Saturday, December 8, 2018

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


United selesa benam Fulham

Posted: 08 Dec 2018 09:28 AM PST

MANCHESTER, United Kingdom: Jose Mourinho membalas kritikan ke atasnya apabila Manchester United merekodkan kemenangan paling besar dalam tempoh 13 bulan dengan menumbangkan Fulham 4-1, sebentar tadi.

Torreira selamatkan Arsenal

Posted: 08 Dec 2018 09:18 AM PST

LONDON: Pemain tengah, Lucas Torreira meledak gol keduanya dalam kempen Liga Perdana Inggeris ketika membantu Arsenal meraih kemenangan sukar 1-0 ke atas Huddersfield Town di Emirates, sebentar tadi.

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Posted: 08 Dec 2018 09:14 AM PST

LONDON: Berikut adalah keputusan perlawanan bola sepak, Liga Perdana Inggeris yang berlangsung sebentar tadi - AFP

Puluh ribu penduduk bantah kereta api laju Itali

Posted: 08 Dec 2018 08:34 AM PST

TURIN: Puluhan ribu penduduk mengadakan tunjuk perasaan di Itali, semalam, membantah projek kereta api laju yang bakal menghubungkan bandar Lyon, Perancis ke Turin kerana ia membazir wang kerajaan.

ICERD tidak diratifikasi kerana cetus jurang antara kaum - PM

Posted: 08 Dec 2018 08:29 AM PST

SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), kerana tidak diberikan hak membezakan layanan di antara kaum, walaupun taraf mereka tidak sama.

Klopp julang Salah

Posted: 08 Dec 2018 08:18 AM PST

BOURNEMOUTH: Jurgen Klopp menghambur pujian terhadap Mohamed Salah yang meledak hatrik ketika menewaskan Bournemouth 4-0, malam tadi sekali gus membawa Liverpool ke puncak Liga Perdana Inggeris.

Melayu perlu usaha elak miskin, ketinggalan - Dr M

Posted: 08 Dec 2018 07:58 AM PST

SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad mahu orang Melayu dan Bumiputera berusaha lebih kuat memajukan diri bagi mengelak terus ketinggalan dengan kaum lain serta miskin di negara ini.

SAFA akan bayar tunggakan gaji sebelum Krismas

Posted: 08 Dec 2018 07:46 AM PST

KENINGAU: Bakal Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Peter Anthony berjanji akan menyelesaikan isu gaji pemain skuad badak yang tertunggak lima bulan, sebelum perayaan Krismas ini.

Penyokong sudah beratur beli tiket

Posted: 08 Dec 2018 07:33 AM PST

KUALA LUMPUR: Walaupun kaunter tiket perlawanan akhir pertama Piala AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil akan dibuka jam 9 pagi esok, penyokong sudah mula beratur seawal jam 9 malam untuk memastikan mereka tidak terlepas peluang.

Atletico melonjak ke tangga kedua La Liga

Posted: 08 Dec 2018 07:02 AM PST

MADRID: Atletico Madrid melonjak ke tangga kedua La Liga selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas pasukan di tangga keempat, Alaves dan berkongsi 28 mata dengan pendahulu, Barcelona.

Salah pamer belang

Posted: 08 Dec 2018 06:56 AM PST

LONDON: Mohamed Salah membuktikan ketajamannya di depan gawang masih berbisa apabila meledak hatrik, ketika Liverpool membelasah Bournemouth 4-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.

Pemain kita semakin yakin, dominasi permainan

Posted: 08 Dec 2018 06:34 AM PST

Akhirnya misi untuk beraksi di pentas final Piala AFF edisi 2018 tercapai sudah. Harimau Malaya melangkah gagah ke pentas final dengan penuh bergaya selepas mengenepikan juara lima kali yang juga sang juara bertahan, Thailand.

Thailand ujian pertama Malaysia saingan Universiti ASEAN

Posted: 08 Dec 2018 06:28 AM PST

NAY PYI TAW, Myanmar: Bagai meneruskan bahang kehangatan kejayaan skuad Harimau Malaya ke atas Thailand di Piala AFF, pasukan negara diundi membuka tirai Sukan Universiti ASEAN Myanmar 2018 (AUG 2018) menentang juara bertahan, Thailand di Stadium Utama Wunna Theikdi, di sini, jam 3 petang Isnin ini.

PM tinjau ibu negara selepas perhimpunan

Posted: 08 Dec 2018 05:21 AM PST

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, meninjau lokasi perhimpunan kesyukuran penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) selepas ia berakhir petang tadi.

ICERD: Ribuan peserta hadiri perhimpunan kesyukuran

Posted: 08 Dec 2018 02:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Ribuan rakyat memenuhi Dataran Merdeka hari ini bagi menghadiri perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Wanita diwakili sama rata dalam majlis penasihat UAE

Posted: 08 Dec 2018 05:53 AM PST

DUBAI: Presiden Persekutuan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Bin Zayed Al-Nahyan memutuskan, wanita menganggotai sebahagian badan penasihat yang separuh daripadanya dipilih, apabila diperbaharui tahun depan, lapor agensi berita WAM hari ini.

70 ditahan di Belgium tiru bantahan 'ves kuning'

Posted: 08 Dec 2018 05:33 AM PST

BRUSSELS: Polis menangkap 70 orang hari ini di ibu negara Belgium kerana meniru bantahan 'ves kuning' yang menggegarkan negara jiran mereka, Perancis.

Perhimpunan ICERD dihadiri 55,000 orang - Polis KL

Posted: 08 Dec 2018 03:02 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur menganggarkan seramai 55,000 peserta hadir ke perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), di sekitar ibu negara, hari ini.

Azizi sambar gelaran kedua

Posted: 08 Dec 2018 05:12 AM PST

KUALA LUMPUR: Wakil negara, Muhammad Azizi Naim mengikut jejak langkah mentornya dan bekas pemain bowling kebangsaan, Kang Bo Long, apabila menyambar Kejuaraan Antarabangsa bawah-22 tahun (B-22) Milo Junior All-Star, hari ini.

Masters Malaysia ujian terbaik pemain muda

Posted: 08 Dec 2018 05:01 AM PST

KUALA LUMPUR: Kejohanan Masters Malaysia bulan depan mungkin akan menandakan sudah tiba masanya buat beberapa pemain badminton muda negara membuktikan keupayaan berdepan pemain terkemuka dunia.

Muhyiddin puas hati kawalan keselamatan perhimpunan

Posted: 08 Dec 2018 04:50 AM PST

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengucapkan tahniah kepada pasukan keselamatan dan agensi kerajaan yang mengawal keselamatan pada perhimpunan kesyukuran penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di sekitar Jalan Raja di sini hari ini.

Jangan layan media sosial - Hamidin

Posted: 08 Dec 2018 03:42 AM PST

NILAI: Media sosial dilihat mampu menjadi 'pembunuh' kepada fokus pemain skuad negara, menjelang perlawanan akhir Piala AFF 2018 berdepan Vietnam yang akan berlangsung Selasa dan Sabtu ini.

Helikopter PDRM pantau pergerakan peserta perhimpunan

Posted: 08 Dec 2018 12:25 AM PST

KUALA LUMPUR: Dua helikopter dari unit udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) digunakan bagi memantau pergerakan kira-kira 1,000 ahli Gabungan Silat Mempertahankan Perlembagaan (PERTAHAN) yang berarak dari Masjid Wilayah Persekutuan ke Pintu Tiga Istana Negara, pagi tadi.

Pasukan keselamatan perlu tegas tangani kes culik di Sabah

Posted: 08 Dec 2018 03:56 AM PST

TAWAU: Kerajaan Sabah mahu pasukan keselamatan mengambil tindakan menyerang atau 'offensive' dalam usaha mengekang kejadian jenayah rentas sempadan dan kes penculikan di Sabah.

Polis guna gas pemedih mata, tangkap penunjuk perasaan

Posted: 08 Dec 2018 03:36 AM PST

PARIS: Polis melepaskan gas pemedih mata dan menangkap ratusan penunjuk perasaan di ibu kot Perancis hari ini ketika bandar raya itu dikepung bagi bantahan baru 'ves kuning' menentang Presiden Emmanuel Macron.

City tak perlukan Hazard

Posted: 08 Dec 2018 03:31 AM PST

LONDON: Pep Guardiola berkata, perpindahan Eden Hazard ke Manchester City tidak akan berlaku sekali pun bintang Chelsea itu mendakwa kelibatnya mampu meningkatkan kualiti pendahulu Liga Perdana Inggeris berkenaan.

Melaka United gah tumbangkan juara 11 kali

Posted: 08 Dec 2018 03:23 AM PST

MELAKA: Skuad bola sepak wanita Melaka United (MU) mencatat sejarah apabila mara ke pentas akhir Kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah apabila menewaskan juara 11 kali, Sabah di separuh akhir, hari ini.

Drogba dedah rahsia jadi hebat

Posted: 08 Dec 2018 03:24 AM PST

KUALA LUMPUR: Legenda Chelsea, Didier Drogba berkata perbezaan di antara penyerang yang baik dan hebat adalah keyakinan, konsisten dan kebolehan untuk mengulanginya semula.

Peminat cilik Messi terpaksa pindah selepas serangan Taliban

Posted: 08 Dec 2018 03:11 AM PST

KABUL: Keluarga kanak-kanak Afghanistan yang popular di internet selepas dirakam memakai beg plastik kelihatan seperti bendera Argentina kerana meminati bintang bola sepak negara itu, Lionel Messi, terpaksa meninggalkan rumah mereka selepas serangan Taliban.

Momen Faiz kongsi pengalaman getir berdepan Zionis

Posted: 08 Dec 2018 03:04 AM PST

BATU GAJAH: Jurufoto dan wartawan antarabangsa Palestin, Momen Faiz, meluangkan masa lebih sejam berkongsi pengalaman getirnya berdepan ancaman Zionis, bersama lebih 20 jurugambar di negeri ini sempena program Solidarity For Freedom Photography Outing di Kellie's Castle di sini hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template