Thursday, October 25, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


10 kanak-kanak sekolah maut, 16 hilang di Jordan

Posted: 25 Oct 2018 10:57 AM PDT

AMMAN: Sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak sekolah maut dan 16 lagi hilang, selepas banjir kilat berhampiran Laut Mati, Jordan di mana kira-kira 40 kanak-kanak dan guru mereka mengadakan lawatan lapangan, semalam.

Anak lelaki Khashoggi tinggalkan Arab Saudi

Posted: 25 Oct 2018 10:06 AM PDT

RIYADH: Anak sulung wartawan dibunuh, Jamal Khashoggi, Salah dan keluarganya sudah meninggalkan Arab Saudi, selepas kerajaan negara itu menarik balik larangan perjalanan, kata Human Rights Watch (HRW), semalam.

Sinead O'Connor peluk Islam

Posted: 25 Oct 2018 08:03 AM PDT

BELFAST: Penyanyi terkenal Ireland, Sinead O'Conner memeluk agama Islam dan kini menggunakan nama Shuhada' Davitt.

Takiyuddin dilantik Naib Presiden KAFA

Posted: 25 Oct 2018 08:25 AM PDT

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) melantik Datuk Takiyuddin Hassan sebagai Naib Presiden KAFA yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Perak nafi salah guna bahan terlarang

Posted: 25 Oct 2018 08:22 AM PDT

IPOH: Perak menafikan atletnya terbabit dalam penyalahgunaan bahan terlarang sepanjang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 berlangsung baru-baru ini. 

Pegawai kanan polis bergelar Datuk ditahan SPRM

Posted: 25 Oct 2018 08:12 AM PDT

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pegawai kanan polis bergelar Datuk bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah berjumlah lebih RM100,000.

Had umur perkahwinan dibentang kepada Majlis Raja-Raja - TPM

Posted: 25 Oct 2018 07:57 AM PDT

HANOI: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau sudah membentangkan kepada Majlis Raja-Raja berhubung had umur perkahwinan dalam negara.

Penerimaan nilai budaya bergantung kepada negara - Dr Mahathir

Posted: 25 Oct 2018 07:44 AM PDT

BANGKOK: Tun Dr Mahathir Mohamad terus menawan perhatian ketika menyampaikan ucapan bertajuk 'Hubungan Dua Hala Malaysia-Thailand Dalam Konteks ASEAN' di Chulalongkorn University di sini, hari ini.

Mohamed Azmin diyakini menang di Perak

Posted: 25 Oct 2018 07:40 AM PDT

IPOH: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diakui sebagai calon pilihan untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu di Perak, Sabtu ini.

Wanita Indonesia lahir anak dalam pesawat Etihad

Posted: 25 Oct 2018 01:44 AM PDT

MUMBAI: Seorang wanita Indonesia yang melahirkan anak dalam pesawat Etihad Airways dari Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Jakarta, menyebabkan penerbangan itu terpaksa dilencongkan ke bandar ini semalam, kata pihak berkuasa India.

MTBC tiada peruntukan ke Piala Dunia Bowling 2018

Posted: 25 Oct 2018 07:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC) membuat keputusan untuk tidak menghantar wakil ke Piala Dunia Bowling AMF di Las Vegas dari 4 hingga 11 November ini.

Awasi pencopet dalam pesawat

Posted: 25 Oct 2018 05:30 AM PDT

Ramai beranggapan apabila sudah berada dalam pesawat, semua barangan peribadi yang berharga termasuk wang tunai dan gajet berada dalam keadaan selamat sebaik sahaja meletakkan di dalam tempat penyimpanan barang

Amnesty rayu Singapura pertimbang hukum mati pesalah dadah

Posted: 25 Oct 2018 06:06 AM PDT

SINGAPURA: Republik ini bakal menghukum mati dua pengedar dadah esok selepas menjalankan hukuman sama terhadap seorang pesalah semalam atas kesalahan sama di tengah gesaan baharu buat negara kaya itu supaya memansuhkan hukuman mati.

3 penembak tuntut Syed Saddiq kotakan janji

Posted: 25 Oct 2018 06:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tiga bekas penembak negara - Muslifah Zulkifli, Nur Suryani Taibi dan Nur Ayuni Abdul Halim - berharap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak sekadar membuat 'janji kosong' untuk bertemu mereka.

Lebih ramai akan didakwa - Dr Mahathir

Posted: 25 Oct 2018 06:53 AM PDT

BANGKOK: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lebih ramai individu akan menghadapi pertuduhan bagi kesalahan yang dilakukan oleh pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.

'Messi Ganu' mahu tawan Shah Alam

Posted: 25 Oct 2018 06:52 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Perancang bertubuh kecil Terenggan, Mohd Faiz Mohd Nasir atau lebih dikenali 'Messi Ganu' sedia menawan Stadium Shah Alam Sabtu ini pada aksi final Piala Malaysia bertemu Perak.

Polis Turki kaji sampel air, Trump dengar taklimat CIA

Posted: 25 Oct 2018 06:49 AM PDT

ANKARA/WASHINGTON: Polis Turki sedang meneliti sampel air diambil dari sebuah telaga di konsulat Arab Saudi di Istanbul sebagai sebahagian siasatan terhadap pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi, kata penyiar CNN Turk hari ini.

Durakovic ambil kira faktor penalti

Posted: 25 Oct 2018 06:39 AM PDT

IPOH: Mehmet Durakovic mengharapkan Perak untuk memenangi Piala Malaysia dalam tempoh 90 minit permainan, namun pengendali itu tetap bersedia dengan kemungkinan perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti.

Paramount jual tiga kampus KDU

Posted: 25 Oct 2018 06:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Paramount Corporation Bhd merancang untuk menjual tiga kampus KDU bernilai RM420 juta kepada Dynamic Gates Sdn Bhd.

Pengsan kerana tiket

Posted: 24 Oct 2018 10:03 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Sehingga kini seramai enam penyokong Terengganu FC (TFC) pengsan akibat bersesak ketika beratur di hadapan kaunter tiket di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah (SSINS).

Brendan janji aksi terbaik

Posted: 25 Oct 2018 06:25 AM PDT

IPOH: 'Jeneral' Perak, Brendan Gan sudah bersedia menampilkan aksi terbaik bagi memastikan jentera tengah The Bos Gaurus berjaya memecah kubu Terengganu FC pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

<img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus@2x.png 2x" alt="BHPLUS"> Masjid USIA Kota Kinabalu bukti sejarah keharmonian beragama

Posted: 25 Oct 2018 06:25 AM PDT

Siapa sangka binaan Masjid Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Kota Kinabalu, yang tersergam, sebelum ini sebenarnya adalah sebuah gereja. Terletak di atas tanah seluas 0.56 hektar di bukit berhampiran Padang Merdeka di sini, bangunan diubahsuai daripada gereja Seventh Day Adventist (SDA) itu merakam sejarah penting membuktikan perbincangan merentas agama boleh dibuat secara harmoni.

&#039;Dayyan dapat adik&#039;

Posted: 25 Oct 2018 06:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyanyi Black Hanifah menyambut cahaya mata kedua iaitu bayi perempuan, pada jam 1.56 pagi tadi.

7 November keputusan siapa Ketua Menteri yang sah

Posted: 25 Oct 2018 06:13 AM PDT

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 7 November ini untuk mendengar keputusan berhubung siapa Ketua Menteri Sabah yang sah.

Serba Dinamik dapat kontrak RM512.17 juta

Posted: 25 Oct 2018 06:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB), Serba Dinamik International Ltd, memperoleh empat kontrak operasi dan penyelenggaraan (O&amp;M) dengan gabungan anggaran nilai sebanyak RM512.17 juta.

Firma Thailand nyatakan kesediaan labur di TRX

Posted: 25 Oct 2018 06:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kumpulan Thai Charoen Corporation (TCC), Tan Sri Charoen Sirivadhanabakdi berkata, anak syarikatnya, Frasers Property telah mengambil langkah awal untuk meneliti kemungkinan pelaburan di Tun Razak Exchange (TRX).

Wartawan Jepun diculik selamat tiba di tanah air

Posted: 25 Oct 2018 05:58 AM PDT

TOKYO : Wartawan Jepun yang diculik di Syria lebih tiga tahun lalu selamat tiba di negara kelahirannya itu petang tadi dan disambut dengan tangisan gembira oleh semua keluarga selepas sekian lama hidup dalam 'neraka'.

PBSNT nafi agihan tiket berkait politik

Posted: 25 Oct 2018 05:58 AM PDT

KUALA NERUS: Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) menafikan dakwaan pengagihan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia berkait dengan kepentingan politik.

Eco World International selesai terbitan sukuk RM350 juta

Posted: 25 Oct 2018 05:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Eco World International Bhd menyelesaikan terbitan kedua Sukuk Murabahah, bernilai RM350 juta dalam nilai nominal, dengan tempoh tiga tahun dari tarikh terbitan di bawah program nota jangka sederhana Islam yang tidak diberi penarafan bernilai RM800 juta (Program Sukuk Murabahah).

PFA anggap isu gaji pemain selesai

Posted: 25 Oct 2018 05:52 AM PDT

KANGAR: Isu gaji pemain Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) yang tertunggak lebih RM460,000 sejak Mac lalu kini dianggap selesai.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template