Friday, October 5, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Zionis bunuh kanak-kanak, lelaki Palestin

Posted: 05 Oct 2018 10:23 AM PDT

GAZA: Tentera Israel membunuh dua penduduk Palestin termasuk seorang kanak-kanak dalam tunjuk perasaan di sepanjang sempadan Israel - Gaza, semalam dan mencederakan sekurang-kurangnya 126 mangsa lain.

Anwar pamer bakat menari aksi MGR

Posted: 05 Oct 2018 09:13 AM PDT

PORT DICKSON: Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja pandai berpidato meyakinkan rakyat malah beliau memiliki bakat terpendam apabila memperagakan rentak tarian ala pelakon lagenda filem Tamil, MGR, pada majlis Malam Kebudayaan India di Bukit Pelanduk, di sini, malam ini.

Guardiola janji serang Liverpool 90 minit

Posted: 05 Oct 2018 09:05 AM PDT

MANCHESTER, England: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menegaskan beliau akan tetap dengan corak serangan apabila juara Liga Perdana Inggeris itu berkunjung ke Liverpool, Ahad ini di sebalik beberapa kekalahan di tangan Reds musim lalu.

Reds tiada kelebihan: Klopp

Posted: 05 Oct 2018 09:01 AM PDT

LIVERPOOL, England: Tiga kemenangan Liverpool ke atas juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City musim lalu tidak bermakna mereka boleh mengalahkan lawan kali ini, kata pengurus Juergen Klopp menjelang aksi dua pasukan itu di Anfield, Ahad ini.

Rebut peluang jadi pemimpin sektor korporat, kerajaan

Posted: 05 Oct 2018 08:52 AM PDT

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu belia berusia 35 tahun ke atas merebut peluang sebagai pemimpin dalam sektor korporat dan kerajaan.

1,600 anggota polis untuk Raja Thailand

Posted: 05 Oct 2018 08:50 AM PDT

BANGKOK: Lebih 1,600 anggota polis akan ditugaskan untuk melindungi Raja Maha Vajiralongkorn Thailand dan keluarga beliau, kata ketua unit keselamatan polis diraja negara itu, hari ini.

Media Prima rangkul anugerah Media Kesihatan

Posted: 05 Oct 2018 08:37 AM PDT

PETALING JAYA : Wartawan BH memenangi Anugerah Kewartawanan Kesihatan Terbaik 2018 (Akhbar Bahasa Melayu) menerusi rencana bertajuk Madu Diabetes.

Israel akan keluarkan UNRWA dari Baitulmaqdis

Posted: 05 Oct 2018 08:34 AM PDT

BAITULMAQDIS: Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin menyuarakan kebimbangan, hari ini, selepas Datuk Bandar Israel di Baitulmaqdis berkata, beliau akan mengeluarkan agensi itu dari bandar terbabit.

Taraf EBA Myanmar bakal dilucut isu Rohingya

Posted: 05 Oct 2018 08:26 AM PDT

INNSBRUCK: Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran kepada Myanmar hari ini, negara itu bakal hilang hak keistimewaan perdagangan berhubung 'pelanggaran terang-terangan hak asasi manusia' ketika kecaman antarabangsa berhubung krisis Rohingya, kian meningkat.

Sapura Industrial meterai MoU dengan syarikat Jepun

Posted: 05 Oct 2018 08:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sapura Industrial Bhd memeterai memorandum persefahaman dengan dua syarikat Jepun, Wada Aircraft Technology Co Ltd dan Aero Inc untuk bekerjasama dan menubuhkan syarikat usaha sama bagi pembuatan dan pemasangan komponen aeroangkasa dan kelengkapan bagi industri aeroangkasa di Malaysia.

Mahkamah Bangladesh benar Zia dapat rawatan

Posted: 05 Oct 2018 08:10 AM PDT

DHAKA: Pemimpin pembangkang Bangladesh yang uzur, Khaleda Zia akan dipindahkan dari sebuah penjara digeruni ke hospital kerajaan, kata peguamnya hari ini susulan arahan mahkamah berikutan keadaan kesihatannya yang merosot.

Rafizi menang di Kelantan

Posted: 05 Oct 2018 07:58 AM PDT

KOTA BHARU: Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menang di Kelantan dengan memperoleh 5,211 undi.

Persiapan malam kemuncak ABPBH 31 lancar

Posted: 05 Oct 2018 07:45 AM PDT

PUTRAJAYA: Debaran malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH Ke-31 (ABPBH 31) kian dirasai apabila artis dan pemuzik terbabit menjayakannya mula menjalani latihan di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Bendera separuh tiang di semua balai bomba di PP

Posted: 05 Oct 2018 04:46 AM PDT

BATU KAWAN: Kesemua 18 balai bomba di negeri ini sudah mengibarkan bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat separuh tiang bagi mengenang enam rakan mereka yang meninggal dunia Rabu lalu ketika melakukan operasi mencari seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Puchong , Selangor.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak dahului senarai penerima darjah kebesaran

Posted: 05 Oct 2018 07:38 AM PDT

KOTA KINABALU: Hakim Besar Sabah dan Sarawak yang baharu, Datuk David Wong Dak Wah mendahului senarai 1,158 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri Sabah sempena Hari Jadi Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, esok.

UNCHR kecam tindakan India usir lelaki Rohingya

Posted: 05 Oct 2018 07:26 AM PDT

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini menyuarakan kebimbangan berhubung tindakan India mengusir tujuh lelaki Rohingya ke Myanmar walaupun amaran, mereka mungkin berdepan pendakwaan di sebuah negara di mana tentera dituduh melakukan genosid ke atas minoriti Islam.

MPB rangkul tiga perak, satu gangsa Anugerah Majlis Pemasaran 2018

Posted: 05 Oct 2018 07:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Media Prima Berhad (MPB) mendapat pengiktirafan tersendiri apabila merangkul tiga anugerah perak dan satu anugerah gangsa pada Anugerah Majlis Pemasaran 2018 di Singapura, minggu lalu.

Pemangku Raja Kelantan sertai majlis tahlil Allahyarham Izatul Akma

Posted: 05 Oct 2018 06:49 AM PDT

RANTAU PANJANG: Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, menziarahi keluarga anggota bomba, Allahyarham Izatul Akma Wan Ibrahim, 32, di Kampung Bechah Kaki, Lubok Stol, di sini, hari ini.

Brahim's terus perkukuh segmen MRETiga produk baharu dapat sambutan menggalakkan pengguna

Posted: 05 Oct 2018 03:33 AM PDT

KUANTAN: Kumpulan Brahim's terus memperkukuhkan perniagaan bagi segmen makanan sedia dimakan (MRE) menerusi pengenalan tiga produk baharu bagi kategori nasi yang dilancarkan dua bulan lalu.

Pemangku Raja Kelantan ziarah keluarga Muhammad Hifdzul

Posted: 05 Oct 2018 04:43 AM PDT

PASIR MAS: Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, menziarahi keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Hifdzul Malik Shaari, di sini, hari ini.

Media yang adil akan dapat tempat - Amirudin

Posted: 05 Oct 2018 03:43 AM PDT

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata media yang adil serta bertanggungjawab akan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

Banjir kilat sekat laluan utama di Setiu

Posted: 05 Oct 2018 06:28 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Banjir kilat menyebabkan laluan utama Kuala Terengganu - Kota Bharu di Kampung Sungai Lerek, Setiu, di sini, ditutup sementara kepada kenderaan ringan selama satu jam petang tadi.

BERSATU buka bilik operasi PRK Port Dickson

Posted: 05 Oct 2018 05:23 AM PDT

PORT DICKSON: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) membuka bilik operasi parti di Bagan Pinang, di sini sebagai persiapan kunjungan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadualkan pada Isnin ini.

Polis soal Netanyahu kali ke-12 siasatan rasuah

Posted: 05 Oct 2018 06:20 AM PDT

BAITULMAQDIS: Sekarang musim pemimpin serta bekas pemimpin dunia menghadapi pelbagai cabaran terhadap integriti dan kewibawaan diri masing-masing.

Saddiq terkejut, kecewa dengan AMD

Posted: 05 Oct 2018 05:33 AM PDT

KUANTAN: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kecewa dengan pelbagai kepincangan di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) bernilai RM85 juta hingga boleh merencatkan pembangunan bola sepak negara.

Dah dirogol, disamun pula

Posted: 05 Oct 2018 05:28 AM PDT

DUNGUN: Seorang lelaki durjana bukan sahaja menyamun wang tunai RM200 malah sempat memuaskan nafsu serakahnya terhadap wanita yang disamun itu, hari ini.

Soniia mara separuh akhir Terbuka Taiwan

Posted: 05 Oct 2018 05:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Soniia Cheah mungkin tidak mampu melepasi halangan separuh akhir Terbuka Taiwan esok namun pemain badminton negara itu gembira kerana kejayaannya layak sejauh itu.

Majlis penghargaan Wira Merah untuk anggota bomba terkorban

Posted: 05 Oct 2018 05:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengadakan Majlis Penghargaan Wira Merah di Ibu Pejabat JBPM di Putrajaya, Rabu depan.

PETRONAS lantik ahli lembaga pengarah baharu

Posted: 05 Oct 2018 05:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan ahli lembaga pengarah PETRONAS yang baharu berkuatkuasa 15 Oktober ini.

Rafizi menang pemilihan Timbalan Presiden cabang Kuala Terengganu

Posted: 05 Oct 2018 05:40 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memperoleh 178 undi sekali gus menewaskan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menerima 120 undi dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR bagi peringkat cabang Kuala Terengganu, hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template