Thursday, December 27, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Israel berjanji halang keahlian penuh Palestin di PBB

Posted: 27 Dec 2018 09:48 AM PST

NEW YORK: Israel berjanji untuk bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) untuk menghalang cubaan penduduk Palestin mendapat status keahlian penuh dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana ia akan memberikan pengiktirafan antarabangsa kepada negara Palestin.

Van Dijk tetap berwaspada

Posted: 27 Dec 2018 09:36 AM PST

LONDON: Pertahanan Virgil van Dijk mengakui kini adalah tempoh paling mengujakan untuk bergelar pemain Liverpool tetapi memberi amaran pendahulu carta Liga Perdana itu masih belum merangkul sebarang gelaran.

Pochettino sedih hilang khidmat Son

Posted: 27 Dec 2018 09:16 AM PST

LONDON: Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino terpaksa akur kehilangan penyerang berbisanya, Son Heung-min berikutan tugasan bersama skuad kebangsaan Korea Selatan di Piala Asia, bulan depan.

Trio import Kedah tiba di Darul Aman

Posted: 27 Dec 2018 09:11 AM PST

ALOR SETAR: Lebih 200 penyokong setia pasukan Kedah hadir menyambut ketibaan tiga pemain import baharu pasukan itu untuk beraksi pada musim 2019 di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar malam tadi.

Sorotan kisah terhangat sepanjang 2018 dalam Apa Kes?

Posted: 27 Dec 2018 12:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Tinggal beberapa hari lagi 2018 bakal berlabuh dengan pelbagai kenangan mengisi perjalanan hidup setiap insan.

UKM FC, Perlis, TFC II lengkap slot Liga Perdana

Posted: 27 Dec 2018 08:37 AM PST

KUALA LUMPUR: UKM FC, Perlis dan Terengganu FC II (TFC II) melengkapkan slot 12 pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Perdana bagi musim depan.

Pemilik sebuah stesen minyak bakal dikenakan tindakan tegas

Posted: 27 Dec 2018 08:24 AM PST

SHAH ALAM: Pemilik sebuah stesen minyak di Petaling Jaya bakal berdepan tindakan tegas selepas dikesan menutup premisnya tanpa memaklumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Nahas Lion Air: Boeing disaman kerana pesawat 'berbahaya'

Posted: 27 Dec 2018 07:25 AM PST

CHICAGO: Satu tuntutan saman yang difailkan di sini menyalahkan Boeing terhadap nahas pesawat Lion Air di luar pantai Indonesia yang mengorbankan kesemua penumpang di dalamnya, mendakwa pesawat pengeluar itu 'berbahaya secara tidak munasabah', umum sebuah firma perundangan Amerika Syarikat (AS) semalam.

Peminat Inter Milan maut dilanggar

Posted: 27 Dec 2018 06:41 AM PST

ROME: Seorang penyokong kelab Inter Milan maut hari ini selepas dilanggar sebuah kenderaan ketika pergaduhan membabitkan penyokong Napoli sebelum perlawanan Serie A membabitkan kedua-dua pasukan di San Siro, semalam.

Messi rindu Neymar, Guardiola

Posted: 27 Dec 2018 06:35 AM PST

LONDON: Lionel Messi mengakui cukup gembira jika Neymar kembali ke pangkuan Barcelona tetapi menegaskan gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) tidak akan melepaskan asetnya itu.

Op Gading diteruskan - Dr Wan Azizah

Posted: 27 Dec 2018 06:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Operasi Gading (Op Gading) di Cameron Highlands yang ditangguhkan sejak Mei hingga Oktober lalu, akan diteruskan dan akan dilaksanakan menggunakan kaedah dan strategi pelbagai serta inklusif pada masa akan datang.

Penjawat awam perlu jadi penstabil profesional - Sultan Nazrin

Posted: 27 Dec 2018 06:18 AM PST

GEORGETOWN: Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, menitahkan penjawat awam supaya berfungsi sebagai penstabil yang profesional lagi neutral ketika berdepan tafsiran politik yang berbeza.

Menteri Luar Arab Saudi diturunkan pangkat

Posted: 27 Dec 2018 05:52 AM PST

RIYADH: Raja Salman Arab Saudi melantik menteri luar baharu negara itu dalam satu penyusunan semula jawatan kerajaan, hari ini, menurut perintah diraja.

Amy belum sedia bersara

Posted: 27 Dec 2018 05:41 AM PST

KUALA LUMPUR: Gimnas negara, Amy Kwan mengakui tahun 2018 cukup bermakna buat dirinya dengan pencapaian dirangkul selain anugerah Olimpian negara diterima baru-baru ini. 

Enam lagi bom meletup di Wilayah Songkla

Posted: 27 Dec 2018 05:36 AM PST

SONGKLA: Wilayah Songkla di selatan Thailand terus bergolak apabila enam lagi bom dilapor diletupkan di beberapa daerah di wilayah yang terletak berhampiran sempadan Malaysia -Thailand itu hari ini.

Salah tak bersalah

Posted: 27 Dec 2018 05:27 AM PST

LONDON: Penyerang Liverpool, Mohamed Salah tidak berdepan tindakan daripada Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) susulan insiden yang menyaksikannya memperoleh penalti ketika kemenangan 4-0 ke atas Newcastle United, pada aksi Boxing Day lalu.

TV3 - PDRM juara pertandingan menembak

Posted: 27 Dec 2018 05:03 AM PST

KUALA LUMPUR: Kumpulan yang menggandingkan jurugambar TV3 dan anggota polis muncul juara dalam pertandingan menembak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bersama media dan agensi kerajaan hari ini.

Polis cari saksi nahas

Posted: 27 Dec 2018 05:09 AM PST

PETALING JAYA: Saksi kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal, Hasnina Norsafri, 22, di Kilometer 13.5 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) hala ke Damansara, di sini Khamis lalu, diminta tampil membantu siasatan polis.

Undian sukar pemain remaja negara di Birmingham

Posted: 27 Dec 2018 04:49 AM PST

KUALA LUMPUR: Barisan pemain skuasy remaja negara perlu menampilkan persembahan terpuji jika mahu melangkah lebih jauh di kejohanan Terbuka Remaja British (BJO) di Birmingham, bulan depan selepas lawan sukar, Mesir dijadual menanti mereka di suku akhir.

Perangi perkauman, lawan 'orang bodoh': Sarri

Posted: 27 Dec 2018 04:44 AM PST

LONDON: Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri percaya 'peperangan' terhadap masalah perkauman di kalangan peminat kelab itu sebagai 'melawan orang bodoh'.

Warga emas meninggal dalam pesawat ke Tanah Suci

Posted: 27 Dec 2018 04:37 AM PST

SUNGAI BESAR: Hasrat seorang wanita warga emas menunaikan umrah bersama ahli keluarga tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia dalam pesawat yang dalam perjalanan ke Madinah, awal pagi tadi.

UniSZA, YPKT kaji pemakanan atlet angkat berat

Posted: 27 Dec 2018 04:32 AM PST

KUALA TERENGGANU: Atlet angkat berat Terengganu mendapat 'mentor' dalam bidang pemakanan apabila Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bersetuju menjalin kerjasama dengan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), bagi menjalankan kajian pemakanan terhadap atlet sukan itu.

Penganjuran Syarahan Tun Abdul Razak Terkemuka ke-10 kutip RM12,950 untuk NASOM

Posted: 27 Dec 2018 04:15 AM PST

SHAH ALAM: Penganjuran Syarahan Tun Abdul Razak Terkemuka ke-10 yang membabitkan tiga institusi pengajian tinggi, baru-baru ini, berjaya mengumpulkan sebanyak RM12,950 untuk disumbangkan kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).

Ibu mangsa dera buat laporan polis

Posted: 27 Dec 2018 04:23 AM PST

JOHOR BAHRU: Ibu kepada kanak-kanak lima tahun yang meninggal dunia dan tiga tahun yang kini sedang dirawat, disyaki didera ibu tiri di rumah mereka dekat Bandar Dato' Onn di sini, membuat laporan polis petang tadi.

Bahagian awam Gagasan Nadi Cergas terlebih langgan 20.2 kali

Posted: 27 Dec 2018 04:12 AM PST

KUALA LUMPUR: Bahagian awam tawaran awam permulaan (IPO) Gagasan Nadi Cergas Bhd terlebih langgan sebanyak 20.2 kali.

PAS dinasihat usah jaga tepi kain orang

Posted: 27 Dec 2018 04:12 AM PST

KUALA TERENGGANU: Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah disaran mengukur baju di badan sendiri sebelum menjaga tepi kain orang lain apabila mengeluarkan kenyataan UMNO perlu dibubarkan segera dan dianggap tidak mempunyai masa depan.

Wajah baharu mantapkan pengisian Buletin TV3

Posted: 27 Dec 2018 04:09 AM PST

PETALING JAYA: Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad memperkenalkan empat penyampai baharu Buletin TV3, sejajar dengan matlamat untuk

KFA mahu heret FAM ke mahkamah 

Posted: 27 Dec 2018 03:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) akan mengheret Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) selepas tidak berpuas hati dengan keputusan badan induk itu menolak rayuan berhubung jumlah pampasan pemain mudanya, Akhyar Rashid.

Polis Indonesia bakar 800 kg ganja, methamphetamine

Posted: 27 Dec 2018 03:47 AM PST

BANDA ACEH: Polis Indonesia membakar timbunan ganja seberat 800 kilogram (kg) serta 19 kilogram methamphetamine yang dirampas dalam serbuan tahun ini di wilayah Aceh di sini.

3 jam tahan azab, kaki tersepit mesin kisar plastik kitar semula

Posted: 27 Dec 2018 03:47 AM PST

KAJANG: Kaki kanan seorang pekerja warga Indonesia cedera parah selepas tersepit separas peha pada mesin pengisar barangan plastik dalam kejadian di sebuah kilang kitar semula di Batu 23, Jalan Sungai Lalang, Semenyih di sini, pagi tadi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template