Tuesday, December 18, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Pensyarah dipenjara minta habuan seks

Posted: 18 Dec 2018 09:10 AM PST

LAGOS: Gara-gara meminta habuan seks dari pelajar wanita yang terdesak mendapatkan markah tinggi, seorang pensyarah universiti di Nigeria bakal berdepan hukuman penjara kerana kelakuan tidak senonohnya itu.

Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Permaisuri Selangor zahir takziah kematian Adib

Posted: 17 Dec 2018 09:34 PM PST

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, menzahirkan takziah kepada keluarga dan waris anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia jam 9.41 malam tadi.

United pecat Mourinho

Posted: 18 Dec 2018 02:31 AM PST

LONDON: Manchester United memecat pengendalinya, Jose Mourinho berikutan persembahan longlai yang ditampilkan kelab itu musim ini, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu, hari ini.

United pilih masa 'pelik' singkir Mourinho

Posted: 18 Dec 2018 08:28 AM PST

LONDON: Manchester United memilih masa yang 'pelik' untuk memecat Jose Mourinho, kata bekas pemain Lee Sharpe yang turut berpendapat melantiknya sebagai pengurus satu kesilapan.

Ratu boling negara pakar lukis henna

Posted: 17 Dec 2018 06:55 PM PST

HULU LANGAT: Di sebalik kehebatan Nur Umirah Abdul Raduan, melakukan 'strike' setiap kali muncul di pentas boling, jari-jemarinya juga berkemahiran melukis henna sehingga tidak menang tangan memenuhi tempahan pelanggan sehingga 2020.

POLITIK: UMNO saman wakil rakyat keluar parti

Posted: 18 Dec 2018 07:11 AM PST

KUALA LUMPUR: UMNO sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap ahlinya yang 'lompat' parti dan menjadi wakil rakyat bebas, pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya sudah menfailkan writ saman pada 14 November lalu.

Mohamad diberi kepercayaan jalankan tugas Presiden UMNO

Posted: 18 Dec 2018 06:53 AM PST

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan diberi kepercayaan menjalankan tugas Presiden parti itu berkuat kuasa serta merta.

Pukul anggota polis, 3 lelaki ditahan

Posted: 18 Dec 2018 08:11 AM PST

SHAH ALAM: Tiga lelaki ditahan selepas dipercayai memukul seorang anggota polis yang tidak bertugas di Berjaya Park Shah Alam, di sini, malam semalam.

Spurs keutamaan Pochettino

Posted: 18 Dec 2018 07:45 AM PST

LONDON: Mauricio Pochettino menghindarkan sebarang spekulasi yang mengaitkannya dengan Manchester United dengan berkata fokusnya adalah memberikan yang terbaik buat Tottenham.

Rumah pegawai SPRM terbakar : Tiada unsur khianat

Posted: 18 Dec 2018 06:44 AM PST

KUALALUMPUR: Polis menafikan wujud sebarang unsur khianat dalam kes kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat milik seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Taman Setia Tropika, Seri Kembangan, dekat sini, semalam.

Iskandar cabar pemain muda

Posted: 18 Dec 2018 06:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemain profesional negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin percaya sudah tiba masa pemain muda membuktikan kemampuan mereka berikutan peralihan fokus yang dibuat oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Jho Low dakwa kerajaan punca kejatuhan nilai Equanimity

Posted: 18 Dec 2018 06:12 AM PST

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, mendakwa kerajaan Malaysia menjadi punca kejatuhan nilai kapal mewah Equanimity, yang gagal dijual pada pusingan pertama ia dilelongkan selepas disita kerajaan.

300 jemaah solat ghaib Muhammad Adib di Ipoh

Posted: 18 Dec 2018 05:57 AM PST

IPOH: Kira-kira 300 jemaah menyertai solat jenazah ghaib untuk anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, di Masjid Sultan Azlan Shah di sini selepas solat Isyak malam ini.

V Shem-Wee Kiong pula tinggalkan BAM?

Posted: 18 Dec 2018 05:43 AM PST

KUALA LUMPUR: Adakah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bakal kehilangan beregu lelaki nombor satu negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong?

Hasilkan lebih banyak karya seni bertaraf global - Gobind

Posted: 18 Dec 2018 05:21 AM PST

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, melontarkan cabaran supaya penggiat industri seni tanah air berani menghasilkan lebih banyak karya atau kandungan tempatan bertaraf global.

Kontinjen negara cemerlang lepasi sasaran

Posted: 18 Dec 2018 05:13 AM PST

NAY PYI TAW: Sehari sebelum Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2018 melabuhkan tirainya, kontinjen Malaysia bukan sahaja berjaya mencapai sasaran 35 pingat emas yang ditetapkan tetapi turut mendapat bonus dua emas tambahan.

FGV, CMEC kerjasama bangunkan fasiliti kertas pulpa

Posted: 18 Dec 2018 05:09 AM PST

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd (FGV) hari ini menjalin usaha sama dengan China Machinery Engineering Corporation (CMEC) bagi membangunkan fasiliti pengeluaran kertas pulpa serta pengedaran dan pengkomersialan perniagaan produk berkenaan ke pasaran dunia.

Jentera berkuasa perlu litar lebih sempurna

Posted: 18 Dec 2018 04:53 AM PST

KUALA LUMPUR: Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dan penganjur Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS perlu menilai kembali aspek keselamatan dan spesifikasi trek bagi menampung kehendak jentera yang lebih pantas digunakan dalam kategori itu ketika ini.

JBPM tubuh Tabung Wira Merah PB Muhammad Adib

Posted: 18 Dec 2018 04:46 AM PST

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menubuhkan Tabung Wira Merah PB Muhammad Adib bagi membolehkan orang awam menghulurkan sumbangan.

Goldman Sachs dakwa kerajaan terdahulu Malaysia berbohong lepas tuduhan difailkan

Posted: 18 Dec 2018 04:40 AM PST

KUALA LUMPUR: Goldman Sachs menegaskan kerajaan Malaysia yang terdahulu berbohong kepada bank pelaburan itu selepas Malaysia memfailkan pertuduhan terhadap Goldman Sachs Group Inc berhubung skandal kewangan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pochettino calon pilihan ganti Mourinho

Posted: 18 Dec 2018 04:35 AM PST

LONDON: Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino tampil sebagai calon pilihan untuk menggantikan Jose Mourinho yang dipecat sebagai pengendali Manchester United.

Agihan royalti komposer, penulis lirik sepanjang 2018 merosot

Posted: 18 Dec 2018 04:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Penulis lirik terkenal, Ad Samad, mendakwa masalah pengurusan yang lemah dan tidak berwibawa Music Rights Malaysia Berhad (MRM) sebagai faktor agihan royalti Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) kepada komposer serta penulis lirik merosot lebih 50 peratus.

Individu negara ini guna 220 liter air sehari - SPAN

Posted: 18 Dec 2018 04:27 AM PST

SHAH ALAM: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan mewajibkan projek pembangunan baharu menggunakan peralatan cekap air bermula tahun depan selaras usaha kerajaan mengurangkan penggunaan air bagi setiap rakyat kepada 180 liter menjelang 2020.

Kenaikan tarif air tak jejaskan B40

Posted: 18 Dec 2018 04:25 AM PST

SHAH ALAM: Kerajaan memberi jaminan pelaksanaan kenaikan tarif air tidak akan membebankan golongan B40.

Kelantan rai 103 atlet cemerlang

Posted: 18 Dec 2018 03:34 AM PST

KOTA BHARU: Seramai 103 atlet yang meraih pingat dalam pelbagai temasya sukan tempatan dan antarabangsa sepanjang tahun lalu dan tahun ini menerima insentif yang disampaikan oleh kerajaan negeri, hari ini.

Saya nekad dengan keputusan - Nurul Izzah

Posted: 18 Dec 2018 03:32 AM PST

KUALA LUMPUR: Biarpun banyak gesaan supaya menarik balik keputusannya meletakkan jawatan dalam PKR dan kerajaan , Nurul Izzah Anwar nekad dengan tindakannya.

Briged Sukarelawan Media Prima - NSTP Berhad serah bantuan mangsa banjir

Posted: 18 Dec 2018 03:30 AM PST

KUALA SELANGOR: Briged Sukarelawan Media Prima - New Straits Times Press (NSTP) Berhad serah sumbangan berbentuk barang keperluan kepada lebih 190 mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Kuala Selangor.

Ringgit ditutup tinggi

Posted: 18 Dec 2018 03:29 AM PST

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu di tengah-tengah penjualan ekuitinya, kata para peniaga.

Sydney Cake House sasar pendapatan RM100 juta

Posted: 18 Dec 2018 03:22 AM PST

PULAU INDAH: Sydney Cake House Sdn Bhd (SCH) menyasar meraih pendapatan lebih RM100 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pelajar perubatan Malaysia maut di Medan

Posted: 18 Dec 2018 03:14 AM PST

KUANTAN: Seorang pelajar perubatan Malaysia yang terbabit dalam kemalangan ketika menunggang motosikal Ahad lalu, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Haji Adam Malik di Medan, Indonesia semalam.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template