Monday, December 3, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Mati kerana pisang?

Posted: 03 Dec 2018 02:36 PM PST

MARANG: Seorang lelaki ditemui mati dalam kejadian di belakang sebuah rumah di Kampung Tebakang, Bukit Payong, di sini, semalam.

Penduduk Sungai Udang, Tangga Batu usah panik

Posted: 03 Dec 2018 01:06 AM PST

MELAKA: Kebakaran dalam kawasan loji penapisan milik PETRONAS Penapisan Melaka Sdn Bhd di Sungai Udang di sini, pagi tadi menimbulkan kebimbangan penduduk sehingga ada yang bertindak meninggalkan rumah masing-masing disebabkan khuatir keselamatan terancam.

Bakat tok dalang Cina 'tumpah' ke cucu

Posted: 02 Dec 2018 11:27 PM PST

PASIR MAS: Eyo Hock Seng ialah satu-satunya tok dalang dalam persembahan wayang kulit berbangsa Cina di Kelantan yang menceburi bidang itu lebih 40 tahun lalu.

Dua kementerian terima teguran punitif

Posted: 03 Dec 2018 12:28 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pengangkutan adalah antara kementerian yang mendapat teguran secara punitif berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara Siri Kedua.

Kementerian, agensi kerajaan terbabit promosi eksport perlu kurangkan birokrasi - PM

Posted: 03 Dec 2018 08:20 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian dan agensi kerajaan yang terbabit dalam pelbagai program promosi eksport di luar negara perlu bersedia untuk melepaskan dan berkongsi tanggungjawab dalam usaha mengurangkan kerenah birokrasi.

England jumpa Belanda, Portugal lawan Switzerland

Posted: 03 Dec 2018 08:01 AM PST

DUBLIN: England akan berdepan Belanda untuk mencari tempat ke final Liga Negara-Negara manakala tuan rumah Portugal berdepan Switzerland dalam satu lagi pertembungan separuh akhir selepas undian sebentar tadi di Dublin.

Lima pengganas ditembak mati di Burkina Faso

Posted: 03 Dec 2018 07:44 AM PST

OUAGADOUGOU: Polis menembak mati enam orang di timur Burkina Faso semasa 'serangan pengganas' ke atas pasukan peronda keselamatan hari ini, menurut sumber keselamatan.

2 wanita maut MPV bertembung kereta

Posted: 03 Dec 2018 07:09 AM PST

GERIK: Dua wanita maut manakala empat parah selepas dua kenderaan terbabit kemalangan di Kilometer 65 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini hari ini.

SPRM belum 'ketuk' pintu

Posted: 03 Dec 2018 07:03 AM PST

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum 'mengetuk' pintu pejabat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, bagi siasatan dakwaan pemberian kontrak membabitkan unsur campur tangan ahli keluarga.

BH menang anugerah media CIDB

Posted: 03 Dec 2018 07:02 AM PST

KUALA LUMPUR : Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP) menerusi akhbar BH merangkul Anugerah Media Pembinaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) pada Malam Media Kementerian Kerja Raya malam ini.

Bekas pemain mahu bantu Salahuddin

Posted: 03 Dec 2018 04:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Kesempitan hidup dialami bekas pemain kebangsaan era 90-an, Salahuddin Che Rose segera mendapat perhatian bekas-bekas pemain Harimau Malaya bagi membantu meringankan beban tonggak pertahanan itu.

MTBC sudah ada perancangan lebih besar

Posted: 03 Dec 2018 06:33 AM PST

KUALA LUMPUR: Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC) sudah mula memikirkan cara untuk mengekalkan kualiti pemain skuad kebangsaan pada masa depan.

Polis cari 28 saksi rusuhan kuil

Posted: 03 Dec 2018 05:35 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan 28 saksi bagi membantu siasatan insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Seafield, Subang Jaya.

2 maut, kem pelarian terbakar

Posted: 03 Dec 2018 06:26 AM PST

YAMMOUNEH: Satu kebakaran kem pelarian di Lubnan, mengorbankan dua penduduk Syria termasuk seorang kanak-kanak lelaki dan memusnahkan puluhan khemah lain, kata pegawai tempatan.

Kedudukan kewangan PDCSU kurang stabil

Posted: 03 Dec 2018 05:19 AM PST

BUTTERWORTH: Kedudukan kewangan PDC Setia Urus Sdn Bhd (PDCSU), anak syarikat kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) milik kerajaan negeri, pada keseluruhannya adalah kurang stabil dengan keuntungannya menurun pada 2016 sebelum mencatatkan kerugian pada tahun 2017.

Skim FPP kurangkan subsidi perkhidmatan kesihatan

Posted: 03 Dec 2018 05:12 AM PST

KUALA LUMPUR: Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP), berupaya mengurangkan subsidi perkhidmatan kesihatan ditanggung Kementerian Kesihatan (KKM) dengan mengekalkan perkhidmatan Pegawai Perubatan Pakar (PPP) dalam sektor kesihatan dan jumlah kutipan hasil diperoleh.

298 syor tambah baik dalam Laporan Ketua Audit Negara

Posted: 03 Dec 2018 05:04 AM PST

KUALA LUMPUR: Sebanyak 298 syor dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 yang merangkumi teguran dan pandangan bagi tujuan penambahbaikan kepada kementerian, jabatan, agensi kerajaan dan badan berkanun peringkat Pusat dan negeri.

TH tidak rekod rosot nilai RM227.81 juta

Posted: 03 Dec 2018 04:39 AM PST

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2, yang dibentangkan di Parlimen hari ini, mendedahkan kaedah penetapan polisi rosot nilai aset kewangan Tabung Haji (TH) sebagai tidak konsisten dan diubah sebanyak dua kali.

Kumpulan FELDA rugi RM4.85 bilion

Posted: 03 Dec 2018 04:33 AM PST

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 yang dibentangkan di Parlimen hari ini, mendedahkan FELDA dan kumpulannya merekodkan peningkatan ketara kerugian bersih masing-masing berjumlah RM5.73 bilion dan RM4.85 bilion bagi tahun 2017 berbanding RM251.24 juta dan RM729.6 juta pada 2016.

Soyuz berjaya dilancar ke orbit: Roscosmos

Posted: 03 Dec 2018 04:31 AM PST

BAIKONUR: Agensi Angkasa Russia, Roscosmos hari ini berkata roket Soyuz pertama kendalian manusia ke Stesen Angkasa Antarabangsa berjaya dilancarkan mengikut jadual selepas gagal Oktober lalu.

Baucar berunsur politik dilulus tanpa persetujuan lembaga pengarah

Posted: 03 Dec 2018 04:29 AM PST

MELAKA: Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2, mengesan 13 baucar bayaran berunsurkan politik berjumlah RM403,400 diluluskan Pengerusi Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (YDMDI) tanpa persetujuan ahli lembaga pengarah.

Anggota tentera sesat ditemui selamat

Posted: 03 Dec 2018 04:27 AM PST

GUAR CHEMPEDAK: Seorang anggota tentera yang dilaporkan hilang ketika mendaki di kawasan kaki Gunung Jerai semalam, ditemui selamat berhampiran sebuah masjid di Yan, petang tadi.

Mahkamah Sri Lanka nafi Rajapakse sebagai PM

Posted: 03 Dec 2018 04:08 AM PST

COLOMBO: Mahkamah Rayuan Sri Lanka menggantung tugas Mahinda Rajapakse sebagai Perdana Menteri dan memutuskan kabinetnya tidak berfungsi sehingga ia disahkan.

Mark Hughes dipecat Southampton

Posted: 03 Dec 2018 04:04 AM PST

LONDON: Mark Hughes dipecat daripada jawatan sebagai pengurus Southampton, umum kelab Liga Perdana yang sedang bergelut itu sebentar tadi, walaupun mereka meningkat selepas seri 2-2 berdepan Manchester United.

Chong Wei mahu Zii Jia teman ke Tokyo

Posted: 03 Dec 2018 03:53 AM PST

KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei mengingatkan pemain perseorangan lelaki muda negara, Lee Zii Jia supaya tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian dilakarnya setakat ini.

Oltmans tidak tertekan 

Posted: 03 Dec 2018 03:56 AM PST

BHUBANESWAR: Skuad hoki negara memberi tumpuan terhadap pukulan sudut penalti ketika menjalani sesi latihan pagi tadi di Stadium Kalinga.

TNB perkenal kempen Hokita

Posted: 03 Dec 2018 03:55 AM PST

KUALA LUMPUR: Sempena kehangatan kejohanan hoki Piala Dunia 2018 yang sedang berlangsung di Bhubaneswar, India, Tenaga Nasional Berhad (TNB) tampil memperkenalkan kempen yang diberi nama Hokita (Hoki Kita).

CIMB mula operasi perbankan runcit digital di Filipina

Posted: 03 Dec 2018 02:03 AM PST

KUALA LUMPUR: Kumpulan perbankan CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) menerusi CIMB Bank Bhd (CIMB Bank) akan memulakan operasi perniagaan perbankan runcit digital di Filipina selepas menerima kelulusan daripada Banko Sentral Ng Pilipinas (BSP) pada November 2017.

Kemboja timbang longgar sekatan ke atas pembangkang

Posted: 03 Dec 2018 03:41 AM PST

PHNOM PENH: Parlimen Kemboja sedang mengkaji semula sekatan lima tahun yang dikenakan ke atas lebih 100 anggota parti pembangkang, sekali gus membenarkan mereka kembali aktif berpolitik.

Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi

Posted: 03 Dec 2018 03:38 AM PST

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri aktiviti dagangannya hari ini dengan lebih positif berikutan kemungkinan berakhirnya perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template