BH Online - Terkini |
- Joe Flizzow ada 'lesen' tembus Eropah
- MAIS, KUIS bertanggungjawab bayar RM326.7 juta kepada Bank Muamalat
- 'Cukuplah... Dia pun dah berkeluarga'
- Harimau Malaya bangkit benam Laos
- Belanda henti sementara visa di Pakistan
- MOM tuntut MSN beri penjelasan
- Dapatkan ilmu pengetahuan, kecerdasan buatan - Dr Mahathir
- Maszlee umum akan lepaskan jawatan Presiden UIAM
- Sudah-sudahlah Rafizi - CheguBard
- Anwar perlu bertegas, jalankan tugas Presiden
- 'Mungkin mereka tak ada grup Whatsapp'
- Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan
- Malaysia-Singapura sedia bincang semula Perjanjian Air 1962
- Kanada teliti rakaman pembunuhan Jamal Khashoggi
- Janji 'ke pasar' bertukar 'ke laut'...
- Pokok kolaborasi mantap U-Wei, Johan Jaaffar
- GTR AirAsia perkenal pusat kawalan digital pertama
- <img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus@2x.png 2x" alt="BHPLUS"> Batuk, bersin boleh patahkan rusuk
- Ambrin saksi pertama dipanggil PAC
- Rohingya lari elak dihantar pulang
- Filem dokumentari BTS di pawagam Khamis ini
- GTR lancar pusat kawalan digital pertama di Malaysia
- 'Harapan setinggi gunung, berderai menjadi debu...'
- Kerajaan negeri kaji cadangan ambil alih TCFC
- Kumar pulih 100 peratus
- Rakyat Malaysia di perantauan dialu-alukan pulang
- Ambiga persoal ketelusan PKR
- 9 pelajar sekolah maut dalam kebakaran
- Johari, Bung Moktar ke pasar
- Kes kongsi gelap: 14 direman tujuh hari
| Joe Flizzow ada 'lesen' tembus Eropah Posted: 12 Nov 2018 12:45 AM PST PETALING JAYA: Joe Flizzow menyifatkan kemenangannya sebagai Penghibur Terbaik Asia Tenggara pada Anugerah Muzik Eropah MTV 2018 (MTV EMA 2018 ), minggu lalu, membuka jalan baginya mengembangkan karier di Eropah. |
| MAIS, KUIS bertanggungjawab bayar RM326.7 juta kepada Bank Muamalat Posted: 12 Nov 2018 06:56 AM PST KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Sdn Bhd (KUIS) bertanggungjawab membayar RM326.7 juta kepada Bank Muamalat Malaysia Berhad berhubung kemudahan pembiayaan bagi pembangunan bangunan kediaman dan pusat pelajar KUIS. |
| 'Cukuplah... Dia pun dah berkeluarga' Posted: 12 Nov 2018 04:08 AM PST SHAH ALAM: Penyanyi Zamani memohon supaya semua pihak menghentikan penularan video yang memaparkan dirinya berkongsi kisah silam percintaan dengan seorang penyanyi popular. |
| Harimau Malaya bangkit benam Laos Posted: 12 Nov 2018 07:02 AM PST KUALA LUMPUR: Norshahrul Idlan Talaha sekali lagi menjadi penyelamat apabila meledak dua gol untuk Malaysia bangkit mengatasi Laos 3-1, dalam aksi kedua Kumpulan A Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. |
| Belanda henti sementara visa di Pakistan Posted: 12 Nov 2018 07:32 AM PST ISLAMABAD: Pihak berkuasa Belanda menghentikan sementara perkhidmatan visa dan pasport di Pakistan, tetapi Kementerian Luar Negeri hari ini menafikan bahawa kedutaannya ditutup atas faktor keselamatan selepas pihaknya memberikan perlindungan kepada peguam kepada kes wanita Pakistan beragama Kristian yang menghina agama Islam. |
| MOM tuntut MSN beri penjelasan Posted: 12 Nov 2018 07:18 AM PST KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menuntut Majlis Sukan Negara (MSN) supaya memberikan penjelasan tentang keadaan semasa yang membabitkan persatuan sukan kebangsaan di bawah naungan badan induk itu. |
| Dapatkan ilmu pengetahuan, kecerdasan buatan - Dr Mahathir Posted: 12 Nov 2018 07:05 AM PST SINGAPURA: Sekiranya terdapat satu perkara penting yang boleh didapati daripada sesi soal jawab antara diaspora di sini dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ia adalah perlunya untuk terus memperoleh ilmu pengetahuan. |
| Maszlee umum akan lepaskan jawatan Presiden UIAM Posted: 12 Nov 2018 06:23 AM PST KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, sebentar tadi mengumumkan untuk melepaskan jawatan Presiden UIAM sebaik selepas istiadat konvokesyen UIAM berakhir dan proses pelantikan penggantinya selesai. |
| Sudah-sudahlah Rafizi - CheguBard Posted: 12 Nov 2018 06:17 AM PST KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli perlu menerima kekalahannya merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dan bukannya terus melakukan perkara yang akan memalukan beliau. |
| Anwar perlu bertegas, jalankan tugas Presiden Posted: 12 Nov 2018 06:13 AM PST KUALA LUMPUR: Pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak masuk campur urusan dalaman Pemilihan PKR 2018 disifatkan wajar, namun beliau harus bertegas menjalankan tugasnya sebagai presiden parti. |
| 'Mungkin mereka tak ada grup Whatsapp' Posted: 12 Nov 2018 06:09 AM PST KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyindir Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan pegawai khasnya, Tony Pua kerana mengeluarkan kenyataan bercanggah berhubung penilaian prospek Petronas oleh syarikat penarafan kredit antarabangsa. |
| Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan Posted: 12 Nov 2018 05:53 AM PST KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut, manakala anaknya cedera selepas motosikal ditunggangi mereka bergesel dengan sebuah lori di Jalan Tun Razak menghala ke Jalan Pahang berhampiran Institut Jantung Negara (IJN), di sini, hari ini. |
| Malaysia-Singapura sedia bincang semula Perjanjian Air 1962 Posted: 12 Nov 2018 04:00 AM PST SINGAPURA : Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau membangkitkan beberapa isu lama yang dianggap 'kontroversi' dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, hari ini. |
| Kanada teliti rakaman pembunuhan Jamal Khashoggi Posted: 12 Nov 2018 05:31 AM PST PARIS: Pegawai perisikan Kanada dilaporkan sudah mendengar rakaman insiden pembunuhan wartawan warga Arab Saudi, Jamal Khashoggi, yang diperoleh dari Kerajaan Turki. |
| Janji 'ke pasar' bertukar 'ke laut'... Posted: 12 Nov 2018 05:26 AM PST KUALA LUMPUR: 'Janji' dua ahli Parlimen untuk melawat pasar bersama bagi meninjau harga barang hari ini, tertangguh buat masa ini. |
| Pokok kolaborasi mantap U-Wei, Johan Jaaffar Posted: 12 Nov 2018 05:24 AM PST KUALA LUMPUR: 'Karya yang bagus adalah sebuah karya yang berfikir'. |
| GTR AirAsia perkenal pusat kawalan digital pertama Posted: 12 Nov 2018 05:19 AM PST SEPANG: Syarikat perkhidmatan pengendalian darat AirAsia, Ground Team Red Sdn Bhd (GTR) melancarkan pusat kawalan digital Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang pertama, seumpamanya di Malaysia. |
| Posted: 12 Nov 2018 05:14 AM PST Bagi Nur Nabihah Mohd Fazali, 24, bukan sekali ia berlaku, sebaliknya kemalangan patah tulang ibarat tidak terkira kerana sudah lebih 100 kali dialami, sama ada pada kedua-dua tangan atau kaki, serta tulang lain pada anggota badan. |
| Ambrin saksi pertama dipanggil PAC Posted: 12 Nov 2018 05:12 AM PST KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, akan dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebagai saksi pertama berhubung siasatan 1Malaysia Developement Berhad (1MDB). |
| Rohingya lari elak dihantar pulang Posted: 12 Nov 2018 05:00 AM PST COX'S BAZAR/YANGON: Puluhan keluarga Rohingya yang dimasukkan dalam senarai penghantaran pulang ke Myanmar, hujung minggu ini, didapati menghilangkan diri dari kem lokasi mereka berlindung. |
| Filem dokumentari BTS di pawagam Khamis ini Posted: 12 Nov 2018 04:49 AM PST SEOUL: Filem dokumentari berkisar kejayaan kumpulan K-Pop, BTS meraih kemasyhuran global bakal dilancarkan di pawagam di seluruh dunia pada Khamis ini. |
| GTR lancar pusat kawalan digital pertama di Malaysia Posted: 12 Nov 2018 04:45 AM PST SEPANG: Pengendali perkhidmatan darat, Ground Team Red Sdn Bhd (GTR) melancarkan pusat kawalan digital pertama di Malaysia bagi perkhidmatan pengendalian darat untuk AirAsia Bhd (AirAsia) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2). |
| 'Harapan setinggi gunung, berderai menjadi debu...' Posted: 12 Nov 2018 04:44 AM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mencari pendekatan lebih munasabah bagi menyelamatkan kantung kewangan negara susulan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), sejak 1 Jun lalu. |
| Kerajaan negeri kaji cadangan ambil alih TCFC Posted: 12 Nov 2018 04:39 AM PST KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan mengkaji secara mendalam cadangan untuk mengambil alih pengurusan kelab Terengganu City FC (TCFC) musim depan, yang kini dilihat semakin 'tenat'. |
| Posted: 12 Nov 2018 04:36 AM PST KUALA LUMPUR: Ketika jurulatih hoki negara, Roelant Oltmans mengumumkan senarai 18 pemain ke Piala Dunia di Bhubaneswar, India bermula 28 November hingga 16 Disember ini - ia diiringi dengan dua berita gembira. |
| Rakyat Malaysia di perantauan dialu-alukan pulang Posted: 12 Nov 2018 04:16 AM PST SINGAPURA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan menghilangkan segala halangan yang menyebabkan rakyat Malaysia di luar negara yang ingin kembali ke tanah air merasa tidak dialu-alukan. |
| Posted: 12 Nov 2018 04:04 AM PST KUALA LUMPUR : PKR akan kehilangan gelaran sebagai reformis kerana kegagalan menjalankan proses pemilihan yang bersih dan adil. |
| 9 pelajar sekolah maut dalam kebakaran Posted: 12 Nov 2018 03:54 AM PST KAMPALA: Sembilan pelajar maut dalam kebakaran yang melanda asrama sebuah sekolah menengah di selatan Uganda, awal pagi tadi. |
| Posted: 12 Nov 2018 03:49 AM PST KUALA LUMPUR: Bermula dengan isu harga barang tidak turun walaupun Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan membawa kepada persetujuan dua Ahli Parlimen melawat pasar bersama. |
| Kes kongsi gelap: 14 direman tujuh hari Posted: 12 Nov 2018 12:09 AM PST JOHOR BAHRU: Seramai 14 suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes pergaduhan dua kumpulan kongsi gelap sehingga menyebabkan seorang pemuda 21 tahun maut, direman tujuh hari hingga Ahad ini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment