BH Online - Terkini |
- Defoe terima medal selepas 10 tahun
- Mount Etna meletus lagi
- 34 mayat dalam kubur besar
- Ribuan penduduk dipindah akibat bunyi rekahan kuat
- Sah isteri Ifan Seventeen maut dalam tsunami
- Klopp tak senang duduk
- Barcelona terima amaran AS serangan sempena Krismas
- Pelebaran sayap BERSATU ke Sabah ditentukan dalam tempoh sebulan
- PM akan campur tangan isu pengambilan tenaga kerja Nepal
- Terkini: Korban tsunami 373 orang
- Memang ajaib jika Newcastle mampu bertahan
- Israel adakan pilihan raya April 2019
- Terima positif kajian Invoke
- Promosi harga menjunam tarik pelanggan Singapura
- Nawaz Sharif dipenjara 7 tahun
- Pemain bass Seventeen tinggalkan isteri hamil, anak kecil
- Wariskan perpaduan kepada generasi akan datang - Dr Mahathir
- Soong sasar kelompok 30 menjelang Jun 2019
- Trio import Kedah tiba Khamis ini
- Nabil, Azri taruhan baharu THT
- PAS hanya akan jadi pembangkang buat selamanya
- Rokok, tujuh kenderaan bernilai RM1.1 juta dirampas
- <img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> Kanak-kanak diarak bak sang pendekar
- MARC kekal positif terhadap penarafan hutang negara
- Ringgit ditutup rendah
- AACL jual Merah Aviation
- Bursa Malaysia ditutup tinggi
- MAINJ peruntuk RM15 juta untuk pelajar miskin
- Raimi terus jadi 'ekor' Zainal
- Bangladesh tutup kem Rohingya 3 hari
| Defoe terima medal selepas 10 tahun Posted: 24 Dec 2018 08:32 AM PST LONDON: Bekas penyerang Tottenham Hotspur, Jermain Defoe menerima pingat kemenangan Piala Liga pada 2008, selepas 10 tahun Spurs menewaskan Chelsea di perlawanan akhir. |
| Posted: 24 Dec 2018 08:04 AM PST ROM: Gunung berapi di Mount Etna dilaporkan meletus hari ini dengan mengeluarkan debu selain menghasilkan beberapa gempa bumi kecil sehingga menyebabkan penutupan separuh ruang udara Sicily di sekitar pergunungan itu. |
| Posted: 24 Dec 2018 07:39 AM PST TRIPOLI: Pihak berkuasa Libya dilaporkan menemui 34 mayat Kristian Habsyah yang dibunuh militan Daesh di Libya pada 2015 dalam satu kubur besar. |
| Ribuan penduduk dipindah akibat bunyi rekahan kuat Posted: 24 Dec 2018 07:17 AM PST SYDNEY: Polis Australia memindahkan ribuan orang dari sebuah pangsapuri di barat bandar ini menjelang malam sambutan Krismas selepas penduduk melaporkan mendengar bunyi 'rekahan kuat' daripada bangunan setinggi 38 tingkat itu. |
| Sah isteri Ifan Seventeen maut dalam tsunami Posted: 24 Dec 2018 06:35 AM PST BANTEN: Vokalis kumpulan Seventeen, Riefian Fajarsyah atau Ifan akhirnya menemukan jenazah isterinya, Dylan Sahara, dua hari selepas tsunami membadai malam Sabtu lalu. |
| Posted: 24 Dec 2018 06:21 AM PST LONDON: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tidak akan sesekali bersikap ambil mudah dengan kedudukan teratas pasukannya ketika ini, terutama menjelang jadual yang padat selepas perayaan Krismas. |
| Barcelona terima amaran AS serangan sempena Krismas Posted: 24 Dec 2018 06:08 AM PST BARCELONA: Bandar ini dalam keadaan berjaga-jaga hari ini selepas Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) memberi amaran risiko serangan pengganas di bandar kedua terbesar Sepanyol itu ketika cuti Krismas. |
| Pelebaran sayap BERSATU ke Sabah ditentukan dalam tempoh sebulan Posted: 24 Dec 2018 02:21 AM PST KUALA LUMPUR: Keputusan berhubung pelebaran sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ke Sabah akan ditentukan dalam tempoh sebulan. |
| PM akan campur tangan isu pengambilan tenaga kerja Nepal Posted: 24 Dec 2018 05:59 AM PST KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan campur tangan dalam isu membabitkan pengambilan tenaga kerja dari Nepal yang dihadapi syarikat kawalan keselamatan. |
| Terkini: Korban tsunami 373 orang Posted: 24 Dec 2018 05:46 AM PST JAKARTA: Angka korban akibat serangan tsunami di Selat Sunda meningkat kepada sekurang-kurangnya 373 orang dan mencederakan lebih 1,400 lain di barat Jawa dan selatan Sumatera, kata seorang pegawai hari ini. |
| Memang ajaib jika Newcastle mampu bertahan Posted: 24 Dec 2018 05:39 AM PST LONDON: Rafael Benitez percaya, jika Newcastle dapat mengekalkan status mereka di Liga Perdana Inggeris untuk saingan musim depan, ia memang dianggap satu lagi keajaiban. |
| Israel adakan pilihan raya April 2019 Posted: 24 Dec 2018 05:25 AM PST BAITULMAQDIS: Israel akan mengadakan pilihan raya umum April depan, kata jurucakap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu di Twitter hari ini selepas satu mesyuarat diadakan antara anggota pentadbiran pakatan. |
| Posted: 24 Dec 2018 05:20 AM PST KANGAR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) seharusnya bersikap positif dan profesional dalam menerima keputusan atau maklum balas kaji selidik terhadap prestasi pemimpin dan kerajaan. |
| Promosi harga menjunam tarik pelanggan Singapura Posted: 24 Dec 2018 05:17 AM PST JOHOR: Promosi beli satu percuma satu, potongan harga 50 peratus dan nilai tukaran mata wang tiga kali ganda menjadi faktor penarik kepada rakyat Singapura berbelanja saat akhir sempena Krismas di bandar raya ini. |
| Nawaz Sharif dipenjara 7 tahun Posted: 24 Dec 2018 05:10 AM PST ISLAMABAD: Sebuah mahkamah Pakistan hari ini memenjarakan bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif selama tujuh tahun atas tuduhan rasuah yang dikatakan pemimpin itu bermotif politik. |
| Pemain bass Seventeen tinggalkan isteri hamil, anak kecil Posted: 24 Dec 2018 04:48 AM PST JAKARTA: Majlis pengebumian diadakan untuk anggota kumpulan pemuzik Indonesia, Seventeen yang maut apabila tsunami membadai pentas ketika mereka sedang membuat konsert terbuka malam Sabtu lalu. |
| Wariskan perpaduan kepada generasi akan datang - Dr Mahathir Posted: 24 Dec 2018 03:57 AM PST KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sikap saling menghargai dan menghormati antara rakyat berbilang kaum dan agama, telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik, bersatu dan kuat. |
| Soong sasar kelompok 30 menjelang Jun 2019 Posted: 24 Dec 2018 02:12 AM PST KUALA LUMPUR: Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Soong Joo Ven menyasarkan untuk berada di kedudukan 30 teratas, dalam ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menjelang Jun 2019. |
| Trio import Kedah tiba Khamis ini Posted: 24 Dec 2018 04:21 AM PST ALOR SETAR: Tiga pemain import baharu yang akan memperkasakan skuad Kedah bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan dijadualkan tiba, Khamis ini. |
| Nabil, Azri taruhan baharu THT Posted: 24 Dec 2018 04:17 AM PST KUALA LUMPUR: Kehadiran dua pemain kebangsaan, Nabil Fiqri Mohd Noor serta Muhammad Azri Hassan dijangka memberi impak besar kepada Pasukan Hoki Terengganu (THT) bagi mengharungi saingan Liga Premier, TNB Liga Hoki Malaysia musim depan. |
| PAS hanya akan jadi pembangkang buat selamanya Posted: 24 Dec 2018 12:49 AM PST KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin, membayangkan PAS hanya akan menjadi parti pembangkang buat selama-lamanya. |
| Rokok, tujuh kenderaan bernilai RM1.1 juta dirampas Posted: 24 Dec 2018 02:32 AM PST PELABUHAN KLANG: Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang merampas 4,560 karton pelbagai jenama rokok seludup dan tujuh kenderaan bernilai RM1.1 juta dalam serbuan di tepi Sungai Bagan Tengkorak, Kuala Selangor, di sini, pagi tadi. |
| Posted: 24 Dec 2018 04:04 AM PST MUAR: "Tanak nasi di pohon jejawi, tiup api di tepi akar, adat lelaki masuk berjawi, diarak dikendong laksana pendekar." |
| MARC kekal positif terhadap penarafan hutang negara Posted: 24 Dec 2018 04:08 AM PST KUALA LUMPUR: Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) kekal positif dengan kedudukan penarafan hutang negara meskipun tinjauan penarafan itu sendiri berdepan tekanan. |
| Posted: 24 Dec 2018 04:04 AM PST KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan sentimen yang lemah memandangkan ramai peserta kini bercuti sempena Krismas dan cuti panjang hujung tahun, kata peniaga. |
| Posted: 24 Dec 2018 04:04 AM PST SEPANG: AirAsia Group Bhd (AirAsia), menerusi anak syarikat milik penuhnya, Asia Aviation Capital Ltd (AACL), memeterai perjanjian untuk menjual Merah Aviation Asset Holding Ltd (Merah Aviation) kepada AS Air Lease Holdings 5T DAC, entiti yang dikawal Castlelake LP berjumlah AS$786 juta (RM3.20 bilion) |
| Posted: 24 Dec 2018 04:03 AM PST KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatat paras tertinggi harian 1,683.82 iaitu menokok 13.54 mata atau 0.81 peratus berbanding 1,670.28 sewaktu ditutup pada Jumaat lalu. |
| MAINJ peruntuk RM15 juta untuk pelajar miskin Posted: 24 Dec 2018 04:02 AM PST BATU PAHAT: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memperuntukkan sebanyak RM15 juta zakat untuk bantuan pendidikan kepada 50,000 pelajar dan 38,000 pelajar kurang mampu bagi membeli pakaian sekolah. |
| Raimi terus jadi 'ekor' Zainal Posted: 24 Dec 2018 02:54 AM PST MELAKA: Kehadiran ramai pemain berpengalaman serta faktor keserasian bersama jurulatih, Zainal Abidin Hassan membuatkan Raimi Md Nor cukup yakin, skuad Melaka United (MU) mampu menjadi pencabar utama Liga Super bagi musim 2019. |
| Bangladesh tutup kem Rohingya 3 hari Posted: 24 Dec 2018 03:32 AM PST COX'S BAZAR: Bangladesh akan menutup kem pelarian yang menempatkan kira-kira sejuta Muslim Rohingya selama tiga hari sempena pilihan raya umum negara itu minggu ini, kata pihak berkuasa. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment