Wednesday, November 7, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


21 pendatang Vietnam diseludup masuk Britain

Posted: 07 Nov 2018 08:49 AM PST

LONDON: Seramai 21 pendatang haram Vietnam dijumpai bersembunyi dalam sebuah trak yang membawa air mineral dari Perancis menuju ke Britain, kata sumber Kementerian Dalam Negeri United Kingdom (UK), hari ini.

PM Singapura sasaran utama siasatan 1MDB adalah palsu

Posted: 07 Nov 2018 08:39 AM PST

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi Singapura di Malaysia menafikan dakwaan bahawa Perdana Menterinya, Lee Hsien Loong menjadi sasaran utama siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tender terbuka tidak jejas agenda Bumiputera - Guan Eng

Posted: 07 Nov 2018 08:00 AM PST

GEORGETOWN: Pelawaan kerajaan terhadap sektor swasta menggerakkan ekonomi dan pengenalan konsep tender terbuka bagi kontrak atau projek, tidak akan menjejaskan agenda Bumiputera atau masyarakat berkenaan.

NBI Thailand anugerahkan Dr Mahathir pencapaian sepanjang hayat

Posted: 07 Nov 2018 07:07 AM PST

BANGKOK: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Pembinaan Bangsa (Sektor Awam) oleh Institut Bina Bangsa (NBI) Thailand.

Wartawan rugi RM500 kereta dipecah

Posted: 07 Nov 2018 06:50 AM PST

KOTA BHARU: Seorang wartawan kerugian RM500 selepas cermin kereta Perodua Myvi miliknya dipecah penjenayah di tempat letak kereta di Masjid Muhammadi, di sini, hari ini.

Kor Ming, isteri terima RM101,160 sebulan

Posted: 07 Nov 2018 06:46 AM PST

KUALA LUMPUR: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mencatat pendapatan bulanan tertinggi dalam kalangan Ahli Parlimen dan pegawai pentadbiran kerajaan.

Semakin ramai wanita mengandung hisap ganja

Posted: 07 Nov 2018 06:45 AM PST

WASHINGTON: Kajian baharu menemui bukti bahawa semakin ramai ibu mengandung di Amerika Syarikat (AS) mengambil ganja ketika mengandung, walaupun ketika penggunaan tembakau dan minuman keras menurun.

Dortmund perlu bangkit - Gotze

Posted: 07 Nov 2018 06:44 AM PST

BERLIN: Mario Gotze berkata peneraju Bundesliga, Borussia Dortmund perlu melupakan segera kekalahan pertama mereka dan bangkit menjelang pertemuan genting menentang Bayern Munich.

Sokongan masyarakat Cina terhadap kerajaan sentiasa dihargai - Dr Wan Azizah

Posted: 07 Nov 2018 06:42 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sentiasa menghargai sokongan yang diberikan masyarakat Cina terhadap pembangunan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

SC komited kukuh keyakinan pelabur

Posted: 07 Nov 2018 05:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan pelanggaran undang-undang sekuriti, kata Pengerusinya, Datuk Syed Zaid Albar.

Ajal guru ketika berucap pada mesyuarat PIBG

Posted: 07 Nov 2018 05:43 AM PST

ALOR SETAR: Seorang guru Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) meninggal dunia ketika menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, di sini, petang tadi.

Wan Karpet kini Merah Kuning

Posted: 07 Nov 2018 05:37 AM PST

KUALA LUMPUR: Meskipun masih tercari-cari jurulatih, ia tidak menghalang juara Piala Malaysia 33 kali, Selangor daripada mendapatkan pemain baharu untuk mengharungi musim 2019.

Pokok tumbang jejaskan laluan komuter, ETS

Posted: 07 Nov 2018 04:25 AM PST

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan komuter dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) untuk laluan antara Stesen Kepong dan Stesen Sungai Buloh dihentikan sementara susulan kejadian pokok tumbang di laluan antara dua stesen berkenaan, petang tadi.

Chong Wei perlu gantung raket atau tidak?

Posted: 07 Nov 2018 05:08 AM PST

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa bulan mengunci mulut, bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akhirnya akan mengadakan sidang media istimewa di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, esok.

Penguatkuasaan keadilan syariah bela nasib wanita

Posted: 07 Nov 2018 05:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan keadilan syariah terhadap golongan wanita yang diabaikan bayaran nafkah oleh bekas suami selepas perceraian mampu memberi pembelaan sewajarnya kepada golongan itu.

Kebergantungan negara kepada hasil minyak cetus risiko fiskal

Posted: 06 Nov 2018 10:46 PM PST

KUALA LUMPUR: Kebergantungan Malaysia terhadap pendapatan minyak dalam Belanjawan 2019 adalah berisiko kepada pengukuhan fiskal, demikian menurut penyedia perkhidmatan risiko dan data pasaran kredit utama global, Fitch Solutions.

Vietnam ganti Malaysia anjur F1

Posted: 07 Nov 2018 04:55 AM PST

HANOI: Vietnam akan menyertai kalendar Formula Satu (F1) pada 2020 menerusi perlumbaan di litar jalanan di ibu negara berkenaan di sini, umum penganjur, hari ini.

Medan penerjun pelapis tunjuk belang

Posted: 07 Nov 2018 04:48 AM PST

KUALA LUMPUR: Skuad terjun negara akan menampilkan barisan pelapis dan remaja bagi mengibarkan cabaran pada Grand Prix FINA yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat ini di Pusat Akuatik Nasional, Bandar Sukan Kuala Lumpur.

BIMB terbit Sukuk Murabahah RM300 juta

Posted: 07 Nov 2018 04:41 AM PST

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh BIMB Holdings Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd menerbitkan tranche pertama Sukuk Murabahah bernilai sehingga RM300 juta di bawah program Sukuk Murabahahnya.

Bursa Malaysia ditutup tinggi

Posted: 07 Nov 2018 04:39 AM PST

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi, naik 0.35 peratus selepas merekodkan urus niaga yang tidak menentu terutama pada sebelah petang hari ini berikutan pasaran menumpukan perhatian kepada keputusan pilihan raya separuh penggal Kongres Amerika Syarikat.

Aktiviti hutan terdedah kepada Malaria Monyet

Posted: 07 Nov 2018 04:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Individu yang terbabit dengan aktiviti rekreasi dalam kawasan hutan antara yang berisiko, terdedah dengan penularan wabak Malaria Knowlesi atau Malaria Monyet, yang kini dikesan semakin meningkat di Malaysia.

Suwaibah laksana misi tawan Gama Tower Jakarta

Posted: 07 Nov 2018 04:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Pelari solo wanita negara, Mejar (K) Dr Suwaibah Mohd Nasir, bakal menawan menara tertinggi di Jakarta, Gama Tower, hari ini, sebagai sebahagian misinya untuk menawan 30 menara tertinggi di dunia, atau Misi 30 Menara.

'Rakyat jangan terlalu bergantung insentif'

Posted: 07 Nov 2018 03:39 AM PST

KUALA LUMPUR: Reformasi institusi yang dilaungkan kerajaan dalam Belanjawan 2019 tepat pada waktunya bagi memulihkan kedudukan fiskal negara dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Peluang runtuhkan Tembok Besar China

Posted: 07 Nov 2018 03:37 AM PST

KUALA LUMPUR: Skuad badminton remaja negara bersedia membuat perhitungan dengan juara bertahan, China pada saingan suku akhir acara berpasukan campuran Kejohanan Remaja Dunia di Kanada, awal pagi esok.

6 bulan masa sesuai rombak Kabinet

Posted: 07 Nov 2018 03:35 AM PST

PUTRAJAYA: Tempoh enam bulan hingga satu tahun selepas Pilihan Raya Umum (PRU) adalah tempoh yang sesuai untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) merombak Kabinet mereka bagi membentuk sebuah Kabinet yang lebih mantap.

Ewart kekal jersi kuning

Posted: 07 Nov 2018 03:34 AM PST

KUALA LUMPUR: Biarpun sekadar menduduki tempat ke-23 pada peringkat keempat Tour De Singkarak hari ini, ia sudah cukup untuk membolehkan pelumba Sapura Cycling Team (TSC), Jesse Ewart mempertahankan jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan siri jelajah berstatus Asia Tour itu.

Syor undang-undang babit peranan ibu bapa banteras gejala sosial

Posted: 07 Nov 2018 03:33 AM PST

KUALA LUMPUR: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mencadangkan supaya kerajaan menggubal undang-undang baharu bagi menangani gejala sosial terutama masalah dadah dalam kalangan remaja.

Akhirnya Syed Saddiq 'pandang' Mat Redho 

Posted: 07 Nov 2018 03:28 AM PST

KUALA LUMPUR: Keluhan netizen supaya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi perhatian kepada pencapaian hebat Mohd Redha Rozlan atau Mat Redho akhirnya mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan itu.

Scientex sasar bina 33,000 unit rumah mampu milik

Posted: 07 Nov 2018 01:41 AM PST

KUALA LUMPUR: Scientex Bhd menyasar untuk membina 33,000 unit rumah mampu milik di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 10 tahun membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM13 bilion.

Peluang cerah ke Thailand

Posted: 07 Nov 2018 03:24 AM PST

KUALA LUMPUR: Skuad bawah 23 (B-23) tahun negara dilihat berpeluang cerah mara ke pusingan akhir Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020 yang akan berlangsung di Thailand.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template