BH Online - Terkini |
- Haley nafi cabar Trump pada pilihan raya 2020
- <img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus@2x.png 2x" alt="BHPLUS"> Siang jadi peguam syarie, malam 'layan' diorama
- Hamilton pertahan Vettel
- Mourinho dapat sokongan peminat, kelab: Moyes
- Rafidah selar kerajaan PH dibelenggu manifesto
- 61 kes keracunan termasuk 2 maut setakat ini
- 'Jangan dipanjangkan lagi isu itu'
- Banjir kilat di beberapa tempat di Klang
- Khabib diberi sambutan wira, gelar McGregor 'bodoh'
- Stacy cedera gara-gara teruja naik motosikal
- Ridzuan, Latiff lebur rekod dunia di Jakarta
- Permudah urusan permohonan visa rakyat Malaysia
- Kerajaan gesa pengilang tempatan pelbagaikan produk baharu
- Hormati budak pengutip bola
- AXA, The Reds jalin kerjasama
- Dr Wan Azizah akui ditawar jadi PM
- Durakovic tumpang bangga
- Assad umum ampun tentera berpaling tadah
- Saya tidak terbabit skandal ketirisan dana FINAS
- New Zealand bangkit ikat skuad remaja negara
- Persaingan Rafizi-Azmin masih sengit
- Bapa dikerat 6 oleh anak
- Nikki Haley letak jawatan
- '90km sejam boleh membunuh'
- Najib optimis raih emas pertama
- Djokovic tiada masalah dominasi Chardy
- UMT jalin kerjasama mantapkan industri akuakultur
- Taufan Michael ancam selatan AS
- Kiradech harap tuah Malaysia
- Amalan puja 'penjaga laut' diteruskan lepas tsunami
| Haley nafi cabar Trump pada pilihan raya 2020 Posted: 09 Oct 2018 10:49 AM PDT WASHINGTON: Duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley menafikan bahawa sebab beliau meletak jawatan adalah untuk mencabar Presiden Donald Trump pada pilihan raya presiden 2020. |
| Posted: 09 Oct 2018 09:10 AM PDT BANGI: Menghasilkan diorama atau model panorama miniatur bukan tugas mudah kerana bidang seni ini memerlukan daya penumpuan serta keazaman yang cukup tinggi. |
| Posted: 09 Oct 2018 09:59 AM PDT LONDON: Pelumba Mercedes Lewis Hamilton mempertahankan seterunya Sebastian Vettel selepas harapan pemandu Ferrari itu untuk mencabar kejuaraan dunia tampak sudah berakhir di Jepun, minggu lalu. |
| Mourinho dapat sokongan peminat, kelab: Moyes Posted: 09 Oct 2018 09:36 AM PDT LONDON: Bekas pengurus Manchester United, David Moyes percaya Jose Mourinho memperoleh sokongan penuh kelab Inggeris itu serta penyokongnya di sebalik permulaan hambar di awal musim. |
| Rafidah selar kerajaan PH dibelenggu manifesto Posted: 09 Oct 2018 08:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Tan Sri Rafidah Aziz menyelar pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang gagal mengotakan janji seperti yang termaktub dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. |
| 61 kes keracunan termasuk 2 maut setakat ini Posted: 09 Oct 2018 08:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesahkan 61 kes keracunan makanan, dengan dua mangsa meninggal dunia selepas dilaporkan memakan laksa yang dibeli di sebuah gerai di Kupang, Baling, minggu lalu. |
| 'Jangan dipanjangkan lagi isu itu' Posted: 09 Oct 2018 03:12 AM PDT PETALING JAYA: Pelakon Indonesia, Luna Maya memilih untuk mengunci mulut berhubung isu penyebaran semula skandal video membabitkannya dengan bekas kekasih yang juga vokalis Noah, Ariel. |
| Banjir kilat di beberapa tempat di Klang Posted: 09 Oct 2018 07:55 AM PDT KLANG: Beberapa lokasi di Bandar Klang dilanda banjir kilat sejak jam 4 petang tadi, selepas dilanda hujan dalam tempoh singkat dan fenomena air pasang besar. |
| Khabib diberi sambutan wira, gelar McGregor 'bodoh' Posted: 09 Oct 2018 06:52 AM PDT KASPIYSK: Atlet MMA Russia Khabib Nurmagomedov berkata, dia sudah 'menutup mulut si bodoh' Conor McGregor ketika menerima sambutan wira sejurus tiba di negeri kelahirannya, Dagestan susulan kejayaannya mempertahankan kejuaraan lightweight UFC dengan menewaskan atlet Ireland itu di Las Vegas. |
| Stacy cedera gara-gara teruja naik motosikal Posted: 09 Oct 2018 06:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Gara-gara teruja menaiki motosikal berkuasa tinggi bersama suami, Akim Ahmad, penyanyi Stacy Anam, mengalami kecederaan kecil apabila buku lalinya terkena ekzos kenderaan terbabit. |
| Ridzuan, Latiff lebur rekod dunia di Jakarta Posted: 09 Oct 2018 07:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Selepas permulaan perlahan, kontinjen Malaysia di Sukan Para Asia 2018 Indonesia mula menuai pingat emas, hari ini termasuk memecahkan rekod dunia menerusi dua jaguh olahraga, Ridzuan Puzi dan Abdul Latiff Romly. |
| Permudah urusan permohonan visa rakyat Malaysia Posted: 09 Oct 2018 08:22 AM PDT JAKARTA: Kerajaan Indonesia memberi jaminan akan mempermudahkan urusan permohonan visa sementara kepada rakyat Malaysia yang mahu melanjutkan pelajaran di negara ini. |
| Kerajaan gesa pengilang tempatan pelbagaikan produk baharu Posted: 09 Oct 2018 08:20 AM PDT PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Malaysia Baharu menggalakkan pengilang tempatan meneroka pembuatan produk baharu untuk mengelakkan kebergantungan produk import. |
| Posted: 09 Oct 2018 08:18 AM PDT SHANGHAI: Pemain tenis perlu menghormati budak pengutip bola, menurut Roger Federer merujuk insiden membabitkan Fernando Verdasco. |
| Posted: 09 Oct 2018 08:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Syarikat insuran nombor satu dunia, AXA berbangga menjalinkan kerjasama dengan kelab bola sepak Liverpool FC apabila menjadi rakan kongsi insuran global pasukan terkemuka Inggeris itu. |
| Dr Wan Azizah akui ditawar jadi PM Posted: 09 Oct 2018 08:03 AM PDT JAKARTA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui beliau ditawarkan jawatan Perdana Menteri selepas Pakatan Harapan (PH) diumumkan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada malam 9 Mei lalu. |
| Posted: 09 Oct 2018 07:48 AM PDT IPOH: Mehmet Durakovic tidak kisah dengan pemergian lima pemain Perak menyertai latihan pasukan kebangsaan mulai hari ini biarpun perlu membuat persiapan untuk menghadapi perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia bertemu Sabah di Stadium Likas pada 21 Oktober. |
| Assad umum ampun tentera berpaling tadah Posted: 09 Oct 2018 07:46 AM PDT DAMSYIK: Presiden Bashar al-Assad mengumumkan pengampunan umum hari ini kepada tentera yang berpaling tadah dan mereka yang mengelakkan perkhidmatan wajib tentera ketika perang saudara negara itu yang masuk tahun ketujuh. |
| Saya tidak terbabit skandal ketirisan dana FINAS Posted: 09 Oct 2018 07:44 AM PDT KUALA LUMPUR: Penstrukturan semula pengurusan FINAS oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) oleh Menterinya, Gobind Singh Deo dilihat sebagai langkah memastikan kelancaran tadbir urus FINAS sebagai badan menyelia segala bentuk berkaitan perfileman tanah air. |
| New Zealand bangkit ikat skuad remaja negara Posted: 09 Oct 2018 07:41 AM PDT JOHOR BAHRU: Skuad remaja negara terpaksa berputih mata selepas hanya sekadar seri 5-5 dengan New Zealand pada aksi kejohanan Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, sebentar tadi. |
| Persaingan Rafizi-Azmin masih sengit Posted: 09 Oct 2018 07:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Selepas enam negeri selesai mengundi pada Pemilihan PKR 2018 pada Ahad lalu, keputusan semasa menyaksikan persaingan sengit apabila hanya tiga undi membezakan kedudukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli bagi merebut jawatan Timbalan Presiden parti itu. |
| Posted: 09 Oct 2018 02:28 AM PDT IPOH: Seorang lelaki warga emas dibunuh secara kejam oleh anak lelakinya dengan dikerat enam bahagian termasuk kepala dipenggal di Kampung Kanthan Baru di sini, hari ini. |
| Posted: 09 Oct 2018 07:25 AM PDT WASHINGTON: Presiden Donald Trump menerima peletakan jawatan Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley, lapor laman berita Axios hari ini, memetik dua sumber yang mengetahui perkara itu. |
| '90km sejam boleh membunuh' Posted: 09 Oct 2018 07:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Kadar had laju kebangsaan bagi kenderaan berat yang ditetapkan 90 kilometer sejam (km/j), dianggap tidak lagi sesuai diguna pakai di jalan raya negara ini khususnya yang memiliki berat dengan muatan (BDM) lebih tiga tan. |
| Najib optimis raih emas pertama Posted: 09 Oct 2018 07:12 AM PDT BANGI: Pelumba basikal para Mohd Najib Turano tetap optimis masih mampu meraih sekurang-kurangnya satu pingat emas di Sukan Para Asia Jakarta 2018, biarpun sudah terlepas dua pingat daripada lima acara disertainya kali ini. |
| Djokovic tiada masalah dominasi Chardy Posted: 09 Oct 2018 07:08 AM PDT SHANGHAI: Novak Djokovic menang kesemua 11 perlawanan menentang Jeremy Chardy sebelum ini dan pemain nombor tiga dunia itu meneruskan dominasinya di Shanghai Masters hari ini. |
| UMT jalin kerjasama mantapkan industri akuakultur Posted: 09 Oct 2018 07:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini menandatangani dua memorandum perjanjian (MoA) membabitkan dua pemain industri bagi memperkasa industri akuakultur negara. |
| Taufan Michael ancam selatan AS Posted: 09 Oct 2018 06:56 AM PDT MIAMI: Taufan Michael bertukar menjadi ribut Kategori 2 dengan angin selaju 160 kilometer sejam hari ini ketika gabenor Florida memberi amaran ia boleh membawa kemusnahan besar kepada beberapa bahagian di negeri selatan Amerika Syarikat. |
| Posted: 09 Oct 2018 06:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Bintang golf Thailand, Kiradech Aphibarnrat bersemangat untuk sekali lagi meraih pencapaian cemerlang di Malaysia apabila bertarung dalam Kejohanan CIMB Classic di TPC Kuala Lumpur, bermula Khamis ini. |
| Amalan puja 'penjaga laut' diteruskan lepas tsunami Posted: 09 Oct 2018 06:41 AM PDT PALU: Biarpun dikecam hebat golongan ilmuwan agama dan pelbagai pertubuhan Islam di Sulawesi Tengah sebelum ini, masih ada segelintir masyarakat meneruskan amalan membunuh ayam bagi tujuan pemujaan di pantai Talise di sini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment