BH Online - Terkini |
- Rakan Chee Tean, Antonia pula meninggal dunia
- Liverpool, Man City buntu di Anfield
- Chelsea tambah derita Southampaton
- Jangan percaya gosip Kak Nita - Noor Kumalasari
- Warna-warni ABPBH31
- Pemandu treler positif dadah direman esok
- 20 maut dua kereta bertembung
- Impian Wany Hasrita genggam trofi Bintang Paling Popular tercapai
- Kejayaan paling bermakna Fattah, Fazura
- Akhbar The Star digesa mohon maaf secara terbuka
- Wany Hasrita Bintang Paling Popular ABPBH 31
- Personaliti cilik ungguli anugerah kategori online
- Kerja keras Alif Satar dihargai
- Trofi ABPBH 31 suntik semangat Haziq, Zizan
- Khai ulangi kejayaan, Wany Hasrita buat kejutan
- Forum hari lain - Dr Mahathir
- Sektor pembinaan catat pertumbuhan stabil
- Kobimbing rancang jana RM6 juta untuk modal kerja
- Kerajaan kaji semula kenaikan gaji penjawat awam
- Rafizi dahului perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR
- Sebar khabar angin sebab tak dapat 'cari makan' - Hishammuddin
- Chong Wei selamat tiba
- Selebriti melaram di karpet merah ABPBH 31
- Arsenal bedil Fulham
- Selangor sedia hadapi fenomena air laut pasang besar
- MU pancing Nidzam?
- Hadi mahu forum bersama Dr M
- Status bakal PM kelebihan Anwar
- Nahas Terowong Menora: Pemandu treler ada 13 saman
- 'Kemenangan untuk Chong Wei, mendiang Chee Tean'
| Rakan Chee Tean, Antonia pula meninggal dunia Posted: 07 Oct 2018 11:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain badminton Austria, Antonia Meinke, yang terbabit dalam kemalangan meragut nyawa Tan Chee Tean, minggu lalu meninggal dunia semalam. |
| Liverpool, Man City buntu di Anfield Posted: 07 Oct 2018 11:10 AM PDT LIVERPOOL: Sepakan penalti pemain termahal Manchester City, Riyad Mahrez pada minit ke-85 sekadar melepasi palang bagi memastikan rekod tanpa kalah Liverpool dalam kempen Liga Perdana Inggeris kekal selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0, sebentar tadi. |
| Chelsea tambah derita Southampaton Posted: 07 Oct 2018 11:08 AM PDT SOUTHAMPTON: Eden Hazard meledak gol ketujuhnya dalam kempen Liga Perdana Inggeris musim ini ketika Chelsea yang dibimbing Maurizio Sarri melakar kemenangan 3-0 ke atas Southampaton di St Mary, malam tadi. |
| Jangan percaya gosip Kak Nita - Noor Kumalasari Posted: 07 Oct 2018 09:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi popular era 1980-an, Noor Kumalasari, 62, menyangkal gosip mendakwa kakak tirinya, Anita Sarawak sedang bertarung nyawa dengan penyakit kanser. |
| Posted: 07 Oct 2018 10:32 AM PDT |
| Pemandu treler positif dadah direman esok Posted: 07 Oct 2018 10:05 AM PDT KUALA KANGSAR: Hasil ujian saringan air kencing terhadap pemandu berusia 41 tahun yang merempuh sebuah kereta hingga mengakibatkan lima mangsa rentung terbakar dalam kemalangan di Kilometer 255.1 pagi semalam, didapati positif dadah jenis methamphetamine. |
| Posted: 07 Oct 2018 09:57 AM PDT NEW YORK: Dua puluh terbunuh dalam dua nahas kereta di New York, kata polis, dengan media melaporkan salah sebuah kenderaan merempuh pejalan kaki di sebuah butik di negeri itu. |
| Impian Wany Hasrita genggam trofi Bintang Paling Popular tercapai Posted: 07 Oct 2018 09:39 AM PDT PUTRAJAYA: Bintang Paling Popular, Wany Hasrita, 26, tidak menyangka angan-angan zaman sekolah mahu menggenggam trofi tertinggi pada Anugerah Bintang Popular BH Ke-31 (ABPBH 31) menjadi kenyataan malam tadi. |
| Kejayaan paling bermakna Fattah, Fazura Posted: 07 Oct 2018 09:33 AM PDT PUTRAJAYA: Pasangan suami isteri sensasi, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin menyifatkan kemenangan mereka dalam kategori Pelakon TV Lelaki dan Wanita Popular sebagai kenangan paling manis. |
| Akhbar The Star digesa mohon maaf secara terbuka Posted: 07 Oct 2018 09:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Akhbar berbahasa Inggeris, The Star digesa agar memohon maaf secara terbuka kerana menulis laporan yang salah sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. |
| Wany Hasrita Bintang Paling Popular ABPBH 31 Posted: 07 Oct 2018 08:46 AM PDT PUTRAJAYA: Imej bersih dan bebas kontroversi, selain mempunyai pencapaian akademik yang membanggakan menjadi antara faktor tarikan yang menjulang penyanyi, Wany Hasrita sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31, sebentar tadi. |
| Personaliti cilik ungguli anugerah kategori online Posted: 07 Oct 2018 08:38 AM PDT PUTRAJAYA: Dua kanak-kanak comel muncul pemenang anugerah kategori online yang dipertandingkan pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini. |
| Kerja keras Alif Satar dihargai Posted: 07 Oct 2018 08:24 AM PDT cnews@nstp.com.my |
| Trofi ABPBH 31 suntik semangat Haziq, Zizan Posted: 07 Oct 2018 08:08 AM PDT PUTRAJAYA: Penyampai radio Hot FM, Haziq menjadikan kemenangannya sebagai Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-31 (ABPBH 31) untuk terus bekerja keras dan memberikan yang terbaik kepada industri dan peminat. |
| Khai ulangi kejayaan, Wany Hasrita buat kejutan Posted: 07 Oct 2018 08:05 AM PDT PUTRAJAYA: Mempertahankan trofi Penyanyi Lelaki Popular pada kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31, Khai Bahar menyifatkan ia sebagai pencapaian manis dalam kerjaya seninya yang baru bermula. |
| Posted: 07 Oct 2018 07:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kehadirannya di Port Dickson, esok hanya untuk 'memeriahkan' kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan, bukan mengadakan forum. |
| Sektor pembinaan catat pertumbuhan stabil Posted: 07 Oct 2018 07:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Sektor pembinaan mencatatkan pertumbuhan stabil dengan kadar 11.1 peratus sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11). |
| Kobimbing rancang jana RM6 juta untuk modal kerja Posted: 07 Oct 2018 07:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Platform Akaun Pelaburan (IAP), platform pelbagai bank patuh syariah bagi membantu syarikat, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan koperasi untuk mengumpul dana, kini sedang mengadakan kempen untuk mengumpul dana bagi penyenaraian ketiganya pada 2018. |
| Kerajaan kaji semula kenaikan gaji penjawat awam Posted: 07 Oct 2018 07:26 AM PDT JOHOR BAHRU: Kerajaan akan melakukan kajian semula berhubung kenaikan gaji penjawat awam di negara ini selepas mengambil kira kedudukan kewangan negara ketika ini. |
| Rafizi dahului perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR Posted: 07 Oct 2018 07:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli setakat ini mendahului Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR selepas mencatat kemenangan di Kelantan, Terengganu, Pahang kelmarin dan Wilayah Persekutuan, semalam. |
| Sebar khabar angin sebab tak dapat 'cari makan' - Hishammuddin Posted: 07 Oct 2018 07:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Hussein percaya pihak yang menyebarkan khabar angin kononnya beliau mengetuai gerakan membawa keluar Ahli Parlimen UMNO menjadi Bebas, sudah tidak dapat 'cari makan' dalam politik. |
| Posted: 07 Oct 2018 06:50 AM PDT SUBANG: Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah di sini, malam ini selepas dua bulan menjalani rawatan di Taiwan. |
| Selebriti melaram di karpet merah ABPBH 31 Posted: 07 Oct 2018 06:31 AM PDT PUTRAJAYA: Sesi permaidani merah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 bergema dengan sorakan peminat yang teruja melihat barisan artis kesayangan melintasi laluan tumpuan itu. |
| Posted: 07 Oct 2018 06:25 AM PDT LONDON: Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang masing-masing meledak dua gol ketika Arsenal meneruskan rentak kemenangan dengan membelasah Fulham 5-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi. |
| Selangor sedia hadapi fenomena air laut pasang besar Posted: 07 Oct 2018 06:22 AM PDT SHAH ALAM: Kerajaan Selangor kini dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi fenomena air laut pasang besar antara 9 hingga 11 Oktober ini. |
| Posted: 07 Oct 2018 06:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Selepas gagal membawa jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim ke bumi Hang Tuah, pengurusan skuad Melaka United (MU) kini beralih arah dengan cuba mendapatkan khidmat bekas pemain kebangsaan, Mohd Nidzam Jamil. |
| Posted: 07 Oct 2018 05:53 AM PDT PORT DICKSON: PAS berharap dapat mengadakan forum bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, sempena kehadirannya pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, esok. |
| Status bakal PM kelebihan Anwar Posted: 07 Oct 2018 05:51 AM PDT PORT DICKSON: Status sebagai bakal Perdana Menteri kelapan memberi kelebihan besar buat Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson. |
| Nahas Terowong Menora: Pemandu treler ada 13 saman Posted: 07 Oct 2018 05:48 AM PDT KUALA KANGSAR: Pemandu berusia 41 tahun yang ditahan selepas treler dipandu merempuh sebuah kereta hingga mengorbankan lima nyawa dalam kemalangan di Kilometer 255.1 pagi semalam, memiliki 13 saman membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas. |
| 'Kemenangan untuk Chong Wei, mendiang Chee Tean' Posted: 07 Oct 2018 05:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Lee Zii Jia mencipta kebangkitan menakjubkan di arena badminton apabila menjuarai kejohanan terbesar dalam kariernya dengan mengungguli Terbuka Taiwan, hari ini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment