Thursday, October 18, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Peminat Roma bebas tuduhan

Posted: 18 Oct 2018 10:27 AM PDT

LONDON: Seorang peminat bola sepak Itali dilepaskan daripada tuduhan menyebabkan kecederaan teruk kepada peminat Liverpool dalam insiden serangan sebelum aksi Liga Juara-Juara menemukan Roma dan Reds, Mei lalu.

Malaysian Tigers mula langkah kanan

Posted: 18 Oct 2018 10:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Skuad hoki negara memulakan kempen Trofi Juara-Juara Asia di Muscat, Oman dengan kemenangan 3-0 ke atas pemenang pingat emas Sukan Asia, Jepun hari ini.

Emery tak khuatir motivasi Ozil

Posted: 18 Oct 2018 09:55 AM PDT

LONDON: Pengurus Arsenal, Unai Emery tidak bimbang dengan keinginan Mesut Ozil untuk mengembalikan prestasinya disebalik kebimbangan yang disuarakan bekas pengurus, Arsene Wenger.

Shaw setuju perbaharui kontrak

Posted: 18 Oct 2018 09:19 AM PDT

LONDON: Pertahanan Manchester United, Luke Shaw bersetuju dengan pembaharuan kontrak selama lima tahun di Old Trafford, lapor media British, semalam.

Kes difteria, 8 dikuarantin

Posted: 18 Oct 2018 08:56 AM PDT

JOHOR BAHRU: Lapan individu termasuk ibu kepada kanak-kanak berusia 14 bulan yang maut akibat difteria di negeri ini, dikuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari.

Penyokong Zahid nyatakan solidariti

Posted: 18 Oct 2018 08:48 AM PDT

PUTRAJAYA: Lebih 200 penyokong Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini sejak jam 8.30 malam tadi.

'Anwar mampu bantu Malaysia jadi Harimau Asia'

Posted: 18 Oct 2018 08:44 AM PDT

SHAH ALAM: Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen diyakini mampu membantu pentadbiran kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara, sekali gus kembali menjadi Harimau Asia.

AS gabung Konsulat Jeneral Palestin dengan Kedutaan baharu

Posted: 18 Oct 2018 08:30 AM PDT

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan menggabungkan Konsulat Jeneral AS yang memberikan perkhidmatan kepada penduduk Palestin dengan kedutaan baharunya menjadi misi diplomatik tunggal di Baitulmaqdis, kata Setiausaha Negara, Mike Pompeo, hari ini.

Akhirnya Tun M terima perjuangan reformasi PKR - Anwar

Posted: 18 Oct 2018 08:27 AM PDT

SHAH ALAM: Bakal Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau berpuas hati apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya menerima perjuangan reformasi yang diperjuangkan parti itu.

Sultan Pahang tunjuk perkembangan positif

Posted: 18 Oct 2018 07:04 AM PDT

BENTONG: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) menunjukkan perkembangan positif, titah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Bapa mangsa langgar lari reda

Posted: 18 Oct 2018 05:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bapa Wan Amirah Wan Alias, mangsa kejadian langgar lari selepas dirempuh dan diseret sebuah kereta di hadapan bangunan kedai Sfaftsbury Square, Cyberjaya, semalam, reda dengan apa yang berlaku ke atas anak ketiganya itu.

Seni visual lebih RM1 juta dibida

Posted: 18 Oct 2018 08:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebuah karya seni hasil lukisan artis lagenda Singapura, Liu Kang bertajuk 'Untitled 1955', dianggar bernilai antara RM1.05 juta hingga RM1.9 juta, menjadi tumpuan pada pameran seni bidaan di Galeri Prima Balai Berita, di sini.

Wee Wern terus kemaraan Terbuka Q

Posted: 18 Oct 2018 08:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pilihan utama, Low Wee Wern tidak berdepan masalah untuk melangkah ke suku akhir skuasy Terbuka Q yang menawarkan hadiah bernilai  AS$5,500 (RM22,869) di Queensland, Australia hari ini.

SMK Presint 14, SMK Za'ba peroleh kelebihan

Posted: 18 Oct 2018 08:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 14 (1) dan SMK Za'ba memiliki kelebihan untuk mara ke final Piala Liga KPM-FAM bawah 17 (B-17) tahun selepas menewaskan lawan masing-masing pada aksi separuh akhir pertama, hari ini.

Ketua kontinjen Sukan SEA bulan depan

Posted: 18 Oct 2018 07:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua kontinjen (CDM) negara ke Sukan SEA 2019 di Filipina hanya akan diketahui pada mesyuarat lembaga eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pertengahan bulan depan.

Peng Soon-Liu Ying tumbangkan anak buah bekas sifu

Posted: 18 Oct 2018 07:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dua beregu campuran negara mengesahkan tempat ke suku akhir Terbuka Denmark selepas menewaskan lawan masing-masing pada pusingan kedua, hari ini.

Dilema Lorenzo di GP Jepun

Posted: 18 Oct 2018 07:54 AM PDT

MOTEGI, Jepun: Jorge Lorenzo berdepan dilema selepas ujian imbasan menjelang Grand Prix Jepun hujung minggu ini menyaksikan dia mengalami patah pergelangan tangan kiri.

Vidal didenda RM3.38j kerana gaduh

Posted: 18 Oct 2018 07:51 AM PDT

BERLIN: Pemain tengah Barcelona, Arturo Vidal diarahkan membayar denda 800,000 euro (RM3.38 juta) oleh mahkamah Munich selepas didapati bersalah melakukan serangan dalam pergaduhan di kelab malam di Jerman, tahun lalu.

Halep tarik diri kejohanan penamat musim

Posted: 18 Oct 2018 07:49 AM PDT

SINGAPURA: Pemain nombor satu dunia, Simona Halep menarik diri daripada Pusingan Akhir Jelajah WTA di sini berikutan kecederaan belakang.

Juve 'paksa' saya keluar - Higuain

Posted: 18 Oct 2018 07:45 AM PDT

MILAN: Penyerang AC Milan, Gonzalo Higuain mendedahkan dia dilayan dengan baik oleh Juventus sebelum kelab Itali itu memaksanya meninggalkan kelab iu bagi memberi ruang kepada Cristiano Ronaldo.

tonton, syarikat penyiar Jerman jalin usaha sama

Posted: 18 Oct 2018 03:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Saluran penstriman nombor satu dan terbesar negara, tonton sekali lagi menjalin kerjasama dengan syarikat penyiaran bebas dari Jerman, Deutsche Welle (DW).

3 beranak lemas, 1 masih hilang

Posted: 18 Oct 2018 03:16 AM PDT

ARAU: "Mereka turun dari teksi tiga kilometer (km) dari rumah saudara terdekat, selepas itu mereka hilang sebelum ditemui lemas," kata Norhan Abdullah, anak saudara kepada Normah Pin, 64, seorang daripada tiga beranak yang lemas di Sungai Tambun Tulang, di sini, pagi tadi.

PAS tangguh bentang RUU 355

Posted: 18 Oct 2018 05:41 AM PDT

KUALA TERENGGANU: PAS menangguhkan sementara pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355, selepas dibentangkan kali ketiga pada persidangan Parlimen April tahun lalu.

Penyakit lembu gila dikesan di Scotland

Posted: 18 Oct 2018 07:15 AM PDT

LONDON: Satu kes penyakit lembu gila dikesan di sebuah ladang di Scotland, namun kes terpencil itu tidak menimbulkan risiko kepada kesihatan manusia, kata kerajaan di Edinburgh, hari ini.

Harimau Malaya perlukan Nor Azam

Posted: 18 Oct 2018 07:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh berharap Nor Azam Azih akan berada dalam skuad kebangsaan ke Piala AFF bermula awal bulan depan meskipun dia tidak pernah beraksi di pentas antarabangsa sejak Tan Cheng Hoe membimbing pasukan awal tahun ini.

Warkah isteri Zahid Hamidi minta rakyat sokong suami

Posted: 17 Oct 2018 11:28 PM PDT

KUALA LUMPUR: Datin Seri Hamidah Khamis, isteri kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta ahli dan penyokong parti itu memberi sokongan kepada suaminya yang dijangka didakwa esok oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Budak 12 tahun cipta permainan komputer

Posted: 18 Oct 2018 03:02 AM PDT

MARAN: Walaupun hanya bersekolah sehingga Tahun Lima kerana masalah kesihatan, Muhammad Thaqif Syahiran Jamzuri membuktikan kemampuannya mencipta permainan komputer hampir setaraf dengan yang dibangunkan pencipta lain.

Kapal perang terbesar Jepun di Singapura

Posted: 18 Oct 2018 06:34 AM PDT

SINGAPURA: Kapal perang terbesar Jepun, sejak Perang Dunia Kedua berlabuh di Singapura, hari ini, sebahagian daripada penghantaran dua bulan aset itu untuk merangsang keselamatan maritim di kawasan Indo-Pasifik.

Agong nasihatkan saya bersihkan nama - Anwar

Posted: 17 Oct 2018 05:23 PM PDT

KUALA SELANGOR: Bakal Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pada malam beliau dibebaskan, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, menasihatkan supaya beliau membersihkan nama daripada tuduhan liwat.

Polis kesan saksi kes

Posted: 18 Oct 2018 06:17 AM PDT

AMPANG: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Chua Lye Seng, 50, untuk menjadi saksi perbicaraan kes jenayah dadah di Mahkamah Tinggi Shah Alam, esok.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template