Sunday, December 23, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Bayi lelaki ditemui dalam kotak

Posted: 23 Dec 2018 09:58 AM PST

SEORANG bayi lelaki diletakkan dalam kotak ditemui dalam kawasan surau di AU1, Taman Keramat, Ampang, malam tadi.

Lazarul tewas, empat protege beradu di final Mentor 7

Posted: 23 Dec 2018 08:31 AM PST

SHAH ALAM: Selepas empat minggu bersaing, empat protege iaitu Zaaim, Pasya, Ranisha dan Azmirul mara ke pentas akhir program realiti terbitan TV3, Mentor 7, Ahad depan.

Sokongan kepada Tun M dan BERSATU makin kukuh

Posted: 23 Dec 2018 07:02 AM PST

SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yakin sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti itu semakin kukuh dan meningkat di seluruh negara.

Polis maut motosikal berkuasa tinggi bertembung kereta

Posted: 23 Dec 2018 06:07 AM PST

TUARAN: Seorang anggota polis maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya merempuh Perodua Axia yang memasuki laluan bertentangan di Jalan Sulaman-Serusup berhadapan Tuaran Futsal Arena di sini, petang tadi.

Pengadil bakal berstatus profesional

Posted: 23 Dec 2018 05:01 AM PST

SHAH ALAM: Kempen 2019 akan menjadi medan terbaik untuk 'mencuci' segala kritikan terhadap pengadil bola sepak ketika kempen Liga Malaysia (Liga M) dijangka menggunakan khidmat pegawai perlawanan berstatus profesional.

Cepat pulang sayang - Ifan Seventeen

Posted: 23 Dec 2018 04:47 AM PST

KUALA LUMPUR: 'Hari ini kamu ulang tahun, aku mau ucapin langsung, cepet pulang sayang.' (Hari ini ulang tahun kelahiran kamu, aku mahu mengucapkannya di hadapan kamu, cepat pulang sayang).

GERAS tuntut 7 perkara dalam himpunan Selasa ini

Posted: 23 Dec 2018 04:22 AM PST

KLANG: Gerakan Rakyat Malaysia (GERAS) menuntut tujuh perkara dalam perhimpunan aman Selasa ini, menuntut keadilan bagi kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

PKR tak tuntut kerusi Parlimen Cameron Highlands

Posted: 23 Dec 2018 04:21 AM PST

TEMERLOH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang tidak menuntut kerusi Parlimen Cameron Highlands daripada DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 26 Januari tahun depan.

Saat ngeri konsert dilanda tsunami dirakam

Posted: 23 Dec 2018 03:55 AM PST

JAKARTA: Saat ngeri tsunami, yang difahamkan berpunca daripada letusan gunung berapi Krakatau melanda ketika orang ramai asyik menyaksikan konsert semalam menjadi viral di media sosial.

Malaysia kekal pasaran pesat membangun pilihan pelabur - ahli akademik

Posted: 23 Dec 2018 03:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia masih pasaran pesat membangun pilihan pelabur, walaupun kadar aliran masuk bersih asing yang kini perlahan, kata seorang ahli akademik.

Digi perkenal inisiatif galak pemanduan selamat

Posted: 23 Dec 2018 03:25 AM PST

KUALA LUMPUR: Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) memperkenalkan 'Kereta Terhubung Digi bersama AXA FlexiDrive' iaitu inisiatif untuk menggalakkan rakyat Malaysia supaya sentiasa mengutamakan keselamatan di jalan raya dan memberi ganjaran kepada mereka yang mengamalkan tabiat pemanduan berhemah.

Angka korban tsunami Selat Sunda meningkat 168 orang

Posted: 23 Dec 2018 12:11 AM PST

JAKARTA: Agensi bencana Indonesia mengesahkan angka kematian tsunami yang melanda kawasan pantai sekitar Selat Sunda di antara pulau Sumatera dan Jawa kini meningkat kepada 168 orang.

Korban tsunami Krakatau kini 222 orang

Posted: 23 Dec 2018 03:21 AM PST

PANGDEGLANG: Jumlah korban tsunami di kepulauan Jawa dan Sumatera meningkat kepada 22 orang, hari ini, selepas gempa bumi dasar laut yang mempunyai kaitan dengan letusan gunung berapi Anak Krakatau, menurut pegawai dan media.

Panasonic Malaysia unjur pertumbuhan sehingga lima peratus tahun depan

Posted: 23 Dec 2018 03:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Panasonic Malaysia Sdn Bhd (Panasonic Malaysia) optimis untuk mencatatkan prestasi perniagaan lebih baik dengan sasaran peningkatan pertumbuhan antara empat hingga lima peratus pada tahun depan.

Abdul Rashid letak jawatan, Aminar Rashid bersara

Posted: 23 Dec 2018 03:16 AM PST

KUALA LUMPUR: Industri automotif tempatan bakal menutup kalendar tahun 2018 dengan dua berita agak mengejutkan membabitkan dua pengeluar kereta nasional, PROTON Holdings Bhd (PROTON) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA).

Naza Premira Lancar Edisi Ulang Tahun Ke-50 Primavera

Posted: 23 Dec 2018 03:11 AM PST

KUALA LUMPUR: Naza Premira Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia hari ini melancarkan Edisi Ulang Tahun Primavera ke-50, siri khas yang dikeluarkan Piaggio untuk meraikan 50 tahun Primavera sejak pengenalannya pada 1968.

Laksanakan semula apungan harga minyak mingguan - Rafizi

Posted: 23 Dec 2018 02:48 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa melaksanakan semula sistem apungan harga minyak secara mingguan seperti yang dilaksanakan pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Tarik diri untuk beri peluang kepada pemimpin lain

Posted: 23 Dec 2018 02:41 AM PST

JOHOR BAHRU: Peletakan jawatan sebagai Pengerusi PKR negeri bertujuan memberi peluang kepada pemimpin baharu menggalas jawatan itu.

EKSKLUSIF: Muka melecur angkara kecuaian terima rawatan kecantikan

Posted: 19 Dec 2018 07:19 PM PST

Kuala Lumpur: Wajah seorang eksekutif syarikat insurans melecur teruk terkena air panas daripada peralatan wap (steamer) didakwa kerana kecuaian rakannya ketika memberikan rawatan kecantikan secara bergerak di rumahnya di Klang, Ahad lalu.

Kumpulan 'Seventeen' antara mangsa tsunami Selat Sunda

Posted: 22 Dec 2018 08:39 PM PST

JAKARTA: Kumpulan pop rock terkemuka Indonesia, 'Seventeen' yang sedang mengadakan persembahan, turut menjadi mangsa tsunami yang melanda Selat Sunda, semalam, lapor laman media tempatan, hari ini.

Jalan bak jarum, benang jangan seperti gunting

Posted: 22 Dec 2018 07:00 PM PST

SAYA seperti berjuta penyokong Manchester United 'terkejut dalam lega' apabila mendapat berita penyingkiran Jose Mourinho sebagai pengendali kelab bola sepak terkemuka dunia itu, pertengahan minggu lalu.

Insiden Penculikan: Indonesia akui kesilapan

Posted: 23 Dec 2018 12:20 AM PST

BUKIT KAYU HITAM: Indonesia mengakui kesilapan berhubung insiden penculikan rakyat Malaysia oleh tenteranya di Sarawak.

Sistem pendidikan negara perlu segera diubah

Posted: 23 Dec 2018 01:31 AM PST

KUALA LUMPUR: Sistem pendidikan negara perlu segera diubah seiring perubahan era supaya pelajar mampu dilengkapkan dengan ilmu baharu yang lebih memenuhi pasaran pekerjaan.

CBP sasar RM1 bilion modal syer

Posted: 23 Dec 2018 01:23 AM PST

BUKIT MERTAJAM: Co-opbank Pertama (CBP) mensasarkan untuk menambah jumlah modal syer anggota kepada RM1 bilion menjelang 2020.

11 Cabang PKR di Kelantan sokong Mohd Supardi

Posted: 23 Dec 2018 01:18 AM PST

KOTA BHARU: Sebanyak 11 cabang PKR di Kelantan menyokong pelantikan Datuk Seri Mohd Supardi Md Noor, sebagai Pengerusi PKR yang baharu bagi menggantikan Ab Aziz Ab Kadir.

Terima kasih BERSATU - Mohamed Khaled

Posted: 23 Dec 2018 01:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Bekas wakil rakyat UMNO yang keluar meninggalkan parti itu disifatkan sebagai bukan pejuang sebaliknya terdesak mengejar peluang.

DAP tolak cadangan letak calon BERSATU di Cameron Highlands

Posted: 23 Dec 2018 01:06 AM PST

KUANTAN: DAP Pahang menolak cadangan supaya wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dipertimbangkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highland 26 Januari tahun depan.

BSN selesai masalah kereta Muhammad Adib

Posted: 23 Dec 2018 01:04 AM PST

ALOR SETAR: Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, tidak lagi dibeban dengan pinjaman kereta apabila Bank Simpanan Nasional (BSN) membatalkan nama Muhammad Adib sebagai peminjam, sekali gus menyelesaikan pembiayaan untuk kenderaan jenis Perodua Myvi berwarna hitam yang dibeli Allahyarham pada Oktober lalu.

Kampung Danau Melikin 'lubuk' Tentera Indonesia

Posted: 23 Dec 2018 12:58 AM PST

SERIAN: Lokasi Kampung Danau Melikin berhampiran Wong Rangkai, Balai Ringin, di sini yang hanya 400 meter dari sempadan Sarawak - Kalimantan Barat dipercayai menjadi 'lubuk' Tentera Indonesia mengugut penduduk kampung yang menjalankan aktiviti pembalakan dan pertanian di kawasan itu.

Lelaki Malaysia ditahan di Jepun cuba seludup dadah

Posted: 23 Dec 2018 12:53 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Jepun selepas didapati cuba menyeludup empat kilogram dadah di Lapangan Terbang Kansai, Osaka, Jepun, 27 November lalu.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template