Wednesday, October 24, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Bungkusan letupan kepada Obama, Clinton dan CNN

Posted: 24 Oct 2018 10:26 AM PDT

NEW YORK: Barangan disyaki bahan letupan dihantar kepada bekas Presiden, Barack Obama dan calon Presiden kalah, Hillary Clinton dan CNN dengan jarak hanya beberapa jam, kurang dua minggu sebelum pilihan raya AS, kata pihak berkuasa, semalam.

Usahawan wanita teroka pasaran global

Posted: 21 Oct 2018 08:20 PM PDT

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan nilai jualan syarikat di bawah Program Pembangunan Eksport Wanita (WEDP) yang diperkenalkan bagi meneroka pasaran global mampu mencecah RM10 juta, sehingga akhir tahun ini.

Manchester United berdepan hukuman UEFA

Posted: 24 Oct 2018 10:09 AM PDT

LONDON: Manchester United didakwa oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) angkara penyokong menceroboh masuk ke padang ketika kekalahan 1-0 kepada Juventus dalam aksi Liga Juara-Juara, kata badan induk bola sepak Eropah itu.

Wabak beguk: Pelajar diarah pulang

Posted: 24 Oct 2018 05:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dua buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Selangor diarah tutup oleh Kementerian Kesihatan berikutan jangkitan wabak beguk yang semakin meningkat di sekolah berkenaan.

Keadilan akan ditegakkan - Putera Mahkota Arab Saudi

Posted: 24 Oct 2018 08:58 AM PDT

ISTANBUL: Putera Mahkota Arab Saudi, hari ini, berkata kes Jamal Khashoggi 'amat menyakitkan' dan 'keadilan bakal ditegakkan', susulan pembunuhan wartawan Washington Post di konsulat Arab Saudi di sini.

Kanak-kanak perempuan 5 tahun maut digilis van sekolah

Posted: 24 Oct 2018 07:33 AM PDT

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan lima tahun maut selepas digilis van sekolah yang dinaikinya di Taman Tun Aminah, dekat sini, tengah hari semalam.

Annuar pelawa Dr Mahathir sertai UMNO

Posted: 24 Oct 2018 07:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelawaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya ahli UMNO meninggalkan parti itu yang disifatkannya sudah 'tiada' dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), ditolak mentah-mentah oleh pemimpinnya.

Dr Xavier optimis menang

Posted: 24 Oct 2018 08:27 AM PDT

IPOH: Calon Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jeyakumar yakin akan terus mempertahankan jawatan disandangnya itu walaupun terdapat cubaan jahat untuk menjatuhkannya.

Terbuka Perancis: Soon Huat-Shevon mara pusingan kedua

Posted: 24 Oct 2018 08:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie menebus kekecewaan dialami rakan senegara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying apabila mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis, sebentar tadi.

Polis Turki dibenar periksa telaga

Posted: 24 Oct 2018 08:13 AM PDT

ANKARA: Penyiasat Turki dijangka memulakan pemeriksaan telaga di kebun kediaman konsulat jeneral Arab Saudi di Istanbul, hari ini, kata stesen televisyen NTV, selepas pegawai Riyadh enggan memberikan kebenaran, sebelum ini.

Mahathir diberi sambutan rasmi di Rumah Kerajaan

Posted: 24 Oct 2018 07:01 AM PDT

BANGKOK: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang melakukan lawatan rasmi ke Thailand hari ini diberi sambutan rasmi di Rumah Kerajaan di sini, yang menempatkan pejabat Perdana Menteri, Jeneral Prayut Chan-o-cha dan pejabat menteri Kabinet beliau.

Malaysia-Vietnam terus jalin kerjasama akrab - Dr Wan Azizah

Posted: 24 Oct 2018 07:12 AM PDT

HANOI: Malaysia dan Vietnam akan terus meningkatkan kerjasama yang sudah terjalin akrab selama 45 tahun, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

ASEAN perlu manfaatkan kekuatan pasaran domestik - Dr Mahathir

Posted: 24 Oct 2018 07:02 AM PDT

BANGKOK: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lebih banyak usaha perlu digerakkan dalam membantu ASEAN menjadi pasaran domestik negara anggotanya.

MbS mungkin terbabit dalam pembunuhan wartawan: Trump

Posted: 24 Oct 2018 06:53 AM PDT

WASHINGTON: Presiden Donald Trump meletakkan tanggungjawab sepenuhnya ke atas Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman (MbS), bagi operasi yang membawa kepada kematian wartawan Jamal Khashoggi, menunjukkan putera itu 'mendalangi semuanya' di Riyadh.

Pemilihan PKR: Dr Xavier bantah terima surat amaran

Posted: 24 Oct 2018 06:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar mengemukakan bantahan keras terhadap Jawatankuasa Aduan, Rayuan dan Disiplin PKR susulan surat amaran yang diterimanya berhubung pemilihan parti.

Irfan tetap milik 'Ganu' tahun depan

Posted: 24 Oct 2018 02:07 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Bimbang jurulatih kesayangan Irfan Bakti Abu Salim disambar pasukan lain, Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengambil langkah pantas dengan menawarkan kontrak baharu kepada pengendali yang digelar pakar taktikal itu musim depan.

Asas ekonomi negara kukuh, paras hutang rendah - MIDF

Posted: 24 Oct 2018 06:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Asas ekonomi Malaysia yang secara relatifnya kuat serta kukuh mampu menahan krisis yang digerakkan oleh faktor luaran, kata MIDF Amanah Investment Bank (MIDF).

Malaysia mahu kurangkan kerenah birokrasi di sempadan Thai

Posted: 24 Oct 2018 06:24 AM PDT

BANGKOK: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia komited untuk mengurangkan kerenah birokrasi di kawasan persempadanan Thailand sebagai langkah yang berupaya meningkatkan dagangan antara kedua-dua negara.

Deja Moss sah bercerai talak satu

Posted: 24 Oct 2018 01:54 AM PDT

HULU KLANG: Kemelut rumah tangga antara penyanyi Deja Moss dengan suaminya, Azfendy Azzuddin akhirnya bernoktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, hari ini.

Peruntukan kewangan bawah KPM: Pengarah JPWPKL

Posted: 24 Oct 2018 06:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Segala kuasa membabitkan peruntukan kewangan Sekolah Sukan Negeri (SSN) adalah di bawah bidang kuasa Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan (KPM).

Seram lihat rekahan tanah bawah rumah

Posted: 24 Oct 2018 03:28 AM PDT

IPOH: "Saya terkejut melihat rekahan tanah yang besar betul-betul di bawah rumah," kata Pandak Ngah, 42, penduduk Kampung Pawong, Pos Raya di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, dekat Simpang Pulai di sini, yang terjejas akibat kejadian itu, semalam.

Jawatankuasa siasat kes lemas anggota bomba mesyuarat minggu depan

Posted: 24 Oct 2018 03:54 AM PDT

PUTRAJAYA: Jawatankuasa khas bagi menyiasat insiden enam anggota bomba yang maut ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor, awal bulan ini akan mula bermesyuarat minggu depan.

Proses damai selatan Thai bukan sekadar melakar pelan damai

Posted: 24 Oct 2018 06:11 AM PDT

BANGKOK: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia yakin usaha membantu menyelesaikan isu keganasan di selatan Thailand adalah usaha ikhlas oleh kedua-dua negara untuk mewujudkan keamanan dan bukan sekadar merangka pelan damai.

Oltmans puji aksi kental Malaysian Tigers

Posted: 24 Oct 2018 06:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara Roelant Oltmans tetap bangga dengan persembahan anak buahnya meskipun sekadar terikat tanpa jaringan dengan India dalam aksi keempat Trofi Juara-Juara Asia di Muscat, Oman hari ini.

Rosmah beri keterangan kepada AMLA Jumaat ini

Posted: 24 Oct 2018 05:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anaknya, Norashman Najib dan Riza Aziz akan hadir bagi memberi keterangan kepada Pasukan Siasatan Jenayah Penggubahan Wang Haram (AMLA) Urusetia Ketua Polis Negara, Jumaat ini.

Teksi tuntut penyelesaian adil, e-hailing mahu konsep persaingan diterima

Posted: 24 Oct 2018 04:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mencari kaedah terbaik untuk menamatkan konflik membelenggu perkhidmatan teksi dan e-hailing, dengan memastikan penyelesaian dirangka menguntungkan kedua-dua pihak.

Peng Soon-Liu Ying tersungkur awal

Posted: 24 Oct 2018 04:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menerima padah kerana kegopohan mereka apabila tersingkir pada pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Perancis hari ini.

Hadiah hari lahir terindah - Datuk Seri Rossa

Posted: 24 Oct 2018 03:06 AM PDT

PEKAN: Penyanyi Indonesia, Rosa Roslaina Handiyani, 40, atau Rossa yang menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) menyifatkan penganugerahan itu sebagai hadiah terindah sempena ulang tahun kelahirannya pada 9 Oktober lalu.

Rindu ayah bila ternampak bomba

Posted: 24 Oct 2018 03:53 AM PDT

PUTRAJAYA: "Nak ayah... nak ayah," itu ayat pertama disebut Muhamad Meqa Al Asyraf sebaik melihat anggota atau pegawai memakai uniform (pakaian seragam) bomba.

Tanah runtuh di Cameron Highlands, kenderaan terhumban ke parit

Posted: 24 Oct 2018 05:17 AM PDT

IPOH: Sebuah kenderaan pacuan empat roda terhumban ke dalam parit akibat dihempap tanah runtuh di Batu 51, Jalan Kuala Kuala Terla, Kampung Raja, Cameron Highlands, petang tadi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template