Thursday, November 8, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Peniaga didakwa menyamar polis

Posted: 08 Nov 2018 10:01 AM PST

PETALING JAYA : Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyamar sebagai anggota polis dipercayai untuk menipu orang ramai di sebuah restoran di USJ1, di sini, minggu lalu.

Bomba selamatkan wanita cuba bunuh diri

Posted: 08 Nov 2018 09:59 AM PST

JOHOR BAHRU: Khidmat anggota bomba wanita menyelamatkan seorang wanita berusia 22 tahun daripada cubaan bunuh diri dalam kejadian di Perumahan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT ) Flat Melana, di Perling, di sini, tengah hari tadi.

Bapa saudara perangai setan

Posted: 08 Nov 2018 09:56 AM PST

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar Tingkatan Dua menjadi mangsa serangan seksual bapa saudaranya selepas dipaksa memegang kemaluan lelaki terbabit dalam kejadian di Kuala Nerus, Isnin lalu.

Moody's ubah tinjauan penarafan PETRONAS kepada negatif

Posted: 08 Nov 2018 09:52 AM PST

KUALA LUMPUR: Moody's Investors Service mengesahkan penarafan terbitan domestik dan mata wang asing tidak bercagar kanan PETRONAS pada A1, namun mengubah tinjauan daripada stabil kepada negatif.

Penunggang motosikal maut kepala digilis

Posted: 08 Nov 2018 09:43 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja swasta maut selepas motosikal ditunggang terbabas dan kepalanya digilis kenderaan lain di Kilometer 16.8 arah utara Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), petang tadi.

Sarjan Thailand didakwa rogol 75 remaja

Posted: 08 Nov 2018 09:32 AM PST

BANGKOK: Seorang sarjan mejar Thailand yang dijangkiti HIV ditahan dan didakwa atas kesalahan merogol kira-kira 75 remaja lelaki, selepas mengumpan mereka untuk bertemu di timur laut negara itu, kata pegawai penguatkuasa kanan, hari ini.

4 rumah musnah terbakar

Posted: 08 Nov 2018 09:17 AM PST

KANGAR: Empat rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis, malam tadi.

RMS kekal terajui FAS

Posted: 08 Nov 2018 08:58 AM PST

KUALA LUMPUR: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah kekal menerajui Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) apabila dilantik semula selaku Presiden pada Kongres Luar Biasa (EGM) FAS, sebentar tadi.

Roger Ng akan serah RM120 juta dikaitkan dengan 1MDB kepada Malaysia

Posted: 08 Nov 2018 06:47 AM PST

KUALA LUMPUR: Bekas eksekutif bank Goldman Sachs, Roger Ng dan keluarganya dilaporkan bersetuju untuk menyerahkan kira-kira S$40 juta (RM120.7 juta) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada pihak berkuasa Singapura.

Adam buat pilihan tepat sertai CEV

Posted: 08 Nov 2018 06:37 AM PST

KUALA LUMPUR: Keputusan menyertai perlumbaan Kejuaraan Moto2 Eropah (CEV) musim depan adalah tepat untuk Adam Norrodin dan ia akan menjadi pentas 'pertapaan' buat pelumba negara itu untuk menguasai litar di Eropah.

Mat Yo buat Harimau Malaya mengaum

Posted: 08 Nov 2018 05:37 AM PST

KUALA LUMPUR: Penyerang Norshahrul Idlan Talaha membuktikan dirinya masih berbisa apabila menjaringkan gol tunggal kemenangan 1-0 ke atas Kemboja untuk membantu skuad Harimau Malaya membuka langkah kanan dalam kempen Piala AFF di Stadium Olimpik Phnom Penh sebentar tadi.

Kerajaan sasar usahawan Bumiputera sumbang 70 peratus KDNK negara

Posted: 08 Nov 2018 06:08 AM PST

SHAH ALAM: Kementerian Pembangunan Usahawan menyasarkan peningkatan sebanyak 70 peratus sumbangan usahawan Bumiputera kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh lima tahun akan datang.

KM Pulau Pinang bentang Belanjawan 2019 esok

Posted: 08 Nov 2018 05:48 AM PST

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang dijangka membentangkan belanjawannya bagi 2019 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.

Mufti Wilayah Persekutuan tulis surat terbuka untuk Osman

Posted: 08 Nov 2018 05:44 AM PST

KUALA LUMPUR: Status Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman sosial Facebook beliau tengah hari tadi berhubung sedang menulis surat terbuka kepada pengarah drama Isteri Untuk Di Sewa, Osman Ali menarik perhatian netizen.

Adam akhirnya akur terpaksa lupakan Valencia

Posted: 08 Nov 2018 05:31 AM PST

KUALA LUMPUR: Adam Norrodin mengucapkan 'selamat tinggal' kepada saingan Moto3 Kejuaraan Motosikal Dunia dan tidak akan menyertai pusingan penutup tirai 2018 di Grand Prix (GP) Valencia minggu depan bagi menjalani pembedahan bahu dan lututnya.

Hasnul akhirnya 'rebah' akibat tekanan

Posted: 08 Nov 2018 04:32 AM PST

IPOH: Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim akhirnya mengumumkan peletakan jawatannya sebagai presiden persatuan itu, hari ini.

Jangan salah guna kebebasan bersuara - PM

Posted: 08 Nov 2018 05:20 AM PST

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan supaya kebebasan bersuara tidak digunakan bagi menimbulkan kekacauan.

'Kami bukan kain buruk - jurulatih TCFC

Posted: 08 Nov 2018 05:06 AM PST

KUALA TERENGGANU: Selepas hilang sabar dengan karenah pengurusan Terengganu City FC (TCFC) yang gagal membayar gaji sejak enam bulan lalu, jurulatih dan pemain skuad The Sharks itu membuat aduan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), petang tadi.

Chong Wei menangis seminggu

Posted: 08 Nov 2018 12:10 AM PST

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei mengakui dia menangis selama seminggu sebaik mengetahui dirinya menghidap kanser hidung tahap awal, Julai lalu.

Pertimbangan perlu dalam isu ICERD - Dr Mahathir

Posted: 08 Nov 2018 04:51 AM PST

PUTRAJAYA: Kerajaan perlu melakukan pelbagai pertimbangan sebelum mengambil sebarang keputusan terhadap ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Tonton guna platform cetak rompak boleh dianggap 'perompak'

Posted: 08 Nov 2018 04:48 AM PST

KUALA LUMPUR: Penonton kandungan rangkaian televisyen Media Prima yang menonton di platform cetak rompak boleh dianggap sebagai 'perompak' kerana tindakan itu menyalahi undang-undang hak cipta dan harta intelek.

Bekas pengurus mengaku tidak bersalah terima suapan RM270,000

Posted: 07 Nov 2018 10:43 PM PST

SHAH ALAM: Bekas pengurus sebuah syarikat pembinaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas empat pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM270,000 bagi kerja-kerja pembinaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), enam tahun lalu.

Tekong Vietnam didenda RM1 juta

Posted: 08 Nov 2018 04:34 AM PST

KUALA TERENGGANU: Seorang tekong warga Vietnam dijatuhi hukuman denda RM1 juta manakala awak-awaknya pula didenda RM100,000 di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah menangkap hasil laut di perairan negara membabitkan nilai rampasan lebih RM1 juta termasuk lima tan hasil laut.

4 juvana didakwa memudaratkan penduduk pangsapuri

Posted: 08 Nov 2018 04:29 AM PST

JOHOR BAHRU: Empat daripada 19 remaja yang terbabit dengan rusuhan bersenjatakan empat parang di Pangsapuri Jasa, Mutiara Rini, pada 26 Oktober lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini.

Kejohanan Tenis Antarabangsa Genting-Selangor sasar 300 penyertaan

Posted: 08 Nov 2018 04:26 AM PST

KUALA LUMPUR: Kejohanan Tenis Remaja Terbuka Antarabangsa Genting-Selangor 2018 yang bakal berlangsung 24 hingga 28 November ini menyasarkan lebih 300 penyertaan dari dalam dan luar negara.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar

Posted: 08 Nov 2018 04:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi sedikit hari ini berbanding dolar AS selepas mendapat rangsangan daripada minat risiko terhadap mata wang pasaran baharu muncul susulan keputusan pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS) yang mana Parti Demokrat menguasai Dewan Perwakilan, kata peniaga.

Chong Wei optimis beraksi di Tokyo

Posted: 08 Nov 2018 04:20 AM PST

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei kekal positif untuk merealisasikan impiannya beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 biarpun masih dalam proses pemulihan selepas menghidap kanser hidung.

Sasar sejuta daftar kad AEON Member Plus Visa

Posted: 08 Nov 2018 04:20 AM PST

SHAH ALAM: AEON Co (M) Bhd menyasarkan seramai sejuta pelanggannya akan berdaftar dan beralih arah menggunakan sistem pembayaran tanpa tunai dan dompet elektronik (e-wallet) yang baharu dilancarkannya dalam tempoh setahun ini.

Tindakan terhadap peniaga sorok bekalan - Saifuddin Nasution

Posted: 08 Nov 2018 04:11 AM PST

SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang sengaja menyembunyikan stok bekalan barangan keperluan ketika musim tengkujuh.

Atlet memanah Sabah terima 'durian runtuh'

Posted: 08 Nov 2018 04:07 AM PST

KOTA KINABALU: Atlet memanah Sabah, Eugenius Loh Foh Soon, menerima 'durian runtuh' kerajaan negeri apabila mendapat insentif RM34,750 susulan kejayaan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Perak.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template