Monday, December 10, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Yaman tolak misi pengaman PBB di Hodeida

Posted: 10 Dec 2018 08:08 AM PST

DUBAI: Bandar pelabuhan Hodeida Yaman perlu berada di bawah kawalan kerajaan disokong Arab Saudi, kata Menteri Luar Negara itu kepada Reuters hari ini.

Prestasi Lukaku kian meningkat

Posted: 10 Dec 2018 08:14 AM PST

LONDON: Penyerang Manchester United, Romelu Lukaku percaya dia sudah mengatasi kemerosotan prestasi susulan Piala Dunia tetapi mendedahkan perlu mengecilkan otot bagi memenuhi tuntutan aksi di Liga Perdana Inggeris.

Isytihar harta: Saya ada tiga bulan - Anwar

Posted: 10 Dec 2018 08:02 AM PST

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata beliau mempunyai tempoh tiga bulan untuk mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tengku Puan Panglima Perlis dahului senarai penerima darjah kebesaran

Posted: 10 Dec 2018 08:00 AM PST

KLANG: Tengku Puan Panglima Perlis, Tengku Puteri Nor Zehan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, menerima anugerah tertinggi Selangor, Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ke-73, hari ini.

5 sekeluarga mangsa kemalangan dikebumi satu liang

Posted: 10 Dec 2018 07:05 AM PST

TUMPAT: Jenazah lima sekeluarga mangsa kemalangan di Kilometer (KM) 16 Jalan Lipis-Benta berhampiran Simpang Taman Jelai, Lipis, petang semalam, selamat dikebumikan.

Pindaan AUKU diluluskan sebulat suara

Posted: 10 Dec 2018 06:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat mencatat sejarah tersendiri malam ini, apabila pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang membenarkan mahasiswa aktif berpolitik, diluluskan dengan sebulat suara.

Shahrel teruja buru gol sulung

Posted: 10 Dec 2018 06:15 AM PST

KUALA LUMPUR: Penyerang Harimau Malaya, Shahrel Fikri Fauzi sudah bermain dalam empat daripada enam perlawanan Piala AFF 2018 setakat ini tetapi akaun golnya dalam kempen berkenaan masih kosong.

Warga Israel tawar pelancongan seks diberkas di Colombia

Posted: 10 Dec 2018 05:48 AM PST

BOGOTA: Polis Colombia memberkas enam warga Israel atas tuduhan menjalankan operasi pelancongan seks dengan mengeksploitasi perempuan di bawah umur.

Bas persiaran terbalik, 18 pelancong Korea cedera

Posted: 10 Dec 2018 05:44 AM PST

KOTA BELUD: Seramai 18 pelancong Korea dan seorang pemandu cedera selepas sebuah bas persiaran yang mereka naiki terbabas dan terbalik di laluan berbukit dekat Kampung Kelawat, Jalan Kota Kota Kinabalu-Kota Belud di sini, petang tadi.

Jun Lim tuai emas pertama di AUG 2018

Posted: 10 Dec 2018 05:39 AM PST

NAY PYI TAW: Atlet wushu, Khaw Jun Lim menamatkan pemburuan pingat emas negara di Sukan Universiti Asean (AUG) 2018 selepas dua hari temasya berlangsung apabila memenangi acara campuran dao shu dan gan shu, hari ini.

Bacaan kali kedua RUU AUKU dibentang di Dewan Rakyat

Posted: 10 Dec 2018 05:08 AM PST

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2018 yang bertujuan memansuhkan peruntukan yang menghalang pelajar universiti terbabit kegiatan parti politik dalam kampus dibentang untuk bacaan kali kedua pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Khairy tidak tahu wujud komplot singkir Ahmad Zahid

Posted: 10 Dec 2018 05:06 AM PST

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, menegaskan beliau tidak tahu mengenai laporan yang mendakwa ada usaha dalam kalangan pimpinan UMNO untuk memaksa presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berundur sebelum akhir tahun ini.

Penutup tirai JPKL 2018 Ahad ini

Posted: 10 Dec 2018 04:29 AM PST

KUALA LUMPUR: Hadiah wang tunai berjumlah RM28,000 dan dua motosikal menanti peserta Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) di Taman Tasik Ampang Hilir, di sini, Ahad ini.

Salah tak bikin Klopp gusar

Posted: 10 Dec 2018 04:21 AM PST

LONDON: Bos Liverpool, Jurgen Klopp langsung tidak bimbang mengenai prestasi Mohamed Salah yang tampak merudum pada permulaan musim ini.

Teong Kim kekal jawatan tapi hilang 'kuasa'

Posted: 10 Dec 2018 04:06 AM PST

PETALING JAYA: Status Lim Teong Kim akhirnya terjawab apabila beliau disahkan kekal sebagai Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Malaysia ambil langkah berkesan tangani isu dengan Singapura

Posted: 10 Dec 2018 04:03 AM PST

PUTRAJAYA: Kementerian Luar hari memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia bagi membincangkan perkembangan terkini berikutan Pengisytiharan Perubahan Had Pelabuhan bagi Pelabuhan Johor Bahru yang diterbitkan pada 25 Oktober dan Pekeliling Marin Pelabuhan Singapura No 9 2018 bertarikh 6 Disember 2018.

Dr Mahathir lancar garis panduan kurangkan risiko rasuah

Posted: 10 Dec 2018 03:02 AM PST

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini melancarkan Garis Panduan Tatacara Mencukupi bagi membantu organisasi komersial dalam industri menggunakan langkah asas bagi mengurangkan risiko rasuah.

Kapal Malaysia kekal di sempadan Malaysia-Singapura - Dr Mahathir

Posted: 10 Dec 2018 03:39 AM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia akan kekal meletakkan kapal miliknya di kawasan pertikaian sempadan perairan Malaysia-Singapura, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tiada unsur tindas pekerja Top Glove - Kulasegaran

Posted: 10 Dec 2018 03:42 AM PST

KLANG: Kementerian Sumber Manusia menafikan dakwaan wujud unsur penindasan ke atas pekerja asing yang dipaksa bekerja lebih masa di syarikat pembuat sarung tangan getah terkemuka dunia, Top Glove Corp Berhad (Top Glove).

CIMB laksana pelbagai inisiatif banteras penipuan perbankan

Posted: 10 Dec 2018 03:34 AM PST

KUALA LUMPUR: Kumpulan CIMB komited untuk membanteras aktiviti penipuan membabitkan sektor perbankan yang mampu menyebabkan kerugian sehingga jutaan ringgit kepada orang ramai khususnya pelanggan bank itu.

Tiada tempoh akhir isytihar harta - Dr Mahathir

Posted: 10 Dec 2018 03:06 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menetapkan sebarang tempoh akhir bagi Ahli Parlimen mengisytiharkan harta mereka, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mohamad cadang kerajaan tubuh RCI siasat TH

Posted: 10 Dec 2018 03:18 AM PST

SEREMBAN: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menjalankan siasatan terhadap isu kedudukan kewangan Tabung Haji (TH).

TH bayar hibah guna simpanan pendeposit - PwC

Posted: 10 Dec 2018 03:14 AM PST

KUALA LUMPUR: Laporan kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) 2017 mendapati agensi itu membayar hibah menggunakan simpanan pendeposit, bukan daripada keuntungan.

Saya akan isytihar harta - Shafie

Posted: 10 Dec 2018 03:09 AM PST

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata beliau akan mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pemandu teksi mati ketika bantah khidmat kongsi kenderaan

Posted: 10 Dec 2018 03:00 AM PST

SEOUL: Seorang pemandu teksi maut selepas membakar dirinya dalam satu tunjuk perasaan, bagi membantah perkhidmatan perkongsian perjalanan seperti Uber, yang diperkenalkan oleh aplikasi sembang mudah alih terbesar di Korea Selatan.

Ahli Parlimen BN keluar Dewan lagi, 2 digantung sehari

Posted: 10 Dec 2018 02:53 AM PST

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini sekali lagi keluar meninggalkan Dewan beramai-ramai kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon.

Gagal di Piala Dunia, Walsh perlu dipecat

Posted: 10 Dec 2018 02:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Barisan kejurulatihan skuad negara harus mengakui kegagalan mereka membimbing Malaysia pada pentas Piala Dunia di Bhubaneswar, India.

Hak asasi manusia di Asia Tenggara, Pasifik terus merosot - AI Malaysia

Posted: 10 Dec 2018 02:25 AM PST

PETALING JAYA: Hak asasi manusia di kebanyakan negara di Asia Tenggara dan rantau Pasifik didapati terus merosot pada tahun ini.

Khairul Hafiz perlu tambah berat badan

Posted: 10 Dec 2018 02:17 AM PST

KUALA LUMPUR: Jaguh pecut, Khairul Hafiz Jantan mengakui berat badannya masih kurang daripada berat unggul yang boleh memainkan peranan dalam mempamerkan aksi terbaik.

Pelumba trek mampu cipta kejutan di London

Posted: 10 Dec 2018 02:16 AM PST

KUALA LUMPUR: Selepas mengharungi pelbagai dugaan, halangan dan prestasi tidak menentu di tiga Kejohanan Berbasikal Piala Trek Dunia 2018, skuad negara dijangka kembali di landasan sebenar pada siri keempat di kota London, mulai 14 hingga 16 Disember ini

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template