Wednesday, November 21, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Eina bawa dua beradik dapatkan rawatan pakar kulit

Posted: 21 Nov 2018 01:25 AM PST

KUALA LUMPUR: Pelakon, Datin Paduka Eina Azman bersyukur, hasrat membantu dua beradik yang menghidap penyakit kulit serius dipermudahkan apabila dia berpeluang membawa mereka bertemu pakar, sebentar tadi.

Guardiola kena amaran

Posted: 21 Nov 2018 09:08 AM PST

LONDON: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola diberi amaran rasmi oleh Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) susulan komennya terhadap pengadil, Anthony Taylor sebelum perlawanan tetangga menentang Manchester United, minggu lalu.

Pengantin lelaki terus upacara kahwin selepas ditembak

Posted: 21 Nov 2018 07:50 AM PST

NEW DELHI: Seorang pengantin lelaki kembali meneruskan upacara perkahwinannya, di sini, beberapa jam selepas menjalani pembedahan akibat ditembak dua individu tidak dikenali.

Hampir sejuta ahli UMNO, PAS, NGO bakal berhimpun bantah ICERD

Posted: 21 Nov 2018 08:52 AM PST

SEREMBAN: Hampir satu juta ahli UMNO, PAS dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijangka menghadiri perhimpunan membantah cadangan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), 8 Disember ini.

Sultanah Nur Zahirah failkan saman terhadap Clare

Posted: 21 Nov 2018 02:06 AM PST

PETALING JAYA: Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah memfailkan saman terhadap pengasas dan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan dua lagi berhubung dakwaan fitnah terhadap Terengganu Investment Authority (TIA) dan Low Taek Jho.

Imran Khan pemimpin asing pertama kunjungi SPRM

Posted: 21 Nov 2018 01:44 AM PST

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan mengadakan kunjungan hormat ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, sempena lawatan kerja dua hari ke negara ini.

Ahli Jawatankuasa Etika FIFA ditahan kes rasuah

Posted: 21 Nov 2018 07:20 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang hakim Jawatankuasa Etika Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ditahan pihak berkuasa tempatan di sini selepas disyaki susulan kesalahan rasuah.

MB Johor dahului 62 penerima darjah kebesaran Johor

Posted: 21 Nov 2018 08:01 AM PST

JOHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Osman Sapian, mendahului senarai 62 penerima pingat dan darjah kebesaran sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Vape, shisha bernikotin termasuk dalam peraturan larangan merokok

Posted: 21 Nov 2018 07:57 AM PST

KUALA LUMPUR: Rokok elektronik (vape) dan shisha yang mengandungi nikotin akan dimasukkan dalam peraturan larangan merokok di semua premis makanan yang akan dikuatkuasakan tahun hadapan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Mancini makin diterima

Posted: 21 Nov 2018 10:02 AM PST

ROME: Dua belas bulan selepas Itali dimalukan Sweden susulan keputusan seri 0-0 yang menyebabkan mereka terlepas aksi Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun, keputusan sama diraih menentang Portugal, hujung minggu lalu.

Pengembara AS dibunuh puak terpencil

Posted: 21 Nov 2018 09:47 AM PST

PORT BLAIR: Salah satu puak terakhir di dunia yang masih terpisah daripada tamadun moden membunuh seorang warga Amerika Syarikat (AS), selepas beliau menceroboh pulau terpencil mereka, menurut polis India, semalam.

Mekanisme subsidi petrol bersasar dimuktamad Februari 2019

Posted: 21 Nov 2018 08:01 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) optimis pelaksanaan sistem kad khas dalam menyalurkan subsidi petrol secara bersasar akan dimuktamadkan akhir Februari depan.

Rafizi aset penting PKR - Saifuddin

Posted: 21 Nov 2018 07:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli disifatkan aset penting dalam parti, sekali gus dibayangkan bakal diberikan jawatan penting oleh Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anggota 'Bali Nine' dibebas hari ini

Posted: 21 Nov 2018 07:24 AM PST

BANGLI: Anggota kumpulan pertama 'Bali Nine' yang disabitkan cuba menyeludup heroin keluar dari Indonesia, dibebaskan dari penjara hari ini selepas merengkok dalam penjara selama 13 tahun, dalam kes yang menyebabkan hubungan diplomatik antara Indonesia dan Australia, renggang.

Boy Tiger didakwa esok

Posted: 21 Nov 2018 07:08 AM PST

KUALA LUMPUR: Suspek utama kes dera kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang juga anak tiri suspek akan dituduh di Mahkamah Ampang esok.

Pradhan dilantik Pemangku Pengarah AIAC

Posted: 21 Nov 2018 06:24 AM PST

KUALA LUMPUR: Peguam Negara merangkap Pengerusi Pusat Timbang Tara Asia Antarabangsa (Malaysia) (AIAC) mengumumkan pelantikan Vinayak Pradhan sebagai Pemangku Pengarah AIAC berkuat kuasa serta merta berikutan peletakan jawatan Prof Datuk Sundra Rajoo.

Imran Khan ucap terima kasih kepada warga diaspora Pakistan di Malaysia

Posted: 21 Nov 2018 07:03 AM PST

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan merakamkan penghargaan kepada warga diaspora Pakistan di Malaysia atas sumbangan mereka mengirim wang bagi pembangunan dan meningkatkan ekonomi Pakistan.

15 militan Daesh dibunuh tentera Iraq

Posted: 21 Nov 2018 07:00 AM PST

KAHERAH: Pasukan keselamatan Iraq membunuh 15 anggota Daesh dalam sebuah terowong semasa operasi mencari pengganas di utara wilayah Salahuddin yang majoritinya penduduk Sunni, kata tentera hari ini.

Papan tanda bahasa Mandarin tidak dibawa ke EXCO

Posted: 21 Nov 2018 06:42 AM PST

GOMBAK: Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata keputusan  membenarkan papan tanda jalan berbahasa Mandarin dipasang di Shah Alam diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan.

Amitabh Bachchan 'wira' petani India

Posted: 21 Nov 2018 06:33 AM PST

CHENNAI: Pelakon veteran Bollywood, Amitabh Bachchan hari ini disanjung sebagai seorang bintang petani India selepas menyelesaikan pinjaman berjumlah 40 juta rupee (RM2.34 juta), ketika krisis pertanian yang membelenggu kemiskinan petani luar bandar negara itu.

Biar SPRM siasat - PM

Posted: 21 Nov 2018 06:13 AM PST

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dakwaan sebuah kementerian memberikan kontrak secara terus dengan adanya unsur 'campur tangan' anak kepada menteri berkenaan.

Norhisham Mustafa kritikal

Posted: 21 Nov 2018 05:45 AM PST

KOTA BHARU: Sasterawan Kelantan, Norhisham Mustafa, yang dirawat di Pusat Rawatan Rapi (CCU), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, tidak sedarkan diri akibat kegagalan buah pinggang dan paru-paru berair

Pegawai PBB letak jawatan audit dedah berbelanja besar

Posted: 20 Nov 2018 10:31 PM PST

NEW YORK: Ketua agensi alam sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Erik Solheim, meletak jawatan semalam selepas siasatan audit mengenai perbelanjaan besar beliau ke luar negara mencetuskan kemarahan.

81 maut, 870 hilang kebakaran hutan California

Posted: 21 Nov 2018 06:04 AM PST

LOS ANGELES: Jumlah kematian akibat kebakaran hutan di utara California meningkat kepada 81 orang, semalam dengan penemuan dua lagi mayat, kata pihak berkuasa.

China teruskan binaan baharu Laut China Selatan

Posted: 21 Nov 2018 06:00 AM PST

BEIJING: China sudah memasang satu platform baharu di kawasan terpencil Kepulauan Paracel di wilayah Laut China Selatan yang dipertikaikan dan ia mungkin boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan, menurut beberapa imej satelit yang diteliti sebuah badan pemikir Amerika Syarikat (AS).

Aktor Bollywood, Alok Nath didakwa kes rogol

Posted: 21 Nov 2018 05:53 AM PST

MUMBAI: Polis India hari ini, mengesahkan bahawa siasatan kes rogol membabitkan aktor Bollywood, Alok Nath sedang dijalankan, selepas penerbit dan penulis, Vinta Nanda, mendakwa pelakon veteran itu merogolnya kira-kira 19 tahun lalu.

<img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus@2x.png 2x" alt="BHPLUS"> Maulid Run suntik kecintaan kepada Rasulullah SAW

Posted: 21 Nov 2018 05:36 AM PST

DEMI menghidupkan rasa cinta terhadap Rasulullah SAW khususnya dalam kalangan remaja, Masjid Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) di Cheras, mencipta kelainan dengan memperkenalkan Maulid Run.

Subsidi harga padi, insentif pengeluaran getah bakal dinaikkan

Posted: 21 Nov 2018 05:21 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membantu pesawah dan pekebun kecil getah menambahkan pengeluaran masing-masing dengan memberikan beberapa insentif khas.

Pos Malaysia catat rugi bersih RM16.58 juta

Posted: 21 Nov 2018 05:15 AM PST

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Bhd mencatatkan kerugian bersih RM16.58 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2018 berbanding keuntungan bersih RM18.83 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu, di tengah-tengah persekitaran mencabar industri.

&#039;Kami tiada masalah, tak perlu besarkan isu itu&#039;

Posted: 21 Nov 2018 05:10 AM PST

Oleh Muhamad Fairoz Azizan

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template