Thursday, October 4, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Ndombele dapat kepercayaan Deschamps

Posted: 04 Oct 2018 10:59 AM PDT

PARIS: Peningkatan ketara pemain tengah Tanguy Ndombele dalam kancah bola sepak Perancis membolehkannya meraih panggilan sulung ketika juara Piala Dunia itu bersiap sedia bagi perlawanan menentang Iceland dan Jerman.

Satu lagi kes bola kena penonton

Posted: 04 Oct 2018 10:57 AM PDT

LONDON: Seorang wanita cedera apabila terkena bola golf juara bertahan, Tyrrell Hatton pada Kejohanan Alfred Dunhill Links hari ini, kurang seminggu selepas seorang penonton buta sebelah mata ketika Piala Ryder.

Turki keluar dari Syria selepas pilihan raya

Posted: 04 Oct 2018 10:02 AM PDT

ISTANBUL: Presiden Recep Tayyip Erdogan semalam, menegaskan bahawa Turki tidak akan meninggalkan Syria, sehinggalah rakyat negara itu berpeluang mengadakan pilihan raya.

Kebocoran bahan kimia di PLUS

Posted: 04 Oct 2018 09:58 AM PDT

SLIM RIVER: Kebocoran bahan kimia dikesan membabitkan sebuah lori tangki yang membawa muatan 35,000 kilogram (kg) asid hidroklorik di Kilometer 361 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini hari ini.

1.4 juta penduduk Zimbabwe disuntik vaksin taun

Posted: 04 Oct 2018 09:32 AM PDT

HARARE: Kerajaan Zimbabwe sudah memulakan kempen vaksin di kawasan pedalaman yang dilanda wabak taun yang serius, hingga mengakibatkan 49 maut, manakala ratusan lagi penduduk disahkan dijangkiti bakteria penyakit itu.

Duterte sah jalani prosedur kolonoskopi

Posted: 04 Oct 2018 09:19 AM PDT

MANILA: Tahap kesihatan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, terus menimbulkan persoalan selepas memaklumkan bahawa beliau menjalani beberapa ujian kesihatan ketika mengunjungi hospital, baru-baru ini.

'Tanya Teong Kim sendiri'

Posted: 04 Oct 2018 08:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya rasa lebih baik tanya Lim Teong Kim sendiri."

Jenazah remaja mangsa lemas selamat dikebumikan

Posted: 04 Oct 2018 08:48 AM PDT

PUCHONG: Jenazah remaja, Muhammad Ilham Fahmy Mohammad Azzam, 17, yang dilaporkan lemas di Lombong Taman Putra Perdana berhampiran perumahan D'Islands, di sini, selamat dikebumikan jam 11.25 malam tadi.

Southgate bimbing England hingga 2022

Posted: 04 Oct 2018 08:44 AM PDT

MANCHESTER, England: Pengurus pasukan kebangsaan England, Gareth Southgate menandatangani kontrak baru yang menyaksikan beliau mengendalikan pasukan itu hingga Piala Dunia 2022.

SAFA harap GLC lunas tajaan

Posted: 04 Oct 2018 08:42 AM PDT

KOTA KINABALU: Di sebalik kegembiraan layak ke separuh akhir Piala Malaysia, Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) kini dihimpit masalah kewangan hinggakan gaji pemain pasukan itu turut tertunggak.

2 cedera dalam letupan di kedai dobi

Posted: 04 Oct 2018 08:33 AM PDT

KLANG: Dua pelanggan sebuah dobi layan diri 24 jam melecur selepas berlaku letupan di premis berkenaan di Jalan 3E, Bandar Putera 2 di sini, pagi ini.

Wozniacki, Kvitova layak Pusingan Akhir WTA

Posted: 04 Oct 2018 08:16 AM PDT

LONDON: Juara bertahan, Caroline Wozniacki dan bekas juara Petra Kvitova masing-masing menempah tiket ke kejohanan penghujung musim di Singapura, Pusingan Akhir WTA.

Ronaldo terlepas aksi antarabangsa - Santos

Posted: 04 Oct 2018 08:13 AM PDT

LISBON: Cristiano Ronaldo diketepikan daripada skuad Portugal bagi empat aksi antarabangsa berikutnya, menurut jurulatih kebangsaan Fernando Santos hari ini, beberapa hari selepas tuduhan merogol terhadap bintang Juventus itu timbul semula.

Teliti aspek risiko keselamatan sebelum usaha menyelamat

Posted: 04 Oct 2018 07:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Aspek risiko persekitaran kawasan operasi terhadap keselamatan diri penyelamat, perlu dinilai serta dikaji teliti, sebelum melakukan sebarang gerakan pencarian dan menyelamat membabitkan aktiviti dalam air dilakukan.

Sudan rampas puluhan ribu akhbar Al-Tayar, Al-Jareeda

Posted: 04 Oct 2018 07:47 AM PDT

KHARTOUM: Ejen keselamatan Sudan merampas keseluruhan cetakan dua akhbar tempatan, iaitu Al-Tayar dan Al-Jareeda, beberapa hari selepas Kesatuan Eropah (EU) dan Washington mendesak kebebasan media di negara itu.

'Saya tak pernah sentuh dadah'

Posted: 04 Oct 2018 07:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya tak pernah sentuh benda (dadah) itu, malah saya tidak merokok," kata pelakon Intan Najuwa Abd Wahid yang terkejut apabila namanya terpampang di beberapa portal berita yang memberitahu dia dikehendaki polis.

Lorenzo boleh berlumba di Buriram

Posted: 04 Oct 2018 07:00 AM PDT

BURIRAM, Thailand: Jorge Lorenzo disahkan cergas hari ini untuk bermula pada perlumbaan sulung MotoGP Thailand selepas mengalami kecederaan kaki, sekalipun penunggang Ducati itu masih berasa sakit kesan kemalangan di Aragon bulan lalu.

Dakwaan rasuah RM3.5 juta tidak masuk akal - Najib

Posted: 04 Oct 2018 06:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata dakwaan tertuduh ketujuh dalam kes pembunuhan Datuk Anthony Kevin Morais adalah tidak benar dan tidak masuk akal.

Jenazah Yahya selamat dikebumikan

Posted: 04 Oct 2018 05:58 AM PDT

MUKAH: Lebih 200 anggota keluarga dan sahabat handai membanjiri Tanah Perkuburan Islam Kampung Tian, Matu di sini bagi menyaksikan majlis pengebumian jenazah anggota bomba, Yahya Ali, 24, kira-kira jam 7.25 malam tadi.

Jangan tuding jari pada mana-mana pihak - Hanipa

Posted: 04 Oct 2018 06:42 AM PDT

SERDANG: Orang ramai diminta berhenti menyalahkan mana-mana pihak terbabit dalam tragedi yang mengorbankan enam anggota bomba ketika menyelamatkan seorang remaja lelaki yang lemas di Lombong Taman Putra Perdana berhampiran perumahan D'Islands, di sini, semalam.

Azmin hargai pandangan TMJ

Posted: 04 Oct 2018 06:33 AM PDT

KOTA BHARU: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menghargai pandangan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa beliau antara individu yang berpotensi untuk menjadi Perdana Menteri.

Ibu positif HIV derma hati untuk selamatkan anak perempuan

Posted: 04 Oct 2018 06:31 AM PDT

JOHANNESBURG: Sekumpulan doktor di Afrika Selatan berjaya mencatat sejarah berikutan kejayaan pembedahan pemindahan sebahagian hati membabitkan pasangan ibu yang positif HIV kepada anaknya, yang negatif HIV.

Morata, Koke kembali bersama La Roja

Posted: 04 Oct 2018 06:24 AM PDT

MADRID: Pemain tengah Atletico Madrid, Koke dan penyerang Chelsea, Alvaro Morata dipanggil semula dalam skuad Sepanyol bagi perlawanan antarabangsa menentang Wales dan England bulan ini, namun Diego Costa diketepikan oleh jurulatih Luis Enrique.

<img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus@2x.png 2x" alt="BHPLUS"> Masjid Ar-Rahman sulam keunikan seni bina Melayu, Islam

Posted: 04 Oct 2018 06:18 AM PDT

Setiap inci binaan Masjid Ar-Rahman menampilkan keunikan seni bina Islam dan Melayu. Tersergam indah di Pulau Gajah di Sabak, ia turut menerapkan gabungan hiasan binaan dari empat negara luar iaitu Indonesia, Maghribi, Yaman dan Turki.

Mana Teong Kim?

Posted: 04 Oct 2018 05:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: 'Kehilangan' Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim pada sesi dialog Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) di Bukit Jalil, petang ini menimbulkan persoalan.

Paunovic intai final Piala Malaysia

Posted: 04 Oct 2018 06:13 AM PDT

KOTA KINABALU: Penyerang import Sabah, Rodoljub Paunovic sedia bermati-matian bagi membantu pasukan itu mara ke final Piala Malaysia buat kali pertama sejak 2003.

Keluarga anggota bomba terima zakat

Posted: 04 Oct 2018 05:59 AM PDT

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Selangor akan memberi bantuan zakat kepada kesemua keluarga enam anggota bomba yang maut dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Taman Putra Perdana, Puchong, semalam.

Mahkamah Tinggi perbetul perintah penggalian semula kubur

Posted: 04 Oct 2018 04:05 AM PDT

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memperbetulkan perintah oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya berkaitan penggalian semula kubur Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan yang meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Damansara, Jun lalu.

Jenazah anggota bomba selamat dikebumikan

Posted: 04 Oct 2018 03:35 AM PDT

PASIR MAS: Hujan renyai mengiringi pengebumian jenazah anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubang Terap di sini, hari ini.

Anwar penuhi janji kempen

Posted: 04 Oct 2018 03:55 AM PDT

PORT DICKSON: Menepati janjinya untuk menyediakan program khas pendidikan buat murid dan pelajar di daerah ini, calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini melancarkan tuisyen dalam talian secara percuma, pdtuition.com.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template