalam beg, jam 8 malam kelmarin. |
| Azizul cari jalan layak basikal dunia dan Asia Posted: 16 Oct 2018 03:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Jaguh basikal trek negara, Azizulhasni Awang enggan pasang impian terlalu tinggi ketika beraksi dalam acara keirin, pecut dan berpasukan di Kejohanan Piala Trek Dunia di Velodrom Nasional de Saint-Quentin-en-Yvelines, hujung minggu ini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment