BH Online - Terkini |
- Perusuh 'ves kuning' bakar kenderaan, bangunan
- Keputusan Liga Perdana Inggeris
- Gagal capai markah baik, 52 digugurkan dari kursus PTD, 4 kakitangan kontrak hilang kerja
- Harimau Malaya gigit jari di Bukit Jalil
- Priyanka Chopra, Nick Jonas berkahwin di istana mewah India
- Sekitar perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki
- PH tumpu pembangunan luar bandar Sarawak
- PH azam tawan Sarawak - PM
- Gempa bumi Indonesia: Tiada amaran tsunami dikeluarkan
- Bukan aksi sebenar Thailand
- Cheng Hoe mahu anak buah bangkit di Bangkok
- Macam final!
- Kontinjen Malaysia rangkul 3 pingat emas, 3 pingat perak pertandingan kemahiran Asia
- Raja Muda Perlis zahir dukacita, doa Adib lekas sembuh
- Aktres berpakaian jarang didakwa galakkan keruntuhan moral
- Dr Mahathir lancar BERSATU Sarawak
- Bencana besar menanti Yaman - PBB
- BERSATU Pendang minta Ketua Bahagian letak jawatan
- Hoki Piala Dunia: Belanda belasah Malaysia 7-0
- Gempa bumi 6.5 gegarkan Indonesia
- 'Salah guna kuasa dana TH, mana Asyraf Wajdi?'
- Rafiq juara dunia
- Kempen 'silent aiport' di KLIA dan klia2
- Pengembaraan di bumi asing menghasilkan Jungle Boy
- Polis terima 2 laporan TH, buka siasatan kerana menipu
- Ajal imam, isteri bersama dalam tidur
- Bush rakan sejati - Gorbachev
- Shahriffuddin gagal dapat tiket Jelajah Asia 2019
- Minda Pengarang: Selesaikan isu kuil secara berhemah
- Zahirah, Aiman terpaut hati?
| Perusuh 'ves kuning' bakar kenderaan, bangunan Posted: 01 Dec 2018 10:10 AM PST PARIS: Sekumpulan belia bertopeng dan sebahagiannya membawa batang besi dan kapak, merusuh di jalan raya di tengah ibu kota Perancis semalam, membakar berpuluh-puluh kereta dan bangunan, dalam tunjuk ketegangan paling buruk di bandar raya itu dalam masa beberapa tahun. |
| Keputusan Liga Perdana Inggeris Posted: 01 Dec 2018 09:06 AM PST LONDON: Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris sebentar tadi: |
| Gagal capai markah baik, 52 digugurkan dari kursus PTD, 4 kakitangan kontrak hilang kerja Posted: 01 Dec 2018 08:29 AM PST KUALA LUMPUR: Seramai 52 kakitangan kerajaan yang mengikuti kursus khas pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) digugurkan daripada program terbabit. |
| Harimau Malaya gigit jari di Bukit Jalil Posted: 01 Dec 2018 07:45 AM PST KUALA LUMPUR: Hasrat skuad Harimau Malaya mencalar ego juara bertahan, Thailand tidak kesampaian apabila sekadar seri 0-0 pada separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini. |
| Priyanka Chopra, Nick Jonas berkahwin di istana mewah India Posted: 01 Dec 2018 08:09 AM PST MUMBAI: Pelakon terkenal Bollywood, Priyanka Chopra mengahwini penyanyi kelahiran Amerika Syarikat, Nick Jonas, semalam dalam majlis dijalankan mengikut fahaman Kristian dan cuma dihadiri keluarga dan rakan rapat di salah satu istana paling mewah di India, menurut majalah People. |
| Sekitar perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki Posted: 01 Dec 2018 08:04 AM PST |
| PH tumpu pembangunan luar bandar Sarawak Posted: 01 Dec 2018 08:02 AM PST BINTULU: Pakatan Harapan (PH) akan memastikan kawasan luar bandar Sarawak tidak dipinggirkan daripada agenda pembangunan Kerajaan Persekutuan. |
| Posted: 01 Dec 2018 07:59 AM PST BINTULU: Selepas berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Pakatan Harapan (PH) kini berazam untuk menawan Sarawak pula pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12), kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. |
| Gempa bumi Indonesia: Tiada amaran tsunami dikeluarkan Posted: 01 Dec 2018 07:55 AM PST JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.3 menggegarkan timur Indonesia malam ini, kata pakar gempa bumi Amerika Syarikat, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan. |
| Posted: 01 Dec 2018 07:36 AM PST KUALA LUMPUR: Jurulatih Thailand, Milovan Rajevac menegaskan anak buah tidak beraksi pada prestasi sebenar ketika terikat tanpa jaringan dengan Malaysia pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. |
| Cheng Hoe mahu anak buah bangkit di Bangkok Posted: 01 Dec 2018 07:42 AM PST KUALA LUMPUR: Jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya meskipun keputusan seri 0-0 dengan Thailand pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF bakal menyukarkan mereka untuk pertemuan kedua di Bangkok, Rabu depan. |
| Posted: 01 Dec 2018 04:56 AM PST KUALA LUMPUR: Macam final! Itu gambaran sesuai mengenai suasana di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada aksi separuh akhir Piala AFF antara Malaysia dan Thailand, hari ini. |
| Kontinjen Malaysia rangkul 3 pingat emas, 3 pingat perak pertandingan kemahiran Asia Posted: 01 Dec 2018 07:17 AM PST KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia mencipta nama di rantau Asia apabila menggondol tiga pingat emas dan tiga perak dalam pertandingan kemahiran dunia 'Worldskill Asia 2018'(WSC 2018) di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu. |
| Raja Muda Perlis zahir dukacita, doa Adib lekas sembuh Posted: 01 Dec 2018 06:17 AM PST KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan rasa dukacitanya di atas insiden rusuhan yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya sehingga mengakibatkan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim cedera parah, Selasa lalu. |
| Aktres berpakaian jarang didakwa galakkan keruntuhan moral Posted: 01 Dec 2018 06:52 AM PST KAHERAH: Bintang filem Mesir berhadapan perbicaraan bulan depan susulan dakwaan menggalakkan kelakuan tidak bermoral selepas menghadiri Festival Filem Kaherah dengan memakai pakaian amat jarang, lapor akhbar Al-Ahram Gate hari ini. |
| Dr Mahathir lancar BERSATU Sarawak Posted: 01 Dec 2018 06:45 AM PST BINTULU: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini melancarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sarawak di Dewan Suarah Bintulu, di sini. |
| Bencana besar menanti Yaman - PBB Posted: 01 Dec 2018 06:21 AM PST ADEN: Ketua agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mark Lowcock, hari ini memberi amaran Yaman berada 'di ambang bencana besar' ketika badan dunia itu menggesa rundingan damai diadakan di negara bergolak itu. |
| BERSATU Pendang minta Ketua Bahagian letak jawatan Posted: 01 Dec 2018 03:01 AM PST PENDANG: Lebih 1,000 pemimpin dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pendang mendesak ketua bahagiannya, Abdul Razak Khamis melepaskan jawatan kerana didakwa gagal memimpin parti itu sejak dua tahun lalu. |
| Hoki Piala Dunia: Belanda belasah Malaysia 7-0 Posted: 01 Dec 2018 05:51 AM PST BHUBANESWAR: Malaysia bermula dengan buruk pada kempen hoki Piala Dunia apabila dibelasah 7-0 oleh Belanda di Stadium Kalinga, sebentar tadi. |
| Gempa bumi 6.5 gegarkan Indonesia Posted: 01 Dec 2018 06:05 AM PST JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.5 melanda pantai Kepulauan Tanimbar di Indonesia hari ini, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS). |
| 'Salah guna kuasa dana TH, mana Asyraf Wajdi?' Posted: 01 Dec 2018 06:04 AM PST KUALA LUMPUR: Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mempersoalkan pendirian Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung isu salah guna kuasa dilakukan bekas pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji (TH). |
| Posted: 01 Dec 2018 05:59 AM PST KUALA LUMPUR: Jaguh bowling negara, Muhammad Rafiq Ismail melakar sejarah apabila muncul juara acara perseorangan lelaki di Kejohanan Bowling Lelaki Dunia di Hong Kong, hari ini. |
| Kempen 'silent aiport' di KLIA dan klia2 Posted: 01 Dec 2018 05:48 AM PST SEPANG: Kempen 'silent airport' yang dilaksanakan Malaysia Aiports Holdings Bhd (MAHB) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 sejak empat minggu lalu bertujuan memberi keselesaan kepada pengguna di kedua-dua lapangan terbang berkenaan. |
| Pengembaraan di bumi asing menghasilkan Jungle Boy Posted: 01 Dec 2018 05:42 AM PST KUALA LUMPUR: Kesusahan dan keperitan hidup pelarian di Hutan Calais, Perancis menjadi pencetus kepada Ahmad Seif Jamalulail, 15, menghasilkan buku pertamanya bertajuk Jungle Boy. |
| Polis terima 2 laporan TH, buka siasatan kerana menipu Posted: 01 Dec 2018 05:10 AM PST KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima dua laporan dibuat Lembaga Tabung Haji (TH) membabitkan salah guna kuasa dilakukan bekas pengerusi, bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan pengurusan kanan institusi itu. |
| Ajal imam, isteri bersama dalam tidur Posted: 30 Nov 2018 11:49 PM PST KLUANG: Imam Masjid Jamek Simpang Renggam, dekat sini, dan isterinya meninggal dunia ketika sedang tidur di Kampung Chokro, Simpang Renggam, awal pagi tadi. |
| Posted: 01 Dec 2018 04:59 AM PST MOSCOW: Bekas pemimpin Soviet, Mikhail Gorbachev, hari ini memuji bekas Presiden George H W Bush, bagi peranannya dalam menamatkan Perang Dingin, menyifatkan mendiang sebagai 'rakan sejati'. |
| Shahriffuddin gagal dapat tiket Jelajah Asia 2019 Posted: 01 Dec 2018 04:19 AM PST KUALA LUMPUR: Wakil negara, Shahriffuddin Ariffin gagal untuk meraih tiket Jelajah Asia 2019 selepas sekadar berpuas hati di kedudukan ke-12 carta golf Jelajah Pembangunan Asia (ADT). |
| Minda Pengarang: Selesaikan isu kuil secara berhemah Posted: 28 Nov 2018 07:02 PM PST Pendedahan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam agak mengejutkan mengenai pembabitan peguam kepada syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd (One City) yang didakwa mengupah samseng untuk menceroboh, mengambil alih dan mengawal Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, Isnin lalu sehingga mencetuskan pergaduhan dengan penganut Hindu di kuil berkenaan. Dua peguam itu yang kini dalam tahanan polis dikatakan membayar RM150,000 untuk menggerakkan kira-kira 50 individu dengan setiap seorang menerima antara RM150 hingga RM300. Sehingga semalam, 21 individu sudah ditahan kerana dipercayai terbabit dalam insiden rusuhan di kuil yang berusia lebih 140 tahun itu. Walaupun One City dalam kenyataan terbaharunya menafikan mengupah samseng, hakikatnya, mana- syarikat yang menggunakan samseng bagi menakutkan mana-mana pihak walaupun untuk menuntut hak atau harta, lebih-lebih lagi membabitkan tempat beribadat mana-mana agama, tindakan seumpama itu sewajarnya tidak dikompromi. Perlakuan berkenaan bukan sahaja tidak peka, malah boleh membakar sentimen keagamaan sehingga ke tahap membahayakan keselamatan negara dan menjejaskan keharmonian antara kaum di negara ini. |
| Posted: 30 Nov 2018 11:40 PM PST KUALA LUMPUR: Selepas episod cinta terlerai bersama aktor, Zul Ariffin, pelakon jelita, Zahirah Macwilson, 23, dikaitkan pula menjalinkan hubungan dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta, Nik Iruwan Nik Izani. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment