Wednesday, October 3, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


6 penyelam bomba terperangkap dalam pusaran air

Posted: 03 Oct 2018 11:00 AM PDT

SERDANG: Enam penyelam bomba yang lemas ketika mencari remaja yang dilaporkan terjatuh ke sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong semalam, terperangkap dalam pusaran air.

Suasana sayu di BBP Pelabuhan Klang

Posted: 03 Oct 2018 11:08 AM PDT

KLANG: Suasana sayu menyelubungi Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang kira-kira jam 12 tengah malam tadi selepas empat rakan sekerja mereka terkorban ketika operasi menyelamatkan mangsa lemas, malam tadi.

6 anggota bomba maut ketika operasi SAR

Posted: 03 Oct 2018 08:31 AM PDT

PUCHONG: Enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) maut ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang lemas di Lombong Taman Putra Perdana berhampiran Perumahan La Cottage, di sini,

Terbelit tali punca 6 penyelam bomba lemas

Posted: 03 Oct 2018 10:20 AM PDT

PUCHONG: Operasi menyelamat seorang remaja yang dilaporkan tergelincir, ketika memancing di lombong dekat sini malam tadi, bertukar tragedi apabila enam penyelam bomba yang terbabit dalam pencarian itu, lemas akibat terbelit tali di dasar.

Hakim arah Alberto Fujimori ditahan semula

Posted: 03 Oct 2018 10:44 AM PDT

LIMA: Mahkamah Peru semalam, membatalkan keputusan pengampunan ke atas bekas presiden, Alberto Fujimori, sekali gus mengarahkan beliau ditahan dengan serta-merta.

Turki dakwa wartawan, Jamal Khashoggi ditahan di konsulat

Posted: 03 Oct 2018 10:36 AM PDT

ANKARA: Wartawan warga Arab Saudi, Jamal Khashoggi yang dilaporkan hilang sejak kelmarin, dipercayai masih ditahan di bangunan konsulat negara itu di Istanbul.

Tiba lewat, United berdepan tindakan UEFA

Posted: 03 Oct 2018 10:03 AM PDT

PARIS: Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) membuka prosiding disiplin terhadap Manchester United selepas pasukan itu lambat tiba di Old Trafford sehingga memaksa sepak mula perlawanan Liga Juara-Juara menentang Valencia dilewatkan.

Sindrom Ronaldo landa Real?

Posted: 03 Oct 2018 10:01 AM PDT

MADRID: Kali terakhir Real Madrid mengharungi tiga perlawanan tanpa meledak sebarang gol adalah pada Januari 2007 yang menjadi musim terakhir Fabio Capello sebelum beliau dipecat. 

Del Potro sah tempat ke Final ATP

Posted: 03 Oct 2018 09:58 AM PDT

BEIJING: Pemain pilihan utama dari Argentina Juan Martin del Potro mara ke suku akhir Terbuka China sekali gus mengesahkan tempat ke Final ATP, hari ini.

Nguyen Phu Trong bakal Presiden Vietnam

Posted: 03 Oct 2018 09:48 AM PDT

HANOI: Parti Komunis Vietnam hari ini, mencalonkan Setiausaha Agungnya, Nguyen Phu Trong, sebagai presiden, sekali gus bakal menjadikan beliau individu paling berkuasa di negara berkenaan.

Arab Saudi, UAE, Kuwait sedia dana RM10 bilion bantu Jordan

Posted: 03 Oct 2018 09:44 AM PDT

DUBAI: Menteri Kewangan Arab Saudi, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dijangka menandatangani satu perjanjian esok, bagi menyediakan jaminan kredit dan dana kepada Jordan.

Misi bantuan kemanusiaan TUDM berlepas ke Sulawesi

Posted: 03 Oct 2018 08:36 AM PDT

SHAH ALAM: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan berlepas ke Jakarta bagi melaksanakan misi penghantaran bantuan kemanusiaan Sulawesi dari Pangkalan Udara Subang, pagi esok.

Empat lelaki menyamar polis samun warga asing ditahan

Posted: 03 Oct 2018 08:09 AM PDT

IPOH: Empat lelaki ditahan selepas dipercayai menyamar sebagai anggota polis sebelum menyamun asrama pekerja asing warga Indonesia di Taman Mewah di sini, awal bulan lalu.

JPJ kesan tonto lindungi 'ulat teksi' di KLIA, klia2

Posted: 03 Oct 2018 08:03 AM PDT

SEPANG: Kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 di sini semakin membimbangkan apabila turut membabitkan tonto bagi menutup jenayah itu.

Pogba diarah 'kunci mulut'

Posted: 03 Oct 2018 07:44 AM PDT

MANCHESTER: Paul Pogba berkata dia tidak dibenarkan 'membuka mulut' selepas Manchester United gagal mencipta kebangkitan susulan keputusan seri 0-0 menentang Valencia, awal pagi tadi.

Zeti terima Anugerah Diraja Kewangan Islam

Posted: 03 Oct 2018 07:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang juga bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dipilih sebagai penerima Anugerah Diraja Kewangan Islam 2018 bersempena dengan Forum Kewangan Islam Global 2018 (GIFF 2018).

Tentera Indonesia diarah tembak pencuri di zon bencana

Posted: 03 Oct 2018 07:30 AM PDT

PALU: Tentera Indonesia sudah diarah menembak individu yang didapati mencuri di kawasan yang dilanda gempa bumi dan tsunami di pulau Sulawesi, selepas mangsa yang terselamat menyerbu masuk ke kedai untuk mendapatkan bekalan makanan serta air.

Bangladesh mansuh kuota sektor awam

Posted: 03 Oct 2018 07:25 AM PDT

DHAKA: Kerajaan Bangladesh hari ini, memansuhkan sistem kuota bagi mengisi kekosongan dalam perkhidmatan awam yang menimbulkan kontroversi, termasuk bantahan besar-besaran di seluruh negara, pada awal tahun ini.

Cadang 30 peratus daripada perolehan kerajaan babitkan vendor PKS

Posted: 03 Oct 2018 07:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) mahu kerajaan menetapkan sasaran minimum 30 peratus daripada semua perolehan oleh jabatan, agensi dan syarikat milik kerajaan membabitkan vendor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

TM lantik Pengarah dan Ketua Pegawai Modal Insan baharu

Posted: 03 Oct 2018 06:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) telah mengumumkan pelantikan empat pengarah baharu berkuatkuasa hari ini dalam usaha untuk memperkukuhkan komposisi dan memperbaharui lembaga pengarahnya bagi memacu Kumpulan TM ke peringkat seterusnya.

Pertumbuhan eksport Malaysia susut pada Ogos

Posted: 03 Oct 2018 06:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) menjangka pertumbuhan eksport Malaysia susut kepada 3.3 peratus pada Ogos berbanding 9.4 peratus pada Julai, berikutan lebih banyak sentimen berhati-hati susulan ketegangan perdagangan yang meningkat antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

'Bertanding sebagai simbol protes rakyat'

Posted: 03 Oct 2018 06:35 AM PDT

PENGALAMAN pertama sebagai calon pilihan raya banyak membuka mata Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadap pelbagai perkara. Wartawan Syed Umar Ariff dan Rizanizam Abdul Hamid menemui usahawan muda itu bagi menyelami hati nuraninya.

F1 seterusnya di Buriram?

Posted: 03 Oct 2018 06:24 AM PDT

BANGKOK: Thailand buat julung kalinya akan menganjurkan perlumbaan berprestij MotoGP hujung minggu ini dengan kira-kira 10,000 pelawat bakal berkampung di Buriram untuk menyaksikan Grand Prix Thailand.

Raja Salman tidak akan bertahan tanpa AS - Trump

Posted: 03 Oct 2018 06:12 AM PDT

SOUTHAVEN: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengeluarkan kenyataan bersifat tidak diplomatik terhadap sekutu rapat Arab Saudi, semalam dengan memberi amaran bahawa Raja Salman tidak akan mampu mempertahankan kuasa selama dua minggu tanpa sokongan tentera AS.

Stevie Chan tandatangan ikrar BERSIH

Posted: 03 Oct 2018 06:08 AM PDT

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Stevie Chan Keng Leong, hari ini menandatangani Ikrar Sokong Pilihan Raya Bersih dan Adil disediakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0).

Nooryana sedih, menantu simpati terhadap Rosmah

Posted: 03 Oct 2018 05:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Anak perempuan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tidak dapat menahan kesedihan apabila ibunya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bencana tingkat risiko pilihan raya bagi Jokowi

Posted: 03 Oct 2018 06:05 AM PDT

JAKARTA: Gempa bumi dan tsunami di Indonesia mungkin meningkatkan risiko politik terhadap Presiden Joko 'Jokowi' Widodo, ketika beliau bersiap untuk bertanding bagi penggal seterusnya, tahun depan.

Rosmah hadapi 15 hingga 17 pertuduhan pengubahan wang haram

Posted: 03 Oct 2018 05:08 AM PDT

PUTRAJAYA: Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, akan berhadapan antara 15 hingga 17 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada jam 8 pagi esok.

Malaysia sasar satu emas

Posted: 03 Oct 2018 05:24 AM PDT

PUTRAJAYA: Malaysia meletakkan sasaran untuk meraih satu pingat emas pada Kejohanan Badminton Universiti Dunia yang akan berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara bermula 15 hingga 21 Oktober ini.

Bayern perlu kembali kepada asas - Kovacs

Posted: 03 Oct 2018 05:21 AM PDT

MUNICH: Bayern Munich perlu beraksi seperti kebiasaan jika mahu mengembalikan semula dominasi di awal musim selepas diikat Ajax Amsterdam 1-1 dalam kempen Liga Juara-Juara di gelanggang sendiri, awal pagi tadi, kata jurulatih Niko Kovacs.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template