Saturday, November 10, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Bamba bawa Cardiff keluar zon penyingkiran

Posted: 10 Nov 2018 09:15 AM PST

CARDIFF: Sol Bamba menjaringkan gol lewat permainan untuk kemenangan 2-1 Cardiff City ke atas Brighton & Hove Albion dan membawa mereka keluar dari zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris.

Perancis buru penipuan cukai di media sosial

Posted: 10 Nov 2018 09:22 AM PST

PARIS: Pentadbir cukai Perancis akan mula mencari di akaun media sosial, awal tahun depan, dalam satu projek perintis menentang individu mengelak cukai, kata Menteri Belanjawan, Gerald Darmanin.

Turki kongsi rakaman pembunuhan Khashoggi

Posted: 10 Nov 2018 09:08 AM PST

ISTANBUL: Turki menyerahkan rakaman pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi kepada Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Jerman, Perancis dan Britain, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan, semalam.

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Posted: 10 Nov 2018 08:21 AM PST

CARDIFF: Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris:

'Jangan gosip saya bercinta dengan Nabila Razali pula'

Posted: 10 Nov 2018 08:16 AM PST

Oleh Farihad Shalla Mahmud

PD terkenal di dunia sejak saya menang - Anwar

Posted: 10 Nov 2018 07:56 AM PST

PORT DICKSON: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengakui Port Dickson menjadi popular di seluruh dunia selepas beliau memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu, bulan lalu.

Mozai FT Raja Futsal Malaysia 

Posted: 10 Nov 2018 07:18 AM PST

SHAH ALAM: Mozai FT mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya muncul juara Kejohanan Raja Futsal Malaysia 2018 selepas menumpaskan TJJ FC 3-1 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai paling besar dalam sejarah penganjuran sukan berkenaan, RM100,000.

Kejohanan Futsal Media-FAM meriah

Posted: 10 Nov 2018 07:02 AM PST

KUALA LUMPUR: Kejohanan Futsal Media-Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) 2018 berlangsung meriah di Arena Futsal FAM, hari ini.

'Jangan risau, bonus Munafik 2 setimpal'

Posted: 10 Nov 2018 06:15 AM PST

Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Guna jari telunjuk tarik MPV

Posted: 10 Nov 2018 04:26 AM PST

GEORGETOWN: Menarik kereta hanya dengan menggunakan jari. Itu aksi luar biasa yang dipamerkan seorang tentera wanita dalam program yang dianjurkan di Padang Kota Lama, di sini hari ini.

Lelaki ditahan gagal samun motosikal

Posted: 10 Nov 2018 04:58 AM PST

KULIM: Seorang lelaki cedera di bahu, lengan kiri dan kepala selepas dipukul dengan pelepah kelapa sawit oleh lelaki tidak dikenali yang cuba menyamun motosikal mangsa berhampiran ladang kelapa sawit Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Nagalilit, Padang Serai, dekat sini, hari ini.

'Dah kata dah, kena tipu lagi'

Posted: 10 Nov 2018 05:47 AM PST

KUALA LUMPUR: Kegagalan menepati janji menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sudah dijangka kerana cadangan itu pernah diperhalusi menerusi pelaksanaan kajian kebolehlaksanaan.

Cadangan tentera Eropah Macron 'amat menghina' - Trump

Posted: 10 Nov 2018 05:44 AM PST

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam, berkata cadangan Presiden Perancis, Emmanuel Macron bahawa Eropah patut menubuhkan tentera sendiri sebagai perlindungan daripada musuh termasuk AS sebagai 'penghinaan'.

12 maut hujan lebat dan banjir di Jordan

Posted: 10 Nov 2018 05:41 AM PST

AMMAN: Seramai 12 orang maut dalam hujan lebat dan banjir yang melanda beberapa kawasan di Jordan, semalam sehingga memaksa pihak berkuasa memindahkan pelancong asing di bandar purba Petra dan destinasi pelancongan lain, kata pegawai hari ini.

RM2juta menanti usahawan PKS dalam Cabaran Keusahawanan 'Ambank BizRACE'

Posted: 10 Nov 2018 05:29 AM PST

GEORGETOWN: Mempunyai perniagaan lebih satu tahun, pendapatan tahunan yang diperoleh kurang daripada RM100 juta dan sedang merangka skala serta mencari cara mengembangkan perniagaan yang diceburi menjadi antara kriteria usahawan yang boleh menyertai Cabaran Keusahawanan 'AmBank BizRACE' yang kini sudah memasuki musim kedua.

Pengerusi PTPTN mohon maaf gagal tunai janji

Posted: 09 Nov 2018 10:25 PM PST

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan, memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak dapat menunaikan janji berkaitan penangguhan bayaran balik pinjaman bagi peminjam bergaji bawah RM4,000 seperti yang diumumkan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Sultan Nazrin rai ulangtahun keputeraan bersama rakyat

Posted: 10 Nov 2018 05:10 AM PST

PARIT BUNTAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Dataran Kerian Permai di sini, hari ini yang diadakan sempena ulang tahun keputeraan baginda.

Dr Mahathir bakal terima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang NUS

Posted: 10 Nov 2018 04:51 AM PST

SINGAPURA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang oleh alma mater, National University of Singapore (NUS), semasa beliau melakukan lawatan rasmi ke republik ini mulai Selasa ini.

Tze Liang-Syafiq raih emas penutup

Posted: 10 Nov 2018 04:40 AM PST

KUALA LUMPUR: Penerjun negara, Ooi Tze Liang-Syafiq Puteh yang mengambil risiko dengan membuat terjunan pada darjah kesukaran tinggi menyaksikan usaha mereka berbaloi apabila meraih emas tiga meter papan anjal seirama pada hari terakhir Kejohanan Terjun Grand Prix (GP)  Kuala Lumpur. 

SKMM tidak pernah tawar kredit percuma

Posted: 10 Nov 2018 04:13 AM PST

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak pernah menawarkan sebarang kredit percuma RM100 untuk ditebus seperti yang tersebar melalui satu mesej, baru-baru ini.

Srikandi BERSATU sasar tambah ahli sehingga 200,000 tahun depan

Posted: 10 Nov 2018 04:08 AM PST

SHAH ALAM: Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyasarkan untuk menambah keanggotaan sehingga mencapai 200,000 pada penghujung tahun depan, kata ketuanya, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Dua kapal korek dan pindah pasir ditahan

Posted: 10 Nov 2018 02:58 AM PST

GEORGETOWN: Dua kapal yang digunakan untuk mengorek dan memindah pasir secara tidak sah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang di kedudukan 7 hingga 8 batu nautika Barat Daya Pulau Kendi, dekat sini hari ini.

Nadiyah gementar jadi isteri Ben

Posted: 10 Nov 2018 03:39 AM PST

KUALA LUMPUR: Pasangan Nadiyah Shahab dan Ben Ali selamat melangsungkan pernikahan di The Ballroom at East Coast, Singapura, petang tadi.

Aminuddin semakin pulih - Isteri

Posted: 10 Nov 2018 03:44 AM PST

SEREMBAN: Keadaan Menteri Besar, Negeri Sembilan Aminuddin Harun semakin sihat dan pulih, kata isterinya, Wan Hasni Wan Yusof.

UMNO tidak akan dibubarkan - Zahid Hamidi

Posted: 10 Nov 2018 03:34 AM PST

JOHOR BAHRU: UMNO sebagai sebuah institusi sosial Melayu yang turut membela nasib kaum lain tidak akan dibubarkan.

Perebutan Timbalan Presiden PKR: Azmin dahului Rafizi di Sarawak

Posted: 10 Nov 2018 03:29 AM PST

KUCHING: Pemilihan PKR membabitkan 20 cabang di Sarawak yang berlangsung hari ini menyaksikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selesa mendahului pencabarnya, Mohd Rafizi Ramli, dengan kelebihan majoriti 1,375 undi bagi jawatan pemimpin nombor dua parti itu.

Rafizi atasi Azmin dengan 3 undi pemilihan semula di Keningau

Posted: 10 Nov 2018 03:22 AM PST

KENINGAU: Rafizi Ramli memenangi saingan pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR dengan perbezaan tiga undi mengalahkan pencabarnya, Datuk Seri Mohd Azmin Ali pada pemilihan semula cabang Keningau, hari ini.

RMS tidak akan tunduk desakan 'perampas kuasa'

Posted: 10 Nov 2018 03:19 AM PST

SHAH ALAM: Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan tidak akan tunduk terhadap desakan segelintir pihak yang cuba 'merampas kuasa' dengan menggunakan statut FAS demi kepentingan peribadi.

Semakin lagu terbaik, Sarah tunjuk taring

Posted: 10 Nov 2018 01:20 AM PST

KUALA LUMPUR: Kali terakhir beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) 10 tahun lalu, kemaraan Siti Sarah dalam edisi terbaru pencarian karya terbaik, Muzik Muzik 33 mula menampakkan 'sengat'.

Bukan 52, tapi 10 saja yang sokong EGM

Posted: 10 Nov 2018 03:11 AM PST

SHAH ALAM: Kongres Luar Biasa (EGM) Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) yang diadakan Khamis lalu tidak sah kerana gagal mencapai korum diperlukan apabila hanya 10 ahli gabungan menyatakan sokongan bagi mesyuarat itu diadakan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template