Friday, November 30, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


PM puas hati prestasi Maszlee, Waytha Morthy

Posted: 30 Nov 2018 08:14 AM PST

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau bukan 'sekolahkan' dua menteri seperti diperkatakan Datuk A Kadir Jasin yang disiarkan dalam blog Penasihat Media Khas Perdana Menteri itu.

City mahu kekal konsisten

Posted: 30 Nov 2018 08:22 AM PST

LONDON: Manchester City tidak akan memperlahankan semangat menyerang mereka walaupun berdepan perlawanan sukar menjelang musim perayaan Krismas, kata pengurus pasukan, Pep Guardiola sebelum pertemuan dengan Bournemouth pada saingan Liga Perdana.

Pegawai kanan polis dipenjara urus perjudian atas talian

Posted: 30 Nov 2018 08:18 AM PST

HANOI: Mahkamah Vietnam, hari ini menjatuhkan hukuman penjara ke atas dua pegawai kanan polis yang disabitkan bersalah mengendalikan rangkaian judi atas talian bawah tahan, yang mengumpul jutaan dolar, lapor media.

Kerajaan perkenal program khas kesihatan - PM

Posted: 30 Nov 2018 07:39 AM PST

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan memperkenalkan program perubatan khas dalam usaha meningkatkan kualiti kesihatan orang awam di negara ini.

Spurs bukanlah pencabar gelaran - Pochettino

Posted: 30 Nov 2018 08:16 AM PST

LONDON: Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino menafikan dakwaan pasukannya boleh mencabar gelaran Liga Perdana menjelang pertemuan tetangga utara London itu dengan Arsenal esok, walaupun pasukannya kini berkedudukan ketiga.

BN akan rayu keputusan batal kerusi Cameron Highlands

Posted: 30 Nov 2018 07:47 AM PST

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah yang mengisytiharkan kekosongan kerusi Parlimen Cameron Highlands.

Terlalu awal tentukan calon - Tun M

Posted: 30 Nov 2018 07:41 AM PST

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) belum memutuskan siapa calon yang layak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands selepas kemenangan penyandang kerusi Parlimen itu daripada Barisan Nasional (BN) diisytihar batal oleh Mahkamah Pilihan Raya.

Tiada keperluan selagi tidak ganggu ketenteraman

Posted: 30 Nov 2018 07:38 AM PST

IPOH: Operasi pusat hiburan di Perak terutama bandar raya ini masih terkawal dan tidak perlu ditutup jam 1 pagi, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

NSTP kekalkan momentum kemenangan

Posted: 30 Nov 2018 07:29 AM PST

SIBU: Laporan khas 'Perginya Seorang Negarawan' terbitan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) mendominasi Anugerah Laporan Berita Terbaik Bahasa Melayu pada Malam Kemuncak Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2018, di sini sebentar tadi.

TH lapor polis terhadap Azeez, bekas CEO, pengurusan kanan

Posted: 30 Nov 2018 06:40 AM PST

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membuat dua laporan polis terhadap bekas Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Rahim; dua bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah serta pengurusan kanannya.

Filem Ejen Ali temui penonton tahun depan

Posted: 30 Nov 2018 03:44 AM PST

SUBANG JAYA: Selepas kejayaan siri Ejen Ali, Primeworks Studios mengumumkan bakal membawa karakter animasi itu ke layar perak pada penghujung tahun hadapan.

Mansuh Akta Pampasan Pekerja 1952 keputusan terbaik - MTUC

Posted: 30 Nov 2018 06:57 AM PST

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan yang akan memansuhkan Akta Pampasan Pekerja 1952 bagi memberi perlindungan sama rata kepada pekerja adalah penting sebagai sebuah negara yang terbaik dalam kalangan ASEAN dan Asia Pasifik.

Pesawat AirAsia alami masalah teknikal

Posted: 30 Nov 2018 06:50 AM PST

PUTRAJAYA: Pesawat AirAsia AK538 yang dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur ke Phnom Penh, hari ini berdepan isu teknikal ketika keluar dari parkir pesawat.

FGV memulakan tindakan undang-undang terhadap bekas Pengerusi, CEO

Posted: 30 Nov 2018 06:45 AM PST

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd telah memulakan tindakan undang-undang terhadap bekas Pengerusi, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah, menuntut lebih RM7.69 juta dalam bentuk ganti rugi.

Mah Sing & Lazada bekerjasama jual rumah dalam talian pada 12.12

Posted: 28 Nov 2018 04:18 PM PST

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, Mah Sing Group Bhd dan platform e-dagang, Lazada Malaysia akan bekerjasama untuk pembelian rumah dalam talian buat pertama kali di Asia Tenggara sempena Penjualan Akhir Tahun 12.12.

MCA tidak jemput rakan sekutu dalam BN pada perhimpunan agung

Posted: 30 Nov 2018 06:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung MCA yang akan diadakan hujung minggu ini menyaksikan beberapa perubahan ketara.

Keturunan Siam tetap sokong Harimau Malaya

Posted: 30 Nov 2018 06:16 AM PST

ALOR SETAR: Kehangatan separuh akhir Piala AFF antara Malaysia dan Thailand malam esok turut dirasai warga Malaysia keturunan Siam yang rata-rata memberi sokongan tidak berbelah bagi buat skuad Harimau Malaya. 

Orang ramai harap kemaraan Harimau Malaya

Posted: 30 Nov 2018 06:10 AM PST

KUALA LUMPUR: Kemampuan Harimau Malaya untuk menundukkan Thailand pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok jelas tidak diragui penyokong.

Bomba selamatkan 2 beradik terperangkap dalam kereta

Posted: 30 Nov 2018 06:06 AM PST

SUBANG JAYA: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila dua anaknya masing-masing berusia tiga tahun dan sembilan bulan terperangkap di dalam kereta ketika dia memberhentikan kenderaannya untuk menyerahkan sepucuk surat kepada jirannya di Bandar Sunway, di sini, petang tadi.

1.5 juta kanak-kanak di Afrika Tengah perlu bantuan segera - PBB

Posted: 30 Nov 2018 05:59 AM PST

GENEVA: Dua pertiga daripada kanak-kanak di Republik Afrika Tengah (CAR) memerlukan bantuan kecemasan, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini, menyatakan amaran mengenai krisis 'pengabaian' negara miskin itu yang semakin teruk.

Wanita India rancang tunjuk perasaan bela ibu susukan bayi

Posted: 30 Nov 2018 05:55 AM PST

MUMBAI: Golongan ibu di negeri Kolkata merancang mengadakan bantahan di luar sebuah pusat beli belah kerana pekerjanya mengarahkan seorang wanita menyusukan bayinya di dalam tandas dan mempersendakan aduannya di laman Facebook pusat berkenaan.

Choong Hann mahu beri masa buat V Shem-Wee Kiong

Posted: 30 Nov 2018 05:53 AM PST

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara yang sedang bergelut, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, masih boleh menjadi taruhan terbaik Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 tetapi mereka perlu bekerja keras memperbaiki beberapa kelemahan.

Petani mahu hutang dihapuskan, harga hasil tanaman naik

Posted: 30 Nov 2018 05:52 AM PST

NEW DELHI: Puluhan ribu petani dan pekerja pertanian berarak ke arah parlimen India, hari ini, untuk menuntut penghapusan hutang dan harga hasil tanaman lebih tinggi, sekali gus memberikan tekanan terhadap Perdana Menteri Narendra Modi, sebelum pilihan raya 2019.

Lodin letak jawatan dalam Boustead, anak syarikat tersenarai

Posted: 30 Nov 2018 05:35 AM PST

KUALA LUMPUR: Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings Bhd dan melepaskan jawatan dalam anak syarikat tersenarai firma itu.

3 atlet menembak puas hati jumpa menteri

Posted: 30 Nov 2018 05:40 AM PST

KUALA LUMPUR: Tiga atlet menembak yang sebelum ini memfailkan saman terhadap Institut Sukan Negara (ISN) - Muslifah Zulkifli, Nur Ayuni Abdul Halim dan Nur Suryani Taibi meluahkan rasa gembira dapat bersemuka dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Pakaian peserta Ratu Universe kenang memori Trump-Jong-un

Posted: 30 Nov 2018 05:28 AM PST

SINGAPURA: Peserta pertandingan Ratu Universe dari Singapura, Zahra Khanum, akan memperagakan pakaian berlatar belakangkan jabat tangan bersejarah antara Presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Sanchez rehat panjang

Posted: 30 Nov 2018 05:27 AM PST

MANCHESTER: Bintang Manchester United, Alexis Sanchez dijangka terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan hamstring yang serius pada sesi latihan hari ini, kata pengurus Jose Mourinho.

China marah, bertegas dengan AS

Posted: 30 Nov 2018 05:20 AM PST

BEIJING: China, hari ini berkata ia membuat 'kenyataan tegas' dengan Amerika Syarikat selepas Tentera Laut AS belayar di Laut China Selatan yang menjadi rebutan, melepasi berhampiran pulau yang dituntut Beijing.

Chun Wai letak jawatan CEO, jadi penasihat Star Media

Posted: 30 Nov 2018 05:20 AM PST

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Star Media Group Bhd (SMG), Datuk Seri Wong Chun Wai, akan meletakkan jawatan pada awal tahun depan, selepas tiga dekad berkhidmat di dalam syarikat media berkenaan.

Kerajaan beri jaminan tidak ada pemberhentian pekerja di TM - NUTE

Posted: 30 Nov 2018 05:01 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan tidak berlaku pembuangan pekerja dalam Telekom Malaysia Bhd (TM) yang ketika ini keseluruhannya berjumlah 27,000, kata Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia (NUTE), Mohd Jafar Abd Majid.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template