BH Online - Terkini |
- Kerajaan tutup selagi tiada dana tembok AS - Trump
- Palace cukup yakin mampu ratah Cardiff
- Cabaran getir bangunkan pengajian Islam
- Buda gembira tamatkan badi lima tahun
- Kapal karam: 6 selamat, 3 hilang
- Ferguson cadang nama Solskjaer, Phelan
- PERANTAU terus melangkah
- Sultan, Sultanah Kedah ucap takziah dan simpati kepada kerajaan Indonesia
- BERSATU tak mampu ganti UMNO
- 3 maut, 11 cedera kementerian luar Libya diserang
- Noorkhiriah ulas produk sebab dah tak laku?
- NGO berkumpul untuk solat jenazah ghaib buat Muhammad Adib
- GERAS kecewa kenyataan berunsur provokasi Azwanddin
- BERSATU Merbok lewat kemuka dokumen diminta ROS
- Pemuda PH Kedah tolak sentimen berbaur perkauman
- GERAS mahu serah memorandum kepada Agong desak pecat Waytha Moorthy
- Bukan tak sayang UMNO - Mas Ermieyati
- Mayat dengan kesan tikaman ditemui dalam longkang
- NGO, OKU sertai perhimpunan aman menuntut keadilan bagi Muhammad Adib
- Thailand luluskan penggunaan ganja untuk perubatan sebagai 'hadiah' Tahun Baharu
- Abdul Karim sertai BERSATU, tidak mahu jawatan
- Tangguh dulu larangan merokok di premis makanan
- Quraataina buat persiapan awal ke Manila
- Saya bukan 'penumpang'
- Keputusan tak sambung kontrak Mat Don muktamad
- 40 peratus peminjam TEKUN culas bayar balik pinjaman
- Tiada ruang untuk berita palsu, mesej jahat dalam Malaysia Baharu - Dr Wan Azizah
- Bekas menteri Law Hieng Ding meninggal dunia
- Anak Kam Fook cabar Apek
- Shahril bawa diri ke Perlis
| Kerajaan tutup selagi tiada dana tembok AS - Trump Posted: 25 Dec 2018 07:57 AM PST WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menegaskan penutupan sebahagian kerajaan persekutuan negara itu akan berterusan sehingga tuntutan dana untuk pembinaan tembok sempadan dengan Mexico diluluskan. |
| Palace cukup yakin mampu ratah Cardiff Posted: 25 Dec 2018 07:03 AM PST LONDON: Selepas melakar kemenangan mengejut ke atas Manchester City, kini Crystal Palace berada pada tahap keyakinan cukup tinggi ketika menanti kunjungan Cardiff menjelang 'Boxing Day' dan tidak sabar untuk meraih kemenangan seterusnya. |
| Cabaran getir bangunkan pengajian Islam Posted: 25 Dec 2018 02:43 AM PST USIA Madrasah Darul Uloom Al Mustafa yang terletak di Kampung Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh, Selangor ini baru saja mencecah empat tahun. Namun pusat pengajian ilmu Islam itu sudah berhadapan dengan cabaran yang bukan sedikit. |
| Buda gembira tamatkan badi lima tahun Posted: 25 Dec 2018 05:04 AM PST KUALA LUMPUR: Walaupun gagal bergelar juara dalam tempoh lima tahun, atlet bina badan negara, Buda Anchah tidak pernah berputus asa, jauh sekali memikirkan mahu bersara kerana dia cukup yakin detiknya akan tiba. |
| Kapal karam: 6 selamat, 3 hilang Posted: 25 Dec 2018 06:17 AM PST KOTA TINGGI: Enam anak kapal lelaki warga Bangladesh dan China diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), manakala tiga lagi hilang selepas kapal dagang karam dibadai ombak di perairan Tanjung Sepang, di sini, petang tadi. |
| Ferguson cadang nama Solskjaer, Phelan Posted: 25 Dec 2018 06:08 AM PST LONDON: Bekas pengurus legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson dilaporkan turut campur tangan mendapatkan khidmat bekas penyerang kelab itu, Ole Gunnar Solskjaer selaku pengurus sementara Red Devils. |
| Posted: 25 Dec 2018 06:04 AM PST KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 ahli Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU) dan keluarga berkumpul di Kafe Masakan Terengganu Asli, Masjid Bandar Kinrara, di sini, hari ini, bagi memperkukuhkan persatuan dan kesatuan sesama ahli. |
| Sultan, Sultanah Kedah ucap takziah dan simpati kepada kerajaan Indonesia Posted: 25 Dec 2018 05:54 AM PST ALOR SETAR: Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff, hari ini menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan Indonesia serta mangsa yang terjejas akibat tsunami baru-baru ini. |
| Posted: 25 Dec 2018 05:49 AM PST KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak mampu menggantikan UMNO sebagai wadah utama orang Melayu dan Bumiputera walaupun tidak lagi menjadi kerajaan. |
| 3 maut, 11 cedera kementerian luar Libya diserang Posted: 25 Dec 2018 05:46 AM PST TRIPOLI: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, hari ini, akibat serangan pengebom nekad di Kementerian Luar Libya di ibu negara itu. |
| Noorkhiriah ulas produk sebab dah tak laku? Posted: 25 Dec 2018 01:32 AM PST KUALA LUMPUR: Tidak peduli kata-kata orang, Noorkhiriah mahu terus aktif membuat ulasan produk di laman sosial biarpun ada pihak menyindir kononnya dia sudah tidak 'laku'. |
| NGO berkumpul untuk solat jenazah ghaib buat Muhammad Adib Posted: 25 Dec 2018 01:17 AM PST KLANG: Perhimpunan Aman 'Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat Waytha Moorthy' anjuran Gerakan Masyarakat Malaysia (GERAS) yang disertai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di Masjid Bandar Diraja Klang di sini, hari ini. |
| GERAS kecewa kenyataan berunsur provokasi Azwanddin Posted: 25 Dec 2018 04:27 AM PST KLANG: Gerakan Masyarakat Malaysia (GERAS) kecewa dengan kenyataan provokasi Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah Ariffin Abu Bakar, ketika berucap di Perhimpunan Aman Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat P Waytha Moorthy, petang tadi. |
| BERSATU Merbok lewat kemuka dokumen diminta ROS Posted: 25 Dec 2018 12:04 AM PST SUNGAI PETANI: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Merbok bakal berdepan tindakan pembubaran sementara berikutan surat Perintah Mengemukakan Maklumat mengikut Sekyen 14(2) Akta Pertubuhan 1966 dikeluarkan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 10 Disember lalu. |
| Pemuda PH Kedah tolak sentimen berbaur perkauman Posted: 25 Dec 2018 04:14 AM PST ALOR SETAR: Pemuda Pakatan Harapan (PH) Kedah menolak sebarang sentimen berbaur perkauman yang cuba dimainkan oleh mana-mana pemimpin kerana ia berupaya memecah belahkan agenda pembangunan negara. |
| GERAS mahu serah memorandum kepada Agong desak pecat Waytha Moorthy Posted: 25 Dec 2018 04:07 AM PST KLANG: Gerakan Rakyat Malaysia (GERAS) akan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, bagi mendesak kerajaan memecat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy. |
| Bukan tak sayang UMNO - Mas Ermieyati Posted: 25 Dec 2018 04:06 AM PST ALOR GAJAH: Ahli Parlimen Masjid Tanah yang keluar UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin, menjelaskan beliau bukan tidak sayang UMNO tetapi lebih mengutamakan kelangsungan politik orang Melayu. |
| Mayat dengan kesan tikaman ditemui dalam longkang Posted: 24 Dec 2018 11:29 PM PST BUTTERWORTH: Mayat seorang lelaki dengan kesan tiga tikaman di perut dan kelar di leher ditemui dalam longkang di Jalan Bunga Raya Merah 1, Mak Mandin, di sini hari ini. |
| NGO, OKU sertai perhimpunan aman menuntut keadilan bagi Muhammad Adib Posted: 25 Dec 2018 02:53 AM PST KLANG: Lebih 1,000 peserta Perhimpunan Aman Keadilan Untukmu Adib & Desakan Pecat P Waytha Moorthy menyertai solat jenazah ghaib yang dianjurkan Gerakan Masyarakat Malaysia (GERAS) di Masjid Bandar Diraja, di sini, hari ini. |
| Thailand luluskan penggunaan ganja untuk perubatan sebagai 'hadiah' Tahun Baharu Posted: 25 Dec 2018 01:39 AM PST BANGKOK: Thailand meluluskan ganja untuk penggunaan penyelidikan dan perubatan, hari ini, dan muncul sebagai negara pertama di rantau Asia yang mempunyai undang-undang dadah paling ketat di dunia dalam membenarkan dadah itu. |
| Abdul Karim sertai BERSATU, tidak mahu jawatan Posted: 25 Dec 2018 03:02 AM PST ALOR GAJAH: Selepas bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik keluar UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Kapten (B) Abdul Karim Sulaiman pula bertindak sedemikian, hari ini. |
| Tangguh dulu larangan merokok di premis makanan Posted: 25 Dec 2018 02:57 AM PST KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) menyifatkan merokok sebagai kebiasaan masyarakat negara ini yang sudah sebati dalam diri seorang perokok dan sukar untuk membendung ketagihan itu. |
| Quraataina buat persiapan awal ke Manila Posted: 25 Dec 2018 02:41 AM PST KUALA LUMPUR: Biarpun program latihan dan senarai pelumba ke Sukan SEA Manila 2019 belum dimuktamadkan, ratu basikal lasak negara, Noor Quraataina Mamat sudah memulakan latihan bagi menghadapi saingan acara BMX Supercross di temasya sukan terbesar di Asia Tenggara itu. |
| Saya bukan 'penumpang' Posted: 25 Dec 2018 02:29 AM PST KUALA TERENGGANU: Penyerang baharu skuad Terengganu FC (TFC), Khairul Izuan Rosli tidak sanggup dilabel sebagai penumpang atau pelengkap senarai dalam pasukannya, sebaliknya mahu membuktikan dia memang bernilai. |
| Keputusan tak sambung kontrak Mat Don muktamad Posted: 25 Dec 2018 02:28 AM PST ALOR SETAR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menegaskan tidak akan membuat pusingan U dengan mendapatkan semula khidmat bekas pemain import, Liridon Krasniqi semata-mata mahu membantunya menjadi pemain naturalisasi Harimau Malaya. |
| 40 peratus peminjam TEKUN culas bayar balik pinjaman Posted: 25 Dec 2018 02:24 AM PST TANAH MERAH: Kira-kira 40 peratus daripada 419,000 usahawan kecil dan sederhana yang meminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional, dikenal pasti culas untuk membayar balik pinjaman berkenaan. |
| Tiada ruang untuk berita palsu, mesej jahat dalam Malaysia Baharu - Dr Wan Azizah Posted: 25 Dec 2018 02:24 AM PST PETALING JAYA: Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sengaja mengancam keharmonian dan keamanan negara. |
| Bekas menteri Law Hieng Ding meninggal dunia Posted: 25 Dec 2018 01:42 AM PST KUCHING: Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Tan Sri Law Hieng Ding, meninggal dunia sejurus sebelum jam 5 pagi tadi pada hari Krismas pada berusia 83 tahun. |
| Posted: 25 Dec 2018 01:37 AM PST MELAKA: Melaka United (MU) bakal mendapat sentuhan bekas penjaga gol yang pernah beraksi di liga Hong Kong, Oscar Wong Tse Yang, bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M), musim depan. |
| Posted: 25 Dec 2018 01:13 AM PST KUALA TERENGGANU: Selepas hasratnya untuk menyarung jersi negeri kelahirannya, Terengganu FC (TFC) dipandang sepi, penjaga gol Shahril Sa'ari akhirnya memilih Perlis sebagai destinasinya musim depan. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment