Monday, December 17, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Jenazah Adib dibedah siasat sebelum dibawa ke kampung

Posted: 17 Dec 2018 09:13 AM PST

KUALA LUMPUR: Keluarga arwah Muhammad Adib Mohd Kassim memberi persetujuan jenazah anggota bomba itu dibedah siasat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi ini.

Palestin lancar rayuan dana bantuan

Posted: 17 Dec 2018 09:39 AM PST

RAMALLAH: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pihak Berkuasa Palestin merayu bantuan sebanyak AS$350 juta (RM1.45 bilion) untuk penduduk Palestin, tahun depan, sambil berkata, jumlah lebih banyak diperlukan tetapi mereka perlu realistik, selepas setahun mengalami pemotongan dana.

6 maut hospital terbakar di Mumbai

Posted: 17 Dec 2018 08:42 AM PST

MUMBAI: Sekurang-kurangnya enam orang maut dan lebih 145 mangsa lain berjaya diselamatkan, selepas sebuah hospital kerajaan di pusat kewangan India terbakar, semalam, kata pihak berkuasa.

Menantu Presiden Iran meletakkan jawatan

Posted: 17 Dec 2018 08:34 AM PST

TEHRAN: Menantu Presiden Iran, Hassan Rouhani meletakkan jawatan sebagai ketua agensi kajian geologi negara itu, dua hari selepas dilantik selepas pelantikannya menimbulkan dakwaan amalan nepotisme.

Bayern tak sabar jumpa Liverpool

Posted: 17 Dec 2018 08:18 AM PST

NYON, Switzerland: Bayern Munich tidak sabar untuk bertemu 'lawan sukar' Liverpool bagi pemburuan tempat ke suku akhir Liga Juara-Juara, kata Pengarah Sukan gergasi Jerman itu, Hasan Salihamidzic.

Malmo, Borisov layan Chelsea, Arsenal

Posted: 17 Dec 2018 08:15 AM PST

NYON, Switzerland: Bekas juara, Chelsea diundi bertemu Malmo di peringkat 32 terakhir Liga Europa dengan Arsenal sekali lagi diuji juara Belarus, BATE Borisov.

Salah makin bermotivasi

Posted: 17 Dec 2018 08:10 AM PST

LONDON: Bintang Liverpool, Mohamed Salah 'lebih teruja dan bermotivasi' untuk menamatkan kempen musim ini dengan kejayaan selepas mengukuhkan reputasinya sebagai antara pemain terbaik dunia.

Polis klasifikasikan kematian Adib sebagai kes bunuh

Posted: 17 Dec 2018 08:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis mengklasifikasikan semula siasatan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim daripada cuba bunuh kepada bunuh.

PM, TPM ucap takziah kematian Adib

Posted: 17 Dec 2018 07:32 AM PST

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan rasa sedih dengan berita kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.41 malam tadi.

Solat hajat untuk Adib

Posted: 17 Dec 2018 01:11 AM PST

ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah hari ini, mengadakan majlis bacaan Yassin dan solat hajat serentak di 19 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) negeri ini, bagi mendoakan kesejahteraan rakan mereka, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang kini kritikal.

PKR Perak gesa Nurul Izzah pertimbang keputusannya

Posted: 17 Dec 2018 07:08 AM PST

IPOH: PKR Perak menggesa Nurul Izzah Anwar mempertimbangkan semula keputusannya dan menarik kembali peletakan jawatan demi kepentingan parti, gabungan dan negara.

Adib meninggal dunia: Kerajaan Selangor berdukacita

Posted: 17 Dec 2018 07:05 AM PST

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor turut berdukacita atas pemergian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya bulan.

Ibu hamil maut nahas

Posted: 17 Dec 2018 07:02 AM PST

SITIAWAN: Wanita mengandung 26 minggu maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 23 Sitiawan-Teluk Intan berhampiran Ladang Arcadia di sini, hari ini.

Abang ipar bernafsu syaitan

Posted: 17 Dec 2018 06:11 AM PST

KULIM: Nafsu syaitan seorang abang ipar yang sanggup merogol adik isterinya yang baharu berusia 12 tahun awal bulan lalu, akhirnya terbalas apabila dia ditahan polis dekat sini, petang tadi.

Adib meninggalkan kita

Posted: 17 Dec 2018 06:09 AM PST

KUALA LUMPUR: Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.41 malam ini.

Khairy 'pujuk' Nurul Izzah

Posted: 17 Dec 2018 05:49 AM PST

KUALA LUMPUR: Selepas 'riuh' berita Nurul Izzah Anwar meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR, Khairy Jamaluddin tampil dengan 'kata-kata semangat' yang ditujukan khas kepada puteri reformasi itu kelihatan seolah-olah mahu 'memujuk' supaya tidak meninggal dunia politik.

Bank komersial tidak kebal boleh disaman pelanggan

Posted: 17 Dec 2018 05:40 AM PST

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini memutuskan bahawa bank komersial tidak boleh bergantung kepada klausa pengecualian dalam perjanjian untuk menghalang pelanggan daripada mengemukakan tuntutan terhadap mereka atas kecuaian.

Nurul Izzah letak jawatan: PKR Permatang Pauh terkejut, sedih

Posted: 17 Dec 2018 02:24 AM PST

BUTTERWORTH: PKR Cabang Permatang Pauh menzahirkan rasa sedih dan terkejut dengan pengumuman peletakan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi negeri.

UMNO Selangor kekal sokongan kepada parti

Posted: 17 Dec 2018 01:25 AM PST

SHAH ALAM: Kepimpinan UMNO Selangor menyatakan pendirian untuk terus menyokong dan kekal setia bersama parti itu biarpun dibelenggu isu tindakan Ahli Parlimen melompat atau keluar daripada UMNO.

Jho Low tidak mahu dibicara di Malaysia

Posted: 17 Dec 2018 05:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan yang diburu, Low Taek Jho atau Jho Low bertegas tidak mahu dibicarakan di Malaysia berhubung dakwaan menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sediakan slot keagamaan di PPS

Posted: 17 Dec 2018 05:20 AM PST

KUALA TERENGGANU: Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) disaran menyediakan slot keagamaan kepada mangsa banjir, terutama kanak-kanak jika menetap lama di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Undian 32 pasukan terakhir Liga Europa

Posted: 17 Dec 2018 05:13 AM PST

NYON, Switzerland: Berikut undian penuh 32 pasukan terakhir Liga Europa sebentar tadi:

City tak akan korban Piala Liga - Guardiola

Posted: 17 Dec 2018 05:09 AM PST

LONDON: Penyandang juara, Manchester City tidak akan mengambil mudah pertemuan suku akhir Piala Liga menentang Leicester City, Rabu ini, kata pengurusnya, Pep Guardiola.

Ringgit ditutup tinggi

Posted: 17 Dec 2018 05:04 AM PST

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan unjuran yang lebih rendah bagi mata wang AS itu, kata peniaga.

Hassan letak jawatan Pengerusi PKR Johor

Posted: 17 Dec 2018 01:06 AM PST

JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mengumumkan secara rasmi meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Johor berkuat kuasa hari ini.

Guru kaunseling dipenjara 7 tahun bersalah beri sokongan, miliki gambar berkaitan Daesh

Posted: 17 Dec 2018 02:51 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang guru kaunseling sekolah menengah dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas didapati bersalah memberi sokongan dan memiliki imej berkaitan kumpulan pengganas Daesh, dua tahun lalu.

Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat

Posted: 17 Dec 2018 04:58 AM PST

KUALA TERENGGANU: Mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dilaporkan terus meningkat kepada 789 orang dan daerah Marang paling teruk terjejas sehingga jam 8 malam ini.

Segera singkir duri dalam daging - Abdullah Sani

Posted: 17 Dec 2018 04:46 AM PST

KUALA LUMPUR: Bekas Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Latheefa Koya diibaratkan sebagai duri dalam daging dan perlu disingkirkan daripada parti.

Pergaduhan di Puchong bukan isu perkauman - Polis

Posted: 17 Dec 2018 04:01 AM PST

SEPANG: Insiden pergaduhan antara pemilik bengkel kenderaan dengan pelanggannya di Taman Putra Perdana, Puchong yang tular di media sosial baru-baru ini bukan membabitkan isu perkauman.

Top Glove raih untung bersih RM110.1 juta

Posted: 17 Dec 2018 04:44 AM PST

KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd, pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia, mencatat keuntungan bersih RM110.06 juta untuk suku pertama berakhir 30 November 2018, meningkat 4.4 peratus susulan meraih perolehan jualan suku tahunan tertinggi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template