Monday, November 5, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Kereta terjunam dalam longkang, hanyut dibawa arus

Posted: 05 Nov 2018 07:56 AM PST

PETALING JAYA: Sebuah kereta dihanyutkan arus deras selepas terjunam ke dalam longkang di Persiaran Mohagani berhadapan sebuah bank di Dataran Sunway, Kota Damansara, di sini, semalam.

'Saya bukan artis tin kosong'

Posted: 05 Nov 2018 03:44 AM PST

KUALA LUMPUR: Meraih pengiktirafan tertinggi dalam tempoh singkat membuatkan Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31, Wany Hasrita diburu ramai termasuk mereka yang menganggap dia tidak layak merangkul trofi berkenaan.

Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam dinaiki air

Posted: 05 Nov 2018 07:39 AM PST

KLANG: Penduduk di Taman Daya Meru sekali lagi terpaksa berhadapan dengan banjir yang didakwa berpunca daripada limpahan air dari parit berhampiran.

Pemain 'tidak suka' Kovac - Matthaeus

Posted: 05 Nov 2018 08:06 AM PST

MUNICH: Nasib Niko Kovac bersama Bayern Munich bagaikan telur di hujung tanduk selepas legenda Jerman, Lothar Matthaeus mendedahkan betapa pengendali itu sudah hilang sokongan pemain bintang di bilik persalinan.

Iskandar sah tinggalkan BAM

Posted: 05 Nov 2018 07:48 AM PST

KUALA LUMPUR: Selepas hampir 15 tahun, pemain perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin akhirnya membuat keputusan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), hari ini.

Barca tetap berbahaya tanpa Messi

Posted: 05 Nov 2018 07:43 AM PST

MILAN: Jurulatih Inter Milan, Luciano Spalletti menegaskan Barcelona masih 'berbahaya' sekali pun tanpa kelibat Lionel Messi menjelang pertembungan Liga Juara-Juara membabitkan dua kelab berkenaan, awal pagi Rabu ini.

Safawi paling bernilai, JDT dominasi ABK18

Posted: 05 Nov 2018 07:25 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemain tengah Harimau Malaya, Safawi Rasid merangkul anugerah Pemain Paling Bernilai pada Majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018 (ABK18) yang berlangsung di sini, sebentar tadi.

PM harap universiti Jepun wujud kampus cawangan di Malaysia

Posted: 05 Nov 2018 04:18 AM PST

TOKYO: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau ingin melihat universiti Jepun mewujudkan kampus cawangan di Malaysia bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia bukan sahaja didedahkan kepada sistem pendidikan negara itu, tetapi turut mempelajari budayanya.

Perlawanan amal Palu kutip RM26,000

Posted: 05 Nov 2018 05:43 AM PST

KUALA LUMPUR: Perlawanan amal bola sepak Kelab Veteran BH menentang Kelab Veteran Utusan Melayu petang tadi berjaya mengumpul dana RM26,000 untuk membantu mangsa gempa bumi di Palu, Sulawesi, Indonesia.

TSG-UMT bergabung lahirkan altet cemerlang

Posted: 05 Nov 2018 05:38 AM PST

KUALA TERENGGANU: Terengganu Cycling Team (TSG) meneruskan usaha membangunkan sukan berbasikal apabila menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) serta pelancaran Akademi TSG di universiti itu, sebentar tadi.

Shaqiri kena tinggal

Posted: 05 Nov 2018 05:21 AM PST

LONDON: Liverpool menyisihkan Xherdan Shaqiri dalam kunjungan ke laman Red Star Belgrade bagi aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu ini, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Dua pakar kimia Arab Saudi dihantar 'tutup' kes pembunuhan Khashoggi

Posted: 05 Nov 2018 04:46 AM PST

ISTANBUL: Arab Saudi menghantar seorang pakar toksikologi dan seorang pakar kimia bagi menutup kes pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi sebelum polis Turki menggeledah konsulat Arab Saudi di negara itu, kata pegawai kanan Turki hari ini.

Pesawat alami masalah penunjuk laju-udara

Posted: 05 Nov 2018 04:32 AM PST

JAKARTA: Pesawat Lion Air yang terhempas minggu lalu mempunyai masalah penunjuk laju-udara pada hari itu dan tiga penerbangan sebelumnya, kata jagawan pengangkutan Indonesia.

Pemandu terselamat, lori terbakar di LDP

Posted: 05 Nov 2018 04:11 AM PST

PUCHONG: Seorang pemandu lori terselamat apabila sempat keluar dari kenderaan itu yang terbakar di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dari Plaza Tol Puchong menghala ke Bandar Kinrara, di sini, kira-kira jam 2 petang tadi.

Djokovic rampas tahta nombor satu

Posted: 05 Nov 2018 05:24 AM PST

PARIS: Novak Djokovic secara rasminya kembali memegang status sebagai pemain tenis lelaki nombor satu dunia selepas berjaya memintas Rafael Nadal, hari ini.

Nanga Belansai lokasi ke-47 wabak Rabies

Posted: 05 Nov 2018 05:08 AM PST

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak mengisytiharkan Nanga Belansai di Sengaih, Julau sebagai lokasi terbaharu jangkitan rabies atau wabak anjing gila di negeri ini.

81 orang diculik dari sekolah

Posted: 05 Nov 2018 04:51 AM PST

YAOUNDE: Lebih 80 orang, kebanyakannya kanak-kanak, diculik dari sebuah sekolah di Bamenda, barat Cameroon, pagi ini, kata sumber tentera dan kerajaan.

Dr M dianugerahi ijazah kehormat oleh University Tsukuba

Posted: 05 Nov 2018 02:19 AM PST

TOKYO: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dianugerahi ijazah kehormat doktor falsafah oleh University Tsukuba, di sini pada hari ini.

Dr Mahathir ucap selamat Hari Deepavali

Posted: 05 Nov 2018 04:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia yang akan meraikan perayaan itu esok.

Jangan ulangi kesilapan mudah: Lloris

Posted: 05 Nov 2018 04:23 AM PST

LONDON: Penjaga gol, Hugo Lloris memberi amaran kepada Tottenham mereka berisiko tercicir daripada pemburuan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara jika terus mengulangi kesilapan mudah seperti ketika menundukkan Wolves.

Polis KL rancang bina pondok bit di kawasan tumpuan pelancong

Posted: 05 Nov 2018 04:15 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang merancang membina lapan pondok bit polis di beberapa lokasi tumpuan pelancong sekitar Kuala Lumpur dalam usaha memaksimumkan keselamatan pelancong.

Musa Aman dibenar ikat jamin RM2 juta

Posted: 05 Nov 2018 01:46 AM PST

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen membenarkan Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman diikat jamin dengan wang jaminan berjumlah RM2 juta dengan dua penjamin.

Iran tepis serangan siber Israel

Posted: 05 Nov 2018 04:02 AM PST

TEHRAN: Iran hari ini menuduh Israel melancarkan serangan siber yang dianggapnya gagal untuk melumpuhkan sistem komunikasi negara itu.

Zarif tekad perbaiki pencapaian di Taiwan 

Posted: 05 Nov 2018 03:58 AM PST

KUALA LUMPUR: Zarif Aiman mungkin wakil tunggal negara bagi permainan Tekken 7 pada Kejuaraan Dunia IESF  di Taiwan yang bermula hari ini hingga 13 November tetapi dia tetap optimis dapat memperbaiki pencapaiannya tahun lalu.

Pengorbanan Kisona

Posted: 05 Nov 2018 03:53 AM PST

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali dalam hidupnya, pemain badminton negara S Kisona tidak akan meraikan Deepavali bersama keluarganya di Seremban.

Pemilihan PKR: Azmin dahului Rafizi dengan majoriti 1,642 undi di Sabah

Posted: 05 Nov 2018 03:48 AM PST

KOTA KINABALU: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pencabar tunggalnya Mohd Rafizi Ramli dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu di 25 cabang di Sabah yang berlangsung selama dua hari berakhir semalam.

Ancaman siber, gugat kelestarian kesejahteraan kanak-kanak - TPM

Posted: 05 Nov 2018 03:40 AM PST

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan memandang serius ancaman siber terhadap kanak-kanak termasuk pengantunan kanak-kanak yang akan menggugat kelestarian kesejahteraan kanak-kanak.

Ringgit ditutup rendah

Posted: 05 Nov 2018 03:38 AM PST

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan keadaan yang tidak menentu menjelang pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS) pada 6 November.

Paras air sungai di Terengganu meningkat - JPS

Posted: 05 Nov 2018 03:35 AM PST

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir yang dijangka berlaku esok di daerah Hulu Terengganu dan Setiu.

Semak semula 130 insentif pelaburan tepat pada masanya: MIDA

Posted: 05 Nov 2018 03:33 AM PST

KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyifatkan langkah menyemak semula 130 insentif pelaburan sedia ada di bawah 32 Agensi Promosi Pelaburan adalah tepat pada masanya.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template