Monday, October 8, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Taliban ikrar serang tentera Afghanistan ketika pilihan raya

Posted: 08 Oct 2018 10:32 AM PDT

KABUL: Pergerakan Taliban hari ini berikrar mensasarkan pasukan keselamatan kerajaan pada pilihan raya Parlimen akan datang, ketika wakil khas keamanan Amerika Syarikat, Zalmay Khalilzad bertemu pemimpin Afghanistan untuk membincangkan cara menamatkan perang 17 tahun.

Juara tiga kali Grand Slam tumbang

Posted: 08 Oct 2018 10:01 AM PDT

SHANGHAI: Pemain Croatia, Borna Coric kembali bangkit selepas tewas di set pertama untuk menewaskan juara tiga kali Grand Slam Stan Wawrinka 4-6, 6-4, 6-3 pada pusingan pembukaan Shanghai Masters, sebentar tadi.

Mancini pertahan keputusan gugur Balotelli

Posted: 08 Oct 2018 09:57 AM PDT

MILAN: Mario Balotelli akan menyarung semula jersi Itali jika prestasinya kembali ke tahap terbaik, kata jurulatih Roberto Mancini susulan tindakannya menggugurkan nama penyerang kontroversi itu bagi dua aksi persahabatan bulan ini.

Erdogan minta bukti wartawan tinggalkan konsulat

Posted: 08 Oct 2018 09:37 AM PDT

BUDAPEST: Presiden Recep Tayyip Erdogan, semalam meminta pegawai Arab Saudi membuktikan dakwaan mereka bahawa wartawan Jamal Khashoggi yang hilang sudah meninggalkan konsulat negara itu di Istanbul.

Empat remaja ditahan kes curi motosikal

Posted: 08 Oct 2018 09:22 AM PDT

AMPANG JAYA: Polis menahan empat remaja lelaki berusia antara 12 hingga 14 tahun kerana disyaki terbabit dalam kes curi motosikal, semalam.

'Jangan emosi dengan serangan kempen'

Posted: 08 Oct 2018 08:57 AM PDT

PORT DICKSON: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim, layak bertanding sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson selepas mendapat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Lupakan kisah silam untuk capai kemenangan - Tun M

Posted: 08 Oct 2018 08:30 AM PDT

PORT DICKSON: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui gembira dapat berkempen untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Kementerian Kesihatan sahkan dua kematian akibat makan laksa

Posted: 08 Oct 2018 08:39 AM PDT

ALOR SETAR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 19 kes keracunan makanan dengan dua mangsa meninggal dunia selepas dilaporkan memakan laksa yang dibeli di sebuah gerai di Kupang Baling.

Kovac dapat sokongan padu Presiden Bayern

Posted: 08 Oct 2018 08:33 AM PDT

BERLIN: Presiden Bayern Munich, Uli Hoeness menegaskan sokongan padunya terhadap jurulatih Niko Kovac tidak berubah selepas pengendali dari Croatia itu berdepan tekanan tinggi susulan prestasi longlai yang dilakarkan ketika ini.

Impian Hazard ke Real tetap menyala

Posted: 08 Oct 2018 08:28 AM PDT

LONDON: Bintang Chelsea Eden Hazard menghangatkan kembali spekulasi membabitkan masa depannya di sebalik prestasi cemerlang The Blues musim ini apabila mengakui impiannya untuk beraksi bersama Real Madrid tidak pernah padam.

Tun Mahathir terus pimpin negara, saya mahu ke Parlimen - Anwar

Posted: 08 Oct 2018 08:25 AM PDT

PORT DICKSON: Malaysia akan terus dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dalam keadaan ekonomi yang mencabar pada masa ini.

Kerajaan akan aktifkan semula Majlis Veteran Tentera

Posted: 08 Oct 2018 07:52 AM PDT

PORT DICKSON: Majlis Veteran Tentera akan diaktifkan semula bagi menjaga kebajikan bekas anggota tentera dan juga mereka yang masih berkhidmat.

Bangladesh lulus hukuman mati untuk kesalahan dadah

Posted: 08 Oct 2018 08:04 AM PDT

DHAKA: Kabinet Bangladesh hari ini meluluskan rang undang-undang yang menetapkan hukuman mati bagi kesalahan dadah, di sebalik kritikan berhubung kempen memerangi dadah yang menyaksikan polis menembak mati lebih 200 orang sejak Mei lalu.

'Anwar berhak selepas haknya dinafikan'

Posted: 08 Oct 2018 07:57 AM PDT

PORT DICKSON: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertahankan langkah mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson bagi memberi laluan kepada suaminya untuk kembali ke Dewan Rakyat.

UKM, TFC II terikat di Shah Alam

Posted: 08 Oct 2018 07:54 AM PDT

SHAH ALAM: UKM FC gagal menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila terikat 2-2 dengan Terengganu FC II (TFC II) pada final pertama Piala Cabaran di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Tender semula MRT SSP akan merumitkan

Posted: 08 Oct 2018 07:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Proses penamatan dan tender semula projek Mass Transit Line (MRT) bagi Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) akan menjadi lebih rumit disebabkan kerja bawah tanah projek itu kini sudah 39 peratus siap.

Cukai yang baik boleh rangsang pertumbuhan ekonomi Malaysia - Stiglitz

Posted: 08 Oct 2018 07:24 AM PDT

PUTRAJAYA: Terdapat banyak jenis cukai yang baik yang boleh diperkenalkan untuk merangsang ekonomi Malaysia bagi mewujudkan masyarakat yang saksama berikutan ia berusaha untuk mengurangkan hutangnya yang melebihi RM1 trilion, kata ahli ekonomi yang memenangi hadiah Nobel, Joseph Stiglitz.

Isu khalwat: The Star suarakan kekesalan, kemuka penjelasan

Posted: 08 Oct 2018 07:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Akhbar berbahasa Inggeris, The Star tampil menyuarakan kekesalan susulan penerbitan laporan berhubung isu khalwat, Sabtu lalu yang disifatkan mengundang kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

8 keluarga berpindah kerana banjir di Baling

Posted: 08 Oct 2018 07:13 AM PDT

BALING: Lapan keluarga membabitkan 50 penduduk Kampung Tanjung Pari, Mukim Siong dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Risda berikutan banjir kilat melanda kampung itu malam ini.

Nadal kekal unggul di puncak

Posted: 08 Oct 2018 07:08 AM PDT

PARIS: Senarai terkini ranking ATP dikeluarkan hari ini menyaksikan bintang tenis Sepanyol Rafael Nadal terus mengekalkan kelebihan di puncak dengan mengatasi Roger Federer di tempat kedua dan Novak Djokovic di tempat ketiga.

Bas amfibia sudah OK

Posted: 08 Oct 2018 12:52 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri sedang menunggu laporan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri berhubung status bas dua alam atau bas amfibia, yang sebelum ini mencetus kontroversi.

Siti Noor Radiah gagal pertahan emas

Posted: 08 Oct 2018 07:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Atlet lompat jauh negara, Siti Noor Radiah Ismail kempunan untuk menghadiahkan kontinjen Malaysia pingat emas pertama di Sukan Para Asia 2018 Indonesia apabila menamatkan saingan kategori T20 di tangga kedua, hari ini.

Helang Merah dapat pengendali baharu

Posted: 08 Oct 2018 07:01 AM PDT

ALOR SETAR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengumumkan pelantikan bekas jurulatih kelab Home United Singapura, Aidil Sharin Sahak sebagai ketua kurulatih KFA yang baharu bagi musim hadapan.

Bale, De Bruyne tersenarai anugerah Ballon d'Or

Posted: 08 Oct 2018 06:53 AM PDT

PARIS: Penyerang Real Madrid dan Wales, Gareth Bale serta perancang Manchester City, Kevin De Bruyne tersenarai dalam 10 pencalonan pertama bagi anugerah Ballon d'Or yang diumumkan, hari ini.

MAIS teruskan tindakan serbu berhubung khalwat - Pengerusi

Posted: 08 Oct 2018 06:45 AM PDT

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap akan meneruskan tindakan penguatkuasaan berhubung khalwat.

19 keluarga pindah akibat banjir

Posted: 08 Oct 2018 06:42 AM PDT

ALOR SETAR: Sebanyak 19 keluarga membabitkan 57 orang di Kampung Lapangan Terbang di Kepala Batas dipindahkan ke Surau Assyakirin Kepala Batas yang dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berikutan banjir kilat yang melanda kawasan itu sejak petang tadi.

Sumareh terhutang budi kepada Malaysia

Posted: 08 Oct 2018 03:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain naturalisasi asing pertama negara, Mohamadou Sumareh berkata dia mahu membalas jasa Malaysia yang memberi kerakyatan kepadanya sejak berhijrah dari Gambia pada 2004 ketika berusia 13 tahun.

'Dengan rendah diri saya terima dua trofi ini'

Posted: 08 Oct 2018 02:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mempertahankan trofi Pengacara TV Popular selain diumumkan pemenang kategori online, Artis Sensasi Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31, Neelofa merendah diri menerima pengiktirafan hasil undian peminat itu.

Sumareh belum muncul

Posted: 08 Oct 2018 06:07 AM PDT

MELAKA: Tiada kelibat pemain naturalisasi asing pertama negara, Mohamadou Sumareh ketika sesi latihan di Stadium Hang Tuah, petang tadi.

Saina, Kashyap naik pelamin

Posted: 08 Oct 2018 06:03 AM PDT

NEW DELHI: Bekas pemain badminton wanita nombor satu dunia dari India, Saina Nehwal akan melangsungkan perkahwinan dengan rakan sepasukannya, Parupalli Kashyap pada Disember ini, menurut laporan media tempatan, hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template