Saturday, October 20, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


570,000 berarak, desak undian kedua Brexit

Posted: 20 Oct 2018 10:06 AM PDT

LONDON: Warga Britain mengibarkan bendera Kesatuan Eropah (EU) dengan menolak masa depan di luar blok itu di tengah London, semalam dan penganjur tunjuk perasaan mendakwa separuh juta menyertai bantahan itu.

City rampas kedudukan teratas

Posted: 20 Oct 2018 09:59 AM PDT

LONDON: Juara bertahan, Manchester City merampas kedudukan persada Liga Perdana Inggeris selepas membelasah Burnley 5-0, kemenangan ketujuh yang diraih mereka daripada sembilan perlawanan.

Gol Lamela benam Hammers

Posted: 20 Oct 2018 09:55 AM PDT

LONDON: Erik Lamela membawa Tottenham ke kelompok empat teratas Liga Perdana ketika pemain sayap itu meledak jaringan kemenangan 1-0 berdepan pencabar dari London, West Ham sebentar tadi.

Keputusan Liga Perdana Inggeris (EPL)

Posted: 20 Oct 2018 09:33 AM PDT

LONDON: Berikut keputusan EPL berakhir sebentar tadi.

Sepanyol kecewa, sokong siasatan telus kematian Khashoggi

Posted: 20 Oct 2018 09:25 AM PDT

MADRID: Kerajaan Sepanyol menyuarakan kekecewaan terhadap maklumat Arab Saudi berhubung kematian pengkritiknya wartawan Jamal Khashoggi, semalam.

NGO perlu perkasa belia

Posted: 20 Oct 2018 08:59 AM PDT

NILAI: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini perlu menguatkan fungsi dan peranan untuk memperkasakan belia.

Rafizi isytihar menang di NS, Melaka

Posted: 20 Oct 2018 08:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, mengumumkan kemenangan kumpulan Reformasi 20 Tahun diketuainya dalam pemilihan parti itu di Negeri Sembilan dan Melaka, hari ini.

Bayi diabai meninggal dunia

Posted: 20 Oct 2018 08:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bayi lelaki cukup sifat yang ditemui orang awam di flet di kawasan Jinjang di sini, awal pagi tadi, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mourinho marah gagal lebur rekod Chelsea

Posted: 20 Oct 2018 08:49 AM PDT

LONDON: Jose Mourinho menyifatkan gol penyamaan Ross Barkley pada minit ke-96 yang diraih Chelsea sebagai 'keputusan yang mengerikan' buat Manchester United.

Lopetegui percaya Real Madrid akan bangkit

Posted: 20 Oct 2018 08:45 AM PDT

MADRID: Julen Lopetegui menegaskan dia masih percaya terhadap Real Madrid yang kini bergelut dan kekal tenang mengenai masa depannya walaupun tewas 2-1 di laman sendiri kepada Levante hari ini.

TFC ke final Piala Malaysia

Posted: 20 Oct 2018 08:43 AM PDT

JOHOR BAHRU: Impian Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia berkecai selepas seri 2-2 dengan Terengganu FC (TFC) dan pasukan pelawat layak ke final dengan agregat 3-2 selepas aksi separuh akhir kedua di Stadium Tan sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.

Intan Liana Saleh buka tudung?

Posted: 20 Oct 2018 03:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas reda isu perceraian dengan bekas suami, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, pada Mac lalu, Intan Liana Saleh sekali lagi mengejutkan ramai apabila dikatakan berani membuka tudung seperti tersebar di laman sosial.

Madrid tewas kepada Levante, Lopetegui makin tertekan 

Posted: 20 Oct 2018 07:37 AM PDT

MADRID: Real Madrid gagal mengurangkan tekanan terhadap jurulatih Julen Lopetegui sebaliknya mencipta rekod kemarau gol terpanjang dalam sejarah kelab ketika tewas mengejut 2-1 di tangan Levante sebentar tadi.

Barkley selamatkan maruah Chelsea

Posted: 20 Oct 2018 07:33 AM PDT

LONDON: Jaringan lewat Ross Barkley berjaya menyelamatkan maruah Chelsea daripada dimalukan Manchester United di gelanggang sendiri selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2, sebentar tadi.

Wee Wern mara ke final Terbuka Q

Posted: 20 Oct 2018 07:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Low Wee Wern yang kembali beraksi selepas berehat 20 bulan akibat kecederaan kini hanya selangkah untuk menjuarai trofi keempat Jelajah PSA dengan mempamerkan aksi bertenaga di Terbuka Q di Queensland, Australia hari ini.

Kadir bimbang kerajaan PH disabotaj, cadangkan menteri dan wakil rakyat 'disekolahkan'

Posted: 20 Oct 2018 07:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang sekutu rapat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kemungkinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) disabotaj dari dalam dan ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya akan datang.

Megat Shahriman mahu lonjak sukan kanu

Posted: 20 Oct 2018 07:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Calon Presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin mahu memastikan sukan air berkenaan tidak lagi dipandang sebelah mata sekiranya diberikan peluang untuk menerajuinya pada pemilihan mesyuarat agung tahunan (AGM), bulan depan.

NSTP rangkul dua anugerah media CIDB

Posted: 20 Oct 2018 06:49 AM PDT

KUCHING: Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP) menerusi akhbar BH merangkul dua Anugerah Media Pembinaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Wilayah Sarawak sempena Malam Media Kementerian Kerjaraya malam ini.

130 maut, cedera dalam pilihan raya di Afghanistan

Posted: 20 Oct 2018 06:42 AM PDT

KABUL: Lebih 130 rakyat Afghanistan dilaporkan terbunuh atau cedera dalam beberapa insiden keganasan ketika proses pilihan raya yang berlangsung hari ini.

3 lagi mangsa baharu dikhuatiri tertimbus

Posted: 20 Oct 2018 06:18 AM PDT

GEORGETOWN: Sebanyak dua laporan baharu berhubung pekerja binaan di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di sini, diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Durakovic mahu anak buah tumpu perhatian

Posted: 20 Oct 2018 06:10 AM PDT

IPOH: Mehmet Durakovic menasihatkan anak buahnya tidak menghiraukan provokasi dan suasana luar padang sebaliknya tumpukan sepenuh perhatian terhadap pertemuan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Sabah di Stadium Likas, malam esok.

Keputusan tidak rasmi, Rafizi dahului di Melaka

Posted: 20 Oct 2018 06:07 AM PDT

MELAKA: Keputusan tidak rasmi pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di enam cabang di Melaka menyaksikan Mohd Rafizi Ramli mencipta kejutan apabila mendahului Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.

'Sistem sekolah bukan punca utama'

Posted: 20 Oct 2018 06:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Alumni Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) tetap dengan pendirian mereka bahawa sistem sekolah sukan sedia ada bukan punca utama segelintir bekas pelajarnya tidak berjaya dalam akademik mahupun sukan diceburi.

Mana boleh potong gaji besar sangat - B Sathianathan 

Posted: 20 Oct 2018 05:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemotongan gaji sehingga 60 peratus memaksa pengendali FELDA United, B Sathianathan mengucapkan selamat tinggal kepada kelab itu dengan beliau bersedia membuka pintu rundingan untuk membimbing pasukan lain musim depan.

Skuad B-19 mula langkah kiri

Posted: 20 Oct 2018 05:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia membuka kejohanan bawah 19 (B-19) tahun Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dengan langkah kiri selepas tewas 1-2 kepada Arab Saudi di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi, Indonesia sebentar tadi.

PAS setuju Akta Pembiayaan Politik

Posted: 20 Oct 2018 05:24 AM PDT

DUNGUN: PAS menyambut baik usaha kerajaan untuk mewujudkan Akta Pembiayaan Politik bagi mengekang unsur rasuah dan kepentingan peribadi penderma.

Terengganu harapkan pembangunan saksama Pantai Timur

Posted: 20 Oct 2018 05:18 AM PDT

DUNGUN: Kerajaan Terengganu berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) yang disifatkan prihatin untuk membawa kemakmuran pembangunan saksama ke negeri Pantai Timur.

Perlu ada pemilihan semula - Tengku Razaleigh

Posted: 20 Oct 2018 02:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jemaah Penasihat UMNO akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat bagi membincangkan soal parti termasuk kedudukan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden parti itu.

Kementerian Pendidikan bincang isu kenaikan yuran pengajian di UM

Posted: 20 Oct 2018 03:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Isu kenaikan yuran pengajian di Universiti Malaya (UM) yang didakwa penuntut universiti itu dibuat tanpa sebarang notis, mendapat perhatian Kementerian Pendidikan.

BERSATU bakal rombak kepimpinan negeri dan bahagian

Posted: 20 Oct 2018 04:11 AM PDT

KULAI: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan membuat rombakan dan penyusunan semula organisasi itu pada peringkat negeri dan bahagian dalam usaha menyelesaikan masalah dalaman parti.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template