Friday, November 23, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


2,000 berkumpul bantah ICERD di Kedah

Posted: 23 Nov 2018 02:36 AM PST

ALOR SETAR: Hampir 2,000 umat Islam membanjiri Dataran Bandar di sini, bagi membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), hari ini.

Kes saman fitnah Neelofa selesai

Posted: 23 Nov 2018 03:58 AM PST

KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah oleh pengacara dan pelakon popular, Neelofa terhadap pengendali portal Oh My Media (OMM) berjaya diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi di sini.

Tugas pensyarah tak halang Najwa menyanyi

Posted: 23 Nov 2018 01:32 AM PST

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Najwa Latif, 23, belum terfikir untuk meletakkan titik noktah pada kerjaya nyanyian walaupun sudah bergelar pensyarah sejak Februari lalu.

Neymar, Mbappe dijangka pulih berdepan Liverpool

Posted: 23 Nov 2018 06:50 AM PST

PARIS: Kylian Mbappe dan Neymar akan terlepas aksi Paris St-Germain (PSG) menentang Toulouse di saingan Ligue 1, esok akibat kecederaan, namun mereka akan kembali beraksi menentang Liverpool, minggu depan.

Tiga lagu ciptaan Hael layak ke AJL 33

Posted: 23 Nov 2018 07:38 AM PST

SHAH ALAM: Tiga karya ciptaan Hael Husaini bersama Ezra Kong, masing-masing berjudul Hajat, Haram dan Nisan Cinta antara 12 lagu layak bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33).

Tiba-tiba Anwar 'melenting'

Posted: 22 Nov 2018 08:48 PM PST

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim 'melenting' kepada wartawan yang mengajukan soalan kepadanya berhubung kemelut yang menyelubungi PKR Sarawak membabitkan perebutan jawatan pengerusi parti di negeri itu.

Aksi Malaysia-Myanmar pecah rekod kehadiran penonton

Posted: 23 Nov 2018 09:45 AM PST

KUALA LUMPUR: Aksi terakhir Kumpulan A antara Malaysia dan Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok bakal memecah rekod kehadiran penyokong tertinggi dalam kejohanan Piala AFF 2018 setakat ini.

Bonus penjawat Selangor berdasarkan KPI

Posted: 23 Nov 2018 02:37 AM PST

SHAH ALAM: Penjawat awam Selangor akan menerima bonus berdasarkan indeks petunjuk prestasi utama (KPI) bermula tahun hadapan.

Hospital gantung kajian, terima terlalu banyak sumbangan najis

Posted: 23 Nov 2018 09:57 AM PST

PARIS: Hospital di ibu kota Perancis yang merayu sumbangan contoh najis untuk tujuan mengkaji penyakit usus berkata ia sudah menggantung projek itu selepas menerima terlalu ramai penderma yang mengharapkan ganjaran 50 euro (RM237) dengan mudah.

5 maut nahas pesawat di Zimbabwe

Posted: 23 Nov 2018 09:53 AM PST

HARARE: Empat warga Finland yang dalam ekspedisi memburu maut dalam nahas kapal terbang semalam yang turut mengorbankan juruterbang berhampiran bandar raya Masvingo di Zimbabwe, kata isteri konsul Finland.

Para SUKMA XIX Perak 2018 membuka tirai

Posted: 23 Nov 2018 09:37 AM PST

IPOH: Selepas kejayaan temasya Sukan Malaysia Ke-19 (SUKMA XIX) Perak 2018 pada September lalu, tuan rumah Perak kini bersedia bagi Sukan Para SUKMA yang membuka tirai rasmi penuh gemilang di Stadium Indera Mulia, malam tadi.

SPRM teliti pertambahan aset Ahli Parlimen PH selepas setahun

Posted: 23 Nov 2018 09:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin meneliti aset Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) sekiranya berlaku kenaikan secara tiba-tiba setahun selepas mereka membuat pengisytiharan aset.

Pemuda AMANAH jangan terpesong kerana kuasa - Salahuddin Ayub

Posted: 23 Nov 2018 08:56 AM PST

KUALA KANGSAR: Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) diingatkan supaya tidak hilang fokus, cuai dan leka dengan kuasa yang ada selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan.

Wanita dipenjara khatan anak perempuan

Posted: 23 Nov 2018 08:51 AM PST

NAIROBI: Seorang wanita di tengah Kenya dipenjarakan enam tahun kerana memaksa anak perempuan kembarnya yang berusia 13 tahun berkhatan (FGM) dalam sabitan amat jarang dilakukan di negara di timur Afrika itu.

Ubat tekanan darah tinggi Lostad HCT 50 diarah henti jual

Posted: 23 Nov 2018 07:08 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengarahkan ubat tekanan darah tinggi jenama Lostad HCT 50 (12.5mg film-coated tablets) dihentikan jualannya kerana mengandungi bahan aktif losartan dan kewujudan 'impurity N-nitrosodiethylamine' (NDEA).

Mampukah Chelsea bikin Spurs gigit jari di Wembley?

Posted: 23 Nov 2018 08:30 AM PST

KOLUM APA KATA EPL

Arab Saudi sangkal laporan gangguan seksual

Posted: 23 Nov 2018 08:29 AM PST

DUBAI: Arab Saudi, semalam menyifatkan laporan aktivis yang ditahan termasuk wanita, berhadapan gangguan seksual dan penyiksaan ketika siasatan sebagai tidak berasas.

Aktivis Tunisia gesa tunjuk perasaan bantah lawatan MbS

Posted: 23 Nov 2018 08:21 AM PST

TUNIS: Aktivis Tunisia menggesa bantahan diadakan apabila Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, melakukan lawatan ke negara itu minggu depan berhubung pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.

Pemandu bas Politeknik Sandakan ditahan

Posted: 23 Nov 2018 07:24 AM PST

KOTA MARUDU: Polis menahan pemandu bas milik Politeknik Sandakan yang terbabit nahas mengakibatkan lima maut termasuk tiga pensyarah wanita di sini, petang tadi.

Himpunan bantah ICERD tidak perlu diadakan - Muhyiddin

Posted: 23 Nov 2018 08:17 AM PST

KUALA LUMPUR: Sebarang bentuk perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak perlu diadakan susulan keputusan kerajaan tidak akan meratifikasikannya, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Polis cari Nuriza Mohd Rasdi bantu siasatan kes bayi didera

Posted: 23 Nov 2018 07:56 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis Selangor sedang mengesan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kecederaan dialami dua bayi lelaki, masing-masing berusia lima dan tujuh bulan dipercayai didera ketika dalam jagaan sebuah taska di Desa Saujana Kajang, semalam.

Mercedes idam kemenangan penuh gaya

Posted: 23 Nov 2018 07:00 AM PST

ABU DHABI: Selepas mengesahkan kejuaraan pengeluar dan pemandu untuk kali kelima berturut-turut musim ini, pasukan Mercedes AMG PETRONAS diharap dapat mempertahankan kejuaraan itu musim depan. 

Mei Kuan-Meng Yean ke separuh akhir

Posted: 23 Nov 2018 06:57 AM PST

KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean terus cemerlang apabila melangkah ke separuh akhir Kejuaraan Badminton Antarabangsa Syed Mohdi di Lucknow, India, hari ini.

Polis siasat kemungkinan mubaligh AS dapat bantuan ramai

Posted: 23 Nov 2018 06:31 AM PST

PORT BLAIR: Pihak berkuasa India akan menyiasat sama ada rakyat Amerika Syarikat yang dipercayai dibunuh suku kaum di pulau terpencil, mungkin mendapat bantuan daripada lebih ramai orang daripada yang disangka pada awalnya untuk membuat lawatan terlarang itu.

Dolce & Gabbana mohon maaf hina China

Posted: 23 Nov 2018 06:26 AM PST

BEIJING: Pengasas jenama fesyen terkemuka Itali, Dolce & Gabbana, memohon maaf kepada pelanggannya di China hari ini ketika perbalahan berhubung kenyataan berunsurkan perkauman memuncak, dengan produknya ditarik balik daripada platform perdagangan elektronik negara itu yang menguntungkan.

'Bukan serangan peribadi ke atas TM'

Posted: 23 Nov 2018 12:06 AM PST

KUALA LUMPUR: Langkah Kementerian Komunikasi dan Multimedia menggesa Telekom Malaysia Bhd (TM) menawarkan harga jalur lebar lebih murah dengan kelajuan lebih tinggi menjelang akhir tahun ini bukan serangan peribadi terhadap syarikat telekomunikasi itu, kata Timbalan Menterinya, Eddin Syazlee Shith.

Kanak-kanak 2 tahun, pensyarah antara maut kemalangan

Posted: 23 Nov 2018 06:04 AM PST

KOTA KINABALU: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tiga bulan adalah antara lima mangsa yang disahkan maut selepas bas membawa rombongan staf dan ahli keluarga warga Politeknik Sandakan terbalik di Kota Marudu, petang tadi.

Sukar percaya selagi keputusan ICERD belum masuk Hansard

Posted: 23 Nov 2018 05:46 AM PST

KUALA LUMPUR: Kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri berhubung keputusan kerajaan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD) didakwa tidak mengikut formaliti pentadbiran.

Konglomerat Johor diurus ikut prinsip kewangan, integriti

Posted: 23 Nov 2018 05:43 AM PST

KUALA LUMPUR: Audit forensik yang dilakukan ke atas syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk Johor Corporation (JCorp) akan mengesahkan bahawa konglomerat negeri Johor diuruskan berlandaskan prinsip kewangan dan tadbir urus penuh integriti.

Artikel 1(4) ICERD bercanggah Perlembagaan Persekutuan

Posted: 23 Nov 2018 05:39 AM PST

KUALA LUMPUR: Peruntukan Artikel 1(4) Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dilihat bercanggah dengan beberapa perkara dalam Perlembagaan Persekutuan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template