Wednesday, October 17, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Bekas konsul dipenjara bunuh pewaris bilionair Monaco

Posted: 17 Oct 2018 10:49 AM PDT

AIX-EN-PROVENCE: Mahkamah Perancis menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap bekas konsul kehormat Poland di Monaco atas kesalahan mengarahkan pembunuhan ibu bekas pasangannya, pewaris bilionair Helena Pastor.

AS perlukan Arab Saudi - Trump

Posted: 17 Oct 2018 09:56 AM PDT

WASHINGTON: Presiden Donald Trump semalam berkata, beliau tidak mahu meninggalkan Arab Saudi berhubung kehilangan dan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi kerana Amerika Syarikat (AS) bergantung kepada negara itu dalam perang menentang pengganas.

Khan tarik diri beli Wembley

Posted: 17 Oct 2018 08:48 AM PDT

LONDON: Pemilik Fulham, Shahid Khan menarik semula tawarannya untuk membeli Stadium Wembley di London, kata Persatuan Bolasepak England (FA) sebentar tadi.

Insiden letupan, tembakan Crimea didalangi pelajar - Penyiasat

Posted: 17 Oct 2018 08:13 AM PDT

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 17 maut dan puluhan mangsa lain cedera di sebuah kolej di wilayah Crimea, hari ini, selepas seorang pelajar melepaskan tembakan ke arah pelajar lain, sebelum membunuh diri, kata pihak berkuasa Russia.

Pesawat bawa Melania Trump patah balik

Posted: 17 Oct 2018 07:57 AM PDT

WASHINGTON: Sebuah pesawat yang membawa wanita pertama Amerika Syarikat (AS), Melania Trump terpaksa berpatah balik hari ini selepas mengesan asap di dalam kabin, kata seorang wartawan di dalam penerbangan sama.

6 kanak-kanak maut disambar petir di Tanzania

Posted: 17 Oct 2018 07:36 AM PDT

NAIROBI: Sekurang-kurangnya enam kanak-kanak terbunuh manakala 25 lagi cedera hari ini selepas disambar petir di sebuah sekolah rendah di utara Tanzania, kata pegawai kerajaan tempatan.

Belum ada maklumat - Othman

Posted: 17 Oct 2018 07:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Othman Mahmood enggan mengulas berhubung laporan kerajaan akan menubuhkan tribunal bagi menyiasat dakwaan salah laku oleh agensi itu terutamanya ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Ibu bapa tolak imunisasi, anak meninggal akibat difteria

Posted: 17 Oct 2018 07:17 AM PDT

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 bulan meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria atau akut pernafasan di daerah ini, kelmarin.

Chee Tean dikebumi Jumaat ini

Posted: 17 Oct 2018 06:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas pemain badminton kebangsaan, Tan Chee Tean yang maut akibat kemalangan jalan raya di Republik Czech, 28 September lalu akan dikebumikan Jumaat ini.

Lloris puji kekuatan mental Perancis

Posted: 17 Oct 2018 06:22 AM PDT

PARIS: Penjaga gol Tottenham, Hugo Lloris memuji kekuatan mental pemain yang membenarkan juara dunia Perancis bangkit daripada permulaan buruk sebelum menewaskan Jerman 2-1, awal pagi tadi.

18 maut letupan kolej di Crimea

Posted: 17 Oct 2018 06:05 AM PDT

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 18 orang maut dalam letupan di kolej teknikal di semenanjung Crimea dengan puluhan mangsa lain cedera, kata pemimpin Crimea, Sergei Aksyonov menerusi stesen televisyen kerajaan, hari ini.

DNeX dapat projek pembaikan kabel optik fiber laut

Posted: 17 Oct 2018 05:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Anak syarikat 51 peratus milik tidak langsung Dagang NeXchange Bhd (DNeX), DNeX Telco Services Sdn Bhd, memperoleh dua kontrak pembaikan kabel optik fiber laut bernilai AS$2.8 juta daripada PT Bina Nusantara Perkasa.

UMNO Perak nyatakan sokongan kepada Ahmad Zahid

Posted: 17 Oct 2018 05:41 AM PDT

IPOH: Badan Perhubungan UMNO Perak menyatakan sokongan penuh kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana yakin Presiden UMNO itu berada di pihak yang benar.

Belanja makan tetap politik wang

Posted: 17 Oct 2018 05:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Belanja makanan ringan atau minuman dengan niat mendapatkan sokongan, turut dianggap satu bentuk amalan politik wang, kata penganalisis politik.

Manzoor Azwira bimbing Singa Utara

Posted: 17 Oct 2018 05:33 AM PDT

KANGAR: Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), mengumumkan bekas Ketua Jurulatih MOF FC, Manzoor Azwira Abd Wahid dilantik sebagai Ketua Jurulatih Singa Utara yang baharu.

LRT3 diteruskan pada kos RM16.6 bilion, hampir separuh daripada asal

Posted: 17 Oct 2018 05:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: MRCB George Kent Sdn Bhd berkata kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dengan kos RM16.6 bilion, hampir separuh atau 47 peratus daripada kos asalnya sebanyak RM31.65 bilion pada Julai.

Remaja, pelajar universiti antara dicekup dalam pesta dadah

Posted: 17 Oct 2018 05:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 68 individu, termasuk 18 wanita yang menyertai pesta dadah ditahan dalam tiga serbuan berasingan di tiga kondominium mewah di sekitar ibu negara sejak Sabtu dan Ahad lalu.

Jazeman, Nabil, Weiron fokus gelaran juara WEC

Posted: 17 Oct 2018 05:22 AM PDT

SEPANG: Trio negara di Kejuaraan Endurance Dunia (WEC) mahu membawa 'formula kemenangan' diraih pada perlumbaan Enam Jam Fuji di Jepun ke pusingan seterusnya dengan yang terdekat di Shanghai, bulan depan.

JAIPk bantu mangsa Palu

Posted: 17 Oct 2018 05:17 AM PDT

IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menyerahkan wang sumbangan RM46,330 kepada pihak Aman Palestin bagi membantu mangsa yang ditimpa bencana tsunami di Palu, Indonesia.

Misi benam Jepun

Posted: 17 Oct 2018 05:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Skuad hoki negara kekal optimis mampu meraih tiga mata penuh apabila bertemu Jepun pada perlawanan pertama Trofi Juara-Juara Asia di Muscat, Oman esok.

Press Metal rancang beli kepentingan firma aluminium

Posted: 17 Oct 2018 05:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Press Metal Aluminium Holdings Bhd (PMETAL) bercadang untuk membeli 50 peratus kepentingan ekuiti dalam Japan Alumina Associates (Australia) Pty Ltd (JAA), dengan pertimbangan pembelian sebanyak 250 juta dolar Australia (RM739 juta).

Dua wakil negara tumbang awal

Posted: 17 Oct 2018 05:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dua beregu negara tersingkir pada pusingan pertama badminton Terbuka Denmark selepas tewas di tangan lawan masing-masing, sebentar tadi.

Ringgit ditutup tinggi

Posted: 17 Oct 2018 05:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan kenaikan semalam untuk ditutup lebih kukuh hari ini, menjejaki peningkatan pasaran saham tempatan di hadapan kajian pertengahan penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang akan dibentangkan di Parlimen esok.

Messi pun tak boleh di United - Scholes

Posted: 17 Oct 2018 05:05 AM PDT

LONDON: Paul Scholes menegaskan Lionel Messi juga pasti bergelut untuk menyinar bersama Manchester United ketika ini dan kelab bermasalah itu sedang menjadi bahan jenaka oleh pencabarnya.

TMJ lawat pasar, fahami masalah rakyat

Posted: 17 Oct 2018 01:14 AM PDT

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini mengunjungi Pasar Awam Larkin, dekat sini bagi mendapat gambaran lebih jelas mengenai harga barangan mentah yang semakin meningkat.

Jangan ketepikan peranan FAM dalam NFDP - Hamidin

Posted: 17 Oct 2018 05:00 AM PDT

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) percaya mereka boleh mengendalikan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) lebih baik andai diberikan kepercayaan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selepas ini.

Rokok seludup RM8 juta dirampas

Posted: 17 Oct 2018 02:39 AM PDT

JOHOR BAHRU: Polis Johor merampas rokok seludup bernilai RM8 juta dalam satu serbuan di sebuah kilang di Mersing, Sabtu lalu.

Syarikat jual doh roti canai, capati diserbu

Posted: 17 Oct 2018 03:11 AM PDT

SHAH ALAM: Kegiatan sebuah syarikat menjual doh roti canai dan capati tanpa logo halal sah sejak sembilan bulan lalu tumpas apabila premis itu diserbu pihak berkuasa di Setia Alam di sini, kelmarin.

Sasaran Harimau Malaya tetap ke final Piala AFF

Posted: 17 Oct 2018 04:56 AM PDT

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetap tidak berganjak dengan sasaran awal untuk melihat skuad Harimau Malaya melangkah ke final Piala AFF bulan depan meskipun prestasi skuad kendalian Tan Cheng Hoe masih belum meyakinkan.

Tiga beranak mengaku bersalah cederakan jiran

Posted: 17 Oct 2018 03:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tiga beranak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan jiran mereka dengan menggunakan sebatang besi, topi keledar dan sebilah parang, bulan lalu.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template